"هذا هو معنى الحياة هو نحن هو الإسلام."
تحيات.. كيف حالك.. نأمل حصلت على مباركة لك من الله
followers
<
komunikasi
facilities
khidmat
Innalhamdulillah,khidmat kpd pelajar samada yg berada dlm kemahiran kejuruteraan(mekanikal,elektrikal,electronic,mekatronik dsb.)
@pelajar agama yg berminat.sy sedia membantu menyemak proposal,
report dn mmberi cadangan kpd projek tahun akhir(FYP) atau masalah pembelajaran anda secara percuma.
semoga usaha anda dimudahkan utk menamatkan pengajian dn anda dpt berkhidmat serta berjuang di jalan Allah S.W.T.hubungi sy di YM;ghostrider_mujahid.JazakaAllahu Khair.
Visitor
peristiwa dan kisah Nabi Muhammad S.A.W. dengan Rahib Bahira di Kota Busra,Syam.
Sunday, January 1, 2012
peristiwa dan kisah Nabi Muhammad S.A.W. dengan Rahib Bahira di Kota Busra,Syam.
Rahmat kepada sekalian alam,Muhammad S.A.W.,telah mencapai umurnya 12 tahun.
Baginda S.A.W mempunyai tubuh badan dan wajah yang unik dan berbeza di kalangan rakan kanak-kanaknya, wajah Baginda S.A.W adanya cahaya yang terang dan menerangi sekeliling wajahnya dan Baginda S.A.W,hatinya sentiasa berada di dalam ketenangan.
Pada masa itu,Abu Talib,sedang menjaga dan memelihara Baginda S.A.W,dan pelbagai rintangan dan cabaran dihadapi beliau. Atas sebab inilah, beliau berasa bertanggungjawab untuk melibatkan diri di dalam kabilah/rombongan perniagaan. Belaiu memutuskan untuk pergi ke Damascus,Syam pada tahun itu dengan menyertai rombongan perniagaan yang mana telah dirancang dan disusun atur oleh orang Quraisy untuk urusan tukar barang. Persediaan untuk perjalanan ini telah dibuat dan semua ini telah siap sebelum Baginda S.A.W yang ketika itu masih kecil datang menyertai rombongan perniagaan ini.
Seterusnya,Abu Talib,pak cik Baginda S.A.W,yang mana Baginda S.A.W sangat mengasihi beliau,akan berpisah dari Baginda S.A.W untuk satu jangka masa.
Walaubagaimanapun,bagaimana beliau akan mengharungi perkara ini?setahun yang lalu, Baginda S.A.W telahpun kehilangan kedua-dua ayah dan ibunya dalam dua perjalanan hidup sebelum ini. Sekarang,penjaganya, Abu Talib akan pergi untuk menyertai rombongan perniagaan ini dan akan berpisah dengan Baginda S.A.W untuk beberapa hari. Bagaimanakah kasih dan rasa sayang Baginda S.A.W pada pak ciknya akan mengharungi perpisahan ini?
Seperti Abu Talib,ahli keluarga beliau juga risau dan bimbang jikalau sesuatu berlaku kepada Baginda S.A.W. dan atas sebab inilah, ahli keluarga tidak mahu Baginda S.A.W untuk menyertai rombongan perniagaan ini. Walaubagaimanapun, Baginda S.A.W tetap mahu mengikuti pak ciknya dalam rombongan ini. Baginda S.A.W telah ditinggalkan dan Baginda S.AW sedih sepanjang hari. Baginda S.A.W tidak bercakap kepada pak ciknya semasa Beliau sedang baru memulakan perjalanan dengan nada yang sedih:
“ wahai pak cik! kemana dan dengan siapa kamu pergi untuk meninggalkan saya?saya tidak lagi mempunyai Ibu ataupun Bapa bersama saya.”
Nabi kita,Muhammad S.A.W telah menangis dan tangisan ini telah mengindahkan kata-kata yang telah keluar dari mulut Baginda S.A.W. walau sekeras mana hatipun,Abu Talib,yang mana sangat kasih kepada anak saudaranya,tidak mampu untuk menolak permintaan Nabi S.A.W.
Abu Talib, dengan segera menukar fikirannya mendengar ekpressi Nabi S.AW. atas perkara ini. Baginda S.AW. telah boleh mengikuti rombongan perniagaan ini bersama Pak ciknya, dan hati Baginda .S.A.W telah diisi dengan kegembiraan dan keriangan setelah keputusan atas perkara ini telah diambil. Persediaan perjalanan telah disempurnakan dan Baginda .S.AW telah menyertai rombongan ini bersama pakciknya.
Rahib Bahira
Gereja Rahib Bahira
Pemerhatian dan penilaian Bahira
Ada seorang Rahib bernama Bahira yang tinggal disebuah gereja kecil yang dekat dengan sebuah pasar di kota Busra. Pada masa itu, Rahib Bahira ialah di antara paderi yang mendalam ilmu pengetahuannya dan mempunyai reputasi yang baik di kalangan paderi-paderi kristian. Di dalam gereja di mana Rahib Bahira berkhidmat,ada sebuah buku yang mana mereka-mereka yang datang ke gereja dan membaca buku itu akan menjadi orang yang berilmu pengetahuan dalam agama krsitian.pada masa itu,semua paderi-paderi kristian telah mengambil munafaat dari buku itu.(2)
Rombongan perniagaan Quraisy,dari Mekah, berdagang dan bertukar barangan di pasar yag hampir dengan gereja Rahib Bahira yang mana mereka datang ke pasar di kota Busra ini setiap tahun. Apa yang mereka rasa ganjil dan pelik di kalangan rombongan perniagaan Quraisy ialah Rahib Bahira,yang mana sebelum ini tidak mengambil perhatian dan tidak berkomunikasi dengan mereka sebelum-sebelum ini,telah membuat suatu perkara yang mengejutkan dan Rahib Bahira telah mengadakan satu jamuan untuk mereka.kenapa jamuan dan perhatian ini diberikan? Inilah persoalan yang bermain di dalam minda di kalangan ahli rombongan perniagaan quraisy. Rahib Bahira telah menyaksikan sesuatu perkara yang penting dan besar yang mana paderi-paderi kristian pada masa itu tidak ambil peduli dan tidak perasan.
Semasa Beliau melihat pergerakan rombongan perniagaan quraisy,beliau perasan dan Nampak adanya awan melindungi Nabi Muhammad S.A.W semasa Baginda S.A.W berjalan. Apabila rombongan perniagaan quraisy itu sampai dan berehat berhampiran dengan sebatang pokok,beliau memerhatikan bahawa awan yang sama telah melindungi pokok itu dan dahan-dahannya.awan itu sentiasa bergerak dan melindungi Nabi S.A.W sehinggakan tidak kelihatan sedikit pun baying-bayang Nabi S.A.W akibat pancaran matahari. Bahira,yang mana telah melihat perkara yang pelik ini, telah menjemput rombongan perniagaan quraisy untuk jamuan. Beliau telah menghantar mesej kepada quraisy mekah yang berbunyi:
“wahai quraisy!aku telah menyediakan hidangan jamuan untuk kamu.aku mahu semuanya di antara kamu:yang tua,muda,bebas dan hamba-hamba kamu.” Kabilah quraisy berasa terkejut dan pelik dengan sikap rahib bahira.mereka memikirkan atas sebab apa dan mereka bertanya,”wahai bahira si rahib,dengan nama Tuhan,perbuatan kamu sangat berlainan pada hari ini. Kami singgah di sini setiap kali kami datang ke busra,kamu tidak pernah menghiraukan dan melayan kami seperti ini sebelum ini.atas sebab apa?” Bahira tidak memberitahu rahsianya dan beliau menjawab dengan,”ya,kamu benar,apa-apapun,kamu ialah tetamu aku.atas sebab inilah,aku ingin berkhidmat dan menyediakan makanan untuk kamu.datanglah dan buatlah seperti di rumah kamu sendiri!”
Mereka menerima jemputan ini dan duduk di meja makan.walaubagaimanapun,ada individu yang tidak ada dalam majlis jamuan makan itu. Bahira sedang mencari kanak-kanak itu,iaitu Muhammad S.A.W.
Kerana Baginda S.A.W yang paling muda dan tidak hadir dalam majlis jamuan,Baginda S.A.W telah ditugaskan untuk menjaga barang-barang dagangan,dan sambil menjaga,duduk berehat di bawah sebatang pokok.
Rahib bahira sedang sibuk melayan tetamu-tetamu quraisy di meja makan.walaubagaimanapun,tiada seorang pun di antara mereka berkata tentang kanak-kanak yang beliau cari. Rahib Bahira bertanya,”adakah lagi di antara kamu yang tidak datang makan?ada yang ditinggalkan?mereka menjawab,”tidak,Bahira,tetapi ada seorang kanak-kanak menjaga barang-barang dan kenderaan kami di tempat kami berehat.” Bahira,yang mana telah mengkaji kitab suci, Injil,telah mempelajari ciri-ciri dan tanda-tanda Rasul terakhir,telah memberi sedikit tekanan keapda mereka supaya menjemput kanak-kanak itu.
Kabilah perniagaan quraisy tidak dapat menolak permintaan Rahib Bahira,jadi mereka telah kembali ke tempat mereka berehat dan membawa Bafginda S.A.W berjumpa Bahira.sementara Baginda S.A.W sedang menikmati hidangan di meja makan, perhatian dan rasa kagum Bahira telah fokus pada Baginda S.A.W. beliau memerhatikan setiap pergerakan dan situasi dengan teliti. Bahira telah menjumpai apa yang dicarinya dan mencapai objektifnya.
Ciri-ciri dan sifat kanak-kanak ini memang tepat seperti apa yang ditulus di dalam kitab Injil yang berada di pelukannya. Makanan telah habis dan sementara sedikit demi sedikit mereka beredar dari meja makan, Bahira datang kepada Baginda S.A.W dan memandang pada mata Baginda S.A.W dan berkata,”lihat,orang muda.aku mahu kamu menjawab soalah yang akan ku Tanya tentang Lat dan Uzza.”ekpressi tidak selesa kelihatan pada muka Baginda S.A.W dan berkata,”jangan tanyakan sebarang perkara berkaitan Lat dan Uzza kepada saya,demi Tuhan,tiada perkara yang lebih saya benci dari mereka.”
Bahira menarik kembali soalan pertamanya.”kalau seperti itu,orang muda,jawab soalan ini demi Tuhan.”Baginda S.A.W menjawab”tanyalah apa sahaja yang kamu mahu.” Bahira bertanya beberapa soalan dan apa yang ditanyakan dijawab Baginda S.A.W dan semua jawapan yang dijawab Baginda S.A.W bertepatan dengan pengetahuan beliau tentang utusan terakhir. Akhir sekali, beliau melihat belakang badan Baginda S.A.W dan ternampak tanda cap Kenabian. Paa yang Bahira cari dan siasat tentang kanak-kanak ini dan dengan pasti beliau yakin bahawa kanak-kanak ini adalah utusan terakhir yang ditunggu-tunggu,Muhammad S.A.W.
Bahira dan Abu Talib, berhadapan muka ke muka.
Selepas Baginda S.A.W dikenalpasti, Bahira telah pergi kepada pak cik Nabi S.A.W,iaitu Abu Talib.
Pebualan berikut berlaku antara kedua-duanya:
“apa hubungan kamu dengan anak kecil ini?”
“dia ialah anakku”
“tidak,dia bukan anakmu kerana bapa kepada anak ini tidak sepatutnya hidup.”
“ya,kamu benar.dia ialah anak saudaraku,tetapi bukan anak kandungku.”
“jadi,apa yang telah berlaku kepada bapanya?”
“beliau meninggal dunia semasa ibu anak kecil ini mengandung.”
“ya,kamu telah berkata benar.”
Sekarang semuanya telah terbukti dan jelas bagi Rahib Bahira,Akhirnya,bahira memberikan nasihat kepada Abu Talib,yang mana seorang yang berkata benar dan jujur: “dengan segera,bawa anak saudaramu ini kembali ke kampong halamanmu,lindungi dia dari perasaan cemburu dan benci bangsa yahudi.demi Tuhan,jika bangsa yahudi nampak anak kecil ini dan mendapati seperti apa yang aku dapati pada dia sekarang,mereka akan cuba memudaratkan,mendatangkan kecederaan malah sanggup membunuh anak kecil ini kerana anak saudaramu ini satu hari nanti akan mendapat satu amanah dan tanggungjawab yang besar dan akan memimpin manusia.jangalah tinggal lagi di sini. Pastikan anak kecil ini dibawa keluar dari kota ini dengan segera.” (3)
Mendengar nasihat ini, Abu Talib telah mengambil tindakan dan dengan segera beliau menjual dan berukar barang dagangannya dan kemudian pulang ke Mekkah bersama-sama anak saudaranya,iaitu Nabi S.A.W. (4)
Rujukan petikan:
1. nama sebenar Rahib Bahira ialah Jarjis atau Georges.sejarawan dari benua eropah memanggil beliau dengan nama “Sergius”.sebelum menjadi paderi kristian,beliau ialah seorang Rabbai yahudi yang kemudiannya menerima ajaran kristian.
Pendapat dan karangan dari Ibn Hisham tentang peristiwa pertemuan Nabi S.A.W dengan Rahib Bahira.
Ibn Hisham:
Semasa Rasulullah S.A.W berusia 12 tahun (42 BH/580 CE),Baginda S.A.W telah pergi syam bersama-sama pak ciknya,Abu Talib. Semasa mereka sampai di kota Busra,(berada di dalam Negara syam,dan berekatan dengan kota Howran yang berada di bawah kawalan romawi (roman).mereka telah berjumpa dengan seorang Rahib bernama Bahira.(nama sebenarnya ialah George),yang mana teah menunjukkan kebaikan dan melayan mereka dengan baik. Bahira sebelum ini tidak pernah menerima tetamu apatah lagi melayan tetamu-tetamu rombongan perniagaan Quraisy dari Mekah.
Bahira telah mengenalpasti ciri-ciri dan tanda-tanda kenabian pada Nabi S.A.W dan berkata sambil memegang tangan Nabi S.A.W:
“inilah ketua kepada segala manusia. Tuhan telah menghantar Dia dengan mesej yang mana akan disampaikan dan keamanan kepada seluruh alam.”
Abu Talib bertanya,”bagaimana kamu tahu itu?”
Bahira menjawab,”semasa rombongan kamu hadir dari arah Aqabah,semua batu dan pokok sujud,yang mana perkara ini tidak akan berlaku,kecuali kepada seorang Nabi,Rasul dan utusan Tuhan.saya boleh mengenalpasti dia juga melalui tanda cap kenabian yang ada di belakang badannya,berdekatan bahu,berbentuk seperti sebiji epal.saya telah mempelajari tanda-tanda ini dari kitab Injil.”
Bahira juga telah menyuruh Abu Talib supaya membawa dan menghantar anak kecil ini pulang ke Mekah dan jangan membawa lagi ke Syam untuk menggelak ancaman dari bangsa yahudi. Abu Talib telah mendenar nasihat ini dan Baginda S.A.W telah dihantar pulang ke Mekah dengan perlindungan dari beberapa orang pembantu dan hamba kepada Abu Talib.
Rujukan petikan:
- Ibn Hisham 1/180-183; Za'd Al-Ma'ad 1/17
- Muḥammad ibn Ishaq ibn Yasār (b.85 AH /704 CE) (d.150–153 AH)(767CE–770CE)
- Abu Muhammad 'Abd al-Malik bin Hisham (d.218AH -833CE)
- Ibn Hisham 1/180-183; Za'd Al-Ma'ad 1/17}mengemas kini tentang biografi tentang Nabi S.A.W yang telah ditulis oleh Ibnu Ishaq yang mana hasil tulisan Ibnu Ishaq telah hilang dan hanya diketahui dengan merujuk dan berpandukan kepada tulisan Ibn Hisam dan Al-Tabari.
- Abu Ja'far Muhammad ibn Jarir al-Tabari (b.224H-d.310H)(838CE–923CE)
Name: Abdullah_m.e. Home: kuala lumpur, wilayah persekutuan, Malaysia About Me: Dan orang-orang yang terdahulu; yang mula-mula dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” (berhijrah dan memberi bantuan), dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada Nya, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah, Ayat 100)
masih di dalam proses pembelajaran baik untuk keperluan mahupun agama..masih di dalam fasa membaiki diri..kerana diri ini tidak sempurna.. See my complete profile
For all reader information,i`m not a ustaz,hafizul quran more so ulama`.i`m just the follower (ittiba`) of the Prophet S.A.W,the companions R.Anhum and whom who followed
them from time to time until Qiyaamah.for that reason,almost all the published article,translation or journal and quote have reference.only certain do not have a reference due to that publish is personal opinion/advice of the writer.still in process of learning and purifcation.moderate opinion and neutral method.not in favor/represent of any organizational,fiqrah,political party or jamaah.what is good and there`s akhlak,we follow them.what is not very good,we make a moral story of it.
This blog is published in Bahasa Malaysia so that the malay language user can understand some translation of kitab or quote from ulama` and to uphold usage of bahasa malaysia among whom understand malays.some of the kitab or reference is not published and sale in malaysia,almost majority of it is from Hindustani sub-continent and some of it from the middle-east.only certain publish in english language.
Manhaj Ahlul Sunnah Wal Jamaah,follow Shafii` Mazhab.
Jazakumullahu Khairan Kasthira`,
Powered by
Lau ka na Bainana Al-Habib-Abdul Rahman Mohamed,Saudi Arabia..
lau kana bainana(1)
Powered by
Darul Uloom Deoband,Saharanpur,India
<
Darul Uloom Nadwatul Ulama`,Lucknow,India.
Jamia` Darul Uloom Karachi,Pakistan.
Mazahirul Uloom,Saharanpur,India.
Darul Mustafa`,Tarim, Yaman
Darul Uloom Azaadville,South Africa.
Miftahul Uloom,Bandar Baru Sri Petaling,Kuala Lumpur,Malaysia