Assalamualaikum..

"هذا هو معنى الحياة هو نحن هو الإسلام." تحيات.. كيف حالك.. نأمل حصلت على مباركة لك من الله

 
<

followers
komunikasi
Create your own banner at mybannermaker.com!
Create your own banner at mybannermaker.com!
facilities

khidmat

Innalhamdulillah,khidmat kpd pelajar samada yg berada dlm kemahiran kejuruteraan(mekanikal,elektrikal,electronic,mekatronik dsb.) @pelajar agama yg berminat.sy sedia membantu menyemak proposal, report dn mmberi cadangan kpd projek tahun akhir(FYP) atau masalah pembelajaran anda secara percuma. semoga usaha anda dimudahkan utk menamatkan pengajian dn anda dpt berkhidmat serta berjuang di jalan Allah S.W.T.hubungi sy di YM;ghostrider_mujahid.JazakaAllahu Khair.
Visitor
mutiara pesanan & perbuatan yang harus kita contohi dari para ulama e-kiraam..(siri 2)
Wednesday, February 22, 2012


sambungan dari siri 1


pesanan 3

berkata perkara yang benar

Hazrat Maulana Shah Abrarul Haq Hardoi Rahimahullah pernah berkata:

"menyistiharkan perkara yang benar adalah sidfat wajib kepada para Ambiyaa Alaihi Mussolatu Wassalam di dalam setiap situasi,sehinggakan hidup mereka terancam,namun bagi para ulama e-kiraam,terdapat ruang untuk berdiam diri,di mana jika di dalam situasi bahaya dan memudaratkan nyawa,tetapi untuk mengisytiharkan perkara yang benar adalah lebih tinggi."

pesanan 4

setiap sunnah adanya kemuliaan dan kejayaan

Hazrat Maulana Muhammad Taqi Usmani Hafizahullah pernah berkata,

" para Sahabat R.Anhum tidak percaya bahawa adanya sunnah yang tidak penting dan signifikan.setiap sunnah Nabi Muhammad S.A.W dan kemuliaannya serta kejayaan ada di dalam keyakinan mereka.jadi adalah menjadi tanggungjawab setiap muslim untum belajar dan mengamalkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W tanpa membezakan mana satu yang penting ataupun kurang penting."

pesanan 5

amalan Hazrat mufti Muhammad Shafi` Usmani Rahimahullah

semasa sedang memberi kuliah tnentang tajuk Istikharah,Hazrat Maulana Muhammad Taqi Usmani Hafizahullah berkata:

"saya telah nampak bapa saya yang saya hormati dan kasihi,Mufti Al-Azam,Hazrat mufti Muhammad Shafi` Usmani Rahimahullah melakukan amalan ini sepanjang dia masih hidup.
apabila berlaku sesuatu isu berbangkit dan bercanggah dan keputusan perlu dibuat dengan segera dari 2 isu itu,maka pada masa itu,beliau akan menutup matanya sebentar.

sekarang,seseorang itu tidak sedar perbuatannya dan tiada idea apa yang berlaku semasa matanya tutup.tetapi di dalam realiti,dia akan menutup matanya sambil berzikir dan mengingati Allah S.W.T untuk jangka masa sebentar dan di dalam hatinya dia berdoa pada Allah S.W.T,:

"ya Allah,adanya 2 isu yang bercanggah pendapat dan ianya berbangkit dan saya tidak mengetahui keputusan apa yang harus saya buat.letakkanlah penyelesaian masalah ini dalam hatiku,menurut apa yang terbaik padaMu,ya Allah." dan itulah dan sedikit sahaja doa di dalam hati dan isitkharah sudah selesai."

Rujukan.

1. Malfuzat Hazrat Maulana Shah Abrarul Haq Hardoi Sa`ab Rahmatullahi A`laih (Majlis Siyanat-ul-Muslimeen,Lahore,Pakistan).

2.Islahi Khutbaat oleh Hazrat Maulana Muhammad Taqi Usmani Hafizahullah,Memon Islamic Publishers,Pakistan.

3. Jamiah Masjid Baitul Mukarram, Karachi; 6th August 1993
posted by Abdullah_m.e. @ 8:49 PM   0 comments
mutiara pesanan & perbuatan yang harus kita contohi dari para ulama e-kiraam..(siri 1)
Monday, February 20, 2012



Innalhamdulillah,saya memohon maaf kepada pembaca dan pengikut blog ini kerana hampir 3 minggu saya tidak menulis kerana faktor kesihatan saya yang tidak berapa mengizinkan dan masa yang terhad..pada posting kali ini,saya akan mula mengambil mutiara pesanan & perbuatan yang harus kita contohi dari para ulama e-kiraam kita..dan insyaAllah ia akan diposting dalam beberapa siri dan di samping itu,posting lain akan dipublish seperti biasa..untuk permulaan siri ini,saya melampirkan pesanan dan perbuatan yang patut dicontohi sebanyak 2 pesana..sama kita baca dan fahami serta amalkan dan sampaikan,insyaAllah..





pesanan 1

jangan merasa besar diri dan pandai dari orang lain.


Hazrat Maulana Shah Abrarul Haq Hardoi Rahimahullah pernah berkata:

"apabila seorang doktor memberi suntikan kepada seorang putera raja,dia tidak akan sekali-kali merasakan dirinya besar dari putera raja itu.dalam maksud yang sama,apabila seseorang bercakap tentang islam,tidak harus ia merasakan dirinya besar dan lebih pandai dari para pendengar.berkenaan tentang kemahiran seseorang itu dalam sesuatu bidang sebagai hampir sempurna ialah dibenarkan,tetapi berkenaan merasakan dirinya besar dan leibh pandai ialah haram.ini adalah kerana kriteria dan kelebihan seseorang itu ialah di dalam penilaian dan penerimaan dirinya oleh Allah S.W.T [Qubuliyat inda'Allah] yang mana ianya tidak akan didapati dan diketahui di dunia ini.

maruah di dalam setiap orang islam harus dijaga dan ada di dalam hati.adalah sesuatu perbuatan terlarang untuk mana-mana orang alim,ustaz,sheikh,mahupun ulama untuk berkata dan menuduh bahawa orang islam yang berdosa itu hina.jika seorang anak kecil terbuang air kecil pada baju ayahnya,baju ayahnya akan dikira kotor dan najis tetapi tidak ada sedikit terjatuh maruah ayah itu.Hakimul Ummat,Hazrat Maulana Ashraf Ali Thanvi Rahimahullah pernah berkata bahawa,

"apabila saya menjaga dan diberi amanah oleh seseorang di dalam urusannya,saya akan merasa dan menganggap orang itu lebih besar dan pandai dari saya. dalam maksud yang sama,saya menganggap ibu dan kakak saya dan kamu semua juga lebih besar dan pandai dari saya,tetapi dalam masa yang sama menyampaikan perintah Allah S.W.T."


pesanan 2


serahkan dirimu secara keseluruhannya kepada Allah S.W.T

Hazrat Maulana Muhammad Taqi Usmani Hafizahullah pernah berkata:

idea-idea manusia telah berkembang dan sekarang banyak perkara sedang dilaksanakan,dan di dalam hati-hati kita hari ini,apa yang orang-orang dari negara barat adalah bernilai dan bermunafaat,dan sesungguhnya kita telah melakukan kesilapan kerana telah meninggalkan Sunnah Baginda S.A.W dalam kehidupan kita malah sesiapa yang mengamalkan sunnah dianggap menimbulkan isu,fanatik dan ianya tidak berbaloi untuk diamalkan kerana ianya ketinggalan zaman.jalan pengamalan Sunnah adalah satu jalan yang pernuh berliku dan penuh halangan pada akhir zaman ini.pertimbangkanlah..apa ancaman yang akan jatuh pada kita jika kita mengambil makanan dengan tangan kanan?

wabak ini telah merebak di dalam hati-hati dan fikiran ummat dan ianya menjadikan fikiran kita dipengaruhi nafsu dan terpandu dengan syaitan dan sesungguhnya minda kita telah dikawal dan dibentuk oleh barat.kita telah memperhambakan diri kita pada kuasa dan fikiran barat,dan telah meninggalkan kesetiaan kita kepada Baginda Rasulullah S.A.W..yang mana hari ini ramai ummat hidup dan meninggalkan dunia dengan berhambakan kepada mahluk.kita orang islam telah teruk dipengaruhi dan dilemahkan sehinggakan kita hilang arah dan tidak dapat mencari jalan keluar.


faktanya,walaubagaimanapun,apa yang tinggal,kita masih tidak dapat keluar dari masalah kehambaan kepada mahluk terutamanya pengaruh dari barat ini,apatah lagi kita akan dapat kemuliaan dan kebesaran dari dunia ini melainkan kita kembali kepada Sunnah Nabi Muhammad S.A.W seperti yang telah dipelajari dan diamalkan oleh para Sahabat RadiaAllhu Anhum Ajma`in..


Rujukan:

1. Malfuzat Hazrat Maulana Shah Abrarul Haq Hardoi Sa`ab Rahmatullahi A`laih (Majlis Siyanat-ul-Muslimeen,Lahore,Pakistan).


2.Islahi Khutbaat oleh Hazrat Maulana Muhammad Taqi Usmani Hafizahullah,volume ke-7,muka surat 184,Memon Islamic Publishers,Pakistan.
posted by Abdullah_m.e. @ 9:26 PM   0 comments
Asas kepada kesatuan umat islam
Saturday, February 4, 2012


Asas kepada kesatuan umat islam

Hazrat Haji Imdadullah Muhaajir Makki Rahmatullahi A`laih ada menerangkan perkara tentang kesatuan umat islam bahawa:

"Dunia ini penuh dengan tidak amanah dan kegelisahan, yang mana setiap dari kita risau dan bimbang atas perkara ini.tidak ada di antara kita yang memepunyai cukup kemudahan mahupun keamanan,dan kerana inilah semua orang terganggu dengan 2 perkara ini dan terlepas pandang dan menyebabkan tidak bergabung dan bekerjasama untuk menyatukan umat."

orang berkata,"mesti ada gabungan dan kesatuan,supaya kebimbangan tentang perkara tidak amanah dan kegelisahan akan berakhir dan semua orang akan mendapat keamanan dan keselesaan."

Tuan yang dimuliakan,adalah benar bahawa penyembuh kepada wabak ini hanyalah dengan gabungan dan kesatuan ummat islam.


tetapi asas kepada gabungan dan penyatuan ummat islam dari pelbagai cabang dan gerakan ialah Tawaddhu (rendah diri). tanpa sifat Tawaddhu,gabungan dan kesatuan umat islam dalam rasa cinta dan kasih kepada saudara seagama yang sebenar tidak akan dapat dihasilkan.tidak amanah dan kegelisahan akan sentiasa mengambil tempat kerana adanya sifat Takabbur (bangga diri/sombong),ini kerana apabila seseorang itu merasakan dirinya besar dan sentiasa betul maka dia tidak akan menerima pandangan dan pendapat orang lain. jadi,dengan jalan ini kesatuan ummat islam tidak akan tercapai.



Sebaliknya, jika semua orang belajar dan ada sifat Tawaddhu dan merasa dirinya banyak kekurangan dari orang lain maka dia akan memberikan perhatian dan menerima pendapat atau pandangan orang lain. jadi,dengan cara ini, perbezaan pendapat dan pandangan akan hilang rasa takabur,berpuak-puak/fikrah berbeza dan kesatuan ummat islam akan dapat dicapai.

pada hari ini, orang islam sangat lemah dan terlepas pandang perkara ini. ya,mereka mahu menyatukan ummat islam,tetapi realitinya dan asas kepada kesatuan ummat islam,iaitu sifat Tawaddhu,mereka tidak mengaplikasikan dan cuba belajar atasnya.sebab itulah,perbezaan pendapat dan pandangan tidak pernah berhenti dan sentiasa berjalan sehinggakan ada yang timbul salah faham dan mempertikaikan perkara yang orang lain buat.

Rujukan:

"Pak-o-Hind ke namoor 'Ulama-o-Mashaykh" oleh Hazrat Maulana Mufti Abdus Shakoor Tirmidhi Rahimahullah, Idara` Islamiya,Lahore,Pakistan.
posted by Abdullah_m.e. @ 8:07 PM   0 comments
<
About Me

Name: Abdullah_m.e.
Home: kuala lumpur, wilayah persekutuan, Malaysia
About Me: Dan orang-orang yang terdahulu; yang mula-mula dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” (berhijrah dan memberi bantuan), dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada Nya, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah, Ayat 100) masih di dalam proses pembelajaran baik untuk keperluan mahupun agama..masih di dalam fasa membaiki diri..kerana diri ini tidak sempurna..
See my complete profile
Previous Post
Archives
Disclaimer

For all reader information,i`m not a ustaz,hafizul quran more so ulama`.i`m just the follower (ittiba`) of the Prophet S.A.W,the companions R.Anhum and whom who followed them from time to time until Qiyaamah.for that reason,almost all the published article,translation or journal and quote have reference.only certain do not have a reference due to that publish is personal opinion/advice of the writer.still in process of learning and purifcation.moderate opinion and neutral method.not in favor/represent of any organizational,fiqrah,political party or jamaah.what is good and there`s akhlak,we follow them.what is not very good,we make a moral story of it. This blog is published in Bahasa Malaysia so that the malay language user can understand some translation of kitab or quote from ulama` and to uphold usage of bahasa malaysia among whom understand malays.some of the kitab or reference is not published and sale in malaysia,almost majority of it is from Hindustani sub-continent and some of it from the middle-east.only certain publish in english language. Manhaj Ahlul Sunnah Wal Jamaah,follow Shafii` Mazhab. Jazakumullahu Khairan Kasthira`,

Powered by

BLOGGER

Lau ka na Bainana Al-Habib-Abdul Rahman Mohamed,Saudi Arabia..

lau kana bainana(1)

Powered by mp3skull.com

Powered by

BLOGGER

Darul Uloom Deoband,Saharanpur,India

Darul Uloom Nadwatul Ulama`,Lucknow,India.

Jamia` Darul Uloom Karachi,Pakistan.

Mazahirul Uloom,Saharanpur,India.

Darul Mustafa`,Tarim, Yaman

Darul Uloom Azaadville,South Africa.

Miftahul Uloom,Bandar Baru Sri Petaling,Kuala Lumpur,Malaysia

Ba`alawi,Kuala Lumpur,Malaysia.

Yayasan Al-Jenderami,Jenderam Hilir,Selangor,Malaysia

Yayasan Sofa`,N.Sembilan,Malaysia.

Blog Visitor Location


widgeo.net

© 2005 Assalamualaikum.. Blogger Templates by Isnaini and Cool Cars Pictures