"هذا هو معنى الحياة هو نحن هو الإسلام."
تحيات.. كيف حالك.. نأمل حصلت على مباركة لك من الله
followers
<
komunikasi
facilities
khidmat
Innalhamdulillah,khidmat kpd pelajar samada yg berada dlm kemahiran kejuruteraan(mekanikal,elektrikal,electronic,mekatronik dsb.)
@pelajar agama yg berminat.sy sedia membantu menyemak proposal,
report dn mmberi cadangan kpd projek tahun akhir(FYP) atau masalah pembelajaran anda secara percuma.
semoga usaha anda dimudahkan utk menamatkan pengajian dn anda dpt berkhidmat serta berjuang di jalan Allah S.W.T.hubungi sy di YM;ghostrider_mujahid.JazakaAllahu Khair.
Visitor
amalan Hazrat Maulana Muhammad Yahya Khandahlawi Rahimahullah pada bulan Ramadhan.
Wednesday, August 17, 2011
Alhamdulillah,Hazrat Maulana Muhammad Yahya Khandahlawi Rahimahullah adalah bapa kepada Hazrat Shehikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya Khandahlawi Rahimahullah,juga Abang kepada Hazrat Maulana Muhammad Ilyas Khandahlawi Rahimahullah. Setelah kita membaca amalan Hazrat Maulana Rashed Ahmed Gangohi Rahimahullah,mari kita membaca pula amalan Hazrat Maulana Muhammad Yahya Khandahlawi Rahimahullah,seorang ulama yang mahir dalam bacaan qiraat Quran dan terkenal dengan kelancaran dan kefasihan hafalan Qurannya.
amalan Hazrat Maulana Muhammad Yahya Khandahlawi Rahimahullah pada bulan Ramadhan.
sambungan dari "posting" lepas.
Bapa saya (penulis),Hazrat Maulana Muhammad Yahya Khandahlawi Rahimahullah ada menceritakan kisah Hazrat pada saya.
di dalam bulan Ramadhan,saya(bapa) ada mengimamkan solat Tarawikh untuk Hazrat dan Murid-muridnya.kadangkala berlaku kerana atas sebab-sebab keuzuran dan ketiaadaan anak beliau, Hazrat Maulana Hafiz Hakim Muhammad Masu`ud Rahimahullah
Setelah beberapa hari,Hazrat berkata kepada saya:
“Anak saya,Masu`ud keluar daerah dan tidak dapat mengimami solat Tarawikh.siapa yang akan membaca dan mengimami Tarawikh kita?”
Di dalam setiap majlis,saya ingin menawarkan khidmat saya dan menyediakan keadaan saya,tetapi oleh kerana rasa hormat pada Hazrat,saya tidak menawarkannya.kemudian Hazrat berkara,”Maulana Yahya,kamu ialah seorang Hafiz,bukan?”
Saya menjawab,”ya,Hazrat,tetapi bacaan qiraat saya ada berbunyi Parsi sedikit.Hazrat biasanya suka mendengar bacaan anakanya,Maulana Masu`ud,yang mana seorang ulama dan antara Qari yang terbaik .”
Hazrat menjawab,”tidak,saya sudah mendengar bacaan kamu.kamu harus mengimamkan solat Tarawikh.”
Bapa saya berkata,”pada hari pertama,saya rasa ianya amanah yang besar dan berat,di samping membuat persiapan,saya membaca satu dan setengah juzuk dengan melihat Quran.saya telah menghafal Quran sejak berumur 7 tahun.setelah menghafal,saya mengambil masa 6 bulan dengan melihat Quran dan membacanya dan selepas itu saya tidak pernah melihat Quran untuk membacanya.pada hari itu,untuk membaut persediaan yang rapi dan teliti,saya membaca 1 setengah juzuk dari Quran.selepas hari itu,perasaaan takut,gelabah, dan kebimbangan mula hilang.selepas itu saya tidak melihat Quran lagi untuk membacanya.
Bapa saya (penulis),Hazrat Maulana Muhammad Yahya Khandahlawi Rahimahullah sebenarnya seorang Hafiz Quran dengan bacaan yang baik. Bapa ada sebuah kedai buku dan dia sendiri akan menguruskan bungkusan ktiab dan buku dan dia juga sendiri yang menulis alamatnya.dan semasa membuat perkerjaan ini,beliau akan membaca quran dengan bacaan yang baik dengan tidak lansung berasa keliru dan begelut dengan ayat Mutashabihaa`t.
Hazrat Maulana Ashiq Ilahi Bulandshahri Rahimahullah ada menulis tentang bapa saya,
Hazrat Maulana Muhammad Yahya Khandahlawi Rahimahullah di dalam Tazkirat Khalil:
“ada sekali permintaan saya dimana Hazrat (Maulana Yahya) telah dijemput ke Bandar Meerut,untuk menjadi imam Solat Tarawikh dan membaca quran di dalam Ramadhan.saya Nampak dan memerhatikan bahawa,dimana sahaja Hazrat berada,sibuk membaca hafalan Quran sendiri supaya dapat menghabiskan dan mengkhatamkan Quran setiap hari.Tiba sahaja waktu berbuka puasa,Hazrat sudah sampai membaca kepada Surah An-Naas.
Semasa Hazrat tiba dengan menaiki kereta api di stesyen Meerut,semasa itu waktu Isya`.Hazrat sentiasa dalam keadaan berwudhu` dan memasuki masjid dan dengan segera ke saf dan menjadi imam dan di dalam 3 jam,Hazrat mampu membaca 10 Juzuk dengan bacaan yang baik dan tanpa sebarang kesilapan walaupun tanpa Quran dihadapannya.dengan selesa,Hazrat mengimamkan solat Tarawikh selama 3 malam dengan setiap malam 10 juzuk dibaca. Setelah selesai beliau pulang ke Saharanpur.
Hazrat seorang Hafiz Quran yang baik dan tidak perlu menyemak bacaaan sebelum solat,dan sepanjang berada di solat yang diimamkannya,tidak ada seorang pun yang membetulkan bacaannya samada tajwid ataupun terlupa ayat Quran.
Ayah saya juga berkata tentang perkara ini semasa kunjungannya ke Meerut,”apabila khabar tentang ada seseorang yang akan datang dari Saharanpur untuk mengkhatamkan bacaan Quran dalam solat Tarawikh di dalam masa 3 hari,maka datang 30 ke 40 orang Hafiz Quran yang datang dari jauh untuk solat Tarawikh bersamanya dan menyemak dan menguji bacaaannya."
Bapa saya tidak pernah menghidapi demam sepanjang di dalam Bulan Ramadhan,tidak seperti saya.apabila ada majlis dan jemputan dari rakan-rakan,bapa saya pergi ke jemputan di tempat mereka dan akan menghabiskan bacaan Quran di dalam solat Tarawikh samada 2 atau 3 malam sebelum pulang ke rumah.
Di masjid biasanya,Hazrat melakukannya dalam 3 malam dan di sesetengah tempat Hazrat melakukan 2 malam malah satu malam dikhatamkan bacaaun Quran di dalam solat Tarawikh. Ada sekali jemputan dibuat oleh Maulana Shah Zahid Hussein,bapa saya mengkhatamkan bacaan Quran di dalam solat Tarawikh dalam 2 malam.
Saya masih ingat bacaannya di Masjid Nawab Wali di Qasabpura,Delhi. Hazrat Maulvi Nasir Al-Din Rahimahullah sedang sibuk mengerjakan solat Tarawikh di Masjid Hakim Ishaq,Delhi.Semasa itu,bapa saya baru sahaja tiba di Delhi.dia ingat berehat sebentar dan Hazrat berehat di tempat rehat di Masjid Hakim Ishaq.Pada masa itu, Hazrat Maulvi Nasir Al-Din Rahimahullah sedang membaca juzuk ke-14 dan disebabkan hujan dan cuaca buruk pada malam itu,bacaan Maulvi Nasir terganggu dan diperbetulkan beberapa kali. Bapa saya telah pergi ke saf dan sebaik sahaja Maulvi Nasir memberi salam.bapa saya pergi ke Maulvi Nasir dan mengganti menjadi Imam.di dalam 16 rakaat solat Tarawikh yang seterusnya,16 juzuk telah dibaca oleh bapa saya.
Tidak dinafikan,musalli yakni makmum telah kepenatan dan keletihan.tetapi ini ialah fakta bahawa orang lebih suka memnyelesaikan bacaan quran dengan segera dari mendapat kesusahan yang sementara.untuk membolehkan bacaan Quran dikhatamkan pada malam ke-12 Ramadhan membuatkan mereka lupa tentang keletihan mereka.
Saya masih ingat lagi bacaan Quran bapa saya di rumah Ammi Bi di Khandhala. Beliau ialah Amat Al-Rahman,anak kepada Hazrat Maulana Muzaffar Hussein Rahimahullah,yang juga ialah nenek saya danibukepada bapa saya yang dikenali dengan panggilan Ammi Bi.
Di dalam menjawab permintaan istimewa moyang saya,Bapa saya membaca quran sepanjang malam di dalam solat sehingga solat Nafl. Ini adalah kerana di dalam mazhab Hanafi,adalah tidak dibenarkan untuk ada lebih dari 4 muqtadis(makmum) di dalam solat Nafl,wanita dibelakang imam akan bertukar secara bergilir-gilir,sementara bapa saya meneruskan bacaannya dalam solat.
Pak cik saya saya,Hazrat Maulana Muhammad Ilyas Khandahlawi Rahimahullah juga selalu melawat Bandar Kandhala di dalam Bulan Ramadhan kerana ada kehadiran Ammi Bi.Sesekali jugaQuran dikhatamkan di dalam solat tarawikh di dalam satu malam.
Pada masa itu,bapa saya solat Isya` di Masjid dan selepas itu pergi ke rumah Ammi Bi dan solat Tarawikh di sana sehinggalah waktu Sahur,Bapa saya membaca 14 ke 16 juzuk Quran.
Hazrat Maulana Rau`f ul-Hassan Rahimahullah ialah pak cik kepada bapa saya dan bapa kepada isteri saya.kisah ini telah dicatat di dalam “Aap Beeti” di dalam tajuk “Taqwa”.
Pada 30 Ramadhan bapa saya,Hazrat Maulana Muhammad Yahya Khandahlawi Rahimahullah membaca Ali-Lam-Miim sehingga surah Al-Falaq di dalam satu rakaat dan pada rakaat kedua bapa saya hanya membaca surah An-Naas. Dan pada waktu sahur dia berkata pada ibunya,Ammi Bi:
“saya telah solat 2 rakaat,bolehkah ibu menyambung 18 rakaat yang baki ini?”
Pada masa itu Ibunya mendenar bacaan Quran disampig berdiri di belakangnya didalam solat.
Semoga kisah-kisah amalan para ulama-e-kiraam ini menjadi contoh tauladan untuk kita semua di dalam menghasilkan puasa di dalam bulan Ramadhan yang lebih berkualti dan terbaik,insyaAllah.
Rujukan:
1. 1.Aap Beeti ,bab "ketaqwaan" karya Hazrat Shehikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Khandahlawi Rahimahullah.
2. Tazkirat Khalil oleh Hazrat Maulana Ashiq Ilahi Bulandshahri Rahimahullah,Maktabah Shaikh,Darul-Uloom Al-Madania,2009,edisi Bahasa Urdu
Name: Abdullah_m.e. Home: kuala lumpur, wilayah persekutuan, Malaysia About Me: Dan orang-orang yang terdahulu; yang mula-mula dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” (berhijrah dan memberi bantuan), dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada Nya, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah, Ayat 100)
masih di dalam proses pembelajaran baik untuk keperluan mahupun agama..masih di dalam fasa membaiki diri..kerana diri ini tidak sempurna.. See my complete profile
For all reader information,i`m not a ustaz,hafizul quran more so ulama`.i`m just the follower (ittiba`) of the Prophet S.A.W,the companions R.Anhum and whom who followed
them from time to time until Qiyaamah.for that reason,almost all the published article,translation or journal and quote have reference.only certain do not have a reference due to that publish is personal opinion/advice of the writer.still in process of learning and purifcation.moderate opinion and neutral method.not in favor/represent of any organizational,fiqrah,political party or jamaah.what is good and there`s akhlak,we follow them.what is not very good,we make a moral story of it.
This blog is published in Bahasa Malaysia so that the malay language user can understand some translation of kitab or quote from ulama` and to uphold usage of bahasa malaysia among whom understand malays.some of the kitab or reference is not published and sale in malaysia,almost majority of it is from Hindustani sub-continent and some of it from the middle-east.only certain publish in english language.
Manhaj Ahlul Sunnah Wal Jamaah,follow Shafii` Mazhab.
Jazakumullahu Khairan Kasthira`,
Powered by
Lau ka na Bainana Al-Habib-Abdul Rahman Mohamed,Saudi Arabia..
lau kana bainana(1)
Powered by
Darul Uloom Deoband,Saharanpur,India
<
Darul Uloom Nadwatul Ulama`,Lucknow,India.
Jamia` Darul Uloom Karachi,Pakistan.
Mazahirul Uloom,Saharanpur,India.
Darul Mustafa`,Tarim, Yaman
Darul Uloom Azaadville,South Africa.
Miftahul Uloom,Bandar Baru Sri Petaling,Kuala Lumpur,Malaysia