Assalamualaikum..

"هذا هو معنى الحياة هو نحن هو الإسلام." تحيات.. كيف حالك.. نأمل حصلت على مباركة لك من الله

 
<

followers
komunikasi
Create your own banner at mybannermaker.com!
Create your own banner at mybannermaker.com!
facilities

khidmat

Innalhamdulillah,khidmat kpd pelajar samada yg berada dlm kemahiran kejuruteraan(mekanikal,elektrikal,electronic,mekatronik dsb.) @pelajar agama yg berminat.sy sedia membantu menyemak proposal, report dn mmberi cadangan kpd projek tahun akhir(FYP) atau masalah pembelajaran anda secara percuma. semoga usaha anda dimudahkan utk menamatkan pengajian dn anda dpt berkhidmat serta berjuang di jalan Allah S.W.T.hubungi sy di YM;ghostrider_mujahid.JazakaAllahu Khair.
Visitor
Rahmatulil Alameen..rahmat kepada sekalian alam..targhib diri saya dan utk semua orang islam.
Saturday, June 25, 2011


Rahmatulil Alameenrahmat kepada sekalian alam..targhib diri saya dan utk semua orang islam.

Alhamdulillah ,segala puji bagi Allah S.W.T.salam ke atas Nabi S.A.W dan Ambiyaa` Alaihi Mussolatu Wassalam serta Sahabat .R.Anhum,para Tabi`en ,para ulama serta orang yang mengikuti mereka dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat.

Jujur di hati saya ini,saya sedih melihat perbalahan yang berlaku di antara sesama islam yang berlaku di seluruh dunia,baik di bumi Palestin sana,Hamas dan Fattah,baik fatwa di antara para ulama,dan terutamanya di Malaysia,tanah air kita ini,dengan perbalahan antara orang islam yang jelas ialah di dalam lapangan politik,yang nyata lagi,iaitu baik di antra Umno dan Pas,dan pelbagai fikrah usaha agama seperti JIM,Usrah,pengikut para Habaib,usaha dakwah dan tabligh,IKRAM,YADIM, dan pelbagai lagi,perbezaan di dalam mazhab,khilaf dalam berhukum serta para pelajar agama baik di univeriti mahupun madrasah serta darul uloom sekalian.

Adakah hari ini kita terlalu asyik berjuang baik untuk bangsa sendiri dan agama islam sampai terlupa contoh yang telah ditunjukkan oleh Nabi S.A.W dan Para Sahabatnya,R.Anhum?sampaikan fatwa tentang haram dan mengkafirkan saudara islam yang lain dilepaskan fatwanya dengan mudah sekali?satu perkara yang selalu terlepas pandang oleh orang islam,kita hari ini sibuk dan kuat berusaha menyebarkan dan menegakkan agama Allah S.W.T dengan merujuk kepada sirah nubuwwah tetapi kita tidak melihat kepada aspek akhlak dan hikmah yang dicontohkan oleh Nabi S.AW untuk ummat.

Dan ramai juga dikalangan orang islam kita hari yang membuat usaha atas agama ini tanpa mengira fikrah/lapangan apa sekalipun,terbahagi kepada 3 bahagian:

1-golongan yang berilmu tetapi menghentam orang awam yang ingin membuat usaha atas agama ini.tapi tidaklah semuanya begitu.Cuma segelintir sahaja.

2-golongan orang awam yang kruang berilmu tetapi ingin membuat usaha agama.Alhamdulillah mereka rajin infak dan korban,tetapi terlalu sedikit usaha untuk memamhami dan menambah ilmu agama disamping membuat usaha agama.

3-mana golongan/organisasi/fikrah yang buat usaha atas agama Allah S.W.T ini,tetapi terlepas method akhlak dan hikmah yang telah ditunjukkan oleh Nabi S.A.W.

Semoga selepas membaca perkara ini,saya berharap agar pendapat saya yang fakir ini boleh direnungkan .semoga kerja-kerja kita semua untuk agama Allah S.W.T ini bertambah baik dan method akhlak dan hikmah diutamakan dalam perjuangan dalam islam,insyaAllah..

Allah S.W.T ialah ‘Rabbil Alameen’,yang bermakna Tuhan kepada sekalian mahluk,jin,manusia dan segalanya yang wujud dan Dialah yang memelihara,menjaga dan mengekalkan segala-galanya.Dan Allah S.W.T telah menghantar kekasihNya,Muhammad S.A.W kepada kita.

Muhammad S.A.W ialah ‘Rahmatulil Alameen’, sebagai rahmat kepada sekalian mahluk,jin,manusia dan segala yang wujud. Jadi,ini ialah rayuan kepada semua orang islam dan peringatan juga kepada diri saya sendiri suapaya kita membawa kualiti yang hebat ini di dalam kehidupan kita. Sebaik sahaja kita mengamalkan perkara ini,maka kita akan dapat melihat masyarakat islam akan mengamalkan islam dan yang bukan islam datang kepada islam.

Malangnya kita hari ini,umat islam di seluruh dunia sangat cepat melabel perkara seperti haram atau saudara-saudara kita sebagai kafir.Islam mengajar kita tentang kegunaan kedua belah mata kita ini,satu digunakan untuk melihat kebaikan orang lain,dan yang kedua untuk melihat keburukan diri sendiri. Tetapi apa yang ktia buat pada hari ini telah terbalik,kita hanya menuding jari menunjukkan kesalahan dan kesilapan orang lain tetapi kita menyembunyikan malah tidak menyesal sekalipun atas kesalahan dan kesilapan diri kita sendiri dari pihak kita.bagaimana pula dengan mencari 70 alasan sebelum kita menilai seseorang?adakah ada sesiapa dapat mengamalkannya?

Pada pendapat saya ini ialah salah satu wabak penyakit besar yang melanda umat islam hari ini tertutamanya di internet di zaman adanya trend terkini untuk menuduh/melabel salah dan haram melalui fatwa untuk membina reputasi individu/organisasi itu sendiri dan untuk menunjukkan bahawa betapa salahnya seseorang itu.

Ini bukanlah ajaran dari para pesuruh Allah S.W.T tentang bagaimana untuk menyampaikan/menyebarkan agama ini.dan Baginda S.A.W tidaklah patut difahami hanya sebagai ‘Rahmatulil Muslimeen’ atau ‘Rahmatulil Mumineen’, tetapi ialah ‘Rahmatulil Alameen’…rahmat kepada sekalian mahluk,jin,manusia dan segala yang wujud. Ia tidaklah diulang hanya sekali sekala,perkataan ‘Rahmatulil Alameen’. Sejarah dan kisah agama islam penuh dengan pelbagai cerita dan kisah,yang mana Nabi kita yang tercinta,Muhammad S.A.W telah menunjukkan contoh tauladan tentang menyebarkan dan membawa agama islam ini dengan akhlak dan berhikmah.

Sebelum saya terlupa,bukankah Baginda S.A.W ialah yang mana memaafkan kesalahan penduduk Taif,Mekah,walauun Malaikat telah bersedia untuk menghanurkan mereka dengan menghimpit dan mengehentam mereka di antara 2 gunung? Adalah Baginda S.A.W atau orang lian yang telah memaafkan pembunuh kepada pakciknya,Saidina Hamzah R.Anhu,walaupun baginda ada peluang untuk menghukumnya?

Bukankah orang-orang yang hidup di zaman Nabi S.A.W yang memaafkan kesalahan orang yahudi yang memberi racun,yang mana ia menunjukkan kesan pada tubuh mereka sehingga hari terkahir mereka? Semua jawapan kepada semua persoalan ini ialah akhlak,dan kenapada mereka buat perkara ini?adakah ianya ialah kelebihan peribadi seseorang yang mana ia berfikir bagaimana untuk membawa dan menyebarkan rahmat di seluruh kehdiupan sehingga akhir hayatnya atau risau bagaimana setiap manusia diselamatkan dari neraka Jahannam dan memasuki syurga?malah ,dia menjadi orang yang terakhir memasuki syurga.

Apabila Nabi Muhammad S.A.W menghantar seseorang untuk menjadi gabernor di dalam suatu wilayah/tanah.Baginda sentiasa menasihatkan dan mengingatkan mereka supaya tidak keras pada semua individu disamping menyebarkan akhlak dan hikmah yang baik. Seperti yang Baginda .S.AW amalkan,kerana Baginda S.A.W bukan sahaja sebagai pemberi peringatan malah pembawa berita,akhlak dan hikmah yang sangat baik.

Hazrat Maulana Muhammad Ilyas Khandahlawi Rah. Pernah berkata,”janganlah bercakap dan menentang tentang minat seseorang,tetapi berilah sesuatu yang dia boleh minat dan kasih yang lebih”.ini adalah hikmah yang sangat besar yang ditunjukkan oleh para ulama.jadi,selepas ini,kita seharusnya berfikir dahulu tentang apa yag kita cakap dan tulis sebelum benar-benar melakukannya.soal diri kita sendiri samada kita asyik menuding jari pada orang lain tentang kesilapan/kesalahan orang lain atau sebenarnya kita membantu seseorang kembali kepada agama?marilah kita menggunakan kebijaksanaan yang berdasarkan kepada Quran dan Sunnah dan bukannya mengeluarkan fatwa atau kenyataan yang boleh mengaibkan/memburukkan seseorang/organisasi itu.

Semua ini dikira walaupun untuk berdialog dengan bukan islam.Ianya adalah satu rahmat yang besar kita beragama islam,tetapi janganlah sampai terpedaya dengan nafsu dan timbul pula sifat takbur. Ini adalah kerana bukanlah dengan kekuatan kita yang membawa iman pada diri kita apatah lagi memahami serta mengamalkan islam,semuanya hanya dengan rahmat dan ehsan dari Allah S.W.T. kita seharusnya merasa kasihan dan memaafkan kesalahan saudara ktia sepertimana yang telah ditunjukkan oleh Baginda S.A.W,yang mana Baginda S.A.W menangis walaupun untuk orang yahudi yang telah meninggal yang hidup di zamannya,kerana Baginda S.A.W tahu kemana destinasi akan mereka tuju.

rujukan:

saya menulis ini berdasarkan kepada pemerhatian dan pengalaman saya yang sedikit ini dalam perjuangan agama Allah S.W.T ini dan bahan tambahan dan fakta merujuk kepada kitab "Post-Emigration
Islamic Conduct with the Enemy" karya Mufti Shabbir Ahmad Qasmi Dammat Barakaatuh dari Darul Uloom Deoband,India.
posted by Abdullah_m.e. @ 10:52 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
<
About Me

Name: Abdullah_m.e.
Home: kuala lumpur, wilayah persekutuan, Malaysia
About Me: Dan orang-orang yang terdahulu; yang mula-mula dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” (berhijrah dan memberi bantuan), dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada Nya, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah, Ayat 100) masih di dalam proses pembelajaran baik untuk keperluan mahupun agama..masih di dalam fasa membaiki diri..kerana diri ini tidak sempurna..
See my complete profile
Previous Post
Archives
Disclaimer

For all reader information,i`m not a ustaz,hafizul quran more so ulama`.i`m just the follower (ittiba`) of the Prophet S.A.W,the companions R.Anhum and whom who followed them from time to time until Qiyaamah.for that reason,almost all the published article,translation or journal and quote have reference.only certain do not have a reference due to that publish is personal opinion/advice of the writer.still in process of learning and purifcation.moderate opinion and neutral method.not in favor/represent of any organizational,fiqrah,political party or jamaah.what is good and there`s akhlak,we follow them.what is not very good,we make a moral story of it. This blog is published in Bahasa Malaysia so that the malay language user can understand some translation of kitab or quote from ulama` and to uphold usage of bahasa malaysia among whom understand malays.some of the kitab or reference is not published and sale in malaysia,almost majority of it is from Hindustani sub-continent and some of it from the middle-east.only certain publish in english language. Manhaj Ahlul Sunnah Wal Jamaah,follow Shafii` Mazhab. Jazakumullahu Khairan Kasthira`,

Powered by

BLOGGER

Lau ka na Bainana Al-Habib-Abdul Rahman Mohamed,Saudi Arabia..

lau kana bainana(1)

Powered by mp3skull.com

Powered by

BLOGGER

Darul Uloom Deoband,Saharanpur,India

Darul Uloom Nadwatul Ulama`,Lucknow,India.

Jamia` Darul Uloom Karachi,Pakistan.

Mazahirul Uloom,Saharanpur,India.

Darul Mustafa`,Tarim, Yaman

Darul Uloom Azaadville,South Africa.

Miftahul Uloom,Bandar Baru Sri Petaling,Kuala Lumpur,Malaysia

Ba`alawi,Kuala Lumpur,Malaysia.

Yayasan Al-Jenderami,Jenderam Hilir,Selangor,Malaysia

Yayasan Sofa`,N.Sembilan,Malaysia.

Blog Visitor Location


widgeo.net

© 2005 Assalamualaikum.. Blogger Templates by Isnaini and Cool Cars Pictures