Assalamualaikum..

"هذا هو معنى الحياة هو نحن هو الإسلام." تحيات.. كيف حالك.. نأمل حصلت على مباركة لك من الله

 
<

followers
komunikasi
Create your own banner at mybannermaker.com!
Create your own banner at mybannermaker.com!
facilities

khidmat

Innalhamdulillah,khidmat kpd pelajar samada yg berada dlm kemahiran kejuruteraan(mekanikal,elektrikal,electronic,mekatronik dsb.) @pelajar agama yg berminat.sy sedia membantu menyemak proposal, report dn mmberi cadangan kpd projek tahun akhir(FYP) atau masalah pembelajaran anda secara percuma. semoga usaha anda dimudahkan utk menamatkan pengajian dn anda dpt berkhidmat serta berjuang di jalan Allah S.W.T.hubungi sy di YM;ghostrider_mujahid.JazakaAllahu Khair.
Visitor
mesej kepada mereka yg islam dan mencintai Allah S.W.T. dan mengasihi Rasululllah S.A.W..
Saturday, April 28, 2012


islam tidak menghalang perbezaan pendapat dan perbezaan fahaman mahupun negara,penting untuk menghormati dan menegur atau menyuarakan pendapat dengan berhikmah dan berakhlak..2 saudara islam dari somalia dan india bergaul mesra dan baik.

Assalamualaikum W.B.T,Innalhamdulillah..mari kita sama-sama muhabasabah diri kita..adakah hari ini hari sabtu.28 april 2012/7 JamadilAkhir 1433 Hijrah..

di mana kita berada ketika ini,di jalanan memperjuangkan sesuatu yang pasti atau tidak , atau sedang bergerak membesarkan Allah S.W.T,berada dan bergerak khuruj fisabilillah di seluruh alam mahupun yang sedang berzikir mengingati Allah S.W.T..

ingin saya tegaskan di sini saya bukan niat saya untuk menyebelah ataupun menghentam mana-mana pihak baik dari pakatan rakyat mahupun parti komponen kerajaan..tapi saya mahu kita semua,baik dari pihak mana sekalipun,renungkan dan hayatilah syair ini..yang dialunkan oleh Abdul Rahman Mohamed,dari Arab Saudi bertajuk.."Lau Kana Bainaa Al Habib" yang bermaksud "seandainya Rasululllah S.A.W ada bersama kita.."..







apa reaksi jikalau Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.Anhum melihat muslimin dan muslimat pada hari ini berkeliaran dengan kopiah putih,bertudung labuh,berniqab,berserban tetapi lari dari nilai-nilai mulia Baginda S.A.W dan Para Sahabat R.Anhum dalam memperjuangkan sesuatu yang beragama,patah lagi yang tidak pasti dan kita mengatakan inilah islam...boleh menitis air mata Baginda S.A.W. jikalau Baginda S.A.W melihat perkara yang berlaku hari ini..sedangkan Rasulullah dan Para Sahabat telah memberikan contoh akhlak mulia dan hikmah dalam berdakwah dan jihad.





belum lagi dikira aspek lain..walauun kecil,tetapi impaknya besar kepada islam..saya mengambil satu contoh yang paling mudah iaitu penggunaan sticker-sticker kereta yang berkaitan dengan islam seperti bendera yang tertulis "La Ila Ha Illallah Muhammadar Rasulullah,`im full time muslim`, i love prophet Muhammad S.A.W dan ayat-ayat suci Al-Quran..





tetapi pemandu kenderaan tersebut membawa pula keretanya tidak berhemah dan melanggar undang-undang lalu lintas seperti potong q,melanggar lampu isyarat,berkelakuan tidak sopan atau "samseng" di jalan raya..malah yang lebih menyedihkan lagi ada yang memakai serban, berjanggut,kopiah putih ataupun bertudung labuh membawa kenderaan seperti ini..adakah kita tidak terfikir apa reaksi saudara islam kita yang lain yang masih lagi dlm proses mendalami ajaran islam dan belalajr mengamalkan sunnah? belum lagi kita melihat reaksi bukan muslim melihat gelagat kita di jalan raya?renungkanlah...

memang adanya perbezaan pendapat di antara kita terutamanya dalam hal politik,tetapi kita semua kena melaksanakan dan menyampaikan dengan berhikmah dan berakhlak..

tidak ada mana-mana pemerintah yang sempurna akhir zaman ini kecuali mereka yang benar-benar mengikut acuan Rasulullah S.A.W dan para Sahabat R.Anhum..



kemesraan Hazrat Sheikh Habib Umar Ben Hafiz Hafizahullah,tidak mengenal fahaman dan bangsa..salah seorang ulama dari susur galur Baginda S.A.W yang aktif berdakwah dari negara ke negara..

memang adanya kelemahan pemerintah,tapi ada banyak lagi medium atau saluran kita boleh perjuangkan dengan lebih berakhlak dan berhikmah..

dakwah Rasululllah S.A.W penuh dengan nilai-nilai akhlak dan hikmah yang sangat tinggi sehingga Allah S.W.T telah meletakkan ketakutan dan kegerunan kepada musuh-musuh islam pada masa itu walaupun bilangan mereka sedikit dan terhad peralatannya..

musuh-musuh gerun dan mereka yang mendapat hidayah,telah cair hati mereka dan sangat kasihkan Baginda S.A.W serta meletakkan janji setia nyawa dengan Rasululllah S.A.W..

perjuangan kita pada hari ini sebenarnya adalah satu amanah dari Allah S.W.T melalui Nabi S.A.W iaitu,bagaimana setiap individu dalam ummat islam ini dapat sempurna iman dan beramal dengan islam..dan dapat mempratikkan akhlak mulia dan hikmah dalam kehidupan seharian,...sehinggakan sampai kepada satu tahap,bukan muslim jatuh hati dan mendapat hidayah untuk memeluk islam kerana akhlak orang islam..cara keutamaan dakwah islam yang pertama iaiatu, akhlak,kemudian penghantaran rombongan dakwah,penghantaran rombongan rundingan,dan lain-lain sehinggalah cara yang terkahir sekali iaitu jihad peperangan..




janganlah kita lupa..kerana Baginda S.A.W ada mengingatkan kita adanya kaitan Iman dan Akhlak..

Imam al-shadiq Rahimahullah berkata bahawa Nabi S.A.W bersabda “ mahukah kalian aku beritahu tentang mereka yang menyerupai diriku?” Para Sahabat menjawab ,” Tentu, ya Rasulullah.” Rasulullah S.A. W bersabda.” Mereka adalah orang-orang yang paling baik akhlaknya diantara kamu sekalian, halus sikapnya, berbakti kepada kerabatnya, cinta terhadap saudaranya, saling sabar dalam membela kebenaran , paling mampu mengawal amarah, pemaaf dan sanggup menguasai dirinya, baik ketika senang mahupun marah.”

( petikan hadith dari buku karangan Mohamed Abu.1996:92-93)

Baginda S.A.W juga bersabda:

“Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dan paling dekat tempat duduknya dari pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya.”

( Riwayat At-Tirmidzi )

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik akhlaknya. “

(Riwayat Abu Dawud, Ahmad dan At-Tirmidzi )


"Sesungguhnya orang yang paling hampir dengan tempatku di kalangan kamu ialah yang paling cantik akhlaknya, mereka menghormati orang lain dan mereka senang bermesra dan dimesrai.
Orang Mukmin itu ialah yang mudah mesra dan dimesrai, dan tiada kebaikan pada mereka yang tidak boleh bermesra dan dimesrai. Dan sebaik-baik manusia ialah yang banyak memberi manfaat kepada manusia."

(Riwayat Al Hakim dan Al Baihaqi)


Akhlak juga bermaksud budi perkerti dan sifat. Setiap orang hendaklah mempunyai akhlak atau sifat-sifat yang baik dan mulia. Budi pekerti yang tinggi mestilah dimiliki oleh semua orang. Akhlak amatlah penting, Rasulullah diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Sebagaimana disebut didalam hadis yang bermaksud: sesungguhnya aku (nabi Muhammad saw) diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak( budi pekerti).

bagaimana dengan keadaan saya dan kita semua kita hari ini?fikir-fikirkanlah...walau-apap-apa pun kita buatlah sesuatu perkara itu dengan berfikir panjang dan merujuk kepada syariat dan sirah nabawiyyah Muhammad S.A.W dan Sahabat R.Anhum serta para ulama e-kiraam yang mulia dan teguh menegakkn agama Allah S.W,.T di atas muka bumi ini..


Rujukan:

1. Mohamed bin abu. 1996.
buku "Panduan Insan Mukmin: dalam kegiatan hidup seharian" Terbitan Pustaka Ilmi.

2. Hadith tentang akhlak mulia dari Blog Cahaya Mukmin.
http://cahayamukmin.blogspot.com/2009/03/sabda-rasulullah-saw-tentang-akhlak.html

3. photo diambil dari flickr user "akyevents".
posted by Abdullah_m.e. @ 4:54 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
<
About Me

Name: Abdullah_m.e.
Home: kuala lumpur, wilayah persekutuan, Malaysia
About Me: Dan orang-orang yang terdahulu; yang mula-mula dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” (berhijrah dan memberi bantuan), dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada Nya, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah, Ayat 100) masih di dalam proses pembelajaran baik untuk keperluan mahupun agama..masih di dalam fasa membaiki diri..kerana diri ini tidak sempurna..
See my complete profile
Previous Post
Archives
Disclaimer

For all reader information,i`m not a ustaz,hafizul quran more so ulama`.i`m just the follower (ittiba`) of the Prophet S.A.W,the companions R.Anhum and whom who followed them from time to time until Qiyaamah.for that reason,almost all the published article,translation or journal and quote have reference.only certain do not have a reference due to that publish is personal opinion/advice of the writer.still in process of learning and purifcation.moderate opinion and neutral method.not in favor/represent of any organizational,fiqrah,political party or jamaah.what is good and there`s akhlak,we follow them.what is not very good,we make a moral story of it. This blog is published in Bahasa Malaysia so that the malay language user can understand some translation of kitab or quote from ulama` and to uphold usage of bahasa malaysia among whom understand malays.some of the kitab or reference is not published and sale in malaysia,almost majority of it is from Hindustani sub-continent and some of it from the middle-east.only certain publish in english language. Manhaj Ahlul Sunnah Wal Jamaah,follow Shafii` Mazhab. Jazakumullahu Khairan Kasthira`,

Powered by

BLOGGER

Lau ka na Bainana Al-Habib-Abdul Rahman Mohamed,Saudi Arabia..

lau kana bainana(1)

Powered by mp3skull.com

Powered by

BLOGGER

Darul Uloom Deoband,Saharanpur,India

Darul Uloom Nadwatul Ulama`,Lucknow,India.

Jamia` Darul Uloom Karachi,Pakistan.

Mazahirul Uloom,Saharanpur,India.

Darul Mustafa`,Tarim, Yaman

Darul Uloom Azaadville,South Africa.

Miftahul Uloom,Bandar Baru Sri Petaling,Kuala Lumpur,Malaysia

Ba`alawi,Kuala Lumpur,Malaysia.

Yayasan Al-Jenderami,Jenderam Hilir,Selangor,Malaysia

Yayasan Sofa`,N.Sembilan,Malaysia.

Blog Visitor Location


widgeo.net

© 2005 Assalamualaikum.. Blogger Templates by Isnaini and Cool Cars Pictures