Assalamualaikum..

"هذا هو معنى الحياة هو نحن هو الإسلام." تحيات.. كيف حالك.. نأمل حصلت على مباركة لك من الله

 
<

followers
komunikasi
Create your own banner at mybannermaker.com!
Create your own banner at mybannermaker.com!
facilities

khidmat

Innalhamdulillah,khidmat kpd pelajar samada yg berada dlm kemahiran kejuruteraan(mekanikal,elektrikal,electronic,mekatronik dsb.) @pelajar agama yg berminat.sy sedia membantu menyemak proposal, report dn mmberi cadangan kpd projek tahun akhir(FYP) atau masalah pembelajaran anda secara percuma. semoga usaha anda dimudahkan utk menamatkan pengajian dn anda dpt berkhidmat serta berjuang di jalan Allah S.W.T.hubungi sy di YM;ghostrider_mujahid.JazakaAllahu Khair.
Visitor
Tasarruf dan Karamah.konsep dan dalil serta perbezaannya.
Friday, January 27, 2012


Tasarruf dan Karamah.konsep dan dalil serta perbezaannya.

Terdapat perbezaan di antara Tasarruf dan Karamah di mana Tasarruf datang dengan maksud penggunaan secara semula jadi, sepertimana imaginasi ataupun renungan dan perkara ini boleh ada pada sesetengah daripada kita yang diberi kelebihan oleh Allah S.W.T.tetapi apa yang sangat penting ialah penerimaan Allah S.W.T pada diri kita dan dengan pengurniaan menjadi seorang muslim yang mana ia sama sekali tidak berkaitan seperti orang bukan islam seperti golongan Brahman di India dan Atheis di Benua Eropah yang mana memanggilnya “Mesmerists” (hypnosis) mereka amalkan pada hari ini.

Ya, oleh sebab asas perkara ini ialah pembacaan dan pengumpulan minda serta kesatuan dalam pengetahuan.dan perkara ini berlaku pada sebahagian dari manusia yang sepernuh masa mengingati Allah S.W.T dan menjauhkan diri dari perkara keduniaan dan apa yang ada di dalamnya.dan ramai dari kita menyangka dan berkata bahawa orang seperti inilah kita dapat membaca minda manusia dan kita dengar perkara ini dari beberapa keadaan,walaupun perkara ini Nampak seolah-olah meninggikan martabat seseorang manusia,tetapi ia sebenarnya hanyalah kurniaan dari Allah S.W.T dan menunjukkan betapa kecilnya mahluk.atas perkara inilah Tasarruf tidak ada disabdakan dari Hadtih Nabi S.A.W.

Kerana perkara ini dikaitkan dengan kemuliaan dan kesucian seseorang manusia, konsep Tasarruf telah disalah ertikan dengan Karamah,walaupun dalam Karamah,tiada ada sedikitpun kaitan dengan Tasarruf. Karamah ialah kelebihan yang diberi oleh Allah S.W.T tanpa perantaraan mahluk ataupun seara semulajadi samada dengan semula jadi ataupun renungan. Dan ianya tiada kaitan dengan niat dan kehendak seseorang untuk membuat sesuatu yang luar biasa,kerana karamah ialah pemberian secara langsung dari Allah S.W.T dan perkara ini serupa dengan mukjizat.

Tiada perbezaan di antara Mukjizat dan Karamah kecuali Mukjizat ialah eksklusif untuk para Ambiyaa` Alaihi Mussolatu Wassalam dan ianya juga adalah salah satu tanda kenabian manakala Karamah ialah eksklusif untuk para Sahabat R.Anhum dan orang-orang yang hampir dengan Allah S.W.T dan tanda seseorang itu suci dan bersih,dan kedua perkara ini dijalankan tanpa perantaraan medium samada secara semula jadi ataupun dengan kehendak ataupun niat mereka (orang yang diberi kelebihan perkara ini.)



Kesudahannya, Tasarruf bukanlah sebahagian dari kesucian dan rapatnya hubungan mahluk dengan Allah S.W.T dan adalah pasti bahawa ini bukanlah tanda penerimaan seseorang oleh Allah S.W.T walaupun seseorang itu mungkin melalui proses kesucian dan merapatkan diri dengan Allah S.W.T.ya,keajaiban juga adalah salah satu dari tanda penerimaan Allah S.W.T dan tidak semestinya tanda kesucian seseorang itu.

Di dalam ayat Quran dinyatakan bahawa:



38. Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): "Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu Yang dapat membawa kepadaKu singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku Dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?"

39. berkatalah Ifrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya kepadamu sebelum Engkau bangun dari tempat dudukmu, dan Sesungguhnya Aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah".

40. berkata pula seorang Yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: "Aku akan membawakannya kepadamu Dalam sekelip mata!" setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisiNya, berkatalah ia: "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku Adakah Aku bersyukur atau Aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. dan (sebenarnya) sesiapa Yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa Yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana Sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah".


(27,An Naml: ayat 38-40)

Yang mana dinyatakan bahawa Karamah dan Tasarruf dapat difikirkan oleh Sahabat kepada Nabi Sulaimain A.S. walaubagaimanapun,di dalam takwil kitab-kitab yang diturunkan terlebih dahulu sebelum Quran Bahawa zahirnya perbuatan Sulaiman A.S. adalah karamah kerana ia adalah berasbabkan kepada berdoa kepada Allah S.W.T.jikalau Baginda berkara seperti,”saya akan memmbawa kepada kamu dalam sekelip mata.(27:40).

Ini menunjukkan bahawa ini adalah kehendak Baginda dan menyebutnya dan ini adalah tanda Tasarruf dan bukanlah Karamah,tetapi menurut pemahaman para Ulama-E-Kiraam tentang perkara ini bahawa:

“Ada kemungkinan bahawa Allah S.W.T yang mengilhamkan di dalam hatinya untuk berdoa dan kemunculan karamah di tangannya, maka dia berkata apa yang dia berkata berdasarkan ilham dari Allah S.W.T.dan bukanlah dengan kehendak dan sebutannya.inilah apa yang guru kami (Hazrat Maulana Ashraf Ali Thanawi Rahimahullah) ajarkan pada kami.”


Rujukan:

Ahkam al-Qur’an oleh Hazrat Maulana Muhammad Shafi` Usmani Rahimahullah, Idarat al-Qur’an wa al-‘Ulum al-Islamiyyah, Karachi: Pakistan, edisi ketiga, 1429 H, 3:38-9
posted by Abdullah_m.e. @ 10:39 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
<
About Me

Name: Abdullah_m.e.
Home: kuala lumpur, wilayah persekutuan, Malaysia
About Me: Dan orang-orang yang terdahulu; yang mula-mula dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” (berhijrah dan memberi bantuan), dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada Nya, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah, Ayat 100) masih di dalam proses pembelajaran baik untuk keperluan mahupun agama..masih di dalam fasa membaiki diri..kerana diri ini tidak sempurna..
See my complete profile
Previous Post
Archives
Disclaimer

For all reader information,i`m not a ustaz,hafizul quran more so ulama`.i`m just the follower (ittiba`) of the Prophet S.A.W,the companions R.Anhum and whom who followed them from time to time until Qiyaamah.for that reason,almost all the published article,translation or journal and quote have reference.only certain do not have a reference due to that publish is personal opinion/advice of the writer.still in process of learning and purifcation.moderate opinion and neutral method.not in favor/represent of any organizational,fiqrah,political party or jamaah.what is good and there`s akhlak,we follow them.what is not very good,we make a moral story of it. This blog is published in Bahasa Malaysia so that the malay language user can understand some translation of kitab or quote from ulama` and to uphold usage of bahasa malaysia among whom understand malays.some of the kitab or reference is not published and sale in malaysia,almost majority of it is from Hindustani sub-continent and some of it from the middle-east.only certain publish in english language. Manhaj Ahlul Sunnah Wal Jamaah,follow Shafii` Mazhab. Jazakumullahu Khairan Kasthira`,

Powered by

BLOGGER

Lau ka na Bainana Al-Habib-Abdul Rahman Mohamed,Saudi Arabia..

lau kana bainana(1)

Powered by mp3skull.com

Powered by

BLOGGER

Darul Uloom Deoband,Saharanpur,India

Darul Uloom Nadwatul Ulama`,Lucknow,India.

Jamia` Darul Uloom Karachi,Pakistan.

Mazahirul Uloom,Saharanpur,India.

Darul Mustafa`,Tarim, Yaman

Darul Uloom Azaadville,South Africa.

Miftahul Uloom,Bandar Baru Sri Petaling,Kuala Lumpur,Malaysia

Ba`alawi,Kuala Lumpur,Malaysia.

Yayasan Al-Jenderami,Jenderam Hilir,Selangor,Malaysia

Yayasan Sofa`,N.Sembilan,Malaysia.

Blog Visitor Location


widgeo.net

© 2005 Assalamualaikum.. Blogger Templates by Isnaini and Cool Cars Pictures