"هذا هو معنى الحياة هو نحن هو الإسلام."
تحيات.. كيف حالك.. نأمل حصلت على مباركة لك من الله
followers
<
komunikasi
facilities
khidmat
Innalhamdulillah,khidmat kpd pelajar samada yg berada dlm kemahiran kejuruteraan(mekanikal,elektrikal,electronic,mekatronik dsb.)
@pelajar agama yg berminat.sy sedia membantu menyemak proposal,
report dn mmberi cadangan kpd projek tahun akhir(FYP) atau masalah pembelajaran anda secara percuma.
semoga usaha anda dimudahkan utk menamatkan pengajian dn anda dpt berkhidmat serta berjuang di jalan Allah S.W.T.hubungi sy di YM;ghostrider_mujahid.JazakaAllahu Khair.
Visitor
Janji Allah S.W.T di dalam rezeki setiap muslim
Sunday, May 1, 2011
Janji Allah S.W.T di dalam rezeki kita
Alhamdulillah,syukur pada Allah S.W.T,kta diberi peluang dan usaha untuk meneruskan kehidupan dan mencari rezeki atas muka bumi milik Allah S.W.T ini.di dalam usaha kita untuk mencari rezeki,Allah S.W.T tidak meletakkan sebarang jaminan dan janji didalam usaha kita,tetapi Allah S.W.T janjikan keberkatan dan rezeki kita di dalam amal-amal agama Allah S.W.T sepertimana yang selalu kita dengar di dalam tafsir ayat 1000 dinar.”yang mana ayat ini bukanlah untu digantung di kedai semata-mata,tetapi Allah S.W.T meletakkan perkataan “beriman dan bertaqwa” untuk rezeki yang tidak disangka-sangka,semoga Allah S.W.T bukakan dan ilhamkan kepada kita semua untuk usaha mencari rezeki dengan cara yang betul,insyaAllah.
Pertama sekali, saya dan kita semua harus bersetuju dengan maksud rezeki yang mana Hazrat Sheikh Zulfiqar Damaat Barakaatuh, ulama di dalam bidang tasawuf dan juga seorangda`ie mendefinasikan maksud rezeki bermaskud,
“semua aspek yang berkaitan dengan jatuh bangun seseorang manusia,termasuk di dalam maksud rezeki.ianya termasuk tetapi tidak terhad hanya kepada harta benda, status, perniagaan dan anak-anak.”
Hari ini kita melihat dan Nampak di depan mata kita sendiri, bahawa setiap orang bertungkus-lumus berusaha untuk mencari rezeki sama di dalam pekerjaan,perniagaan dan sebagainya.sesetengah orang berfikir bahawa untuk meluaskan dan memperbanyakkan rezeki ialah dengan melakukan perkara yang haram, seperti membuka kedai minuman dan menjual arak, tapi ia tidak sebenarnya.Islam memberitahu kita bahawa rezeki telah ditetapkan dan diaturkan oleh Allah S.W.T pada masa sebelum kelahiran kita lagi dan pada masa itu juga Allah S.W.T telah membuat 5 janji kepada manusia di dalam rezeki kita. Dengan lebih terperinci lagi saya akan menerangkan 5 perkara tersebut di bawah bersama dalilnya,insyaAllah.
5 janji Allah S.W.T di dalam rezeki.
1.Taqwa.
2. Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) Dengan cara Yang baik, atau lepaskan mereka Dengan cara Yang baik; dan adakanlah dua orang saksi Yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum Yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara Yang menyusahkannya),
3. serta memberinya rezeki dari jalan Yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(At-Talaq: 2 dan 3 )
Merujuk kepada ayat Quran di atas Hazrat Mufti Muhammad Shafi`e Sahab Damaat Baraakatuh menuis di dalam tafsir Ma`rifatul Quran berkenaan tentang maksud sebenarnya taqwa:
“perkataan taqwa yang utama dan secara harifiah bermaksud “menjaga” dan “menahan diri”. Di dalam terminologi islam, ia bermaksud “ menahan diri dari berbuat dosa”. Apabila perkataan taqwa ini diterjemah ke lebih tepat,ia adalah bermaskud “takut kepada Allah” dan ia secara langsung berkait dengan untuk menggelakkan perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T dan menahan diri dari melakukan dosa."
Ada satu perisitwa dimana SaidinaUmar R.Anhu bertanya kepada Saidina Ka`ab Ahbaar R.Anhu iaitu :”apakah maksud dan kenyataan tentang taqwa?” Saidina Ka`ab Ahbaar R.Anhu menjawab,”pernahkah kamu melepasi pokok yang berduri?” SaidinaUmar R.Anhu menjawab “ya”. Saidina Ka`ab Ahbaar R.Anhu bertanya lagi,”bagaimana kamu melepasinya?” SaidinaUmar R.Anhu menjawab,”saya melepasinya dengan berhati-hati dan saya memastikan duri pokok tersebut tidak mengenai dan melukakan tubuh badan saya.” Saidina Ka`ab Ahbaar R.Anhu menerangkan,”di dalam perkara yang sama,ia juga sama dengan taqwa.taqwa bermaksud untuk seseorang menyelamatkan dan menahan diri dari berbuat dosa dan kelalaian.”
Jadi,inilah sebenarnya perkara pertama yang dijanjikan Allah S.W.T pada orang yang beriman dan bertaqwa,yang mana Allah S.W.T akan memudahkan urusan dan kesusahan yang dihadapai seseorang hamba dan Allah S.W.T juga akana menyediakan rezeki dan kemudahan dari sumber yang mereka tidak jangka dan ketahui.
2. Solah 5 waktu
Sesiapa yang biasa dan pernah laungkan masa bersama jemaah untuk khuruj fisabilillah akan biasa dengar dan faham serta biasa dengan hadith tentang janji Allah S.W.T jika menjaga solah 5 waktu.salah satunya ialah Allah S.W.T memudahkan rezeki mereka.jika ada diantara kita yang jarang dan tidak biasa dengan hadith ini,mungkin seseorang itu harus belajar meluangkan masa keluar di jalan Allah S.W.T..insyaAllah. Di dalam salah satu hadith ada dinyatakan bahawa,” solah ialah salah satu perkara yang disukai oleh Allah S.W.T.ia juga perbuatan yang dicintai oleh para malaikat,dan ianya adalah sunnah Ambiyaa` Alaihi Mussolatu Wassalam,nur (cahaya) kepada maar`ifah dicapai dan doanya diterima, dan keberkatan rezeki didapati.”
Sekali Sahabat R.Anhum berkata,”apabila isi rumah dan bekalan makanan di rumah Nabi S.A.W berkurangan dan tidak ada,Baginda menyuruh isi rumahya menunaikan solah dan membaca ayat ini:
dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah Engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadaMu, (bahkan) Kamilah Yang memberi rezeki kepadamu. dan (ingatlah) kesudahan Yang baik adalah bagi orang-orang Yang bertaqwa. (Taha :132)
3. Istighfar
Nabi S.A.W ada bersabda di dalam satu hadith bahawa,”seseorang yang memohon keampunan pada Allah S.W.T untuk lelaki atau wanita islam sebanyak 26 atau 25 kali setiap hari,maka Allah S.W.T akan mengira seseorang itu termasuk didalam doanya yang diterima Allah S.W.T,dan dari itu juga ia akan dikurniakan keberkatan pada rezekinya dari sesiapa yang mencari rezeki di atas muka bumi ini.”
Nabi S.A.W bukan sahaja membuat dirinya sendiri untuk mengucap dan membuat istighfar dan taubat pada Allah S.W.T,malah baginda juga menggalakkan dan menyuruh orang islam supaya meminta keampuanan dari Allah S.W.T dengan kekerapan yang tinggi. Salah satu kelebihan di dalam . Istighfar yang mania ianya boleh ditemui dalam hadith,”Allah S.W.T akan melayan dan menendengar permintaan dan rintihan seseorang yang banyak mengucapkan istighfar dan dalam masa yang sama seperti dengan hamba yang bertaqwa.”
Saidina Abbas R.Anhu meriwayatkan bahawa Nabi .S.A.W bersabda,” seseorang yang kerap mengucapkan istighfar,yang mana ianya meminta keampunan dari Allah S.W.T atas dosa yang dia telah buat,maka Allah S.W.T akan membuka jalan-jalan penyelesaian dari kemiskinan dan kesusahan. Segala penderitaan dan kesusahan akan dialihkan dan pada tempatnya kemakmuran dan kesejahteraan akan didapati yang mana seseseorang itu akan menerima rezeki dari sumber yang tidak diketahui dan tidak dijangka sumbernya.”
4. Tawakkal (berserah) pada Allah S.W.T.
Tawakkal pada Allah S.W.T boleh diterjemah dan ditakrifkan sebagai berharap sepenuhnya pada Allah S.W.T. di dalam penerangan yang lebih terperinci ianya bermaksud 100% berserah dan berharap pada Allah S.W.T akan memberi rezeki.Allah S.W.T telah menetapkan rezeki untuk saya.jika semua mahluk ciptaanAllah S.W.T berkumpul dan datang untuk mengubah sesuatu,maka pasti mereka tidak mampu mengubahnya kecuali dengan izin Allah S.W.T.
Nabi S.A.W ada bersabda bahawa ,:jika kamu bersedia dan iklhas berserah diri pada Allah S.W.T, Dia akan mengurniakan kamu rezeki,sepertimana burung-burung diberi rezeki,yang mana burung-burung ini keluar dari sarangnya di waktu apgi dengan perut yang kosong dan kembali ke sarang ada waktu petang dengan perut yang penuh.Allah S.WT berfirman:
"serta memberinya rezeki dari jalan Yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."
(Al-Talaq: 3)
Itulah bagaiamana ayat di atas menerangkan di atas bersambung.SubhanaAllah,betapa indah dan mudahnya contoh tamsilan yang diberi oleh Nabi S.A.W,semoga Allah S.W.T memberi kerahmatan pada baginda dan Keluarganya.
Sadinia Hussin R.Anhu meriwayatkan dari Nabi S.A.W bahawa,”seseorang yang ikhlas berserah pada Allah S.W.T,maka Allah S.W.T akan mencukupkan semua keperluan dan tanggungjawab seseorang itu.rezeki akan diperoleh dari sumber yang tidak dijangka,yang mana ianya tidak masuk akal dan tidak boleh dibayangkan. Sesseorang yang bergantung pada usahanya sendiri dan dunia,maka Allah S.W.T akan menyerahkan rezeki dan nasib orang itu pada benda yang ia bergantung.”
Hazrat Shehikhul Hadtih Maulana Muhammad Zakariyya Khandahlawi Rahmatulllahi A`laih menulis di dalam bukunya fadhilat Sedekah bahawa mendengar dan taat pada kata-kata Nabi S.A.W,yang mana ianya tersimpan kudarat dan perintah Allah S.W.T:
“sesiapa yang ingin menjadi yang terkuat,mereka seharusnya bertawakkal (berserah) pada Allah S.W.T. seseorang yang ingin menjadi orang yang sangat dihormati,maka beliau harus ada sifat taqwa.seseorang yang ingin menjadi yang paling sihat dan cergas,maka beliau harus lebih berharap pada kudrat Allah S.W.T. lebih dari apa yang diusahakannya.”
5. Infaaq Fisabilillah
Ianya bukan satu lagi rahsia apabila seseorang menggunakan hartanya untuk agama Allah S.W.T dan di jalan Allah S.W.T,maka Allah S.W.T yang tiada had pengasihnya akan memberi yang lebih lagi.banyak hadith menerangkan kepentingan dan kelebihan perkara ini,tetapi untuk menjimatkan masa pembaca semua,saya hanya meletakkan satu kisah yang ringkas tentang Sadina Ali R.Anhu dengan pencuri yang mana ia akan memudahkan kita semua untuk memahami konsep ini dengan mudah.
Hazrat Ubaydullah Bin Muhammad Bin Aisha R.Anhu meriwayatkan bahawa apabila seorang pencuri datang berjumpa dengan Hazrat Saidinina Ali R.Anhu semasa beliau menjadi khalifah, dia telah berkata pada anaknya Hazrat Saidina Hassan R.Anhu,”pergi kepada ibu kamu dan beritahunya untuk memberi 6 dirham yang saya tinggalkan padanya kepada pencuri ini.”Hazrat Hassan R.Anhu kemudian berjumpa ibunya dan datang kembali dengan pesanan dari ibunya disampaikan kepada ayahnya,Saidina Ali R.Anhu,”kamu telah meninggalkan 6 dirham itu untuk membeli tepung.”kemudian Saidinia Ali R.Anhu berkata,”iman seseorang tidak akan betul dan sahih sehinggalah dia mempercayai apa yang ada ditangan dan ketentuan Allah S.W.T dari apa yang ada pada tangannya.”kemudian Saidina Hassan kembali kepada ibunya dan menyampaikan pesanan dari Saidina Ali R.Anhu.mendengar pesanan ini,ibunya terus memberi 6 dirham itu kepada pencuri tadi.”
Hazrat Saidina Ali R.Anhu masih tidak lagi mengubah posisi duduknya kemudian datang seorang untuk menjual unta padanya.”berapa harga unta ini?” Tanya Hazrat Ali R.Anhu pada penjual itu. Penjual itu membalas “140 dirham”. Hazrat Ali R.Anhu berpesan pada penjual itu supaya mengikat dan meninggalkan unta itu bersamanya dengan bermaksud Hazrat Ali R.Anhu akan kembali dan membayar harga unta itu setelah beberapa ketika. Penjual itu telah mengikat unta pada dahan pokok kurma dan meninggalkannya dengan Hazrat Ali R.Anhu .kemudian seorang datang dan bertanya pada Hazrat Ali R.Anhu milik siapakah unta ini. Apabila Hazrat Ali R.Anhu memberitahunya bahawa unta ini milik beliau,maka orang ini bertanya samada beliau mahu menjualkannya.Hazrat Ali R.Anhu menjawab,”boleh dan pasti.”orang itu bertanya berapa harganya dan kemudian menawarkan harga pada Hazrat Ali R.Anhu dengan harga 240 dirham.Hazrat Ali R.Anhu bersetuju dan orang itu membayar unta itu dengan harga yang dipersetujui tadi dan mengambil unta tadi dan beredar.
Belum sempat Hazrat Ali R.Anhu menukar lagi posisi kedudukannya,orang yang menjual unta pada Hazrat Ali R.Anhu dan beliau membayar 140 dirham pada penjual itu.setelah selesai urusan,beliau pulang ke rumah dan meneyrahkan 60 dirham pada isterinya,Hazrat Fatima` R.Anha. Melihat wang itu,isterinya bertanya,”apakah ini dan dari mana datangnya?”
Hazrat Ali R.Anhu menjawab”inilah janji dan firmanAlah S.W.T yang disabdakan dari Nabi S.A.W iaitu:”.
"sesiapa Yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) Yang sama dengannya; dan sesiapa Yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) Yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun)."
(An-Anm: 160)
SubhanaAllah,perlukah saya bercakap sesuatu melainkan ini bukanlah cerita dongeng dan rekaan tapi ianyaadalah peristiwa yang benar dan pernah berlaku. Para Ulama e-kiraam telah menerangkan banyak sekali cara yang halal untuk menambahkan keberkaatan pada rezeki kita.tetapi sebagai rumusan inilah perkara yang dipelajari saya dari para ulama e-kiraam yang mengkaji dan memahami quran dan Hadith.
5 punca rezeki didalam janji Allah S.W.T:
1.Taqwa
2.Solah 5 waktu
3.Isgtifhar
4.Tawakkal
5.Infaq Fisabilillah.
Dan sebelum saya terlupa ialah Asbab (sebab) .tiada janji Allah S.W.T dikaitkan dan diletak pada asbab,tetapi yakin kita pada hari telah lebih kepada asbab,bukan janji Allah S.W.Tsemoga Allah S.W.T mengampuni saya terutamanya yang masih banyak kesalahan dan kita semua dan membawa semua perkara penting di dalam janji Allah S.WT. di dalam kehidupan kita,Amiin,insyaAllah.
Rujukan
1.Fadilaah Sadaaqah by Shehikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya Khandahlawi Rahmatullahi A`laih.
2. Lecture by Hazrat Maulana Sheikh Zulfiqar wal Nasqhabandi Damaat Barakaatuh at Chaqwaal khanqah Madrasah,Pakistan.
3. Khutbah Jumaat by Hazrat Maulana Muhammad Yunus Patel Saheb Damaat Barakaatuh in topic “Promise of Rizq from unknown sources upon Taqwa” at south Africa.
4. Tafsir Maàrifatul Quran by Hazrat Mufti Muhammad Shafi`e Sahab Damaat Baraakatuh.
5. Mishkat al-Masabih by Muhammad ibn Abd Allah Khatib Al-Tabrizi Rahmatullahi A`laih
6. Kanz al-Ummal by Ali ibn Abd-al-Malik al-Hindi Rahmatullahi A`laih.
7. Maariful Hadith by Hazrat Maulana Shaykh Mohammad Manzoor Nomani Rahmatullahi A`laih.
Selitkan nama saya di dalam doa-doa pembaca semua.saya ini masih insan yang lemah dan masih di dalam proses pembelajaran.
Name: Abdullah_m.e. Home: kuala lumpur, wilayah persekutuan, Malaysia About Me: Dan orang-orang yang terdahulu; yang mula-mula dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” (berhijrah dan memberi bantuan), dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada Nya, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah, Ayat 100)
masih di dalam proses pembelajaran baik untuk keperluan mahupun agama..masih di dalam fasa membaiki diri..kerana diri ini tidak sempurna.. See my complete profile
For all reader information,i`m not a ustaz,hafizul quran more so ulama`.i`m just the follower (ittiba`) of the Prophet S.A.W,the companions R.Anhum and whom who followed
them from time to time until Qiyaamah.for that reason,almost all the published article,translation or journal and quote have reference.only certain do not have a reference due to that publish is personal opinion/advice of the writer.still in process of learning and purifcation.moderate opinion and neutral method.not in favor/represent of any organizational,fiqrah,political party or jamaah.what is good and there`s akhlak,we follow them.what is not very good,we make a moral story of it.
This blog is published in Bahasa Malaysia so that the malay language user can understand some translation of kitab or quote from ulama` and to uphold usage of bahasa malaysia among whom understand malays.some of the kitab or reference is not published and sale in malaysia,almost majority of it is from Hindustani sub-continent and some of it from the middle-east.only certain publish in english language.
Manhaj Ahlul Sunnah Wal Jamaah,follow Shafii` Mazhab.
Jazakumullahu Khairan Kasthira`,
Powered by
Lau ka na Bainana Al-Habib-Abdul Rahman Mohamed,Saudi Arabia..
lau kana bainana(1)
Powered by
Darul Uloom Deoband,Saharanpur,India
<
Darul Uloom Nadwatul Ulama`,Lucknow,India.
Jamia` Darul Uloom Karachi,Pakistan.
Mazahirul Uloom,Saharanpur,India.
Darul Mustafa`,Tarim, Yaman
Darul Uloom Azaadville,South Africa.
Miftahul Uloom,Bandar Baru Sri Petaling,Kuala Lumpur,Malaysia