Assalamualaikum..

"هذا هو معنى الحياة هو نحن هو الإسلام." تحيات.. كيف حالك.. نأمل حصلت على مباركة لك من الله

 
<

followers
komunikasi
Create your own banner at mybannermaker.com!
Create your own banner at mybannermaker.com!
facilities

khidmat

Innalhamdulillah,khidmat kpd pelajar samada yg berada dlm kemahiran kejuruteraan(mekanikal,elektrikal,electronic,mekatronik dsb.) @pelajar agama yg berminat.sy sedia membantu menyemak proposal, report dn mmberi cadangan kpd projek tahun akhir(FYP) atau masalah pembelajaran anda secara percuma. semoga usaha anda dimudahkan utk menamatkan pengajian dn anda dpt berkhidmat serta berjuang di jalan Allah S.W.T.hubungi sy di YM;ghostrider_mujahid.JazakaAllahu Khair.
Visitor
Selingan: resipi Muslim IKEA Meatball (Malaysian style).
Sunday, October 2, 2011


MUSLIM IKEA MEATBALL RECIPE

Selingan: resipi Muslim IKEA Meatball Malaysian style).

Innalhamdulillah,bertemu kita sekali ini..untuk menggelakkan kebosanan dan menambah minat kita terhadap islam..kali ini,saya,penulis ,2 oktober 2011,pagi penulis tadi telah mengkaji dan mengubahsuai satu resipi yang jadi kegemaran dan minat sebahagian pelanggan dan pengungjung IKEA Damansara,Malaysia.

Kalau pembaca semua,`google` dan `search` di internet dan cari resipi Ikea Meatball,terutamanya dari sebelah barat,maka resipinya tidak halal kerana adanya unsur daging khinzir di dalam hidangan.

Untuk IKEA Damansara,Malaysia,setakat pengetahuan penulis,restoran di dalam IKEA telah mendapat pengiktirafan dan sijil Halal dari JAKIM.

Kita semua tahu dan faham bahawa IKEA hanya ada satu cawangan di Damansara,Sleangor.jadi,kebarangkalian untuk selalu mengunjungi IKEA bagi yang tinggal di luar negeri Selangor,Kuala Lumpur,Putrajaya dan Negeri Sembilan adalah rendah.

Atas dasar ini,terutama dalam mencari makanan yang Halalan Toyyiban,maka saya buat satu inisiatif untuk pelanggan IKEA beragama islam untuk mencuba resipi ini di rumah. Kos untuk membuatnya juga rendah dan sebenarnya saya ubahsuai supaya boleh dicuba terutamanya dari kalangan pelajar2 insititusi pengajian tinggi kerana penulis juga adalah seorang student juga..hihihi..untuk keluarga juga sesuai,malah hidangan ini boleh menjadi hidangan istimewa untuk menyambut para suami yang pulang dari khuruj Fisabilillah berbulan-bulan dan juga yang baru pulang dari mencari rezeki.selamat mencuba kepada para Ahlia pejuang agama Allah S.W.T khususnya,dan juga untuk student2 IPT dan keluarga.

Sy berharap agar pihak IKEA tidak menyaman dan mengambil tindakan terhdap saya.sy hanya memudahkan cara untuk sebahagian pelanggan anda yang tinggal luar dari negeri Selangor,Kuala Lumpur,Putrajaya dan Negeri Sembilan yang kepingin dan mengidam makan IKEA meatball dari cawangan di Malaysia yang terletak di Damansara.sy adalah antara pelanggan setia anda yang membeli makanan dan produk-produk di IKEA.sy harap jika pihak IKEA membaca resipi ini,dan menyokong kesetiaan pelanggan-pelanggan anda yang beragama islam ini.

Muslim IKEA meatball (Malaysian style)

Bahan untuk meatball:

- Beli sahaja bebola daging yang ada di pasaran. Mudah, dan pastikan ianya Halal,kalau ada ,beli keluaran bumiputra,keluaran orang melayu islam kita.

Bahan untuk Jem:

- Di IKEA,mereka mengguna Sylt Lingon Berry jam, sejenis Berry yang tumbuh di dalam hutan di Sweeden. Kata kuncinya hanya satu, jem perlu rasa masam-masam manis. Cari jem perisa lain yang sesuai. Penulis menggunakan jem Rasberry. Dalam hal ini, boleh dicari jem Rasberry/ Strawberry. Saya mencampurkan jem dengan sedikit yoghurt perisa natural supaya adanya kombinasi masam-masam manis seperti yang ada pada Sylt Lingon Berry jam.



Rasberry jem.



Yoghurt,Natural flavour.

Bahan untuk kentang:

- beli kentang segar dan dipotong seperti bentuk kentang goreng bersaiz besar dan direndam dalam air 10 minit .

Bahan untuk Kuah meatball:

2 sudu Besar butter atau minyak sapi.

2 Sudu besar tepung jagung.

1 biji bawang dipotong dadu dan digoreng sehingga layu.

2 biji tomata dipotong dadu.

3 sudu besar sos tomato

3 sudu besar sos tiram.

2 sudu besar kicap manis.

2 sudu besar serbuk lada hitam.

1 cawan Yoghurt natural (325ml yang harganya di bawah rm2.00).

1 sudu besar pati ayam.

3 cendawan butang dipotong dadu.

100 ml susu cair.

100 ml air.

Cara memasak:

Kuah meatball:

- goreng dahulu bawang yang dipotong dadu tadi dan kemudian masukkan ke dalam bekas.

- Panaskan kuali. Masukkan 2 sudu besar butter atau minyak sapi ke dalam kuali sampai menjadi minyak.

- Masukkan tepung jagung 2 sudu besar dan goreng sehingga warna sebatian berubah menjadi coklat-keperangan.

- Masukkan 3 sudu besar yoghurt natural dan kacau sehingga sebati.

- ambil semua bawang yang telah digoreng tadi dan masukkan ke dalam kuali.masukkan juga tomato dan cendawan butang yang telah dipotong dadu tadi.

- Setelah semua bahan di atas telah sebati,masukkan bahan-bahan berikut:-

• 3 sudu besar sos tomato
• 3 sudu besar sos tiram.
• 2 sudu besar kicap manis.
• 2 sudu besar serbuk lada hitam.
• 1 sudu besar pati ayam.

Gaul sebati dan sehingga masak.jika cair,boleh tambahkan lagi sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah.



rupa kuah meatball yang telah masak.


Meatball:


- goreng meatball di dalam kuali dengan minyak panas sehingga masak dan sedikit garing. Sebenarnya, rahsia kelembutan sesetengah bebola daging adalah teknik kukus.setelah siap digoreng,kukus meatball dalam 3-5 minit dengan air yang mendidih.



rupa meatball yang telah digoreng.maaflah pinggan plastik je,student.hihihi..



rupa meatball yang telah dikukus.kukus pakai kuali dgn pengkukus.cara mudah,al-maklumlah..student..hihihi..



Kentang:

- untuk kentang, goreng kentang tersebut tetapi jgn terlalu garing sampai menjadikan kentang keras. Senang kata, 3 suku masak punya gorengan.

Jem:


- untuk pengganti Sylt lingon berry jem, adunkan 3 sudu besar jem yang anda pilih dengan 3 sudu besar yoghurt natural.adun dan gaul sebati.



rupa sebatian jem rasberry dan natural yogurt.

Akhir kata, hidangkan di dalam pinggan dan hiaskan dengan potongan daun parsley.
hidangkan kesemua diatas,dan bacalah doa makan dan amalkan Sunnah Rasulillah S.A.W dalam makan walau apa resipi makan sekalipun.

.

selamat menikmati hidangan.:-)

Telah menjadi kelaziman di dalam blog saya,adanya rujukan supaya kita tahu dari mana sumber kita ambil dan kita tahu apa yang kita amalkan.

Rujukan:


1. Informasi tentang Sylt Lingon-sejenis Berry yang tumbuh di hutan Sweeden.

http://en.wikipedia.org/wiki/Lingonberry_jam

http://www.ikea.com/gb/en/catalog/products/20028710/.

2. informasi resipi IKEA meatball dari tempatan dan antarabangsa:

http://minkot.blogspot.com/2011/07/resepi-ikea-meatballs.html

http://www.myresipi.com/top/detail/7555

http://surayasulatin.blogspot.com/2010/04/homemade-swedish-meatball-kesayangan.html

http://www.ikea-friends.com/corner/recipe-meatball.shtml (europe,non-halal,contained pork)
posted by Abdullah_m.e. @ 3:51 PM  
1 Comments:
  • At November 19, 2012 at 9:34 PM, Anonymous Anonymous said…

    Salam :) I want to ask you something. Is it okay if saya guna jam from Ikea tu ja? The jam is halal right?

     
Post a Comment
<< Home
 
<
About Me

Name: Abdullah_m.e.
Home: kuala lumpur, wilayah persekutuan, Malaysia
About Me: Dan orang-orang yang terdahulu; yang mula-mula dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” (berhijrah dan memberi bantuan), dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada Nya, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah, Ayat 100) masih di dalam proses pembelajaran baik untuk keperluan mahupun agama..masih di dalam fasa membaiki diri..kerana diri ini tidak sempurna..
See my complete profile
Previous Post
Archives
Disclaimer

For all reader information,i`m not a ustaz,hafizul quran more so ulama`.i`m just the follower (ittiba`) of the Prophet S.A.W,the companions R.Anhum and whom who followed them from time to time until Qiyaamah.for that reason,almost all the published article,translation or journal and quote have reference.only certain do not have a reference due to that publish is personal opinion/advice of the writer.still in process of learning and purifcation.moderate opinion and neutral method.not in favor/represent of any organizational,fiqrah,political party or jamaah.what is good and there`s akhlak,we follow them.what is not very good,we make a moral story of it. This blog is published in Bahasa Malaysia so that the malay language user can understand some translation of kitab or quote from ulama` and to uphold usage of bahasa malaysia among whom understand malays.some of the kitab or reference is not published and sale in malaysia,almost majority of it is from Hindustani sub-continent and some of it from the middle-east.only certain publish in english language. Manhaj Ahlul Sunnah Wal Jamaah,follow Shafii` Mazhab. Jazakumullahu Khairan Kasthira`,

Powered by

BLOGGER

Lau ka na Bainana Al-Habib-Abdul Rahman Mohamed,Saudi Arabia..

lau kana bainana(1)

Powered by mp3skull.com

Powered by

BLOGGER

Darul Uloom Deoband,Saharanpur,India

Darul Uloom Nadwatul Ulama`,Lucknow,India.

Jamia` Darul Uloom Karachi,Pakistan.

Mazahirul Uloom,Saharanpur,India.

Darul Mustafa`,Tarim, Yaman

Darul Uloom Azaadville,South Africa.

Miftahul Uloom,Bandar Baru Sri Petaling,Kuala Lumpur,Malaysia

Ba`alawi,Kuala Lumpur,Malaysia.

Yayasan Al-Jenderami,Jenderam Hilir,Selangor,Malaysia

Yayasan Sofa`,N.Sembilan,Malaysia.

Blog Visitor Location


widgeo.net

© 2005 Assalamualaikum.. Blogger Templates by Isnaini and Cool Cars Pictures