Assalamualaikum..

"هذا هو معنى الحياة هو نحن هو الإسلام." تحيات.. كيف حالك.. نأمل حصلت على مباركة لك من الله

 
<

followers
komunikasi
Create your own banner at mybannermaker.com!
Create your own banner at mybannermaker.com!
facilities

khidmat

Innalhamdulillah,khidmat kpd pelajar samada yg berada dlm kemahiran kejuruteraan(mekanikal,elektrikal,electronic,mekatronik dsb.) @pelajar agama yg berminat.sy sedia membantu menyemak proposal, report dn mmberi cadangan kpd projek tahun akhir(FYP) atau masalah pembelajaran anda secara percuma. semoga usaha anda dimudahkan utk menamatkan pengajian dn anda dpt berkhidmat serta berjuang di jalan Allah S.W.T.hubungi sy di YM;ghostrider_mujahid.JazakaAllahu Khair.
Visitor
mati,hendaklah selalu berada di dalam ingatan setiap muslim
Friday, April 29, 2011


mati,hendaklah selalu berada di dalam ingatan setiap muslim

Mengingati mati

Hazrat Ibnu Umar R.Anhu berkata ,”saya adalah di antara 10 orang yang datang berjumpa dengan Nabi S.A.W. satu orang ansari bangun dan bertanya pada baginda “siapakah orang yang paling bijak dan berhati-hati ya Rasulullah?” Nabi S.A.W menjawab,”orang-orang yang mengingati mati dan membuat persediaan untuknya.orang-orang seperti inilah yang memiliki keunggulan dan bangsawan di dunia dan di kehidupan selepasnya.”

(dilaporkan oleh Ibn Abu Dunyaa dan Tabraani di dalam kitab Jamius Sagheer dengan riwayat rantaian yang jelas dan baik. Ibn Majah juga telah melaporkan dengan secara terperinci dengan riwayat rantaian hadith yang baik seperti yang ditulis dalam Targhib)

Keterangan:

Banyak hadith di dalam pelbagai topik telah diriwayatkan dari Nabi S.A.W berkenaan mengingati mati. Sesetengah hadith yang mana ianya telah pun dinyatakan di dalam hadith tentang bahagian putus harapan dan mengharap rahmat. Di antara perkara yangdiberitahu oleh Nabi S.A.W telah dinyatakan di dalam riwayat yang berlainan bahawa harus kita untuk mengingati perkara yang memutuskan kesenangan berlebihan,iaitu mati.perkara ini saya nyatakan secar berasingan kerana pentingnya pekrara yang diberitahu dan diingatkan oleh Nabi S.A.W .berlebihan mengingati mati ialah dengan maksud bahawa :

- putus harapan pada Allah S.W.T

- membuat perssiapan untuk mati.

- tidak berlebih-lebihan di dalam perkara keduniaan.

- menggelakkan mengumpul harta yang tidak perlu dan melebihi keperluan.

- membantu untuk mencari amal untuk bekalan kehidupan seterusnya.

- perkara yang menggalakkan seseorang untuk tidak membuat dosa yang sama secara berulangan.

- pencegahan dari menindas dan mengambil hak orang lain.

dalam perkara yang ringkas ia termasuk di dalam diri kita sendiri yang ada banyak manfaat dan hak pada diri kita. Atas perkara inilah paraMasyaikh di dalam bidang tariqat akan bersuluk (bersunyi diri) pada murid-murid mereka untuk mengingati mati dan istighfar atasnya.

Di dalam satu hadith dinyatakan bahawa ada budak kecil bangun di dalam satu majlis Nabi S.A.W dan berkata,”ya Rasulullah.siapakah yang paling bijak di antara muslim? Nabi S.A.W menjawab,” orang-orang yang mengingati mati dan membuat persediaan untuknya.

(Ittihaf)

Sekali Nabi S.A.W membacakan ayat:



Bertanyalah (Wahai Muhammad): "Hak milik siapakah Segala Yang ada di langit dan di bumi?" katakanlah: "(Semuanya itu) adalah milik Allah. ia telah menetapkan atas dirinya memberi rahmat. Demi Sesungguhnya ia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat Yang tidak ada sebarang syak padanya". orang-orang Yang merugikan diri sendiri (dangan mensia-siakan pengurniaan Allah), maka mereka (dengan sebab Yang tersebut) tidak beriman.

(Al-An`am:12)

Rujukan:

1. Remembrance of death by Shehikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya Khandahlawi Rahmatullahi A`laih.

2.Ittihaf al-Murtaqi bi Tarajim Shuyukh al-Baihaqi by Mahmud Bin Abdul Al- Fattah Al-Nahhal.

3. Tafsir Quran Syaamil Al-Quran.
posted by Abdullah_m.e. @ 9:04 PM   0 comments
Cara kehidupan bersosial di dalam lingkungan Sunnah Nabi S.A.W.
Saturday, April 23, 2011





Cara kehidupan bersosial di dalam lingkungan Sunnah Nabi S.A.W.

nah maduhu wanusolli wanusallimu a`la rasulihil kariim,wa a`la alihi wasohbihi wa atba`ihi namalitiddinil qawwim..

kami memuji dan berselawat ke atas Rasul yang mulia dan ke atas Ahli keluarganya,para Sahabatnya dan para Tabi`in yng mendukung agama dan mendirikannya..

posting kali ni saya akan lamirkan rujukan bagaimana sebenarnya kita mengaplikasikan kehidupan bersosial di dalam komuniti dan masyarakat yang ditunjukkan oleh junjungan besar kita,Muhammad S.A.W kerana baginda ialah contoh terbaik dan contoh yang bagus dan baik untuk mengikuti Nabi S.A.W ialah dengan mengikuti juga para Sahabat R.Anhum kerana mereka menerima,melihat dan mengamalkanserta mengaplikasikan Sunnah Nabi S.A.W di dalam kehidupan mereka.

semoga saya dan kita semua dapat amal dan sampaikan.dan kita biasakan dan ringankan mulut kita untuk memberi salam,insyaAllah.

1. Memberi salam semasa bertemu muslim yang lain ialah satu Sunnah yang hebat bagi orang islam.Rasulullah S.A.W banyak memberi penekanan pada perkara ini.ia meningkatkan perasaan kasih pada saudara seagama kita.salam harus diberi kepadasetiap orang islam samada kita mengenalinya ataupun tidak.Salam ialah hak islam dan untuk mengenali dan mengetahui seseorang ialah bukan keperluan.

(petikan hadith ini ada di dalam sahih bukhari )

2. telah disebutkan di dalam hadith Sahih Bukhari dan Muslim bahawa Nabi S.A.W telah melalui sekumpulan kanak-kanak dan Baginda mengucapkan salam kepada mereka.Di sini kita simpulkan bahawa adalah Sunnah juga untuk memberi salam kepada kanak-kanak.

(Sahih Muslim,jilid ke-2,muka surat 214)

3. Sunnah di dalam cara memberi salam ialah seseorang harus mengucapkan dengan nada yang sederhana perkataan Assalamualaikum.untuk memberi/menjawab salam yang disertakan dengan lambaian atau isyarat tangan,anggukkan kepala atau menggerakkan jari ataupun menjawab salam dengan cara sebegini adalah bertentangan dengan Sunnah Nabi S.A.W.

(Mishkat ,jilid ke-2,muka surat 399,riwayat Tirmizi)

4. Apabila berjumpa sesama muslim,adalah Sunnah untuk bersalaman setelah memberi salam.Lelaki bersalaman sesama lelaki dan wanita sesama wanita.

(Mishkat jilid ke-2,muka surat 401,dari Bar`aa Ibn A`azib)

5. apabila memasuki sesuatu majlis,seseorang itu harus mencari tempat dimana ada tempat untuk duduk.membuatkan orang lain bangun untuk memberi laluan pada kita dan duduk tempat mereka adalah makruh dan berdosa

(petikan hadith ini ada di dalam sahih bukhari dan muslim)

6. ketika seseorang datang untuk berjumpa kita,berganjaklah sedikti dari tempat duduk sedikit walaupun temapt itu luas.ini juga adalah Sunnah dan dengan perbuatan ini,maka orang yang tiba dan datang berjumpa kita itu rasa sepeti dihormati.

(Zaadut Talibeen,hadith ini riwayat Imam Baihaqi Rah.)

7. Apabila ada 3 orang bersama,adalah tidak dibernarkan dan digalakkan untuk 2 orang dari kalangan mereka terlibat dalam perbualan apapun secara berasingan tanpa orang yang ketiga dapat mendengar.orang yang ketiga akan berasa curiga dan terasa hati.menyakiti hati mana-mana orang islam adalah berdosa.

(Sahih Muslim,jilid ke-2,muka surat 219)

8. Apabila seseorang pergi ke rumah orang lain dia harus meminta izin sebelum masuk ke dalam rumah.

(Mishkat jilid ke-2,muka surat 401)

9. Apabila kita menguap, adalah sunnah untuk menggelakkan sejauh mungkin.jika mulut tidak dapat ditutup walaupun kita telah berusaha untuk menutupnya,maka letakkan tangan yang satu lagi melapik semasa kita menutup mulut semasa menguap.semasa menguap,jangan membuat bunyi adalah tidak dibernarkan dan ia dinyatakan dalam hadith.

(sahih bukhari jilid ke-2,muka surat 919,Sahih muslim jilid ke-2,muka surat 412, dan 413)

10.mendengar nama dan panggilan yang baik adalah satu petanda yang baik dan untuk menjadi senang dan gembira dengan perkara ini juga adalah sunnah.menganggap sesuatu sebagai petanda buruk adalah dilarang.sebagai contoh,apabila seseorang bersin adalah petanda bahawa kerja yang kita lakukan tidak akan berjaya.menganggap nasib buruk akan datang apabila burung gagak melalui kita dan melihat monyet dan burung hantu berbunyi sebagai satu tanda perkara yang tidak baik akan berlaku dan ini adalah tidak berasas sama sekali dan ini akan menghasilkan keyakinan yang salah serta salah faham.dalam masa yang sama menganggap seseorang sebagai pembawa sial/nasib tidak baik dan menganggap sesuatu hari itu tidak baik adalah satu perbuatan yang dipengaruhi dan mirip-mirip syaitan.

(Mirqaat,jilid ke-9,muka surat 2 dan 6)

mengambil keputusan serta beritndak mengamalkan Sunnah Rasulullah S.A.W,maka kita akan disayangi oleh Allah S.W.T dan Sunnah ini diaplikasian dan diamalkan sesuai dengan waktu dan masanya.

rujukan

1. Beautiful Sunnah of Nabi S.A.W by Hazrat Maulana Shah Hakim Muhammad Akhtar Sahab Damaat Barakaatuh,Kutub Khana Mazahri,Karachi,Pakistan.

2. Mishkat Al Masabih by Muḥammad ibn ʻAbd Allāh Khatib Al-Tabrizi Rahmatullahi A`laih.

3. Sahih Muslim versi terjemahan ke bahasa inggeris oleh Shehikhul Hadith Hazrat Maulana Abdul Hamid Siddiqui Damaat barakaatuh.
posted by Abdullah_m.e. @ 12:00 AM   1 comments
Muzakarah dan mesyuarat penting di Banglawalee Masjeed,Basti Hazrat Nizammuddin,India pada bulan mac 2011
Saturday, April 16, 2011



Muzakarah dan mesyuarat penting di Banglawalee Masjeed,Basti Hazrat Nizammuddin,India pada bulan mac 2011.


Alhamdulillah, di sini saya sertakan laporan muzakarah dan mesyuarat semperna jour`e untuk kawasan north america merangkumi United States dan Canada.laporan ini telah dibri oleh Hazrat Maulana Muhammad Juned Damaat Barakaatuh di dalam laman web http://attablig.blogspot.com dan link asal iaitu master web http://www.attablig.co.cc/ yang dikendalikan hazrat. semoga laporan ini memberi kita kerisauan dan kita ambil keputusan untuk menjadikan usaha atas agama Allah S.W.T tanggungjawab dan maksud hidup kita,insyaAllah.

muzakarah/panduan diberi para masyaikh semasa Karguzari(laporan) usaha da`wah di amerika utara.

para masyaikh yang terlibat:

1. Hazrat Maulana Muhammad Saad Khandahlawi Damaat Barakaatuh.
2. Hazrat Maulana Muhammad Zubair ul-Hassan Khandahlawi Damaat Barakaatuh.
3. Hazrat Maulana Muhammad Jamshed Khandahlawi Damaat Barakaatuh.
4. Hazrat Maulana Saed Ahmed Khan Damaat Barakaatuh.
5. Hazrat Maulana Ahmed Lat An-nadwi Damaat Barakaatuh.
6. Hazrat Maulana Ibrahim Dewla Damaat Barakaatuh.
7. Proffesor Abdul Halim Damaat Barakaatuh.
8. Bhai Muhammad Farooq Damaat Barakaatuh.
9. Meiji Azimat Damaat Barakaatuh.
10. Professor Sanaa Suhan Damaat Barakaatuh.

tertib usaha da`wah dan tabligh di amerika utara.


1. soalan dan jawapan tentang halaqah yang telah diberi tanggungjawab terhadapa halaqah lain? berapa banyak jemaah dari halaqah yang hidup 5 amal dan mereka datang membantu halaqah yang lemah?adakah apabila sesuatu jemaah telah ditetapkan di kawasan-kawasan tertentu,jemaah seharusnya ke situ dan menyempurnakan sepenuh usaha dan masa mereka disana,dan jangan mengambil masa mereka di kawasan lain.

Panduan terbaru dari para Masyaikh:

2. kriteria jemaah yang akan dihantar untuk membantu menghidupkan masjid bukanlah bergantung kepada bilangan masjid,dan dimana jemaah akan tinggal di halaqah itu. Kriteria yang sebenar ialah berapa ramai orang islam tinggal di kawasan itu dan menurut mereka(syura) bagaimana menyusun dan menhantar jemaah untuk buat usaha di kawasan orang islam.pentingnya untuk menghantar jemaah di tempat yang masih tiada masjid,tetapi populasi orang islam di kawasan itu ada.


3. halaqah yang hidup 5 amal masjid harus menghantar jemaah untuk membantu halaqah yang masih lagi belum wujud masjid dan tempat yang masjid masih tidak hidup amal dan solah fardhu.

4. halaqah yang hidup 5 amal masjid harus menghantar jemaah sempurna 4 bulan ke halaqah yang masih lagi belum wujud masjid dan tempat yang masjid masih tidak hidup amal dan solah fardhu dan bukan sahaja jemaah 40 hari.dan hantar jemaah yang mana berpengalaman untuk menghidupkan kawasan yang tidak hidup amalan masjid dan solah fardhu.jangan hantar jemaah yang pergi hanya untuk menghabiskan masa mereka.

5. hantarlah jemaah orang lama di dalam usaha da`wah untuk keluar di seluruh kawasan amerika utara,jangan hantar mereka ke negara luar.untuk jemaah orang baru hantar mereka ke india,pakistan dan bangladesh.jangan terima takaza untuk negara luar yang meminta jemaah,tetapi fokus pada keluarkan jemaah untuk keluar di seluruh kawasan amerika utara.Hazrat Maulana Ihnaa`mul Hassa Khandahlawi Rahmatullahi A`laih ada menyatakan beberapa belas tahun yang lepas pentingnya perkara ini.

Amalan masjid:da`wah,taklim dan Istiqbal

muzakarah bersama Hazrat Maulana Muhammad Saad Khandahlawi Damaat Barakaatuh.

1. Beliau menekankan perlu untuk menhidupkan amalan ini di masjid.

2. tidak semestinya amalan ini hanya dibuat sekali setiap hari.boleh dibuat beberapa kali sehari bergantung pada kelapangan masing-masing.

3. matinya amalan masjid akan menyebabkan matinya agama islam.

4. jemaah dari marhalah lain yang perlu membantu marhalah yang dalam usaha menghidupkannya.

5. marhalah yang telah hidup amalan ini harus membantu marhalah yang masih dalam usaha menghidupkannya.dan hantar mereka yang ada di marhalah yang masih belum hidup amalan ini ke marhalah yang hidup supaya mereka boleh belajar dari marhalah tersebut.

6. in ialah amalan Masjid Nabawi di zaman Nabi S.A.W.berilah bayan hidayah yang sempurna untuk jemaah yang akan keluar 40 hari,4 bulan dan beri panduan dan ingatan supaya mereka membuat dan menghidupkan amalan ini semasa keluar di kawasan yang mereka pergi.

7. untuk menghidupkan amalan masjid berdasarkan takaza mesyuarat, jangan samakan ziarah khusus dengan ziarah umum.ziarah setiap rumah,dan bawa setiap muslim ke masjid untuk da`wah.

8. apabila sesuatu azab telah ditetapkan di kawasan tertentu,apabila kawasan itu hidup amalan masjid,maka azab ini akan tertolak dan tidak dijatuhkan oleh Allah S.W.T

9. tertib untuk 2 jam setengah .boleh dijalankan apabila ada 8 orang pada satu-satu masa.tidak semestinya ada orang lama.dan jika kurang dari itu,maka tidak semestinya dijalankan dalam masa 2 jam setengah.

3 hari (72 jam):perbincangan penting dan panduan

tidak seharunya kita keluar kurang dari 3 hari dalam sebulan.apabila jemaah kurang dari 3 hari dihantar,maka jemaah tidak sempurna untuk 3 hari dan buat usaha di sesuatu tempat dalam 3 hari.sempurnakanlah jemaah dalam masa 3 hari dengan menambah pengorbanan.buat usaha penuh selama 3 hari dan semua orang mengusahakannya.


8 jam sehari,4 bulan setiap tahun,10 hari setiap bulan.

1.berilah masa dan da`wah dan jangan terkesan pada kehidupan kita.tasykil untuk 8 jam setiap hari dan dalam masa yang sama untuk 4 bulan setiap tahun dan 10 hari setiap bulan.

2. keluar 4 bulan dalam sekali perjalanan dengan sempurna 3 kali 40 hari dan jangan 40 hari diasingkan dan harus bersambung.

usaha wanita (masturat)

1.penting usaha untuk hiduak taklim masturat di setiap halaqah dan buat usaha untuk hidupkan taklim masturat setiap minggu disetiap halaqah.

2. penting untuk orang lama ambil tanggunjawab untuk usahakan supaya orang baru dan ada isteri/muhrimnya dijemput untk hadir taklim masturat mingguan.taklim mastruat mingguan bukanlah hanya untuk orang yang berkeluarga sahaja,malah untuk setiap wanita di kawasan itu.

3. jaga tertib untuk jemaah masturat yang hendak keluar 3 hari dan 40 hari.

4. pastikan ada bayan di dalam taklim masturat.dan kandungan bayan ada targhib dan tasykil untuk keluar.

5. usaha untuk adakan jou`re khas untuk masturat.

6. fikir dan usaha bagaimana uuspaya masturat yang telah keluar 10 hari dapat keluar 40 hari.dan tingkatkan pengorbanan mereka dari 3 hari ke 10 hari dan 40 hari.

7. keperluan untuk taklim masturat: apabila da beberapa masturat yang telah keluar 10 hari ataua3 hari sebanyak 3 kali dan dimana da orang lama dan masturat yag faham usaha ini,maka taklim astruat boleh diadakan.tidak semestinya menunggu masturat yang sudah keluar 40 hari baru dibuat.

8. membawa dan meminta izin untuk membuat taklim masturat di mseyuarat halaqah.

usaha untuk para ulama

1. penting untuk fikir supaya para ulama dan menyusun dan berbincang dengan para ulama yang hendak keluar.

2. fikir untuk para ulama yang telah keluar 1 tahun untuk membaca kitab hayatus sahabah pada malam shabguzzari yakni malam perhimpunan.

3. para ulama yang telah keluar 1 tahun,bentang takaza 4 bulan setiap tahun kepada mereka.susun dan rancang pengurusan masjid/madrasah tempat mereka bertugas.kepada para ulama yangsudah keluar 4 bulan,bentang takaza keluar 1 tahun kepada mereka.

4. gunakan dan sediakan para ulama untuk keluar 1 tahun.apabila para ulama digunakan,maka mereka akan aktif.

kawasan yang tiada masjid

1. cari dan perhatikan tempat yang mana ada orang islam,tetapi tiada azan dan solah fardhu berjemaah.cari tempat tersebut dan hidupkan amal.

pembacaan kitab Hayatus Sahabah

1.pembacaan kitab hayatus sahabah semasa malam berkumpul (shabguzzari) wajib diadakan dan penting juga untuk kita baca secara infradi (individu)

2. siapakah yang boleh membaca kitab hayatus sahabah di dalam malam shabguzaari:
- untuk bukan arab,para ulama yang telah keluar 1 tahun
- di kalangan orang arab,sesiapa pun boleh membacanya.kitab hayatus sahabah adalah
bacaan ijtima`e(beramai-ramai) bagi orang arab.

3. kitab hayatus sahaba hanya boleh dibaca pada malam shabguzzari oleh para ulama yang telah keluar 1 tahun dan orang arab yang lama yang akitf buat usaha da`wah.bagi orang bukan arab,walaupun ia boleh berbahasaarab dengan fasih,mereka mestilah terdiri juga dari kalangan para ulama yang telah keluar 1 tahun untuk membacanya di malam shabguzaari.

panduan karkuzari(laporan)

1.panduan diberi semasa laporan dibentang harus diikuti dan ianya diaplikasikan untuk semua halaqah di amerika utara.

2. menulis laporan halaqah dan dihantar kepada markas banglawalee masjeed,india setiap 2 bulan.

taklim harian

1. da`wah dan taklim adalah di dalam satu amal.lakukan muzakarah 6 sifat di dalam taklim harian.tasykil selepas taklim harian.

jemaah jalan kaki untuk amerika utara.

1. jemaah jalan kaki boleh pergi ke negara dimana ianya dibenarkan kerana di amerika utara,undang-undang amerika syarkat tidak membenarkan tidak dibenarkan untuk jemaah keluar berjalan kaki.

2.jemaah jalan kaki keluar di negara yang dibenarkan.

takaza untuk menghasilkan jemaah bagi satu masjid


1.membentang takaza kepada setiap individu baik orang lama atau orang baru untuk menghasilkan jemaah 40 hari@4 bulan dalam masjid mereka.takaza ini diberi semaa laporan di emsyuarat halaqah.takaza ini tidak lagi dibentang untuk halaqah.setiap masjid perlu dikeluarkan jemaah 40 hari dan 4 bulan dari masjid tempat masing-masing.

khidmat 2 bulan di banglawalee masjeed,nizammudin,india

1. perlu untuk memberi khidmat supaya kita dapat menghasilkan para pekerja agama yang tawadhu dan isitiqamah.

2. bentang takaza ini kepada orang-orang lama di halaqah masing-masing untuk khidmat 2 bulan di sini.mereka yagn khidmat 2 bulan akan di beri panduan di bawah para masyaikh secara langsung dan belajar tertib untuk khidmat.

muntakhab Ahadith

1. kitab muntakhab ahadith penting dan masukkan pembacaannya di dalam taklim harian,semasa keluar dan taklim di rumah.Hazrat Maulana Yusuf Khandahlawi Rahmatullahi A`laih menulis kitab ini untuk menunjukkan pentingnya usaha ini diletakkan di depan dalam kehidupan kita.kehilangan yang besar apabila orang islam menganggap usaha da`wah bukan kerja dan tanggungjawab mereka.hanya negara islam dan pemimpin serta para ulama yang bertanggunjawab.

kepelbagaian negara dan bangsa di dalam mesyuarat masjid dan halaqah.

semua dan setiap masjid yang ada kepelbagian negara dan bangsa harus diketahui.tujuan mesyuarat adalah untuk kesatuan hati.kehilangan yang besar apabila orang islam menganggap usaha da`wah bukan kerja dan tanggungjawab mereka.hanya negara islam dan pemimpin serta para ulama yang bertanggunjawab.

usaha para pelajar

1. tidak ada dan wujud konsep hanya menghantar jemaah pelajar sahaja.pelajar ialah sebahagian dari jemaah.

2. kepelbagian negara dan bangsa bagi pelajar harus dikenal pasti dan libatkan mereka dengan usaha tempatan.

fikir orang-orang lama

1.asas usaha ini ialah supaya setiap orang islam dapat beri masa untuk agama dengan keluar di jalan Allah S.W.T.jika seseorang mengetahui kelebihannya,maka seseorang itu akan merasa rugi dan kehilangan apabila mereka terlepas dari tertib untuk keluar di jalan Allah S.W.T.

2.mesyuarat marhalah dan halaqah,harus ambil perkembangan tentang orang-orang lama bila mereka hendak keluar dan bentang takaza kepada mereka untuk bawa jemaah keluar.

3. penting orang-orang lama kerana mereka lebih faham dan telah korban banyak untuk agama Allah S.W.T.

rujukan:

Important Muzakera's at Banglewali Masjid, Nizamuddin, March 2011 by Hazrat Maulana Muhamamad Juned Damaat Barakaatuh.
posted by Abdullah_m.e. @ 1:31 AM   5 comments
ulangan (dalil-dalil dan pentingnya pemakaian penutup kepala bagi seorang muslim)
Friday, April 15, 2011


Assalamualaikum kepada semua...ini adalah posting lama di dalam blog,tetapi atas dasar pentingnya perkara ini saya siarkan sekali lagi,semoga kita semua ambil berat dan peduli tentang perkara ini,iaitu pemakaian penutup kepala.jazakaAllahu Khair.


Pemakaian Penutup kepala

Alhamdulillah,segala syukur kepada Allah S.W.T dan salam kepada jujungan kita,Muhammad S.A.W,yang memberi sinar cahaya kehidupan yang baru di atas muka bumi ini.Disini hamba yang lemah lagi fakir ini akhirnya dapat menyiapkan terjemahan dari bahasa urdu tentang penekanan pemakaian penutup kepala. Kepada semua Rakan-rakan seagamaku,baik semasa kecil,remaja dan dewasa ini,seta muslimin,muslimat sekalian dan orang yang mengucap kalimah syahadah,bangkitlah dengan hati ikhlas dan terbuka..dan buatlah usaha pada agama kesayangan ini yang sedang menuju kehancuran ini,yakni pengorbanan,diri,harta,masa untuk agama Allah S.W.T dan supaya ummah Nabi S.A.W dapat direalisasikan dan diwujudkan.Berjalan pada jalan yang benar dan iman akan mengikutinya.Ia mungkin menjadi ummah dan mengamalkan zikir,tasbihat,taklim,berjuang di jalan Allah,membuat membantu(khidmat) pada rakan seagama,bertimbang-rasa,menghormati dan memuliakan yang lain.Dan apabila pengorbanan dibuat,maka sifat-sifat kebatilan,keburukan dan penyakit hati akan dibuang sedikit demi sedikit dengan usaha ini.Apabila usaha ini diambil,walaupun dijalankan di satu kawasan sahaja di atas muka bumi ini,ia akan tersebar ke seluruh alam.Disini hamba berharap semoga para muslim yang membaca alih bahasa dari kitab ini dapat memeberi penekanan tentang pentingya pemakaian penutup kepala. walaubagaimanapun,disebabkan perkara yang ingin hamba sampaikan ini penting,hamba menulis..sesiapa yang faham dan bertindak padanya,Allah S.W.T akan membuatkan dirinya bersinar,atau..dia seolah-olah memotong kakinya sendiri..


Penekanan tentang pemakaian penutup kepala oleh di dalam linkungan Sunnah Nabi S.A.W dan yang dipraktikkan oleh Sahabat (R.Anhum) dan Tabieen.


1.“hazrat Ibnu Umar R.Anhu meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W menggunakan penutup kepala berwarna putih.” (tabrani)

(Allama suyooti rah. telah menulis di dlm kitab Jamius Sagheer yang mana sanad Hadith ini ialah hassan.komentator kitab jamiu`s sagheer,Azzezi telah memahami penulisan Allama suyooti ramatullah alaih.)

(As-Sirajuul Muneer,jilid ke-4 mukasurat 112)

2. “telah dilaporkan bahawa dari Ibnu Umar R.Anhu bahawa Nabi S.A.W memakai penutup kepala berwarna putih.”(mujamul kabeer dari tabrani)

(terdapat kemusykilan kepada salah seorang perawi,Abdullah Ibnu Khirash,pada hadith ini.Ibnu Hibban telah menulis bahawa dia dipercayai tetapi mungkin ada juga belaku sedikit kesilapan.Muzakarah pada Muhaddith ialah bahawa beliau perawi hadith yang lemah manakala para perawi lain adalah boleh dipercayai.

(Majmud-Zawaaid Haisani jilid ke-2 mukasurat 124)

3.”telah dilaporkan bahawa dari Ibnu Umar bahawa Nabi S.A.W memakai penutup kepala berwarna putih.”
(ini ialah hadith lemah –tazkiratul maudu`aat-mukasurat 155)

(Tabrani telah melaporkan bahawa di dalam mujamal aw`sat daripada gurunya Muhammed Ibnu Haneefa Waasiti.Walaubagaimanapun ia didapati lemah)

(Majmud-Zawaaid Haisani jilid ke-2 mukasurat 124)


4.Abu Sheikh melaporkan dari Ibnu Abbas R.Anhu bahawa Nabi S.A.W mempunyai 3 penutup kepala sepanjang kehidupannya.

(Bajhul Majhood,jilid ke-6,mukasurat 52)

5”.di dalam “mukhtasar”,kehidupan Nabi S.A.W,terdapat 3 jenis penutup kepala yang didapati,petama ialah seperti rupa kopiah yang mana di dalamnya mempunyai garisan padanya.yang kedua ialah yang diperbuat daripada kain hibarah dan yang ketiga ialah penutup kepala yang menutupi telinga,yang mana selalunya Baginda memakainya di dalam safar (perjalanan dan semasa namaaz.”

6.”Hazrat Aisyah R.Anhu meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W memakai penutup kepala berwarna putih yang mana berbentuk rata dan menutupi dan mengikuti bentuk kepalanya.”
(Ibnu Assakir melaporkan ini,walaubagaimanapun,sanad (rantaian perawi Hadith) ialah lemah)

(Faizuul-Kadeer,jilid ke-5,mukasurat 246)

7.”Nabi S.A.W telah berkata bahawa muhrim (orang di dalam ihram),janganlah memakai kurta,seluar,serban dan “burnus”(sejenis bentuk penutup kepala)(Baginda tidak akan memakai pakaian jenis ini pada masa itu).”

(Bukhari Shareef jilid 1,mukasurat 209,dan jilid ke-2 mukasurat 864)
*adalah diketahu bahawa orang dimasa itu pemakaian penutup kepala telah menjadi kebiasaan di zaman Nabi S.A.W.*

8.Riwayat oleh Ibnu Abbas telah diterangkan (rujuk no.29) yang mana subjek berkaitan,iaitu bahawa Nabi S.A.W akan memakai penutup kepala di dalam serbannya.
Dan ada masanya Baginda hanya memakai penutup kepala “

(Ibnu Assakir,meriwayatkan hadith ini,sanadnya lemah)

9.”Hazrat Aisyah R.Anhu meriwayatkan bahawa akan memakai penutup kepala yang akan menutupi sekali bahagian telinganya dan semasa berada di rumah,Baginda akan memakai yang kecil(seperti kopiah Syria)jenis penutup kepala.Abu Shaikh yang meriwayatkan Hadith ini.Iraaqi menulis bahawa hadith berkenaan tentang pemakaian penutup kepala pada hadith ini ialah yang paling sahih sumber dan dipercayai.”

(Faizuul-Qadeer jilid ke-5,mukasurat 246)

Hadith ini telah melepasi dibawah hadith yang dilampirkan disini bernombor 29)

10.”Abu Kabshaa Anmaan meriwayatkan bahawa penutup kepala dipakai oleh para Sahabat R.Anhum terkeluar dan rata.”

(Tirmizi,Hadith ini lemah,mukasurat 308)

Hazrat Gangohi R.Alaih menerangkan bahawa maksud perawi yang mana “kepala merka tertutup.penutup kepala itu tidak akan tercabut dari tetapi rata dan tertekan pada kepala.

(Alkaukabud Durrie jilid ke-2 ,mukasurat 452.)


Penekanan pemakaian penutup kepala oleh Sahabat R.Anhu dan Tabieen.

11.Zaid Ibnu Jubair mengatakan bahawa beliau nampak Abdullah Ibnu Zubair R.Anhu memakai penutup kepala.(di dalam pengucapan perkataan bahasa arab “burtula” muncul untuk merujuk kepada sejenis bentuk penutup kepala.

Hisham Bin Urwa juga mengatakan bahawa beliau nampak Ibnu Zubair (R.Anhu) memakai penutup kepala yang bahannya nipis.

12. Eesa Ibn Tahmaan mengatakan bahawa beliau nampak Anas Bin Malik (R.Anhu) memakai penutup kepala.Di dalam perkataan “burnus” dengan memebawa maksud penutup kepala yang panjang.

(di dalam Bukhari juga pemakaian tentang penutup kepala oleh Anas (R.Anhu) diterangkan di dalam jilid ke 2,mukasurat 863.)

13.Bapa kepada Ash`as melaporkan bahawa beliau nampak Abu Musa Ashaari (R.Anhu)
Keluar dati tandas.Abu Musa memakai penutup kepala.

14.Ismael mengatakan bahawa beliau Nampak Shuriah memakai penutup kepala.

15.Abu Shihaab mengatakan bahawa beliau Nampak Saeed Ibnu Jubair (R.Anhu)
Memakai penutup kepala
(kedua Shihaab dan Ibnu Jubair ialah tabiees)
Ali Ibn Hussain (i.e Hazrat Zainul Abideen),Ibrahem Nakhee dan Dahaak sering dilihat memakai penutup kepala.

(kesemua rawian ini telaj dilaporkan di dalam dengan sanadnya dalam Musannaf Ibn Abi Shaiba jilid ke-8 pada mukasurat 212,213,242)

Hazrat Ali (R.Anhu) telah dilihat memakai penutup kepala mesir berwarna putih.
(Tabaqaat Ibnu Saad urdu jilid ke-3 mukasurat 187)


Penekanan tentang pemakaian penutup kepala oleh Abu Ishaq Sabee Tabiee dijumpai di dalam Bukhari (Jilkid petama ,mukasurat 159)

Ibnu Ul –Arabi menulis “pemakaian penutup kepala telah diapakai oleh hamper kesemua Ambiyaa dan orang Alim.Ia melindungi kepaa dan membolehkan serban yang dipakai tetap di tempatnya,yang mana ia sunnah.penutup kepala seharusnya muat mengikut bentuk kepala dan tidak berupa seperti dome.ada juga orang yang membuat lubang pengudaraan pada penutup kepala untuk menyejukkan dan memberikan udara masuk pada kepala dan membolehkan udara panas keluar,dan ia adalah salah satu jenis rawatan kepala.(ia tidak dilakukan kecuali terpaksa)

(Faizul Kadeer jilid ke-5 ,mukasurat 247)


Sumber Rujukan:

1.Sub Topik:
Topee in the light of Sunnah and practice of the Sahaba and Tabieen
-by_Maulana Fazlur Rahman Saheb

2.Raudhul Muhtaar (Shaami)-Darre Sa`adah

3.Khasail Nabawi -(komentar dalam Shamail Al Tirmizi)1960,Kabeeri Shaarah Muniyyatul Mussali,Fatawa Raheemia

4. Sharah Shamaail-Oleh Allama Ahdul Raoof Munawi (nota)

5. Jamul wasa'il oleh Mulla Ali Qari Rahmatullah Alai`h,Al Maqaisidul Hassanah by Allma Sakhawi,Faizul Qadeer and sharah Jamius Sagheer,Al-Isaba by Hafiz Ibn Hajar,Fathuul Baari Ibn hajar with footnote of Sheikh Bin Baaz, Mukaddama Fathul Bari Ibn Hajar
- all reference this section is from Beirut,Lebanon.

6. Sahih Bukhari,Sahih Muslim,Jami tirmizi,Ibnu Majjah,Musnnaf Ibn Abi Shaiba,Shamail Tirmizi,Al Mustadrak lil Hakiini,Abu Dawood,Bazlul Majhood,Ummadatul Qaari,Alaaf ul Shazi Maa`na Tirmizi,Naafil Mufti was Saail by Maulana Abdul Hay Lakhnawi,Fatwa Rasheedia,
- all reference this section is from Pakistan

7.Durrul Mukhtar ma Raddhul Mukhtar-Darrus` saadah.

8.Alsira Jul Muneer-(komentari Jamius Sagheer –Madinah, Saudi Arabia.
posted by Abdullah_m.e. @ 9:13 PM   1 comments
pelancaran blog `Live For Deen,Ride as needed.` di http://ghostridermotorcycle.blogspot.com/
Sunday, April 10, 2011
Alhamdulillah, didalam kesempitan masa,ada juga masa saya untuk menwujudkan blog kedua saya tentang motorsikal.untuk pengetahuan semua,saya berminat dengan motorsikal sejak di bangku sekolah sehinggalah sekarang...

kalau pembaca semuaada kelapangan ,bolehlah singgah di http://ghostridermotorcycle.blogspot.com/..kali ini kita berbicara tentang motorsikal pula tapi tidaklah sampai melupakan agama.:-)

posted by Abdullah_m.e. @ 1:17 PM   0 comments
berlainan fikrah di dalam usaha agama di pelbagai tempat,ianya satu rahmat dari Allah .S.W.T.tanda usaha agama hidup dimana-mana walau bebeza fikrah.
Saturday, April 9, 2011


berlainan fikrah di dalam usaha agama di pelbagai tempat,ianya satu rahmat dari Allah .S.W.T.tanda usaha agama hidup dimana-mana walau bebeza fikrah.



nah maduhu wanusolli wanusallimu a`la rasulihil kariim,wa a`la alihi wasohbihi wa atba`ihi namalitiddinil qawwim..

kami memuji dan berselawat ke atas Rasul yang mulia dan ke atas Ahli keluarganya,para Sahabatnya dan para Tabi`in yng mendukung agama dan mendirikannya..

disini saya lampirkan pendapat seorang blogger tentang usaha da`wah dan tabligh yang sedang berjalan di seluruh dunia..semoga kita berlapang dada dan membuka minda walaupun berlainan fikrah@usaha kerana Allah S.W.T telah berfirman:



"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat."
( al-Hujurat : 10)

di sini saya petik targhib dari Kiyai ustaz Rahmat Abdullah Rahmatullahi A`laih.

"setiap org islam itu bersaudara dan dilarang bermusuhan.kabilah2 arab disatukan walau dari mana sekalipun sesudah beriman.bagaimana kita hari ini dengan saudara seagama walau berbeza fikrah dan pegangan di dalam usaha atas agama ini?"

semoga kita istiqamah di dalam usaha memperjuangkan agama Allah S.W.T ini walau dari fikrah@usaha mana kita sekalipun,ianya tetap menuju tujuan yang sama,iaitu Allah S.W.T dan RasulNya,Muhammad S.A.W.

Kenapa memilih jalan jemaah Tabligh

Pernahkah anda mengikuti jemaah tabligh keluar berdahwah 3 hari, seminggu, 40 hari ataupun 4 bulan? sekiranya pernah pasti ahli jemaah menganggap anda sebagai antara manusia bertuah kerana memperuntukan sebahagian daripada usia kepada agama, sedangkan masa sekarang ramai manusia berebut2 untuk mendapat habuan keduniaan. Kerana terlalu memikirkan keduniaan sehingga tidak masa untuk memikirkan agama. Untuk sembahyang jemaah di surau berdekatan pun susah, inikan pula sanggup berjauhan dengan anak isteri semata-mata melakukan kerja agama.

Ahli jemaah tabligh amat berkeyakinan bahawa cara dakwah mereka menepati cara yang dibuat oleh Rasulullah SAW. Cara yang dibuat selain cara sedemikian adalah sukar untuk berjaya. Perkara yang paling penting dalam berdakwah mengikut cara tabligh ialah keihklasan pada diri setiap jemaah. Kesabaran juga perlulah kuat dalam diri. Ini kerana bukan sedikit kata-kata daripada orang Islam sendiri yang seolah-olah memperlekehkan kerja-kerja dakwah mereka. Setiap kata-kata yang kadang kala pedas diterima dengan hati yang tenang dan bersangka baik.

Jemaah Tabligh berpendapat gerakan dakwah perlu keluar dari rumah untuk menyampaikan ajaran agama. Semua umat Islam apabila ditemui akan diberi peringatan tentang ajaran agama. Ini kerana manusia sering lupa dan hanyut dengan keindahan serta tipu daya dunia yang sementara ini. Inilah cara yang dibuat oleh nabi SAW dan para sahabat RA. Mereka saling memberi peringatan sesama islam dan dalam masa yang sama memberi semangat dan motivasi supaya tidak patah semangat dalam mengamalkan syariat.

Seperkara yang lebih penting ialah cara melakukan dakwah. Mereka mendakwa cara berdakwah dengan cara berceramah di masjid, surau dan madrasah kurang memberi kesan kepada masyarakat Islam. Salah satu pendekatan dakwah yang paling penting yang amat kurang dilakukan oleh umat Islam hari ni ialah dengan cara keluar berjumpa dengan saudara seIslam. Apabila berjumpa, maka mereka akan saling mengingati pesanan Nabi SAW dan ajaran agama Islam. Golongan yang diziarahi itu bukan hanya golongan tertentu sahaja, sebaliknya semua lapisan masyarakat tanpa mengira status kedudukan.

Dengan cara ini semua golongan akan dapat dijumpai, seterusnya berpeluang untuk bercakap hal-hal keagamaan. Orang-orang yang selalu lepak di kedai kopi yang amat jarang dan liat untuk mengunjungi masjid akan dijumpai dengan cara ini. Anak-anak muda yang biasa duduk di pinggir dengan motosikal sambil mengusik gadis akan ditemui, seterusnya akan ditegur dan disampaikan pesanan agama. Perkara sama ada dia menerima nasihat atau tidak adalah perkara kedua. Ini kerana yang memberi hidayah bukan ditangan manusia. Yang paling penting penyampaian dakwah sudah dilaksanakan.

Ini berbeza sekiranya penyampaian nasihat agama hanya dilakukan di masjid, surau ataupun madrasah. Golongan pemuda nakal, golongan yang liat untuk berjamaah di masjid dan orang islam yang tidak bersembahyang tidak akan dapat mendengar nasihat agama ini. Keadaan ini seolah-olah akan terus membiarkan mereka dengan dunia mereka tanpa dinasihati oleh orang yang memehami agama. Ini akan merugikan ummat Islam keseluruhannya.

Niat adalah perkara yang penting. Mereka sentiasa mengambil berat berkaitan niat. Niat keluar tabligh adalah kerana melakukan urusa agama, menyiarkan sunnah nabi yang semakin dilupakan dan menyampaikan ajaran Islam dengan ikhlas, tanpa mengharapkan balasan apa-apa, melainkan keredhaan Allah Taala. Sekiranya tidak diniatkan betul-betul, maka perbuatan mereka adalah sama seperti melancong. Ini kerana golongan tabligh akan berjalan ke mana sahaja ada kumpulan manusia. Setiap negara di dunia semua sudah dimasuki oleh jemaah tabligh. Walau sesulit manapun cara untuk memasuki sesuatu tempat, mereka tetap akan mencari jalan untuk sampai ke sana.

Sebenarnya jika diperhatikan pada Ayat Al-Qur'an dan Hadith Nabi SAW, akan didapati betapa banyak ayat dan nas yang memberi galakan dan pujian kepada cara dakwah melalui kaedah jemaah tabligh. Dalam Surah Al-Asr dikatakan bahawa mereka mereka yang sentiasa saling memberi peringatan agama agalah orang yang beruntung dan tidak rugi. Dikatakan lagi dalam suatu Hadith Nabi SAW bahawa apabila dua orang lelaki berjumpa kerana Allah, bercakap dan memperkatakan tentang agama dan kebesaran Allah, dan berpisah kerana Allah, maka Allah akan memberkati hidupnya.

Seorang orang aktif dengan kumpulan tabligh menegaskan bahawa kumpulan tabligh sekarang amat aktif memasuki negara China, Jepun, Taiwan, Hong Kong, Korea Selatan dan Korea Utara. Penerimaan masyarakat bermata sepet tersebut terhadap Islam amat menggalakkan. Rupa-rupanya ramai daripada mereka yang masih belum mendengar dan melihat dengan sendiri seruan dakwah Islam.

Negara Korea Utara yang berfahaman komunis walaupun sekarang berdepan dengan sekatan antarabangsa kerana isu nuklear, tetapi jemaah tabligh tetap tidak berputus asa untuk masuk ke sana. Negara itu dapat dimasuki dengan jalan darat melalui negara China. Saudara-saudara seIslam dari yang berbangsa Korea dan China dengan senang hati mempermudahkan kemasukan jemaah tabligh ini. Inilah semangat persaudaraan Islam yang amat tinggi nilainya. Jemaah Tabligh amat menyakini bahawa sekiranya sesuatu amalan dibuat dengan ikhlas, maka Allah akan mempermudahkan urusannya dan meneguhkan pendiriannya serta memantapkan semangatnya.

Jemaah tabligh tidak akan menghebahkan kegiatannya. Mereka tidak mahu amalan mereka menjadi riya'. Bagi Mereka, biarlah Allah Taala sahaja yang membalasnya. Wang ringgit yang dibelanjakan ketika mereka keluar akan dianggap sebagai infak di jalan Allah tanpa mengharapkan balasannya. Apabila keluar, maka mereka tidak akan menceritakan kerjaya mereka walaupun amat ramai dari mereka yang memiliki kerjaya profesional seperti doktor, jurutera, peguam dan ahli perniagaan yang berjaya.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa selepas tragedi tsunami melanda Acheh beberapa tahun dahulu, golongan tabligh dari seluruh pelusuk nusantaralah yang mula-mula sampai menghulurkan bantuan. Beribu-ribu dari mereka terus mengumpulkan duit dan terjun ke Acheh menghulurkan bantuan kepada warga Acheh yang sudah berputus asa untuk hidup. Di sana jemaah tabligh digelar sebagai kumpulan pemburu mayat. Mereka melakukan fardhu kifayah mencari ribuan mayat dan menguruskannya seperti yang dituntut oleh Islam. Di sini dapat dilihat betapa kuatnya semangat persaudaraan se Nusantara yang bila-bila masa bersedia menolong saudaranya yang kesakitan. Sebahagian dari mereka terkena penyakit bawaan bangkai dan mayat dan meninggal dunia. Namun keadaan ini langsung tidak mematahkan semangat ribuan lagi jemaah untuk terus memburu mayat dan dikebumikan. Mereka juga menyediakan hidangan makanan untuk penduduk Acheh yang sudah tidak ada keyakinan diri.

Setelah 2-3 hari jemaah tabligh bertungkus lumus membersihkan kampung, menolong memberikan makanan setakat termampu dan menguruskan jenazah, maka barulah bantuan antarabangsa sampai. Maka surat khabar menyiarkan betapa banyak pihak antarabangsa datang menolong Acheh yang sedang menangis.

rujukan:

http://www.blogigo.co.uk/pengalamanku/Kenapa-memilih-jalan-jemaah-Tabligh/88/
posted by Abdullah_m.e. @ 8:51 PM   0 comments
Laporan Rombongan da`wah islam berjalan kaki dari London,united kingdom ke mekkah.Saudi Arabia.
Friday, April 1, 2011



Laporan Rombongan da`wah islam berjalan kaki dari London,united kingdom ke mekkah.Saudi Arabia.

nah maduhu wanusolli wanusallimu a`la rasulihil kariim,wa a`la alihi wasohbihi wa atba`ihi namalitiddinil qawwim..

kami memuji dan berselawat ke atas Rasul yang mulia dan ke atas Ahli keluarganya,para Sahabatnya dan para Tabi`in yng mendukung agama dan mendirikannya..


untuk tidak menghilangkan dan mengurangkan tumpuan serta kecintaan dalam agama Allah S.W.T,posting kali ni saya selitkan kisah jemaah jalan kaki yang bergerak dari london ke mekkah..semoga pengorbanan mereka ini diterima Allah S.W.T dan disebarkan hidayah seluruh alam.kisah ini terjadi semasa Hazrat Maulana Ihnaa`mul Hassan Rahmatullahi A`laih,iaitu semasa beliau menjadi amir jemaah sambil dibantu oleh Hazrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahi A`laih,antara tahun 1960 an-1980an.

Dari London ke Mekkah Mukarramah dengan berjalan kaki

Dicatat Dari Malfoozat Shehikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Kandhahlawi Rahmatullahi A`laih pada hari Rabu ,17 ramadhan 1390 Hijrah.

"Ini terjadi semasa rutin harian Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya Kandhahlawi Rahmatullahi A`laih, bahawa pada majlis (pertemuan) dan hari itu Hazrat Maulana Ina`amul Hassan Rahmatullahi A`laih tiba melalui maklumat Hazrat adalah kaargusary (laporan) dari setiap Jemaah yang sedang bergerak. Jadi pada majlis hari ini Maulana Muhammad Umar Palanpuri Rahmatullahi A`laih membacakan laporan dari jemaah yang bergerak dari London ke Mekah Mukarramah dengan berjalan kaki. "

laporan Bhai Muhammad Masmoon

dilaporkan pada Maulana Muhammad Umar Palanpuri Rahmatullahi A`laih.
Kita semua bersyukur kerana dapat duduk dan disukai oleh majlis ini. Hati-hati kita berada di tangan Allah, Dia hanya meletakkan cinta dalam hati - meletakkan agama di dalam hati. Allah S.W.T berfirman:



(Al-Shaff:61)

“Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah Dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).”

Jemaah telah keluar , dalam masa pergi ada yang dengan hutang , masalah,tetapi semuanya pergi dengan besar perjuangan, melalui Allah Ta'ala menempatkan agama di dalam hati.

Laporan Ini adalah Jemaah pertama yang bergerak dari London ke Mekah Mukarramah dengan berjalan kaki. Saya akan membacakan surat dari wakil jemaah untuk ktia semua (Setelah membaca surat ini) tidak ada penggangtung harap Jemaah selain Allah S.W.T.merekai berkata, bahawa kita melakukannya. Kerana semua keadaan yang mengatakan,bahawa Allah Ta'ala melalui kekuatan-Nya tidak ada batas.

Pernah terjadi apabila Maulana Muhammad Yusuf Khandahlawi Rahmatullahi A`laih diminta oleh seseorang, bahawa mengapa anda membuat orang mengalami sakit, petani semakin miskin? Mengapa anda melepaskan peniaga dari perniagaan mereka? Adakah baatil akan datang di dalam usaha da`wah,apabila baatil tidak boleh dimusnahkan dan dihancurkan oleh pengorbanan para wali dan orang yang hampir dengan Allah S.W.T?

Maulana Muhammad Yusuf Khandahlawi Rahmatullahi A`laih orang yang Nya jenis itu, bahawa ia tidak akan membiarkan perubahan datang ke dalam Ikram dari para masyaikh dan orang –orang lama dalam usaha da`wah. Dia berkata, "status mereka adalah sama dari singa dan contoh jemaah kita adalah seperti itu dari anai anai, bahawasebuah angka besar terlihat besar dari luar tapi di dalam itu kecil dan lemah. Seperti anai-anai ini Jemaah-jemaah kecil kecil ini akan memakan dan memusnahkan baatil besar dari yangsangat dalam dan batil akan menjadi lemah dan tidak bernyawa.”

Sekarang masa untuk Jemaah yang berangkat dari London, Jemaah berhadapan dalam cuaca yangs angat sejuk dan hujan. Lima belas tahun lalu dari hari ini kita tidak bolehmelihat Masjid di London, hari ini dua ratus Masjid telah didirikan. Mungkin di seluruh London hanya ada satu Masjid di mana pada Jumaat beberapa saudara berdoa. Hari ini di London ada 200 Masjid hidup amalan solat lima waktu setiap hari.

Seorang rakan dari Amerika Selatan berhijrah untuk memulakan hidup baru di London dan dengan dia mengahwini seorang Inggeris semasa di amerika selatan, yang hampir dua puluh tahun selepas itu beliau melawat kaum kerabat di rumah-nya di amreika selatan. Dan ia diminta oleh rakan-rakan dari amerika Selatan, "Kau datang kembali ke-negara asal kamu selepas 20 tahun, dalam dua puluh tahun perubahan apa yang anda lihat di england?" "Kesan bahawa dapat melihat orang memakai topi aneh dan ada yang diikat dengan kain di kepala mereadan yang berbahasa Urdu dan arab, bahawas etiap tempat anda boleh melihat kesan mereka. Sepertinya turun Inggeris akan
dipenuhiidengan mereka. "

mereka datang dan sudah ada di Belgium, televisyen, surat khabar dan sebagainya heboh memaparkan kisahtentang jemaah berjalan kaki ini. Walaupun para masyaikh dan orang lama kami tidak suka inidan sepatutnya tidak ada sebarang publisiti. Dan dari yang sangat dalam usaha da`wah berlangsung. Itulah apa yang mereka sukai dan tekankan dalam jemaah bergerak.

Salah satu akhbar menulis, ada beberapa orang yang memeluk Islam. Orang-orang ini cuba untuk sebarkan Islam di seluruh Eropah - untuk inilah mereka bergerak dan berjalan kaki.
Satu suratkhbar lain juga menulis,dalam masa terdekat,islam akan tersebar dengan cepat di sekitar dan dalam eropah.

Di Mumbai,India,seorang Inggeris bertanya dengan restoran untuk makanan terbaik yang sedia untuk dimakan. Dia diberitahu, ianya Biryani, dan itu dibawa kepadanya. Dia bertanya, masakan siapa dan siapa yang memakannya. Kemudian ia diberitahu, bahawa ini adalah masakan makanan Muslim. Dan dengan sebab makanan, hanya ini membuatnya menerima Islam. Bahawa orang-orang yang kualiti makanan sangat lazat, tidak diragukan lagi bagaimana harus ditinggikan agama masakan ini. Sekarang, jelaskan siapa yang memerbi hidayahdan berda`ah padanya. Sebenarnya angin hidayah sedang tersebar di seluruh dunia,ini adalah sebenarnya bersebabkan pengorbanan dan susah payah untuk agama telah dibuat,dan pada hari ini,orang bukan islam dapat memeluk agama islam dengan begitu sahaja dan begitu juga dengan orang islam,mereka semakin beramal dengan islam.

Seorang lelaki berbangsa Inggeris pernah bertanya samada Rasulullah (S.A.W) pernah berlayar merentasi lautan. Apabila diberitahu oleh para ulama’ kepadanya bahawa tiada Hadith yang menceritakan samada Rasulullah(S.A.W) pernah berlayar, lelaki Inggeris itu berkata, “Maka jadikanlah aku seorang Muslim.” Lelaki itu ditanya akan sebab dia mengambil keputusan itu dan ujarnya, “Gambaran tepat tentang lautan yang terdapat didalam Al-Quran tidak dapat diceritakan sendiri oleh pelaut berpengalaman, maka ini (Al-Quran) sudah pastilah wahyu yang diturunkan oleh Tuhan.” Dia kemudiannya memeluk Islam. Apabila Allah S.W.T ingin memberikan petunjuk dan hidayah, ia adalah sesuatu yang amat mudah, seperti contoh diatas.

Sebuah suratkhabar Jerman menerbitkan sebuah kisah terbaru mengenai pengebumian 20-25 mayat. Didorong rasa ingin tahu mengenai azab kubur, orang-orang Kristian meletakkan mayat-mayat tersebut dalam pelbagai keadaan seperti berdiri, terbalik (kepala ke bawah dan kaki ke atas), dan sebagainya. Selepas 3 hari, mereka menggali semula kubur tersebut dan mendapati mata setiap mayat terbuka dan terjojol keluar. Oleh kerana ini berkaitan dengan perkara ghaib, maka ada kemungkinan bahawa seksaan dalam kubur menyebabkan rupa luaran mayat-mayat tersebut berubah. Allah S.W.T menunjukkan pada rupa luaran mereka (mayat) yang setiap tulang hancur berantakan dan mata terbeliak ketakutan. Oleh yang demikian, mereka (para pengkaji) beranggapan bahawa mayat-mayat tersebut telah menyaksikan scenario yang menakutkan. Suratkhabar tersebut menulis, ‘selepas keputusan kajian ini, didapati bahawa azab kubur yang didakwa oleh orang-orang Islam adalah benar-benar wujud.’

Hadhrat Maulana Yusuf Khandhalawi Rahmatullahi A`laih berjanji untuk pergi ke Afrika. Saudara-saudara dari benua Afrika datang berjumpa Hadhrat Maulana, dan Hadhrat Maulana Inaamul Hassan Rahmatullahi A`laih turut berada di situ. Untuk memenuhi janji ini, satu jemaah (kami) telah dibentuk dan dihantar ke sana. Sewaktu kami berada di sana seorang paderi datang bertemu kami dan berkata, “ Apabila seseorang memeluk agama Kristian, kami berikan wang bulanan untuknya, sekiranya dia seorang pencinta seni dan keindahan, kami akan memberinya wanita-wanita cantik, dan sekiranya dia adalah seorang pegawai, maka kami akan mengaturkan sesuatu untuk kerjanya dan memberikannya gaji. Tetapi setelah kedatangan kamu, lebih ramai orang telah memeluk agama Islam, dan sesiapa yang menjadi Muslim tidak akan kembali kepada agama Kristian. Kami telah membelanjakan begitu banyak wang, tetapi berlawanan dengan kamu, apabila seseorang memeluk agama Islam kamu menyuruh mereka untuk menyertai Jama’at (berdakwah dan meneruskan kerja kenabian) – bukan kamu yang membelanjakan wang untuk mereka, tetapi kamu membuat mereka membelanjakan wang.”

Kami menjelaskan kepada paderi tersebut, “Rasulullah (S.A.W)datang dengan kekuatan ghaib dan wahyu – kitab suci – dari langit: jiwa orang yang menerima dan beriman dengan Allah dan Rasul telah dibersihkan, umpama hidup semula. Orang mati perlukan ‘bahu-bahu’ tertentu untuk membawanya (membantunya), ‘bahu’ wang, ‘bahu’ kuasa, ‘bahu’ wanita, manakala orang yang hidup tidak memerlukan ‘bahu-bahu’ ini untuk membantunya berjalan. Kerana sebab inilah kamu membelanjakan begitu banyak untuk Kristian dan kami tidak memerlukan perkara-perkara yang akan musnah ini untuk menggerakkan orang-orang hidup.”

Ujar paderi itu, “tuan, tuan mengatakan bahawa Qur’an adalah benar, kaum Yahudi menyatakan bahawa Taurat adalah benar dan kami (Kristian) mengatakan bahawa Injil adalah benar. Akhirnya kitab manakah yang benar dan kitab manakah yang sesat?” Kami membalas, “Dengan menjunjung kitab itu kita akan berdiri tinggi, kamu mengambil Injil, kaum Yahudi mengambil Taurat dan kami mengambil Qur’an.” Selepas itu paderi tersebut pun pergi dengan senyap.

Pada satu tempat, dua daripada ahli Jama’at telah ditangkap oleh pihak berkuasa yakni polis. Mereka mempunyai sekotak serbuk gigi (ubat gigi dalam bentuk serbuk) dan orang ramai menyangka bahawa itu ialah dadah. Walaubagaimana pun, setelah polis mengesahkan bahawa itu bukanlah dadah, mereka dibebaskan. Mereka menyertai Jama’at semula dan menyambung perjalanan.Tetapi selepas itu beberapa orang Arab cuba untuk mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku. Setibanya mereka disana, mereka juga telah melihat tempat ahli Jama’at tadi ditahan. Seluruh pejabat itu termasuk pegawai wanita berkata, “ Mereka ini begitu jujur, mereka seperti Muslim sebenar. Wajah mereka langsung tidak menakutkan, mereka berulangkali membaca kitab suci mereka, berzikir dan bersembahyang, agama mereka seperti benar-benar suci dan tulen.”

Seorang paderi Perancis berusia 70 tahun telah mendapat keyakinan bahawa Islam adalah kebenaran, sekiranya dia mati sebagai seorang Kristian maka dia akan ke Jahannam, dan sekiranya dia seorang Muslim maka dia tergolong dalam orang-orang yang berjaya. Dia telah menjejalajah ke seluruh pelosok Perancis tetapi hanya menjumpai orang-orang Muslim yang menyerupai Kristian. Oleh kerana ini dia menjadi keliru, jika sekiranya dia memeluk Islam, maka dalam persekitaran Islam yang manakah patut dia tinggal? Manakah yang dikatakan persekitaran Islamik sebenar? Akhirnya sebuah Jama’at datang dan dia memerhatikan persekitaran yang mereka bawa selama 24 jam. Setelah melihat suasana Islam yang dipamerkan oleh Jama’at, paderi tadi mengatakan bahawa inilah Islam sebenar. Dia bertindak mengisytiharkan keislamannya dan memeluk Islam di tangan Jama’at. Selepas itu ahli-ahli Jama’at telah memberitahu paderi tua tersebut bahawa seorang Muslim adalah penyeru [kepada Allah], adalah sangat penting untuk menjadi seorang penyeru (dai’e) kepada Islam. “Tuan patut menjadi seorang dai’e juga,” ujar ahli-ahli Jama’at.



(Yusuf:108)

“ Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain."

Paderi itu menjadi seorang dai’e yang menyeru Islam dan dengan izin Allah membawa 12 keluarga Perancis ke dalam agama Islam. Beliau tanpa banyak soal telah menerima tugas sebagai seorang penyeru agama Islam dan istiqamah dalam melaksanakan dakwah.
Dalam Madinah Tayyibah telah diadakan satu majlis ilmu didalam Masjid Nabawi dan apabila program Tashkeel dimulakan, seorang lelaki tua yang merupakan orang alim bangun dan bertanya, “Dari mana kamu ambil amalan ini?” Kami memberitahunya, “Harap tuan dapat duduk semula dan jangan mengganggu program Tashkeel. Kami akan menjelaskan kepada tuan sebentar lagi, tetapi amalan ini dibuktikan dengan dalil dari Qur’an dan Hadith, maka tuan juga perlu menulis nama tuan.”


“Inilah apa yang kami lakukan.” Shaikh Abdullah (lelaki alim tadi) berkata, “Baiklah.” Kami berkata kepadanya, “Tuan berilah sedikit masa untuk memikirkannya.” Selepas itu beliau telah datang ke India juga dan meninggalkan nota untuk Hadhrat Shaykh, kemudian beliau juga telah tashkeel dan pergi ke Dubai dan tempat-tempat lain.

Hampir 15 tahun dahulu seseorang telah bermimpi bertemu Rasulullah yang meminta supaya dihantar sebuah Jama’at ke Indonesia. Atas dasar inilah Hadhrat Maulana Muhammad Yusuf membuat Tashkeel ke tempat itu. Kata Hadhrat Maulana Yusuf, “ Kita akan mengusahakan supaya dakwah dan usaha kenabian ini sampai kepada orang-orang Kristian di sebahagian Indonesia dalam jangka masa 50 tahun,” Manakala dakwah untuk sebahagian Indonesia yang lain dalam masa 50 tahun ditetapkan oleh ulama-ulama lain. Semalam, apabila kata-kata ini diberitahu kepada Jama’at dari Indonesia, mereka mula menangis dan berkata, “Insha’Allah, sampai sahaja di sana kami akan memulakan usaha.” Sekarang, tidak akan ada lagi Muslim yang memeluk agama Kristian, bahkan orang Kristianlah yang akan berbondong-bondong memeluk Islam dengan izin Allah.


Jumlah ini dipelopori oleh Indonesia di tempat pertama, kedua Bangladesh, ketiga India dan keempat Pakistan.

Seorang Arab dari Jordan bermimpi melihat Rasulullah (Sallallahu Alayhi Wasallam) datang dengan memakai Kurta India dan memikul tilam di bahunya. Dia bertanya kepada Rasulullah (Sallallahu Alayhi Wasallam) akan destinasi yang ditujui baginda. Baginda menjawab, “Ke tempat dimana agama Islam kembali hidup.”

DiTurki terdapat seorang ulama’ besar yang tidak mahu membantu apabila tiba sebuah Jama’at bahkan beliau turut melarang orang awam dari berhubungan baik dengan para ahli jemaah. Ini adalah kerana beliau telah diberikan gambaran yang salah tentang usaha dakwah yang dijalankan oleh Jama’at oleh individu tertentu. Dan bagi seorang ulama yang wara’, beliau berpendapat bahawa tidak boleh menyokong dan membantu perkara yang batil (tidak benar). Akan tetapi, beliau telah datang pada hari kedua atau ketiga untuk berkhidmat sendiri kepada Jama’at. Salah seorang dari ahli Jama’at telah bertanya [tentang sebab beliau mengambil tindakan sedemikian] dan beliau menjawab, “ Saya lihat didalam mimpi, Rasulullah (Sallallahu Alayhi Wasallam) berkongsi segugus anggur dengan para ahli Jama’at. Maka saya pun menghampiri baginda, tetapi baginda tidak memberi saya walau sebiji anggur. Saya pun menyatakan kepada baginda, ‘Ya Rasulullah, (Sallallahu Alayhi Wasallam) saya juga adalah umatmu.’ Rasulullah (Sallallahu Alayhi Wasallam) menjawab, ‘Benar, tetapi gugusan anggur ini adalah untuk mereka yang bersusah-payah demi agama – jika kamu menginginkannya, jadilah salah seorang daripadanya (orang yang bersusah-payah demi agama).’ Mimpi ini telah membuka hati dan mengubah pemikiran saya dan atas sebab inilah saya berada di sini sekarang.”

Seorang ahli Jama’at telah ke kepulauan Marrakesh dan melihat didalam mimpi, Rasulullah (Sallallahu Alayhi Wasallam) datang dan bersabda, “Sampaikan salamku kepada Jama’atmu.” Tetapi ahli jemaah ini tadi tidak berpeluang untuk menyampaikannya, dan apabila beliau berbaring untuk qailullah (tidur tengahari sebelum zohor), beliau sekali lagi bermimpi Rasulullah (Sallallahu Alayhi Wasallam) datang dan bersabda, “Kamu masih belum menyampaikan salamku kepada Jama’atmu.” Maka jawab beliau, “Ya Rasulullah (Sallallahu Alayhi Wasallam), saya akan meninggalkan perkara lain dan segara menyampaikannya.” Kemudian beliau telah mengumpulkan seluruh ahli jemaah dan menyampaikan salam Rasulullah(Sallallahu Alayhi Wasallam) kepada mereka.

diterjemah dari bahasa inggeris ke bahasa malaysia oleh muhammad_efendie dengan bantuan pelajar jurusan pelajaran Islam dan Quran dari IPG kampus Tuanku Bainun.P.Pinang.


rujukan:

diterjemah dari "From London to Makkah Mukarramah"

http://truelife200vi.wordpress.com/2008/01/17/from-london-to-makkah/
posted by Abdullah_m.e. @ 11:12 PM   0 comments
<
About Me

Name: Abdullah_m.e.
Home: kuala lumpur, wilayah persekutuan, Malaysia
About Me: Dan orang-orang yang terdahulu; yang mula-mula dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” (berhijrah dan memberi bantuan), dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada Nya, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah, Ayat 100) masih di dalam proses pembelajaran baik untuk keperluan mahupun agama..masih di dalam fasa membaiki diri..kerana diri ini tidak sempurna..
See my complete profile
Previous Post
Archives
Disclaimer

For all reader information,i`m not a ustaz,hafizul quran more so ulama`.i`m just the follower (ittiba`) of the Prophet S.A.W,the companions R.Anhum and whom who followed them from time to time until Qiyaamah.for that reason,almost all the published article,translation or journal and quote have reference.only certain do not have a reference due to that publish is personal opinion/advice of the writer.still in process of learning and purifcation.moderate opinion and neutral method.not in favor/represent of any organizational,fiqrah,political party or jamaah.what is good and there`s akhlak,we follow them.what is not very good,we make a moral story of it. This blog is published in Bahasa Malaysia so that the malay language user can understand some translation of kitab or quote from ulama` and to uphold usage of bahasa malaysia among whom understand malays.some of the kitab or reference is not published and sale in malaysia,almost majority of it is from Hindustani sub-continent and some of it from the middle-east.only certain publish in english language. Manhaj Ahlul Sunnah Wal Jamaah,follow Shafii` Mazhab. Jazakumullahu Khairan Kasthira`,

Powered by

BLOGGER

Lau ka na Bainana Al-Habib-Abdul Rahman Mohamed,Saudi Arabia..

lau kana bainana(1)

Powered by mp3skull.com

Powered by

BLOGGER

Darul Uloom Deoband,Saharanpur,India

Darul Uloom Nadwatul Ulama`,Lucknow,India.

Jamia` Darul Uloom Karachi,Pakistan.

Mazahirul Uloom,Saharanpur,India.

Darul Mustafa`,Tarim, Yaman

Darul Uloom Azaadville,South Africa.

Miftahul Uloom,Bandar Baru Sri Petaling,Kuala Lumpur,Malaysia

Ba`alawi,Kuala Lumpur,Malaysia.

Yayasan Al-Jenderami,Jenderam Hilir,Selangor,Malaysia

Yayasan Sofa`,N.Sembilan,Malaysia.

Blog Visitor Location


widgeo.net

© 2005 Assalamualaikum.. Blogger Templates by Isnaini and Cool Cars Pictures