Assalamualaikum..

"هذا هو معنى الحياة هو نحن هو الإسلام." تحيات.. كيف حالك.. نأمل حصلت على مباركة لك من الله

 
<

followers
komunikasi
Create your own banner at mybannermaker.com!
Create your own banner at mybannermaker.com!
facilities

khidmat

Innalhamdulillah,khidmat kpd pelajar samada yg berada dlm kemahiran kejuruteraan(mekanikal,elektrikal,electronic,mekatronik dsb.) @pelajar agama yg berminat.sy sedia membantu menyemak proposal, report dn mmberi cadangan kpd projek tahun akhir(FYP) atau masalah pembelajaran anda secara percuma. semoga usaha anda dimudahkan utk menamatkan pengajian dn anda dpt berkhidmat serta berjuang di jalan Allah S.W.T.hubungi sy di YM;ghostrider_mujahid.JazakaAllahu Khair.
Visitor
kisah Hazrat Maulana Muzaffar Hussain Khandahlawi Rahimahullah
Sunday, March 18, 2012
kisah Hazrat Maulana Muzaffar Hussain Khandahlawi Rahimahullah

Assalamualaikum W.BT..Innalhamdulillah,setelah sekian lama tidak mengemaskini laman blog ini..maaf kepada semua kerana atas dasar kelemahan dan kesibukan saya dengan lain-lain urusan,kerja-kerja terjemahan dan carian rujukan terhenti buat seketika.insyaAllah pada kali ini,kita buka kembali lembaran lama tentang kisah Hazrat Maulana Muzaffar Hussain Khandahlawi Rahimahullah,iaitu asal keturunan ( moyang) kepada Hadraji ke-3 usaha Dakwah dan Tabligh,Hazrat Maulana Ihnaamuul-Hassan Khandahlawi Rahimahullah dan juga syura usaha dakwah dan tabligh sekarang,iaitu Hazrat Maulana Zubair Ul-Hassan Khandahlawi Hafizahullah.



lokasi Kandhla di mana nasab keluarga Khandahlawi yang terdiri dari keluarga yang menghasilkan ulama-e kiraam yang membimbing ummat,terletak di daerah Muzaffarnagar,di dalam negeri Uttar Pradesh,India.



di dalam Malfuzat Hazrat Maulana Muzaffar Hussain Khandahlawi Rahimahullah,ditulis oleh pengarang bahawa Hazrat adalah seorang yang alim dan mematuhi syariat sejak kecil lagi dan beliau juga adalah pengamal sunnah Baginda S.A.W yang sejati.keadaan kesihatannya,pada hujung usianya,menjadi sehinggakan tubuhnya tidak dapat menerima walaupun sesuap makanan yang mana sumbernya walau ada sedikit syubhat (keraguan) padanya. Beliau juga ialah sepupu kepada Hazrat Mufti Ilahi Bakhsh Rahimahullah.

pernah terjadi sekali bahawa semasa Hazrat terlibat dengan pembinaan masjid di Kandhla,seorang khawas(kenamaan)tuan Sayyid Ahmad Khan-menyerahkan kepada Hazrat beberapa sumbangan dari keluarga terdekatnya.Hazrat dikurniakan dengan sifat taqwa dan bleiau sangat mengambil berat tentang sumber-sumber terutamanya pada makanan dan pembinaan,dan Hazrat berkata dan menolak pemberian itu dengan berkata,"maaflah Tuan Sayyid,dari Qalb (Hati) saya ini,saya dapati adanya sumber dari tidak halal pada pemberian ini,maka saya tidak mahu menggunakannya untuk membina masjid."



Kampung Aaldi,Kandhla.



Hazrat Maulana Muzaffar Hussain Khandahlawi Rahimahullah ialah di antara rakan sepembalajaran yang paling dipercayai dan bekas anak murid kepada Hazrat Maulana Shah Muhammad Ishaq Dehlawi Rahimahullah [1] dan juga kepada abang guru beliau iaitu Hazrat Shah Muhammad Ya`qub Rahimahullah.Hazrat juga adalah di antara yang disebut namanya oleh kedua alim ini sebagai penerus perjuangan mereka di India apabila mereka berhijrah ke Arab Saudi.[2].



Balai Polis Kairana,Kandhla.

Hazrat Maulana Muzaffar Hussain Khandahlawi Rahimahullah juga adalah salah seorang pemimpin yang mengetuai perang kebebasan terhadap sistem Colonialism(1857). Hazrat berjuang dengan gigih dan penyusun strategi yang baik semasa memimpin orang-orang islam berperang dengan british.Hazrat Maulana Rashid Al-Hassan Khandahlawi Rahimahullah berkata bahawa adalah satu kerugian kisah tentang perjuangan Hazrat Maulana Muzaffar Hussain Khandahlawi Rahimahullah dan orang-rang islam di Kandhla dan sekitarnya dalam jihad terhadap british yakni peperangan pada tahun 1857 tidak ditulis dan dibukukan.



suasana bandar Kandhla.

Hazrat juga adalah salah seorang Sheikh (Khalifah) dalam Tariqat aliran Naqshbandi dan mempunyai beribu-ribu anak murid,dam ada beberapa yang menerima ijazah dari beliau,termasuk Hazrat Maulana Rafi Al-D`in Deobandi Rahimahullah (meninggal dunia pada 1309 Hijrah), Hazra Maulana Ismail Khandahlawi Rahimahullah (meninggal dunia pada 1315 Hijrah),[3] Hazrat Maulana Muhammad Hussain Faqir Dehlawi (meninggal dunia pada 1324 Hijrah) dan Qari Hafiz Tafaddul Hussain Al Baghrawi Rahimahullah.



ladang tebu di Kandhla

adalah menjadi satu amalan dan praktis kepada Hazrat Maulana Muzaffar Hussain Khandahlawi Rahimahullah untuk menziarahi dan iktikaf di masjid di bandar-bandar berdekatan dan kampung-kampung selama 3 ke 4 hari dalam satu-satu masa.semasa beliau bermastautin sementara di masjid,beliau akan menerangkan carra-cara solat dan menarik orang-orang islam supaya mengerjakan solat berjemaah,mengajar mereka tentang asas-asas islam dan menggalakkan mereka untuk mengamalkannya. Hazrat Maulana Muhammad Ismail Khandahlawi Rahimahullah kemudian diberi ijazah dari Hazrat untuk mewarisi methodlogi cara pergerakan ini.Kemudian cara pergerakan seperti ini dipopularkan dan digerakkan secara besar-besaran oleh anak Hazrat Maulana Muhammad Ismail Khandahlawi Rahimahullah,iaitu Hazrat Maulana Muhammad Ilyas Khandahlawi Rahimahullah,Amir usaha dakwah dan tabligh yang pertama.dan cara pegerakan ini diteruskan oleh usaha dakwah dan tabligh sehingga kini.

Hazrat Maulana Muzaffar Hussain Khandahlawi Rahimahullah juga ada menulis risalah-risalah. Antaranya Radd-e-Rusum,(meyangkal silap faham dan adat tempatan)- untuk menerangkan kepada umat islam pada masa itu bahawa ada seseengah adab dan resam di india tidak menepati kehendak syariat islam terutamanya amalan mengelak mengahwini janda,yang mana pada masa itu menjadi lazim di India dan sekitarnya.[4] Hazrat Maulana Rashid Al-Hassan Khandahlawi Rahimahullah menulis kembali risalah-risalah ini dalam bentuk manuskrip dan diserahkan kepada Qari Hafiz Damin Shahids Rahimahuulah untuk dibukukan[5].



Stesyen Kereta api Ailum,Kandhla.



Nota kaki


[1] Cucu dan penerus perjuangan kepada Hazrat Maulana Shah Abdul Aziz Dehlawi Rahimahullah.

[2] terdapat di dalam karya Hazrat Maulana Ubaidullah Al-Sindhi Rahimahullah iaitu Shah Wali Allah Awr Unki Siyasi Tahrik’

[3] Beliau ialah ayah kepada Hazrat Maulana Muhammad Ilyas Khandahlawi Rahimahullah dan juga kepada Hazrat Maulana Muhammad Yahya Khandahlawi Rahimahullah.

[4] Tanggapan pada masa itu bahawa apabila mengahwini janda,adalah sesuatu perkara yang memalukan dan ianya berasal dari adab resam dan budaya orang hindu.

[5] Beliau ialah antara murid terawal kepada Hazrat Sheikh Mianji Nur Muhammad Jhinjhanawi Rahimahullah dan rakan rapat kepada Hazrat Haji Imdadullah Muhaajir Makki Rahimahullah. Beliau Syahid di dalam peperangan Shamli pada tahun 1857. Beliau meninggal dunia setelah tercedera dan dibawa di dalam masjid dengan keadaan kepalanya terbaring rehat pada pangkuan Hazrat Maulana Rashid Ahmad Gangohi Rahimahullah

[6] pada bahagian ini adanya nota kaki dari Hazrat Maulana Rashid Al-Hassan Khandahlawi.buku ini sendiri telah disusun dan dibukukan oleh Hazrat Maulana Mahmud Ashraf Usmani Hafizahullah.

Rujukan.

diambil dari Makatib-e-Rashidiah,Idara Islamiat, August 1996/Rabi‘ al-Awwal 1417,muka surat 195-196 [6]. ( Lahore,Pakistan)
posted by Abdullah_m.e. @ 9:10 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
<
About Me

Name: Abdullah_m.e.
Home: kuala lumpur, wilayah persekutuan, Malaysia
About Me: Dan orang-orang yang terdahulu; yang mula-mula dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” (berhijrah dan memberi bantuan), dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada Nya, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah, Ayat 100) masih di dalam proses pembelajaran baik untuk keperluan mahupun agama..masih di dalam fasa membaiki diri..kerana diri ini tidak sempurna..
See my complete profile
Previous Post
Archives
Disclaimer

For all reader information,i`m not a ustaz,hafizul quran more so ulama`.i`m just the follower (ittiba`) of the Prophet S.A.W,the companions R.Anhum and whom who followed them from time to time until Qiyaamah.for that reason,almost all the published article,translation or journal and quote have reference.only certain do not have a reference due to that publish is personal opinion/advice of the writer.still in process of learning and purifcation.moderate opinion and neutral method.not in favor/represent of any organizational,fiqrah,political party or jamaah.what is good and there`s akhlak,we follow them.what is not very good,we make a moral story of it. This blog is published in Bahasa Malaysia so that the malay language user can understand some translation of kitab or quote from ulama` and to uphold usage of bahasa malaysia among whom understand malays.some of the kitab or reference is not published and sale in malaysia,almost majority of it is from Hindustani sub-continent and some of it from the middle-east.only certain publish in english language. Manhaj Ahlul Sunnah Wal Jamaah,follow Shafii` Mazhab. Jazakumullahu Khairan Kasthira`,

Powered by

BLOGGER

Lau ka na Bainana Al-Habib-Abdul Rahman Mohamed,Saudi Arabia..

lau kana bainana(1)

Powered by mp3skull.com

Powered by

BLOGGER

Darul Uloom Deoband,Saharanpur,India

Darul Uloom Nadwatul Ulama`,Lucknow,India.

Jamia` Darul Uloom Karachi,Pakistan.

Mazahirul Uloom,Saharanpur,India.

Darul Mustafa`,Tarim, Yaman

Darul Uloom Azaadville,South Africa.

Miftahul Uloom,Bandar Baru Sri Petaling,Kuala Lumpur,Malaysia

Ba`alawi,Kuala Lumpur,Malaysia.

Yayasan Al-Jenderami,Jenderam Hilir,Selangor,Malaysia

Yayasan Sofa`,N.Sembilan,Malaysia.

Blog Visitor Location


widgeo.net

© 2005 Assalamualaikum.. Blogger Templates by Isnaini and Cool Cars Pictures