"هذا هو معنى الحياة هو نحن هو الإسلام."
تحيات.. كيف حالك.. نأمل حصلت على مباركة لك من الله
followers
<
komunikasi
facilities
khidmat
Innalhamdulillah,khidmat kpd pelajar samada yg berada dlm kemahiran kejuruteraan(mekanikal,elektrikal,electronic,mekatronik dsb.)
@pelajar agama yg berminat.sy sedia membantu menyemak proposal,
report dn mmberi cadangan kpd projek tahun akhir(FYP) atau masalah pembelajaran anda secara percuma.
semoga usaha anda dimudahkan utk menamatkan pengajian dn anda dpt berkhidmat serta berjuang di jalan Allah S.W.T.hubungi sy di YM;ghostrider_mujahid.JazakaAllahu Khair.
Visitor
Beramal atas pengetahuan ilmu.
Thursday, June 2, 2011
Beramal atas pengetahuan ilmu.
Masukkanlah pesanan ini ke dalam fikiran kita.
Hazrat Maulana Mufti Muhammad Shafie` Usmani Rahmatullahi A`laih (ayah kepada Hazrat Maulana Mufti Muhammad Taqi Usmani Damaat Barakaatuh) pernah berkata bahawa,” satu hari di dalam setahun,peniaga akan menutup perniaagaan mereka,unutk mengira akaun perniagaan mereka sepanjang tahun itu dan mengenalpasti berapa banyak kerugian dan kehilangan telah dihasilkan. Dengan cara yang sama, kita juga mestilah menyemak akaun kita tentang sebanyak mana ilmu pengetahuan agama telah kita pelajari dan banyak mana kita telah mengamalkannya serta apa perubahan yang telah berlaku pada diri kita. Bukanlah bermakusd ia menjadi seperti:
“datang seperti keldai yang kecil ,dan pulang sebagai keldai yang besar.”
Objektif (tujuan) utama ilmu ialah amal.
Hazrat Imam Sufyan Thauri Rahmatullahi A`laih yang mana beliau ialah imam,muttaqi,alim di dalam sufi berkata,” apabila kita mendengar sebuah hadith maka kita hendaklah mengamalkannya pada masa itu atau masa akan datang.” “tidak semestinya apabila seseorang itu mengetahui sesuatu,tetapi perkara itu perlu diberitahu di dalam sesuatu ucapan atau majlis.”
Apakah ciri-ciri istmewa para ulama –ulama akabbir “ulama e- deband”?apakah perbezaan antara Darul Uloom Deoband dengan institusi yang lain?di dalam dunia yang besar ini, institusi kajian yang besar ini, yang mana kita akan mendengar namanya dahulu, dan Allah S.W.T telah menunjukkan pada saya (penulis), di dalam pandangan ilmu pengetahuan dan keihklasan yanglebih tinggi boleh dilihat sepanjang berada di darul uloom.
Meninggalkan dunia islam di sebelah, orientalis barat duduk menulis buku tentang islam dan meletakkan serta mempamerkan rujukan pada buku-buku penting yang kadang-kadang kita sendiri tidak pernah mendengar nama buku atau kitab itu. Tetapi semua pengetahuan ini di dalam maksud/erti yang penting ilmu menjadi tidak benar dan tiada kerohaniannya.
Ciri-ciri istimewa Darul Uloom Deoband ialah bahawa sepanjang mempelajari ilmu dan kajian tentang islam yang mana setiap orang terlibat di dalamnya, yang mana ilmu pegetahuan yang telah dipelajari itu boleh diterapkan di dalam sepanjang kehidupannya.
Kewujudan Darul Uloom Deoband
Darul Uloom Deoband
Maulana Muhammad Ya’seen Sahab Rahmatullahi A`laih yang mana antara ulama yang terlibat di dalam penubuhan dan pengajaran di Darul Uloom Deoband pernah berkata,”saya telah melihat waktu dimana seperti di Darul Uloom, yang mana dari Shehikhul Hadith sampailah kepada penjaga pintu,yang mana setiap orang adalah Waliullah”. Tentang masa itu penjaga pintu ialah penjaga pintu madrasah,tetapi di dalam pusat pengajian.
Apabila pergi ke bilik-bilik para pengajar/maulana dan pelajar pada waktu malam,kita akan merasa seperti berkumpulnya para pencinta islam sedang bermunajat pada Allah S.W.T.dan pada waktu siang,kita akan dengar bait-bait perkataan,” “Qala Allah wa Qala Rasul” disebut oleh para pelajar.
Inilah yang dipanggil berhati-hati.
Hazrat Shehikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Khandahlawi Rahmatullahi A`laih ada menulis di dalam bukunya,”aap beeti” kisah tentang mudir Darul Uloom Deoband,Hazrat Maulana Muneer Ahmed Sahab Rahmatullahi A`laih.untuk pembangunan madrasah,Hazrat telah pergi ke New Delhi serta bekerja dan mendapat upah 300 rupee.300 rupee semasa itu sama nilainya tidak kurang dari 300,000 rupee sekarang. Di dalam perjalanan pulang, seorang pencuri telah mencuri duit dari Hazrat.Hazrat telah menjadi tertekan dan kemudian menjual segala asetnya yang ada di madrasah.
Jumlah pampasan yang didapati dari jualan asset hazrat sendiri pada masa besar nilainya dan semuanya telah dimasukkan ke dalam pengurusan madrasah. Orang di sekeliling beranggapan bahawa hazrat akan mengalami kepapaandan kelaparan disebabkan tiada satu rupee pun tinggal untuk dirinya sendiri.
Walaupun asset Hazrat ialah amanah tetapi perbuatannya dan ianya tidak adil pada dirinya,dan menurut syariah tidak ada pampasan wajib bagi mengganti duir yang hilang itu .jadi,salah seorang pelajar telah menulis surat kepada Hazrat Maulana Mufti Muhammad Gangohi Rahmatullahi A`laih tentang kejadian ini dan Hazrat Maulana Mufti Muhammad Gangohi Rahmatullahi A`laih telah menulis surat kepada Hazrat Maulana Muneer Ahmed Sahab Rahmatullahi A`laih bahawa kejadian itu bukanlah salah beliau, lebih-leibh lagi menurut syariah tidak ada pampasan wajib.
Apabila surat ini sampai kepada Hazrat Maulana Muneer Ahmed Sahab Rahmatullahi A`laih,belia telah berkata,”Alhamdulillah,Maulana Gangohi telah memeriksa dan membaca keseluruhan fiqh tentang perkara ini untuk saya.”kemudian hazrat telah pergi berjumpa Hazrat Maulana Mufti Muhammad Gangohi Rahmatullahi A`laih dan berkata tentang apa yang dicakapkannya.Hazrat berkata,”Maulana Gangohi,fiqh yang telah hazrat beritahu saya itu benar,tetapi cuba hazrat letak tangan pada dada untuk seketika dan jika situasi ini terjadi pada hazrat,apa hazrat akan buat?”Maulana Muneer sangat yakin bahawa jika kejadian ini berlaku kepada Maulana Gangohi,hazrat tidak akan duduk dengan selesa dan juga akan menginfakkan pada madrasah.
Inilah sifat para ulama dari Darul Uloom Deoband,yang mana ia sebenarnya banyak berkaitan dengan hidup kita hari ini. Bukan sahaja cerita ini,tetapi kehidupan penuh musim seperti ini,setiap tindakan,setiap pergerakan mereka diaplikasikan untuk islam.
Kemanusiaan dan pengorbanan.
Hazrat Maulana Sayyid Asghar Hussein Sahab Rahmatullahi A`laih ialah guru saya yang dihormati dan juga dikenali dengan nama Hazrat Mian Sahab. Hazrat Maulana Mufti Muhammad Shafie` Usmani Rahmatullahi A`laih (ayah kepada Hazrat Maulana Mufti Muhammad Taqi Usmani Damaat Barakaatuh) berkata kepada penulis.
Saya (Maulana Mufti Muhammad Shafie` Usmani Rahmatullahi A`laih)
Hazrat (Maulana Sayyid Asghar Hussein Sahab Rahmatullahi A`laih)
“Satu hari semasa saya khidmat,saya Nampak rumah hazrat telah bocor dan reput dan apabila hujan turun,bumubng akan bocor dan runtuh.dan hazrat kadang-kadang akan membaiki sedikitdi sini dan di bahagian lain.saya berkata,”hazrat,kenapa tidak membaikinyas semua sekaligus?”dan hazrat menjawab,”wah, Muhammad Shafie`,kamu berkata satu benda yang bijak,tetapi saya sudah tua dan tidak lagi memahami perkara seperti itu.”saya berkata,”hazrat telah marah,maafkan kesalahan perkataan saya.”kemudian hazrat telah menarik tangans aya dan keluar ke pintu rumah kemudian hazrat berkata,”lihat,dari sudut ini ke hujung rumah jiran saya di sana.semuanya atap bocor,bagaimana saya nak membaiki bumbung rumah saya dengan sempurna jika rumah jiran-jiran saya bumbungnya juga bocor?”
Ini bukanlah satu sahaja cerita tentang para ulama dari Darul Uloom Deoband,Allah S.W.T telah mengurniakan setiap individu dari institusi ini dengan cirri –ciri dan kualiti yang berbeza,yang mana ia meningatkan kita tentang Sahabat R.Anhum dan kehidupan mereka.
Melihat kepada Hazrat Nanotwi’s Rahmatullahi A`laih,Hazrat Maulana Ashraf Ali Thanwi Rahmatullahi A`laih berkata,”saya berasa kekurangan apabila membaca buku karya beliau,dan untuk masa yang sedikit,saya memahami bahawa aapabila beliau mencapai syurga, dan bekata seperti itu dan saya tidak memahaminya.jadi,dengan tidak memahami falsafah dan teologinya,adalah sangat sukar untuk memahami ucapan beliau.dan saya juga tidak biasa dengan falsafah dan mesej yang hendak dicapai beliau di dalam buku tulisannya.
Jadi, Hazrat Maulana Ashraf Ali Thanwi Rahmatullahi A`laih telah berjumpa dengan Hazrat Haji Imdadullah Muhaajir Makki Rahmatullahi A`laih,alim di dalam kesufian dan ladunni yang mana Hazrat bukanlah lulusan Dars-E-Nizaami,(silibus pengajian alim di India) dan berkata,”hazrat, tolong islahkan(perbaiki) saya.”.dari jalan yang berbeza Hazrat Maulana Mufti Muhammad Gangohi Rahmatullahi A`laih juga ingin berjumpa Hazrat Haji dan juga meminta Hazrat Haji mengislahkan dirinya juga.
keuda-dua maulana telah ditanya oleh seseorang semasa pulang,”kamu pergi berjumpa Hazrat Haji,bukanlkah kamu ulama yang sangat mahir dan alim,dan sepatutnya hazrat haji yang kena berjumpa kamu.”
Kedua-dua maulana menjawab,”ada satu contoh dimana seseorang tidak pernah makan Gulab Jaman(sejenis menu makanan di india),tetapi dia mengetahui sejarah makanan itu,apa ramuannya,dan dari mana boleh didapati.kamucuba menyuruhnya menulis tentang perkara itu,maka dia akan menulis dan ia akan buat.dan seorang lagi setiap hari makan Gulab Jaman tetapi tidak mengetahui apapun tentangnya.jadi,siapakah yang lebih baik?jadi yang lebih baik ialah yang memakan Gulab Jaman setiap hari.jadi contoh yang diberi di atas pelajar-pelajar uloom mempeljari ilmu agama dan dengan kesusasteraan mudah,bertulis dan bertanda dan apabila kita berkhidmat kepada orang alim dan para ulama,maka tulisan dan tanda inilah yang menjadi kerohanian kita.
inilah gulab jaman..:-)
keuntungan berkhidmat pada orang yang dekat pada Allah S.W.T. (Ahlullah)
Perkara –perkara seperti ini akan didapati apabila kita berkhidmat kepada Ahlullah,saya tidak mengetahui apakah pembaharuan dan usaha yang telah dilakukan oleh orang untuk tasawwuf(kerohanian) dan apakah kedudukannya. Tetapi realitinya ialah apabila kita berkhidmat kepada Ahlullah,hati kita akan dibersihkan dan ego kita diturunkan serta diri kita akan diperbetukan (islah). Dari Hazrat Maulana Nanotwi Rah, Hazrat Madani Rah. Dan Hazrat Usmani Rah.,tidak ada pun walau satu individu ini menghabiskan pengajian mereka tanpa diislah oleh Ahlullah.
Tetapi pada hari ini,perkara ini telah menjadi janggal dan ganjil.apabila kita mengamalkannya,kita dituduh dan dipanggil sufi.Hasil yang didapati apabila kita berkhidmat pada orang yang dekat pada Allah S.W.T. (Ahlullah),selain hati kita yang penuh dengan perkara keduniaan ini disucikan.Atas perkara inilah hari ini orang islam apabila diajak/dijemput oleh da`ie (para pekerja agama) hanya merugikan dan tidak berkesan atas sebab kotornya hati kita sendiri disebabkan tidak diislah.
Kesimpulannya,sebab besar kegagalan di dalam kesusahan dan usaha kita ialah apabila ktia meninggalkan fikir (kerisauan ) terhadap islah untuk diri kita.
Rujukan:
1."Islahi Mawaiz: 'Ilm Par Amal Karen" by Hazrat Maulana Mufti Muhammad Taqi Usmani Damaat Barakaatuh, Jami`a Darul Uloom Karachi,Pakistan.
2."Aap Beeti" english version by Hazrat Shehikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Khandahlawi Rahmatullahi A`laih
Name: Abdullah_m.e. Home: kuala lumpur, wilayah persekutuan, Malaysia About Me: Dan orang-orang yang terdahulu; yang mula-mula dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” (berhijrah dan memberi bantuan), dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada Nya, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah, Ayat 100)
masih di dalam proses pembelajaran baik untuk keperluan mahupun agama..masih di dalam fasa membaiki diri..kerana diri ini tidak sempurna.. See my complete profile
For all reader information,i`m not a ustaz,hafizul quran more so ulama`.i`m just the follower (ittiba`) of the Prophet S.A.W,the companions R.Anhum and whom who followed
them from time to time until Qiyaamah.for that reason,almost all the published article,translation or journal and quote have reference.only certain do not have a reference due to that publish is personal opinion/advice of the writer.still in process of learning and purifcation.moderate opinion and neutral method.not in favor/represent of any organizational,fiqrah,political party or jamaah.what is good and there`s akhlak,we follow them.what is not very good,we make a moral story of it.
This blog is published in Bahasa Malaysia so that the malay language user can understand some translation of kitab or quote from ulama` and to uphold usage of bahasa malaysia among whom understand malays.some of the kitab or reference is not published and sale in malaysia,almost majority of it is from Hindustani sub-continent and some of it from the middle-east.only certain publish in english language.
Manhaj Ahlul Sunnah Wal Jamaah,follow Shafii` Mazhab.
Jazakumullahu Khairan Kasthira`,
Powered by
Lau ka na Bainana Al-Habib-Abdul Rahman Mohamed,Saudi Arabia..
lau kana bainana(1)
Powered by
Darul Uloom Deoband,Saharanpur,India
<
Darul Uloom Nadwatul Ulama`,Lucknow,India.
Jamia` Darul Uloom Karachi,Pakistan.
Mazahirul Uloom,Saharanpur,India.
Darul Mustafa`,Tarim, Yaman
Darul Uloom Azaadville,South Africa.
Miftahul Uloom,Bandar Baru Sri Petaling,Kuala Lumpur,Malaysia