"هذا هو معنى الحياة هو نحن هو الإسلام."
تحيات.. كيف حالك.. نأمل حصلت على مباركة لك من الله
followers
<
komunikasi
facilities
khidmat
Innalhamdulillah,khidmat kpd pelajar samada yg berada dlm kemahiran kejuruteraan(mekanikal,elektrikal,electronic,mekatronik dsb.)
@pelajar agama yg berminat.sy sedia membantu menyemak proposal,
report dn mmberi cadangan kpd projek tahun akhir(FYP) atau masalah pembelajaran anda secara percuma.
semoga usaha anda dimudahkan utk menamatkan pengajian dn anda dpt berkhidmat serta berjuang di jalan Allah S.W.T.hubungi sy di YM;ghostrider_mujahid.JazakaAllahu Khair.
Visitor
kisah pokok yang melindungi Rasulullah S.A.W yang masih hidup dan segar sehingga hari ini.
Tuesday, November 8, 2011
kisah pokok yang melindungi Rasulullah S.A.W yang masih hidup dan segar sehingga hari ini.
Alhamdulillah,syukur kita semua diberi peluang lagi berjumpa dengan Aidil Adha yang diraikan umat islam sempena kisah pengorbanan Nabi Ibrahim Alaihi`salam perintah Allah S.W.T untuk menyembelih anaknya,Nabi Ismail Alaihi`salam.semoga kita semua membuat pengorbanan pada agama Allah S.W.T mengikut kemampuan kita samada melalui medium penulisan,forum2,penghantaran jemaah-jemaah dakwah,program dakwah dan sebagainya.insyaAllah.kisah pokok ini menarik perhatian saya dan untuk memudahkan umat islam yang berbahasa melayu,saya menterjemahkannya dari sebuah blog yang dilampirkan seperti rujukan di bawah.
kisah pokok yang melindungi Rasulullah S.A.W
Pokok yang adanya keberkatan Rasulullah S.A.W,yang mana pokok ini pernah melindungi Rasulullah S.A.W.
Firman Allah S.W.T:
24. tidakkah Engkau melihat (Wahai Muhammad) Bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah Yang baik adalah sebagai sebatang pohon Yang baik, Yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.
25. Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa Dengan izin Tuhannya. dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).
(Ibrahim:24-25)
“Perkara yang paling layak untuk kita sayangi dan kasihi ialah perkara yang membawa kita dari kedalaman sebuah kegelapan dan membangkitnya dengan mengenalkan kita pada Allah S.W.T yang Maha Tinggi. Panggilan Rasul yang mulia iaitu Habibullah S.A.W,iaitu kekasih Allah S.W.T. Atas perkara inilah,rasa kecintaan pada Rasulullah S.A.W boleh dipraktikkan dan diamalkan dengan emosi dan kecintaan pada agama islam.”
(Hazrat Sheikh Abdal Hakim Murad Hafizahullah)
“Pokok ini telah diberkati dan hidup dengan sebab disentuh oleh Rasulullah S.A.W.“
(Hazrat Al-Allamah Sheikh Habib Ali Al-Jifri Hafizahullah)
Kajian terkini yang sedang dilakukan di Negara Jordan telah membawa satu bukti tentang kesahihan dan kebenaran islam serta utusanNya,Nabi Muhammad S.A.W.Bagi orang-orang yang beriman,segala pernyataan Allah S.W.T walaupun ianya ringkas,ia sudah mencukupi untuk mempercayainya kerana keimanan mereka. Tetapi untuk mereka yang tersasar jauh dari kebenaran dan hidayah akan bertanya adakah sesuatu perkara dalam islam itu mempunyai bukti yang kukuh dan sahih.
Allah S.W.T akan menunjukkan bukti-bukti kebenaran islam dan utusanNya,Rasulullah S.A.W dari semasa ke semasa sehingga hari kiamat sebagai peringatan kepada mereka yang masih kurang beriman dan tidak beriman pada Allah S.W.T.
Ada sesetengah manusia yang mana masih enggan untuk mempercayai walaupun realitinya telah ada tanda-tanda kebenaran dan mengetahui kebenaran .ini adalah kerana disebabkan mereka mahu mempertahankan ego dan maruah mereka.
Satu lagi golongan manusia memegang kepada kepercayaan yang sahih dengan rahmat Allah S.W.T semasa melihat bukti-bukti.mereka yang mempercayai kebenaran dari Allah S.W.T dan membentuk kehidupan mereka berdasarkan perintah Allah S.W.T akan terselamat dan dilindungi dari kepanasan dan kedahsyatan api nereka dan diganjarkan dengan syurga yang nikmatnya tidak pernah putus.
Atas perkara ini,kami dengan rendah hati ingin memperkenalkan fakta untuk mereka yang mungkin boleh memahami kebenaran dan dengan rahmat Allah S.W.T,mereka akan kembali ke jalan yang lurus dan mengamalkan islam.
Allah S.W.T telah berfirman:
orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. dan Sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan Yang demikian). (Al-Baqarah:146)
Beratus-ratus bukti telah diberitahu dan dicatatkan dalam kitab-kitab yang diturunkan sebelum Al-Quran, iaitu Zabur,Taurat dan Injil tentang kedatangan dan zahiriah utusan terakhir,Muhammad S.A.W.banyak ayat-ayat dalam 3 kitab tersebut iaitu kitab yang asal boleh dijumpai tentang keterangan Nama,keturunan dan karakter utusan terakhir walaupun pada hari ini,salinan-salinan 3 kitab tersebut telah banyak diubah dan diganti isi-isinya.
Oleh itu,mereka yang mengetahui tentang utusan terakhir Allah S.W.T dari 3 kitab tersebut iaitu Zabur,Taurat dan Injil dan mereka ini berada di dalam pengetahuan Allah S.W.T.ada satu kisah tentang Bahira,seorang paderi kristian yang hidup di kota Busra`,di selatan Syam atau sekarang Negara Syria dan semangat dan keghairahannya untuk menemui utusan terakhir itu. Bahira telah ternampak sekumpulan rombongan kabilah perniagaan Arab dari Mekkah melintasi dan Bahira ternampak seorang budak lelaki dari kabilah perniagaain itu yang dilindungi awan sepanjang budak itu bergerak.Bahira telah memahami dan mengetahui tanda –tanda utusan terakhir pada budak itu dan telah memangggil dan menjemput rombongan kabilah perniagaan arab itu untuk jamuan makan.
Semua ahli rombongan kabilah perniagaan arab menghadiri jamuan makan itu kecuali seorang budak yang mana budak itu yang ditunggunya untuk hadir dalam jamuan itu. Setelah tidak ada kehadiran budak itu, Bahira telah keluar dari rumah dan majlis jamuan dan mencari budak itu dan beliau Nampak budak itu sedang berehat di bawah sebuah pokok.Sepanjang pengetahuannya tentang kitab Injil,hanya utusan-utusan Tuhan yang rehat di bawah pokok. Jadi dia telah memanggil salah seorang dari ahli rombongan kabilah perniagaan arab untuk memanggil budak itu untuk makan bersama dalam jamuan. Rahib Bahira telah menyoal budak itu dan beliau merumuskan bahawa dialah utusan terakhir yang diterangkan di dalam kitab Injil. Bahira telah meyakinkan dan menyuruh pak cik kepada Muhammad S.A.W,iaitu Abu Talib untuk kembali pulang ke mekkah dengan Muhammad kerana orang Yahudi sedang mencari budak ini untuk dicederakan dan dibunuh.
Insiden ini terjadi semasa junjungan kita ,Rasulullah S.A.W berumur 12 tahun (1459 Hijrah yang lepas).Pokok yang mana tempat Rasulullah S.A.W. berehat telah dipelihara oleh Allah S.W.T untuk jangka masa yang sangat panjang sehingga hari ini. Pokok ini sahaja yang ada di dalam kawasan 100 kilometer persegi di kawasan padang pasir di utara Negara Jordan.
Satu penghayatan dari tema iaitu mencitai Rasullah S.A.W,memuliakan tinggalan Rasullah,kemuliaan dan kasih. Filem pendek ini menceritakan tentang perjumpaan Nabi Muhammad S.AW semasa kecil dengan seorang paderi kristian bernama Bahira. Perjumpaan ini berlangsung dibawah sebuah pokok. 400 tahun kemudian,pokok yang sama telah dijumpai dan masih hidup dan berdaun di padang pasir di utara Jordan. Satu-satunya pokok yang hidup di dalam kawasan 100 kilometer persegi di dalam kawasan yang kering. Pokok ini ada kaitan dengan kehidupan Rasulullah S.A.W tempat ziarah para jemaah umrah dan haji jika mereka singgah di Jordan..
“Baginda S.A.W duduk di bawah pokok ini,dan ia memberi reaksi kepada Baginda S.A.W dan inilah yang membuat pokok yang menjadi bukti benda hidup kepada Nabi SA.W.,yang mana di dalam bahasa arab,ia dipanggil `Sahabi`.”
(Putera Ghazi bin Muhammad,Jordan)
“Di tempat ini,kita berdoa kepada Allah S.W.T,supaya hati kita ini adanya kecintaan kepada Rasulullah S.A.W.”
(Hazrat Shaykh Dr. Muhammad Sa‘id Ramadan Al-Buti Hafizahullah)
“Perkara yang paling layak untuk kita sayangi dan kasihi ialah perkara yang membawa kita dari kedalaman sebuah kegelapan dan membangkitnya dengan mengenalkan kita pada Allah S.W.T yang Maha Tinggi. Panggilan Rasul yang mulia iaitu Habibullah S.A.W,iaitu kekasih Allah S.W.T. Atas perkara inilah,rasa kecintaan pada Rasulullah S.A.W boleh dipraktikkan dan diamalkan dengan emosi dan kecintaan pada agama islam.”
(Hazrat Sheikh Abdal Hakim Murad Hafizahullah)
Hazrat Shaykh Dr. Muhammad Sa‘id Ramadan Al-Buti Hafizahullah di kawasan pokok yang pernah melindungi Rasulullah S.A.W
Hazrat Sheikh Abdal Hakim Murad Hafizahullah, Hazrat Al-Allamah Sheikh Habib Ali Al-Jifri Hafizahullah, Putera Ghazi bin Muhammad dan Hazrat Shaykh Dr. Muhammad Sa‘id Ramadan Al-Buti Hafizahullah berada di bawah pokok yang pernah melindungi dan emnajdi tempat rehat kepada Rasulullah S.A.W.
“kita mestilah mampu untuk mengaplikasikan suatu perkara dengan cara yang betul,dari satu perkara kepada reality yang lain. Adanya,di dalam perasaan kita, satu dimensi menegak yang pergi secara mendalam di dalam hati kita melalui minda kita .satu garisan yang sangat penting.inilah dalam sebuah pokok.akarnya sebenarnya adalah realiti iman di dalam hati kita. Untuk kebanyakan manusia,pokok ini telah kering dan hampir mati kerana kita tidak menjaga asasnya iaitu akar.secara virtual,ianya ada tetapi tidak sebenarnya,dan kehidupan kerohanian kita mestilah menjaga pokok ini dengan menajaga akarnya iaitu dengan memperbaiki iman di dalam hati kita."
(Prof. Seyyed Hossein Nasr)
Mereka yang ditemuramah dalam filem in adalah termasuk:
Alhamdulillah..kpd blogger ank_ayah,menurut laman blog asal yg telah diterjemah.lokasi pokok ini terletak di kawasan padang pasir di utara jordan..disampping Al-Quran,Hadith dan Sunnah,inilah antra bukti `hidup` kemuliaan Rasulullah S.A.W yang masih bertahan sehingga hari ini..
Name: Abdullah_m.e. Home: kuala lumpur, wilayah persekutuan, Malaysia About Me: Dan orang-orang yang terdahulu; yang mula-mula dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” (berhijrah dan memberi bantuan), dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada Nya, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah, Ayat 100)
masih di dalam proses pembelajaran baik untuk keperluan mahupun agama..masih di dalam fasa membaiki diri..kerana diri ini tidak sempurna.. See my complete profile
For all reader information,i`m not a ustaz,hafizul quran more so ulama`.i`m just the follower (ittiba`) of the Prophet S.A.W,the companions R.Anhum and whom who followed
them from time to time until Qiyaamah.for that reason,almost all the published article,translation or journal and quote have reference.only certain do not have a reference due to that publish is personal opinion/advice of the writer.still in process of learning and purifcation.moderate opinion and neutral method.not in favor/represent of any organizational,fiqrah,political party or jamaah.what is good and there`s akhlak,we follow them.what is not very good,we make a moral story of it.
This blog is published in Bahasa Malaysia so that the malay language user can understand some translation of kitab or quote from ulama` and to uphold usage of bahasa malaysia among whom understand malays.some of the kitab or reference is not published and sale in malaysia,almost majority of it is from Hindustani sub-continent and some of it from the middle-east.only certain publish in english language.
Manhaj Ahlul Sunnah Wal Jamaah,follow Shafii` Mazhab.
Jazakumullahu Khairan Kasthira`,
Powered by
Lau ka na Bainana Al-Habib-Abdul Rahman Mohamed,Saudi Arabia..
lau kana bainana(1)
Powered by
Darul Uloom Deoband,Saharanpur,India
<
Darul Uloom Nadwatul Ulama`,Lucknow,India.
Jamia` Darul Uloom Karachi,Pakistan.
Mazahirul Uloom,Saharanpur,India.
Darul Mustafa`,Tarim, Yaman
Darul Uloom Azaadville,South Africa.
Miftahul Uloom,Bandar Baru Sri Petaling,Kuala Lumpur,Malaysia
Subhanallah. Oh pokok tu terletak dijordan ya? beruntungnya siapa yg dpt melihat dan berehat2 di bwh pokok itu.