"هذا هو معنى الحياة هو نحن هو الإسلام."
تحيات.. كيف حالك.. نأمل حصلت على مباركة لك من الله
followers
<
komunikasi
facilities
khidmat
Innalhamdulillah,khidmat kpd pelajar samada yg berada dlm kemahiran kejuruteraan(mekanikal,elektrikal,electronic,mekatronik dsb.)
@pelajar agama yg berminat.sy sedia membantu menyemak proposal,
report dn mmberi cadangan kpd projek tahun akhir(FYP) atau masalah pembelajaran anda secara percuma.
semoga usaha anda dimudahkan utk menamatkan pengajian dn anda dpt berkhidmat serta berjuang di jalan Allah S.W.T.hubungi sy di YM;ghostrider_mujahid.JazakaAllahu Khair.
Visitor
kesempurnaan dalam memberi dan menjawab salam.kelebihan dan kebaikannya.
Saturday, April 21, 2012
kesempurnaan dalam memberi dan menjawab salam.kelebihan dan kebaikannya.
Assalamuaikum W.B.T.Innalhamdulillah,pada posting kali ini,kita akan berbicara tentang perbuatan memberi dan menjawab salam.perkataan "Assalamualaikum" itu mempunyai kerohanian dan munafaat yang sangat besar dan tinggi ganjarannya.tapi atas kelemahan terutamanya diri saya sendiri dan kita semua,realitinya memberi salam itu satu perkara yang berat.
selepas membaca terjemahan dari kitab Ma`arifatul Hadith oleh Hazrat Maulana Muhammad Manzur Numani Rahimahullah,salah seorang ulama-e kiraam yang banyak menabur jasa dan khidmat tanpa berhenti untuk islam dari mula sehingga akhirnya.baik dari medan dakwah dan taklim,beliau tidak pernah berhenti..dengan berkelana ke seluruh dunia menghadiri ijtima`-ijtima` yang diadakan di seluruh dunia,mahupun mengarang kitab untuk bacaan para pelajar madrasah dan dai`e-dai`e.semoga Allah S.W.T merahmati beliau..
semoga pembacaan tentang nas dan dalil terhadap kesempurnaan dalam memberi dan menjawab salam.kelebihan dan kebaikannya ini membuatkan kita bersemangat dan rajin memberi dan menjawab salam,insyaAllah..
sebelum itu,saya memohon jasa baik kepada pembaca semua,mungkin ada di antara pembaca yang mahir tentang penggunaan hmtl code.saya telah cuba `repair` hmtl code blog follower di blog ini,tapi masih tidak berjaya.sbb blog ini tidak menggunakan template asal di blogspot..jika ada yang sudi membantu tinggalkan email anda di komen pada posting kali ini untuk saya hubungi atau blh email saya di mohdefendie@gmail.com jazakaAllahu Khair.
2 orang yang islam yang adanya iman seharusnya mengguna dan mengucapkan perkataan yang aman dan selamat di dalam menegur antara satu sama lain.dalam islam,syariat mengajar kita untuk mengucapkan "Assalamualaikum." (salam sejahtera ke atas kamu) untuk menggantikan semua bentuk teguran dan panggilan.
di dalam perjumpaan yang kecil ini adanya keberkatan dan munafaat doa,kebaikan dan ini adalah baik untuk golongan anak muda,yang dihormati dalam satu-satu komuniti dan rasa memuliakan dan menghormati golongan yang lebih tua dari kita.
Allah S.W.T menggunakan salam dan teguran di dalam Al-Quran untuk memanggil para Ambiyaa` Alaihi Mussolatu Wassalam sebagai tanda kemuliaan dan kebesaran para utusaNnya.seperti di dalam Al-Quran :
"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh Dalam kalangan penduduk seluruh alam "
(Ash Shaaffat:79)
"dan Sesungguhnya Nabi Yunus adalah dari Rasul-rasul (Kami) Yang diutus."
(Ash Shaaffat:109)
"Salam sejahtera kepada Nabi Ilyas."
(Ash Shaaffat:130)
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Segala puji tertentu bagi Allah dan Selamat sejahtera kepada hamba-hambaNya (Nabi-nabi) Yang dipilihNya. manakah Yang lebih baik? - Allah (yang demikian kekuasaanNya) atau benda-benda Yang mereka jadikan sekutu-sekutu bagiNya?
(An-Naml:59)
(Mereka dipersilakan oleh malaikat Dengan berkata): "Masuklah kamu ke dalamnya Dengan Selamat sejahtera serta beroleh aman".
(Al-Hijr:46)
(memberi hormat Dengan berkata): "Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.
(Ar Ra'd:24)
memberi dan menjawab salam ialah satu amalan yang mempunyai keistimewaan tersendiri dalam islam dan setiap muslim digalakkan untuk menybearkan dan memberi salam. di dalam sebuah Hadith,Rasulullah S.A.W bersabda
"wahai manusia,sembahlah Allah S.W.T yang Maha pemurah..berilah makan kepada hamba-hambaNya,dan sebar dan ucapkanlah salam sebanyaknya, dan kamu akan mendapat syurga dengan aman dan selamat."
(Hadith Riwayat At-Tirmizi).
Ganjaran dari Allah S.W.T untuk sesiapa yang mengamalkan amalan memberi dan menjawab salam telah diterangkan di dalam Hadith. Pernah sekali seorang datang kepada Rasulullah S.A.W dan memberi salam,"Assalamualaikum." kemudian Baginda S.A.W menjawab salam dan mengucapkan "Wa`alaikumussalam." kemudian setelah orang itu duduk,Baginda S.A.W berkata,"10 ganjaran telah dtulis untuknya kerana memberi salam."kemudian orang lain datang dan juga memberi salam kepada Baginda S.A.W,"Assalamualaikum Wa Rahmatullah.".Baginda S.AW. juga menjawab "Wa`alaikumussalam Wa Rahmatullah."kemudian setelah orang itu duduk,Baginda S.A.W berkata,"20 ganjaran telah dtulis untuknya kerana memberi salam."kemudian datang lagi seorang dan juga kepada Rasulullah S.A.W dan memberi salam,"Assalamualaikum rahmatullahi wa barakatuh" Baginda S.AW. juga menjawab "Wa`alaikumussalam Wa Rahmatullahi wa barakatuh".kemudian setelah orang itu duduk,Baginda S.A.W berkata,"30 ganjaran telah dtulis untuknya kerana memberi salam."
(Hadith Riwayat At-Tirmizi dan Abu Dawud)
begitu besar sekali nilai ucapan salam dan perkara ini telah diamalkan oleh para Sahabat R.Anhum Ajmain dan contohnya berkaitan dengan Hazrat Abdullah Ibn Umar R.Anhuma,beliau akan pergi ke pasar semata-mata untuk memberi salam kepada sesiapa sahaja yang beliau temui.
selain menandakan sentimen kegembiraan,kabar berita dan mendoakan kebaikan,salam juga mempunyai aspek kerohanian.Rasulullah S.A.W bersabda:
"mereka yang pertama memberi salam bebas dari perasaan bangga diri dan riak."
(Hadith riwayat Al-Baihaqi)
oleh itu, mendahului dalam memberi salam ialah tanda dirinya tidak sombong dan merasa bangga diri.salam juga ialah sebagai penawar untuk kubur dan kematian dan perasaan tidak baik.
kepentingan memmberi dan menjawab salam diterangakn dan diterangkan oleh Rasulullah S.A.W yang mana menasihatkan salam diucapkan jika ada pertemuan walaupun di antara 2 muslim,walaupun hanya untuk sebentar,walaupun mereka dipisahkan oleh pokok,dinding mahupun batu dengan maksud mereka menyedari adanya saudara muslim di sebalik penghalang itu.
ucapan salam harus diberi apabila memasuki dan meninggalkan rumah seseorang.dengan maksud yang sama,seseorang yang sampai di dalam suatu perhimpunan atau kumpulan,orang itulah yang seharusnya memberi salam kepada mereka yang sudah berada di situ.golongan muda harus memberi salam dahulu dari mereka yang golongan tua,mereka yang sedang berjalan harus memberi salam dahulu kepada mereka yang duduk.
bersalaman antara satu saama lain semasa memberi dan mengucapkan salam ialah kesempurnaan kepada salam.Rasulullah S.A.W bersabda,
"bersalaman antara satu saama lain ialah kesempurnaan kepada ucapan salam."
(Hadith Riwayat At-Tirmizi dan Abu Dawud)
memberi dan menjawab salam ialah intipati dan ianya adalah satu ajaran yang terindah dalam islam.ia bukan hanya merapatkan ukhwah,malah ianya meningkatkan kasih sayang sesama muslim malah ia juga menjadi asbab gugurnya dosa-dosa kecil kita.Nabi S.A.W bersabda,
"apabila 2 orang muslim berjumpa memberi dan menjawab salam serta bersalaman tangan,dan pada masa yang sama Allah S.W.T memuliakan mereka dan keampunan untuk mereka,dan mereka akan diampunkan."
(Hadith Riwayat Abu Dawud)
Rujukan.
1. Diambil dari bab "peraturan dan sifat perjumpaan" di dalam buku Meaning and Message of the Traditions’ (Ma`arifatul Hadith ) oleh Hazrat Maulana Muhammad Manzur Numani Rahimahullah.
followers blogger..sy dah try cari html code utk google follower,tapi x dapat2 lagi..sebab ni xde guna template designer yg provide google tapi custom template dari luar..akaun fb sy delete bulan 11 last year...sblum sy terjemah pesanan Hazrat Maulana Hanif Luharvi Palanpuri Haifzahullah ttg fb..:-)
Name: Abdullah_m.e. Home: kuala lumpur, wilayah persekutuan, Malaysia About Me: Dan orang-orang yang terdahulu; yang mula-mula dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” (berhijrah dan memberi bantuan), dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada Nya, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah, Ayat 100)
masih di dalam proses pembelajaran baik untuk keperluan mahupun agama..masih di dalam fasa membaiki diri..kerana diri ini tidak sempurna.. See my complete profile
For all reader information,i`m not a ustaz,hafizul quran more so ulama`.i`m just the follower (ittiba`) of the Prophet S.A.W,the companions R.Anhum and whom who followed
them from time to time until Qiyaamah.for that reason,almost all the published article,translation or journal and quote have reference.only certain do not have a reference due to that publish is personal opinion/advice of the writer.still in process of learning and purifcation.moderate opinion and neutral method.not in favor/represent of any organizational,fiqrah,political party or jamaah.what is good and there`s akhlak,we follow them.what is not very good,we make a moral story of it.
This blog is published in Bahasa Malaysia so that the malay language user can understand some translation of kitab or quote from ulama` and to uphold usage of bahasa malaysia among whom understand malays.some of the kitab or reference is not published and sale in malaysia,almost majority of it is from Hindustani sub-continent and some of it from the middle-east.only certain publish in english language.
Manhaj Ahlul Sunnah Wal Jamaah,follow Shafii` Mazhab.
Jazakumullahu Khairan Kasthira`,
Powered by
Lau ka na Bainana Al-Habib-Abdul Rahman Mohamed,Saudi Arabia..
lau kana bainana(1)
Powered by
Darul Uloom Deoband,Saharanpur,India
<
Darul Uloom Nadwatul Ulama`,Lucknow,India.
Jamia` Darul Uloom Karachi,Pakistan.
Mazahirul Uloom,Saharanpur,India.
Darul Mustafa`,Tarim, Yaman
Darul Uloom Azaadville,South Africa.
Miftahul Uloom,Bandar Baru Sri Petaling,Kuala Lumpur,Malaysia
widget followers ni facebook atau blogger? guna cara lazim ni tak dapat? remove widget, kemudian masukkan semula kod html yang asal.
akaun fb tuan dah delete?