Assalamualaikum..

"هذا هو معنى الحياة هو نحن هو الإسلام." تحيات.. كيف حالك.. نأمل حصلت على مباركة لك من الله

 
<

followers
komunikasi
Create your own banner at mybannermaker.com!
Create your own banner at mybannermaker.com!
facilities

khidmat

Innalhamdulillah,khidmat kpd pelajar samada yg berada dlm kemahiran kejuruteraan(mekanikal,elektrikal,electronic,mekatronik dsb.) @pelajar agama yg berminat.sy sedia membantu menyemak proposal, report dn mmberi cadangan kpd projek tahun akhir(FYP) atau masalah pembelajaran anda secara percuma. semoga usaha anda dimudahkan utk menamatkan pengajian dn anda dpt berkhidmat serta berjuang di jalan Allah S.W.T.hubungi sy di YM;ghostrider_mujahid.JazakaAllahu Khair.
Visitor
kepentingan mempelajari ilmu-ilmu agama di bawah bimbingan dan panduan para ulama/alim
Monday, August 6, 2012



Alhamdulillah,segala puji untuk Allah S.W.T dan selawat dan salam ke atas RasulNya,Muhammad S.A.W..dalam kesibukan kita mempergandakan dan memperbanyakkan amalan kita di dalam bulan Ramadhan,syukur Allah S.W.T. masih memberi saya sedikit kelapangan untuk menulis..pada posting kali ini,saya ingin menekankan betapa pentingnya mempelajari ilmu di bawah bimbingan dan panduan dari para ulama/alim.

saya merasakan tajuk ini penting kerana sejak kebelakangan ini,saya memerhatikan adanya sebahagian kecil dari kita yang suka berdebat,berhujah dan melampirkan hujah-hujah dari kitab-kitab tertentu sedangkan mereka tidak pernah belajar kitab tersebut dari para ulama,hanya sekadar pembacaan sendiri...maka jadilah ianya satu situasi di mana jika hujah tersebut bersesuaian dengan perbuatan mereka,mereka akan menggunakannya..inilah yang telah disebut oleh Hafiz Khatib al Baghdadi Rahimahullah,Muhaddith yang terkenal dalam kitabnya "Taqlid Al-Ilm" bahawa:

" Ramai para ilmuan agama dan para ulama pada zaman sebelum kita,bila hampir tiba masa kematian mereka,samada mereka sendiri atau menyuruh orang lain untuk memusnahkan kitab-kitab karangan dan penulisan mereka. Ini adalah kerana mereka takut penulisan mereka akan jatuh pada tangan orang-orang yang tidak amanah yang tidak memahami tujuan penulisan dan mereka hanya akan mengambil hujah,dalil,nas dan keterangan yang hanya untuk menunjukkan kebenaran perbuatan mereka atau yang sesuai untuk perbuatan mereka".

bukanlah tujuan saya menghalang atau mempertikai mereka yang suka membaca kitab-kitab,tetapi tujuan saya supaya kita membaca kitab,tetapi dalam masa yang sama,meminta dan belajar dari para ulama..supaya kefahaman kita betul dan tepat pada sebarang hujah,nas,hadith yang dilampirkan dalam sesebuah kitab..itu sahaja..

dan perkara ini telah terjadi pada kita pada hari ini.saya berharap agar semua dai` dan pencari ilmu benar-benar belajar kitab dengan adanya bimbingan dan panduan dari para ulama,dan tidak sahaja menggunakan internet sebagai medium pengajaran tanpa panduan dan tunjuk ajar dari para ulama.pada kesempatan ini juga saya mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan membanyakkan amalan terutamanya pada 10 terakhir Ramadhan.dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.di sini saya memohon maaf jika ada kesilapan dan penulisan saya sepanjang dalam menguruskan blog ghostridermujahid ini.semoga pembaca semua sudi menyelitkan nama saya ini supaya istiqamah dalam pengamalan dan perjuangan agama dan betmabah taqwa pada Allah S.W.T dalam doa-doa tuam/puan.

kepentingan mempelajari ilmu-ilmu agama di bawah bimbingan dan panduan para ulama/alim.

sesetengah orang berkata bahawa sistem ijazah dan sanad dari para ulama adalah penting manakala ada sesetengah dari kita juga berkara bahawa tidak diperlukan sanad atau ijazah untuk menjadi ulama/alim dan pengetahuan itu boleh didapati hanya dengan pembacaan sendiri.yang manakah satu pendapat yang betul dan adakah ada dalil dan nas untuk mengesahkan perkara ini?





untuk memperoleh ilmu pengetahuan di bawah kemahiran dan panduan dari mereka yang ahli dan layak di dalam bidang mereka,terutamanya dari para ulama kita yang mengikuti Sunnah Baginda S.A.W sebagai panduan adalah penting. kegagalan untuk berusaha untuk perkara ini akan menghasilkan kesalahan dan kesilapan dalam proses belajar.malah, amalan mempeljari ilmu dari mereka yang ahlinya telah menjadi amalan para Sahabat R.Anhum,sepertimana juga generasi selepas Sahabat R.anhum sehinggalah ke hari ini.

1. Al-Quran telah diturunkan oleh Allah S.W.T sebagai panduan dan maksud untuk memberi pengetahuan kepada manusia. tetapi tanpa penerangan dari utusan-utusan Allah S.W.T,iaitu Ambiyaa` Alaihi Mussolatu Wassalam, maksud dan kehendak sebenar sesuatu ayat di dalam Al-Quran boleh menjadi silap faham. Allah S.W.T telah berfirman:





"dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan Dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri; dan Kami datangkanmu (Wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita Yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam."

(An-Nahl:89)

Ayat ini adalah hujah terkuat dan menjadi bukti atas perkara ini.

2. Allah S.W.T berfirman di dalam Quran:





"dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (Wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, Yang Kami wahyukan kepada mereka. oleh itu Bertanyalah kamu (Wahai golongan musyrik) kepada orang-orang Yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui."

(An-Nahl:43)

3. Nabi Daud Alaihi`salam dikatakan telah mendapat manfaat dan pengajaran dari Lukman Al-Hakim Rahimahullah sebelum Nabi Daud A.S mendapat risalah kenabian.

(Tafsir Al-Qurtubi)

4. Nabi Musa Alaihi` salam telah mengikuti sementara Nabi Khidir Alaihi`salam dan kisah ini diketahui ramai dan ianya termaktub di dalam Al-Quran.

5. tambahan pula, dalam era zaman Tabi`un, sesiapa yang mengisytihar atau mengakui mengetahui sesuatu ilmu, dia akan disoal tentang dari mana ilmu itu didapati/dari mana ia belajar.


6. Hafiz Khatib al Baghdadi Rahimahullah,Muhaddith yang terkenal dalam abad ke-5,mengarang sesuatu dalam kitab karangannya "Taqlid Al-Ilm", pada muka surat 61;

" Ramai para ilmuan agama dan para ulama pada zaman sebelum kita,bila hampir tiba masa kematian mereka,samada mereka sendiri atau menyuruh orang lain untuk memusnahkan kitab-kitab karangan dan penulisan mereka. Ini adalah kerana mereka takut penulisan mereka akan jatuh pada tangan orang-orang yang tidak amanah yang tidak memahami tujuan penulisan dan mereka hanya akan mengambil hujah,dalil,nas dan keterangan yang hanya untuk menunjukkan kebenaran perbuatan mereka atau yang sesuai untuk perbuatan mereka".

selepas itu beliau menukilkan beberapa insiden/peristiwa yang menimpa para ulama yang terdahulu.di antara mereka adalah Imam Abidah Al-Samani Rahimahullah,Imam Shu`bah Ibn Hajjaj Rahimahullah,Imam Abu Qilabah Rahimahullah dan Imam Isa Ibn Yunus Rahimahullah. (nota kaki pada kitab untuk muka surat 61 & 62)

7. Imam Muhammad Ibn Sirrin Rahimahullah, Hakan Ibn Atiyya Rahimahullah dan Waki Ibn Al-Jarrah Rahimahullah diamana semua mereka sepakat berkata bahawa punca utama kesesatan dan kejahilan Bani Isra`il adalah kerana mewarisi kitab-kitab yang telah dibuah suai isi-isinya oleh nenek moyang mereka yang mnejadi pengikut Nabi Musa A.S
(Taqyid Al-Ilm,muka surat 61 dan nota kakinya)


8. Imam Awza`i Rahimahullah berkata:

"ilmu agama adalah sesuatu yang bersanad,luhurnya dan keberkatan akan dapat didapati daripada mulut para pengajarnya. dan apabila tiba satu masa nanti,ramai akan belajar darinya hanya dari kitab,tanpa ada orang yang mengajarkannya,maka nur serta keberkatan ilmu agama akan hilang"

nota:

tujuan saya meletakkan tiga kata-kata dari para ulama adalah untuk membuktikan bahawa belajar ilmu agama menggunakan kitab (belajar sendiri) tanpa bimbingan dan penerangan dari para ulama adalah cara yang tidak betul dan hilangnya nur serta keberkatan pada ilmu agama.

seharusnya para dai` dan pencari ilmu agama belajar dan dibimbing oleh para ulama`.

8. Imam Malik Rahimahullah pernah ditanya jika ilmu dapat diperolehi dari seorang yang tidak duduk di dalam majlis pengajaran para ulama,sebaliknya hanya merasakan cukup hanya dengan pembacaan sendiri kitab.Beliau menjawab:

"ilmu tidak akan didapati dan diperolehi kecuali oleh mereka yang telah mengingat atau menghafal,dengan dibantudan dibimbing oleh para ulama,dan dia akan dapat mengamalkan apa yang dipelajarinya dan ia akan dapat sifat taqwa."

(Adab al-Ikhtilaf,muka surat 145)


10 .Sheikh Muhammad Awwamah Hafizahullah-seorang muhaddith dari syria, mengarang sesuatu yang sangat indah dalam kitab karangannya,yakni Adab al-Ikhtilaf"

"para ulama` tidak pernah memberi perhatian ataupun belajar dari seseorang yang tidak mempunyai pengajar atau guru, samada mereka akan tidak mempertimbangkan dan tidak mendengar orang seperti ini bercakap atau mengeluarkan sesuatu jhukum/fatwa, kerana ditakuti mereka akan melakukan kesilapan."

Beliau menulis lagi bahawa:

Qadi Iyad Rahimahullah dan para ulama yang lain ada meriwayatkan semasa Imam Ahmad Ibn Hanbal Rahimahullah telah diminta oleh pemerintah/khalifah pada masa itu, (Al-Mu`tasim) untuk berbincang beberapa perkara dengan Ibn Abi Dua`d (ketua penyiasat mahkamah),beliau memalingkan mukanya dan berkata:"bagaimana aku boleh berbincang suatu hal yang penting dalam agama bila orang yang ingin aku berbincang itu tidak pernah berada di pintu-pintu rumah para ulama`?" (muka surat 144)





kita berharap semoga 10 perkara di atas mencukupi untuk membuktikan bahawa adalah tidak betul memperlajari ilmu agama dengan meneelah kitab tanpa bimbingan dan pengajaran dari para ulama. dan juga kepentingan mempelajarinya dari mereka yang ahlinya dan layak dalam ilmu-ilmu agama.

saya mengakhiri penulisan ini dengan melampirkan terjemahan syair yang terkenal yang ditujukan oleh Imam Shafi` Rahimahullah:

wahai saudaraku,
kamu sekali-kali tidak akan memperoleh ilmu,
tanpa 6 perkara yang sangat penting,
kecerdasan minda,kehendak,kemiskinan,
dan tinggal sementara dan dididik oleh para ulama,
dan membantu serta belajar darinya untuk suatu tempoh masa yang konsisten.

(muka surat 142-143)

Rujukan:

1. Taqyid al-Ilm oleh Imam Al-Khateeb Al-Baghdadi Rahimahullah,penerbitan al-Maktabah al-‘Aṣrīyah,Lubnan, cetakan tahun 2001.

2. Athar al-Hadith al-Sharif&Adab al-Ikhtilaf oleh Sheikh Muhammad Awwamah Hafizahullah,penerbitan Dar al-Yusr & Dar al-Minhaj Sa'udi

di bawah ini saya "embedd" sebuah qasidah bertajuk "Muhammadun Ashraful" yang saya kira agak menarik dan perlu diketengahkan dalam menggantikan medium hiburan sedia ada yang mendatangkan kelalaian pada Allah S.W.T.. Qasidah ini didendangkan semasa kuliah Dhuha Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Makki di Pondok Moden Saadah Addaraain, Teluk Panglima Garang,Melaka pada 29 julai 2012.selamat mendengar dan menghayati lirik-lirik Qasidah ini,insyaAllah.

posted by Abdullah_m.e. @ 3:50 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
<
About Me

Name: Abdullah_m.e.
Home: kuala lumpur, wilayah persekutuan, Malaysia
About Me: Dan orang-orang yang terdahulu; yang mula-mula dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” (berhijrah dan memberi bantuan), dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada Nya, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah, Ayat 100) masih di dalam proses pembelajaran baik untuk keperluan mahupun agama..masih di dalam fasa membaiki diri..kerana diri ini tidak sempurna..
See my complete profile
Previous Post
Archives
Disclaimer

For all reader information,i`m not a ustaz,hafizul quran more so ulama`.i`m just the follower (ittiba`) of the Prophet S.A.W,the companions R.Anhum and whom who followed them from time to time until Qiyaamah.for that reason,almost all the published article,translation or journal and quote have reference.only certain do not have a reference due to that publish is personal opinion/advice of the writer.still in process of learning and purifcation.moderate opinion and neutral method.not in favor/represent of any organizational,fiqrah,political party or jamaah.what is good and there`s akhlak,we follow them.what is not very good,we make a moral story of it. This blog is published in Bahasa Malaysia so that the malay language user can understand some translation of kitab or quote from ulama` and to uphold usage of bahasa malaysia among whom understand malays.some of the kitab or reference is not published and sale in malaysia,almost majority of it is from Hindustani sub-continent and some of it from the middle-east.only certain publish in english language. Manhaj Ahlul Sunnah Wal Jamaah,follow Shafii` Mazhab. Jazakumullahu Khairan Kasthira`,

Powered by

BLOGGER

Lau ka na Bainana Al-Habib-Abdul Rahman Mohamed,Saudi Arabia..

lau kana bainana(1)

Powered by mp3skull.com

Powered by

BLOGGER

Darul Uloom Deoband,Saharanpur,India

Darul Uloom Nadwatul Ulama`,Lucknow,India.

Jamia` Darul Uloom Karachi,Pakistan.

Mazahirul Uloom,Saharanpur,India.

Darul Mustafa`,Tarim, Yaman

Darul Uloom Azaadville,South Africa.

Miftahul Uloom,Bandar Baru Sri Petaling,Kuala Lumpur,Malaysia

Ba`alawi,Kuala Lumpur,Malaysia.

Yayasan Al-Jenderami,Jenderam Hilir,Selangor,Malaysia

Yayasan Sofa`,N.Sembilan,Malaysia.

Blog Visitor Location


widgeo.net

© 2005 Assalamualaikum.. Blogger Templates by Isnaini and Cool Cars Pictures