Assalamualaikum..

"هذا هو معنى الحياة هو نحن هو الإسلام." تحيات.. كيف حالك.. نأمل حصلت على مباركة لك من الله

 
<

followers
komunikasi
Create your own banner at mybannermaker.com!
Create your own banner at mybannermaker.com!
facilities

khidmat

Innalhamdulillah,khidmat kpd pelajar samada yg berada dlm kemahiran kejuruteraan(mekanikal,elektrikal,electronic,mekatronik dsb.) @pelajar agama yg berminat.sy sedia membantu menyemak proposal, report dn mmberi cadangan kpd projek tahun akhir(FYP) atau masalah pembelajaran anda secara percuma. semoga usaha anda dimudahkan utk menamatkan pengajian dn anda dpt berkhidmat serta berjuang di jalan Allah S.W.T.hubungi sy di YM;ghostrider_mujahid.JazakaAllahu Khair.
Visitor
Salah faham tentang konsep dan Nas serta Dalil dalam perbuatan merapatkan bahu serta pergelangan kaki dalam barisan saf solat secara berjemaah.
Tuesday, June 5, 2012



Salah faham tentang konsep dan Nas serta Dalil dalam perbuatan merapatkan bahu serta pergelangan kaki dalam barisan saf solat secara berjemaah.

Assalamualaikum W.B.T..Innalhamdulillah, kali ini kita akan meneliti tentang persoalan merapatkan bahu serta pergelangan kaki. dan saya berharap kita membaca terjemahan ini dengan hati dan minda yang terbuka.di dalam penulisan di bawah, para Ulama membahaskan tentang Salah faham tentang konsep dan Nas serta Dalil dalam perbuatan merapatkan bahu serta kaki dalam barisan solat secara berjemaah. Mereka ada hujah-hujah serta dalil dan nas mereka mengikut dalam kita mengikuti manhaj Baginda S.A.W serta Sahabat R.Anhum.jadi saya berharap agar kita semua termasuk saya memahami tujuan dan kehendak dari Dalil Quran dan Hadith dari para Ulama,dan bukan dengan pemahaman kita sendiri,semoga kita semua diberi kefahaman dari Allah S.W.T untuk mengambil tindakan ke atas amalan kita dengan berpandukan panduan dan tunjuk ajar dari para pewaris Nabi,iaitu Para Ulama Hafizahullah,Damaat Barakatuhum ( yang masih hidup) dan Rahimahullah (yang telah wafat)..wallahu`alam..

Akhir-akhir ini,telah ada kecenderungan tentang persoalan oleh ummat islam di dalam memahami hadith-hadith Baginda S.A.W. yang mana ramai yang cuba memahaminya mengikut kefahaman kita sendiri sedangkan kita tidak mempunyai pengetahuan yang cukup tentang bahagian dan hadith dan komentarinya terutamanya kaitannya dengan fiqh serta prinsipnya.

kitab-kitab karangan para Ulama yang terdahulu sebelum kita tidak dijadikan panduan dan rujukan dalam memahami sesuatu sabdaan Baginda S.A.W. dan perkara ini telah menular dan merebak di kalangan ummat islam. Isu tentang cara mendirikan solat berjemaah juga tidak terkecuali dari perkara ini. mereka telah melihat dalam sebuah bab di dalam Sahih Al-Bukhari bertajuk "Ilsaqi" (Mankibi bi,Mankibi Wa,Qadami Bi,Qadami Fi,Saff). Bab ini ialah berkaitan tentang pertemuan bahu ke bahu, dan kaki ke kaki di dalam barisan saf solat berjemaah) dan juga persoalan tentang perbuatan yang dalam riwayat dibuat oleh Hazrat Nu`man Ibn Bashir R.Anhu dan Hazrat Anas R.Anhu.dan mereka tanpa merujuk kepada karya dan tafsiran serta komentari para ulama yang terdahulu dan mereka ini juga telah meneroka dengan fikiran mereka sendiri tanpa asas ilmu yang mencukupi.






dan mereka-mereka ini telah meminta ummat islam untuk merapatkan bahu dan kaki di antara satu sama lain semasa berdiri di dalam saf solat berjemaah. para Ulama keempat-empat mazhab sentiasa mengekalkan bahawa ini bukanlah cara hujah dan nas-nas difahami tanpa merujuk kepada mereka yang ahli di dalam bidang ini.

Hazrat Maulana Anwar Shah Kashmiri Rahimahullah telah membincangkan perkara ini dengan terperinci di dalam syarah Sahih Bukhari karangan beliau,"Fath ul-Bari fi Sharh Sahih al-Bukhari",(jilid ke 2:muka surat 301-302). Beliau menerangkan bagaimana perkara ini telah menjadi sukar dan tidak mustahil kerana silap faham tentang pemahaman Nas dan Dalil.dan jika tidak mustahil,untuk seseorang secara fizikal merapatkan bahu dan kaki mereka semasa berada di dalam saf solat berjemaah.

mereka yang mencari hujah dan tentang fizikal merapatkan bahu serta kaki selalu mempertahankan perbuatan mereka dengan mengatakan dan merujuk kepada huruf "Ba" digunakan dalam perbuatan di atas. di dalam peraturan tatabahasa bahasa arab,perkataan "al-ba li ‘l-ilsaq" ynag mana huruf "ba" digunakan untuk menunjukkan ianya adalah sentuhan fizikal. perkara ini telah difahami dengan cara yang salah iaitu dengan pemahaman bahawa perkataan ini merujuk kepada sentuhan sepenuhnya fizikal atau "ilsaq".

Apabila kita meneliti mana-mana Ayat Al-Quran,Hadith atau perbuatan dan ianya merujuk kepada tafsiran yang terbuka, kita mestilah melihat kepada apa yang diamalkan Baginda S.A.W..diikuti amalan para Sahabat R.Anhum dan para Salaf (mereka yang mengikuti para Sahabat R.Anhum). perkara ini akan dapat didapati tidak ada samada dari Para Sahabat R.Anhum serta para Salaf,didapati dalam amalan mereka merapatkan bahu serta kaki secara fizikal seperti apa yang ummat islam buat pada hari ini.

Hazrat Maulana Anwar Shah Kashmiri Rahimahullah berkata bahawa kefahaman tentang perkara ini tidak diterima pakai oleh keempat-empat Imam mazhab serta para Ulama di dalam mazhab kecuali mereka yang tergolong dalam golongan di atas di dalam memahami sesuatu Nas dan Dalil mengikut kefahaman mereka sendiri.

adanya niat atas perbuatan dan amalan ini,dengan kata-kata yang kabur bahawa yang mana bahu serta kaki harus tegak dan selari,yang mana tidak seharusnya ada ruang walau sedikitpun untuk syaitan di antara 2 orang di dalam suatu-suatu barisan saf solat,dan barisan saf ini harus tegak. dan sebenarnya ini tidak bermaksud hanya bahu serta kaki sahaja yang berada di dalam sentuhan fizikal. tafsiran ini juga telah diberi dan diterangkan oleh Hazrat Imam Badr al-Din Al-Ayni Rahimahullah dalam komentari beliau dalam kitab "umdat Al-Qari" (komentari Sahih Bukari,jilid ke 5,muka surat 377) dan Hazrat Imam Ibn Hajar Al-Asqalani Rahimahulah di dalam kitab "Fathul Bari" (jilid ke 2:muka surat 611).

satu lagi penerangan telah diberi oleh Hazrat Maulana Anwar Shah Kashmiri Rahimahullah ialah di dalam perkataan yang spesifik,ada yang tidak datang dari Para Sahabat R.Anhum,tetapi datang dari periwayat-periwayat perkataan mereka. Amalan ini diketahui umum dalam keilmuan dalam bidang Hadith.

dalam kitab "Lami al Darai `ala Jami` al-Bukhari",jilid pertama,muka surat 279, karya Hazrat Shehikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Khandahlawi Rahimahullah, Beliau telah menerangkan bahawa boleh terjadi tedapat sedikit hujah-hujah yang logik dari segi akal yang menyokong perbuatan di atas tentang merapatkan bahu serta kaki secara fizikal dalam saf solat. Beliau menulis bahawa secara fizikal, bahu serta kaki akan dapat dicapai apabila bahu di antara mereka yang berdiri di dalam saf berada dalam ketinggian yang sama dan kaki mereka dalam panjang yang sama.lebih-lebih lagi,untuk melaksanakan perkara ini, semua orang yang telah berada di dalam saf akan mengambil masa dalam menyusun diri mereka dalam kedudukan yang sesuai.jelas,ini akan menganggu khusyuk di dalam solat,apatah lagi ketenangan serta roh amalan solat.

selain beberapa penerangan seperti apa yang disebut di atas,di sini, Hazrat Maulana Zafar Ahmad Uthmani Rahimahullah dalam kitab karangannya "Imdad Al-Ahkam" di dalam jilid pertama,muka surat 290,tertulis bahawa walaupun terdapat beberapa hujah,adalah diterima bahawa sentuhan fizikal pada pergelangan kaki adalah dikehendaki di dalam syariah,dan persoalan berbangkit iaitu adakah perkara ini dikehendaki di dalam setiap bahagian dalam solat,seseorang mesti bertanya bagaimana membuat perkara ini ketika berada di dalam duduk antara 2 sujud?





dan,dalam maksud yang lain,ada disebut bahawa sentuhan fizikal hanya dikehendaki dalam bahagian-bahagian tertentu dalam solat sahaja.dan persoalan akan berbangkit,iaitu atas bukit dan dalil apakah telah dispesifikkan hanya bahagian-bahagian tertentu dalam solat,dan bahagian-bahagian yang lain tidak dikehendaki?dan sentuhan fizikal pada pergelangan kaki adalah sukar semasa berada didalam kedudukan duduk di antara 2 sujud atau tashayud. oleh itu,ianya dikecualikan dalam kedudukan dalam solat.seseorang boleh mencuba perkara ini dan lihat sendiri hasilnya..

dan kemudian kita akan berkata tentang perkara yang sama pada kedudukan berdiri,yakni mereka yang berdiri di dalam barisan saf akan mendapati perkara ini sukar dicapai.

"perkataan dari seorang Sahabat R.Anhum,iaitu Hazrat Anas R.Anhu telah dilaporkan di dalam kitab Fathul Bari dari Ma`mar; `sekiranya aku telah membuatkan perkara ini dengan di antara mereka pada hari ini,mereka akan berlari seperti keldai liar`. (Fathul Bari jilid ke-2:muka surat 612). Ini secara jelas menunjukkan bahawa setelah Baginda S.A.W telah wafat,Hazrat Anas R.Anhu tidak merapatkan bahu serta pergelangan kaki dengan orang yang berada di sebelah beliau dalam solat. Ini menunjukkan bukti bahawa merapatkan bahu serta pergelangan kaki dalam solat berjemaah ialah bukanlah kehendak sebenar dalam Sunnah Baginda S.A.W.

untuk itu,kita tidak melihat mana-mana dari kalangan para Sahabat R.Anhum Aj`main akan meninggalkannya kerana takut atau orang tidak menyukai mereka. orang juga akan tidak menyukai sesuatu amalan jika ia tidak dibuat dengan betul dan secara normal yang dibuat di dalam solat. jika sesuatu amalan itu ialah kebiasaan di dalam solat,maka tidak ada sebarang sebab atau alasan untuk orang untuk tidak menyukainya. Oleh itu, jika merapatkan bahu serta pergelangan kaki ialah amalan yang dikehendaki di dalam Sunnah Baginda S.A.W,maka ia telah akan menjadi amalan secara umum oleh semua para Sahabat R.Anhum, dan para pengikut mereka (Tabi`un) akan mengambil dan mengamalkan perkara ini sebagai amalan kebiasaan di dalam amalan Sunnah di dalam solat berjemaah.

seterusnya,tidak ada sebarang sebab untuk semua orang untuk tidak menyukai merapatkan bahu serta pergelangan kaki dalam solat berjemaah. seperti apa yang difahami dari keterangan dari Hazrat Anas R.anhu yang beliau akan menggelakkan merapatkan bahu serta pergelangan kaki dengan mereka yang berada berdiri bersebelahan beliau kerana beliau khuatir mereka akan tidak menyukainya.jadi,bolehlah disimpulkan bahawa amalan ini bukanlah amalan kebiasaan para Sahabat R.anhum mahupun pengikut mereka. Inilah bukti bahawa ia bukanlah amalan yang dikehendaki di dalam Sunnah Baginda S.A.W. dan atas sebab inilah,sepanjang pengetahuan saya,tidak ada dalil tentang perintah merapatkan bahu serta pergelangan kaki dalam barisan saf solat berjemaah dalam hadith dari Baginda S.A.W.

Rujukan.

1. Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-Bukhari oleh Imam Ahmad ibn ‘Ali ibn Muhammad ibn Hajar al-’Asqalani Rahimahullah, (penerbitan Dar Tayyibah,17 jilid,Riyadh,Arab Saudi,cetakan tahun 2005)

2. Umdat al-Qari Sharh Sahih al-Bukhari oleh Imam Badr al-Din Abu Muhammad Mahmud ibn Ahmad al-’Ayni Rahimahullah. (penerbitan al-Kutub al-’Ilmiyyah,25 jilid,Beirut,Lubnan,cetakan tahun 2001)

3. Lami’ al-Darari ‘ala Jami’ al-Bukhari oleh Hazrat Shehikhul Hadith Maulana
Muhammad Zakariyya Kandhlawi Rahimahullah. (penerbitan H M Sa’id,3 Jilid,Karachi,Pakistan)

4.Fayd al-Bari ‘ala Sahih al-Bukhari oleh Hazrat Maulana Anwar Shah Kashmiri Rahimahullah. (Penerbitan Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah,6 jilid,Beirut,Lubnan, cetakan tahun 2005).

5.Imdad al-Ahkam oleh Hazrat Maulana Zafar Ahmad ‘Uthmani Rahimahullah. (penerbitan Maktabah Dar al-’Ulum Karachi,4 jilid,Karachi,Pakistan,cetakan tahun 2000)
posted by Abdullah_m.e. @ 1:34 AM   3 comments
<
About Me

Name: Abdullah_m.e.
Home: kuala lumpur, wilayah persekutuan, Malaysia
About Me: Dan orang-orang yang terdahulu; yang mula-mula dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” (berhijrah dan memberi bantuan), dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada Nya, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah, Ayat 100) masih di dalam proses pembelajaran baik untuk keperluan mahupun agama..masih di dalam fasa membaiki diri..kerana diri ini tidak sempurna..
See my complete profile
Previous Post
Archives
Disclaimer

For all reader information,i`m not a ustaz,hafizul quran more so ulama`.i`m just the follower (ittiba`) of the Prophet S.A.W,the companions R.Anhum and whom who followed them from time to time until Qiyaamah.for that reason,almost all the published article,translation or journal and quote have reference.only certain do not have a reference due to that publish is personal opinion/advice of the writer.still in process of learning and purifcation.moderate opinion and neutral method.not in favor/represent of any organizational,fiqrah,political party or jamaah.what is good and there`s akhlak,we follow them.what is not very good,we make a moral story of it. This blog is published in Bahasa Malaysia so that the malay language user can understand some translation of kitab or quote from ulama` and to uphold usage of bahasa malaysia among whom understand malays.some of the kitab or reference is not published and sale in malaysia,almost majority of it is from Hindustani sub-continent and some of it from the middle-east.only certain publish in english language. Manhaj Ahlul Sunnah Wal Jamaah,follow Shafii` Mazhab. Jazakumullahu Khairan Kasthira`,

Powered by

BLOGGER

Lau ka na Bainana Al-Habib-Abdul Rahman Mohamed,Saudi Arabia..

lau kana bainana(1)

Powered by mp3skull.com

Powered by

BLOGGER

Darul Uloom Deoband,Saharanpur,India

Darul Uloom Nadwatul Ulama`,Lucknow,India.

Jamia` Darul Uloom Karachi,Pakistan.

Mazahirul Uloom,Saharanpur,India.

Darul Mustafa`,Tarim, Yaman

Darul Uloom Azaadville,South Africa.

Miftahul Uloom,Bandar Baru Sri Petaling,Kuala Lumpur,Malaysia

Ba`alawi,Kuala Lumpur,Malaysia.

Yayasan Al-Jenderami,Jenderam Hilir,Selangor,Malaysia

Yayasan Sofa`,N.Sembilan,Malaysia.

Blog Visitor Location


widgeo.net

© 2005 Assalamualaikum.. Blogger Templates by Isnaini and Cool Cars Pictures