Assalamualaikum..

"هذا هو معنى الحياة هو نحن هو الإسلام." تحيات.. كيف حالك.. نأمل حصلت على مباركة لك من الله

 
<

followers
komunikasi
Create your own banner at mybannermaker.com!
Create your own banner at mybannermaker.com!
facilities

khidmat

Innalhamdulillah,khidmat kpd pelajar samada yg berada dlm kemahiran kejuruteraan(mekanikal,elektrikal,electronic,mekatronik dsb.) @pelajar agama yg berminat.sy sedia membantu menyemak proposal, report dn mmberi cadangan kpd projek tahun akhir(FYP) atau masalah pembelajaran anda secara percuma. semoga usaha anda dimudahkan utk menamatkan pengajian dn anda dpt berkhidmat serta berjuang di jalan Allah S.W.T.hubungi sy di YM;ghostrider_mujahid.JazakaAllahu Khair.
Visitor
mesej kepada umat islam tentang penggunaan facebook dari Hazrat Shehikhul Hadith Maulana Hanif Luharvi Palanpuri Hafizahullah.
Thursday, March 22, 2012






mesej kepada umat islam tentang penggunaan facebook dari Hazrat Shehikhul Hadith Maulana Hanif Luharvi Palanpuri Hafizahullah.

Assalamualaikum W.B.T,Innalhamdulillah baru-baru ini,rakan-rakan saya yang berada di Dewsbury,London dan yang berada di benua Al-Hind ada menghantar emel tentang mesej penting dari Hazrat Shehikhul Hadith Maulana Hanif Luharvi Palanpuri Hafizahullah tentang penggunaan facebook. Hazrat ialah salah seorang ulama hadith dari Alumni Darul Uloom Deoband. Hazrat juga ialah salah seorang ulama yang aktif dan banyak membantu para ulama e-kiraam dan akkabireen dalam memandu dan membimbing ummat. Hazrat juga aktif di dalam usaha dakwah dan tabligh dengan safar beliau hampir ke seluruh pelusuk dunia menghadiri program kuliah dan ijtima serta joure`. Hazrat banyak safar ke bahagian benua hind,eropah dan amerika.

di sini disertakan terjemahan dari pesanan beliau iaitu tentang penggunaan facebook:

Innalhamdulillah,kepada saudara yang dimuliakan,dalam kepantasan teknologi dan kemodenan dunia pada hari ini,kita semua tahu bahawa dan sedar tentang kebaikan telefon bimbit dan internet.walaubagaimanapun,kerosakan yang dibawa dari teknologi ini adalah lebih banyak dari kebaikannya.Allah S.W.T berfirman di dalam Al-Quran:




Katakanlah (Wahai Muhammad): "Tidak sama yang buruk dengan yang baik,walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya.”

(Al-Maidah, 5 : 100)

golongan pemuda dan pemudi islam kita hari ini telah jauh tenggelam ke dalam dunia internet dan penggunaan telefon bimbit sehinggakan kedua perkara ini membawa mereka semakin jauh dari Allah S.W.T dan Baginda S.A.W.

kita lihat pemuda pemudi islam kita hari ini telah menjadi sehinggakan sampai ke tahap ketagihan dan fanatik (addicted) pada laman-laman sosial seperti facebook,yang mana ianya dicipta dan dimiliki oleh seorang pemuda bukan islam bernama Mark Zuckerburg. facebook juga adalah di dalam satu syarikat yang sama dengan penganjur pertandingan mencipta dan melukis kartun Nabi Muhammad S.A.W. yang mana lukisan ini masih ada dan disiarkan lagi dalam laman web ini.

adakah kita tidak mempunyai kecintaan kepada junjungan kita,Muhammad S.A.W. sehinggakan kita masih lagi mempunyai keinginan hati untuk menggunakan laman web yang menghina dan mempermainkan Baginda S.A.W?Baginda S.A.W bersabda yang bermaksud :

“Tidak sempurna iman kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada anak, ibu-bapa dan manusia seluruhnya."

(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

saudara yang dimuliakan, Hazrat Maulana Muhammad Taqi Usmani Hafizahullah dari Pakistan pernah memberi jawapan tentang persoalan facebook.dan ini jawapan dari Hazrat,

"apabila seorang pengguna membuka akaun facebook,syarikat mereka akan mendapat keuntungan sebanyak 2.50 US dollar untuk setiap akaun yang dibuka.kita harus bertanya kepada diri kita sendiri adakah perlu untuk menggunakan facebook? facebook yang mana memberi munafaat kepada mereka-mereka yang cuba menghapuskan islam secara tersembunyi apatah lagi terbuka?dan mereka juga yang mempermainkan junjungan kita,Muhammad S.A.W."

dan baru-baru ini facebook telah meletakkan pekara baru,iaitu apabila pengguna meletakkan tarikh lahir mereka,kemudian tarikh mereka mati juga akan dipaparkan.Allahu Akhbar..ini jelas sekali bertentangan dengan akidah islam bahawa Allah S.W.T memberitahu di dalam Quran bahawa ada 5 perkara yang mana mahluk tidak ada pengetahuan tentangnya iaitu salah satu darinya ialah kematian.

yang menyedihkan lagi,muslim yang mengguna facebook dengan senang hati muat naik gambar mereka,yang mana ini boleh menyebabkan bukan mahram kita dapat melihat dan memberi komen pada gambar kita,dan perkara ini boleh membawa kita terjerumus ke dalam banyak dosa.dan perkara ini bertentangan dengan syariat.

penggunaan laman web seperti ini adalah membazirkan masa,lebih banyak melalaikan kita dari Allah S.W.T,pembaziran wang,menyebabkan dosa sesama mahluk banyak terjadi.ini hanyalah sebahagian darinya..

atas kesemua perkara di atas,saya (Maulana Hanif Luharvi) dengan rendah hati merayu kepada ummat islam supaya menutup dan membuang akaun facebook kita masing-masing.

penggunaan internet dan telefon bimbit adalah pemberian dari Allah S.W.T.adalah wajib bagi kita untuk menggunakan kurniaan ini dengan cara yang betul dan mengikut syariat.

kita harus mempertimbangkan supaya mesej ini disebarkan kepada semua ummat islam di seluruh dunia,yang mana ianya adalah tanggungjawab kita dan sebagai tanda kecintaan kita kepada Nabi Muhammad S.A.W,sebarkanlah mesej ini dan tutuplah akaun facebook anda.

hanya Allah S.W.T mengetahui yang terbaik,

Hazrat Shehikhul Hadith Maulana Hanif Luharvi Palanpuri Hafizahullah.



Rujukan:

pamplet bahasa urdu dan terjemahan bahasa inggeris boleh didapati di laman web http://attablig.blogspot.com/
posted by Abdullah_m.e. @ 10:06 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
<
About Me

Name: Abdullah_m.e.
Home: kuala lumpur, wilayah persekutuan, Malaysia
About Me: Dan orang-orang yang terdahulu; yang mula-mula dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” (berhijrah dan memberi bantuan), dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada Nya, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah, Ayat 100) masih di dalam proses pembelajaran baik untuk keperluan mahupun agama..masih di dalam fasa membaiki diri..kerana diri ini tidak sempurna..
See my complete profile
Previous Post
Archives
Disclaimer

For all reader information,i`m not a ustaz,hafizul quran more so ulama`.i`m just the follower (ittiba`) of the Prophet S.A.W,the companions R.Anhum and whom who followed them from time to time until Qiyaamah.for that reason,almost all the published article,translation or journal and quote have reference.only certain do not have a reference due to that publish is personal opinion/advice of the writer.still in process of learning and purifcation.moderate opinion and neutral method.not in favor/represent of any organizational,fiqrah,political party or jamaah.what is good and there`s akhlak,we follow them.what is not very good,we make a moral story of it. This blog is published in Bahasa Malaysia so that the malay language user can understand some translation of kitab or quote from ulama` and to uphold usage of bahasa malaysia among whom understand malays.some of the kitab or reference is not published and sale in malaysia,almost majority of it is from Hindustani sub-continent and some of it from the middle-east.only certain publish in english language. Manhaj Ahlul Sunnah Wal Jamaah,follow Shafii` Mazhab. Jazakumullahu Khairan Kasthira`,

Powered by

BLOGGER

Lau ka na Bainana Al-Habib-Abdul Rahman Mohamed,Saudi Arabia..

lau kana bainana(1)

Powered by mp3skull.com

Powered by

BLOGGER

Darul Uloom Deoband,Saharanpur,India

Darul Uloom Nadwatul Ulama`,Lucknow,India.

Jamia` Darul Uloom Karachi,Pakistan.

Mazahirul Uloom,Saharanpur,India.

Darul Mustafa`,Tarim, Yaman

Darul Uloom Azaadville,South Africa.

Miftahul Uloom,Bandar Baru Sri Petaling,Kuala Lumpur,Malaysia

Ba`alawi,Kuala Lumpur,Malaysia.

Yayasan Al-Jenderami,Jenderam Hilir,Selangor,Malaysia

Yayasan Sofa`,N.Sembilan,Malaysia.

Blog Visitor Location


widgeo.net

© 2005 Assalamualaikum.. Blogger Templates by Isnaini and Cool Cars Pictures