Assalamualaikum..

"هذا هو معنى الحياة هو نحن هو الإسلام." تحيات.. كيف حالك.. نأمل حصلت على مباركة لك من الله

 
<

followers
komunikasi
Create your own banner at mybannermaker.com!
Create your own banner at mybannermaker.com!
facilities

khidmat

Innalhamdulillah,khidmat kpd pelajar samada yg berada dlm kemahiran kejuruteraan(mekanikal,elektrikal,electronic,mekatronik dsb.) @pelajar agama yg berminat.sy sedia membantu menyemak proposal, report dn mmberi cadangan kpd projek tahun akhir(FYP) atau masalah pembelajaran anda secara percuma. semoga usaha anda dimudahkan utk menamatkan pengajian dn anda dpt berkhidmat serta berjuang di jalan Allah S.W.T.hubungi sy di YM;ghostrider_mujahid.JazakaAllahu Khair.
Visitor
Hadith yang diriwayatkan dan dilaporkan dari sesetengah para golongan Sufi.kenapa tidak digunakan dan kurang kesahihannya?
Thursday, September 22, 2011



Hadith yang diriwayatkan dan dilaporkan dari sesetengah para golongan Sufi.kenapa tidak digunakan dan kurang kesahihannya?


Innalhamdulillah,para ulama e-kiraam tidak memberikan sebarang kepercayaan kepada hadith yang diriwayatkan oleh sesetengah para Sufi,walaupun mereka ialah orang yang dihormati,kerana penumpuan penuh fokus mereka pada perbuatan ibadat,dan mereka tidak dapat menumpukan sepenuh masa di dalam mencari ilmu. Inilah kerena hadith yang diriwayatkan dan dilaporkan dari mereka ada kesilapan dan kekeliruan.

Begitu juga, husnuul zaan ,(pendapat yang baik mengenai orang lain), yang mana sehinggakan mereka tidak membuat analisis yang terperinci dan seterusnya, menerima sahaja apa-apa ucapan dan perkataan tanpa menyelidiki dan melihat sumbernya.sebab inilah riwayat mereka lemah,ditolak dan rekaan hadith yang banyak.



(papan tanda lama darul uloom deoband,berusia lebih dari 50 tahun,masih wujud dan ada sampai sekarang)

Ini telah menjadi bukti setelah melihat usaha Hazrat Sheikh Abu Talib Maki Qut-Al-Qulub Rahimahullah,hasil kerja Al-Imam Ghazali Rahimahullah,Al-Imam Abu Abdul Rahman Al-Sulami Rahimahullah dan yang lain-lain.

Hazrat Allamah Taj Al-Din Al-Subki Rahimahullah telah mengumpulkan semua hadith dan yang tidak terkira banyaknya yang mana Al-Imam Ghazali telah disebut di dalam Ihya Ulumuddin,tetapi tidak dijumpai di dalam kitab-kitab yang lain,tetapi,walaubagaimanapun,banyak riwayat hadith dan laporan yang wujud samada di dalam bentuk perkataan ataupun maksud.

Kebenarannya bahawa setiap seni atau bidang itu mestilah ada para pengikut dan pencintanya.kami,(para ulama) sangat gembira dan senang hati menerima bahawa Sufi ialah salah satu cabang yang dihormati dan penting di dalam islam.

Walaubagaimanapun,ini tidaklah bermakna kita juga boleh menerima perkataan seseorang yang mana ianya bukanlah orang yang pakar dan spesifik di dalam bidangnya.
Hazrat Sheikh Yahya Al-Qattan Rahimahullah berkata,”kami tidak pernah melihat golongan sufi lebih tepat dalam apa-apa perkara sepertimana di dalam Hadith.”

Menerangkan lebih terperinci perkara ini,Al-Imam Muslim Rahimahullah menulis,”orang yang tidak tepat dalam sumber mencari jalan melalaui lidah-lidah mereka tetapi mereka tidak berniat untuk melakukannya.”

Al-Imam Nawawi Rahimahullah menghuraikan,”ini adalah kerana mereka tidak memiliki dan mempelajari kemahiran yang diusahakan oleh orang yang mempelajari dan memahami hadith,dan oleh itu.ada kesalahan dan penyelewangan berlaku di dalam riwayat dan laporan mereka tanpa pengetahuan mereka lebih ke arah meriwayatkan hadith yang lemah,tidak tepat dan mereka tidak mengesyaki pun sama ada hadith itu benar ataupun palsu.”

Walaubagaimanapun,tiada ada seorang pun menolak riwayat dan laporan dari golongan sufi yang memiliki kemahiran dalam hadith dan termasuk di dalam ulama hadith walaupun mereka bergiat di dalam bidang kesufian.sebagai contoh Imam Abu Ismail Al-Ansari Al-Harawi Rahimahullah (481 Hijrah),pengarang kitab `Manaazil Al-Sa`iri`n`, ialah kerja semak dan periksa sumber yang dibuat semula di dalam bidang tasawuf,yang mana Al-Hafiz Ibn Al-Qayyim Rahimahullah menulis keterangan secara terperinci di dalam komentarinya,kitab yang bertajuk,`Madarij Al-Salikin`.

Dengan maksud yang sama, murid kepada Imam Muslim Rahimahullah,Sheikh Ibrahim Ibn Muhammad Ibn Sufyan Rahimahullah dan pelajaranya Sheikh Abu Ahmad Al-Jaludi Rahimahullah dan yang lain-lain ialah mereka yang terlibat di dalam sufi,dan mereka (para ulama hadith) menerima hadith dari riwayat dan laporan mereka.

Salah seorang dari Ulama Hadith,Muhaddithsin,Sheikh Abu Abdullah Yunini Rahimahullah,ialah salah seorang sufi yang terbesar. Beliau ditarbiah dan dibawah bidang tasawuf dari Sheikh Abdullah Al-Bata`ihi Rahimahullah,yang mana Sheikh Abdullah Al-Bata`ihi Rahimahullah adalah sahabat kepada,sufi besar, Sheikh Abdul Qadir Jailani Rahimahullah. Sheikh Abu Abdullah Yunini Rahimahullah juga adalah seorang Hafiz(penghafal) Hadith. Al-Hafiz Sheikh Al-Dhahabi Rahimahullah telah menyebut tentang beliau secara terperinci di dalam kitab `Tazkirat Al-Hufaz pada jilid ke-3,muka surat 223.

Dengan maksud yang sama juga,Sheikh Abdul Rahman Ibn Muhammad Al-Dawudi Rahimahullah(467 Hijrah) ialah tokoh di dalam bidang Sufi.Sheikh Al-Hafiz Al-Sam`ani Rahimahullah menceritakan tentang Sheikh Abdul Rahman di dalam kitab `Al-Ansab`:”Beliau ialah seorang yang mahir dan tawadhu di dalam bidang tasawuf,dan beliau juga ialah di antara ulama yang menerangkan dan menulis semua Sahih Bukhari.
Kesukaan Al-Allamah Ibn Daqiq Al-I`d Rahimahullah dan Ibn Al-humam Rahimahullah yang mana mereka ialah ulama hadith dan yang lain di dalam bidang kesufian ialah satu perkara umum di zaman mereka.



(pintu gerbang Qasim,pintu dan bangunan utama darul uloom deoband)

Akhir sekali,segala puji bagi Allah S.W.T,kerana hampir keseluurhan para Sheikh tradisi wali Allah S.W.T iaitu Hazrat Shah Waliullah Dehlawi Rahimahullah,ulama yang pakar dalam hadith dan membawa hadith ke benua hind dari tanah arab,ialah tokoh di dalam bidang sufi dan juga ialah para muhadddith.

Inilah nikmat Allah S.W.T,Dia memberi dan mengurniakan kerohanian dan kefahaman ilmu islam kepada sesiapa yang Dia kehendaki.wallahu`alam.

Rujukan.

1. Tazkirat Al-Hufaz,jilid ke-2,mukas surat 223 oleh Al-Hafiz Sheikh Al-Dhahabi Rahimahullah,(Dar Ihyaa At¬-Turath Al¬-Arabi)

2. Al-Yawaqit al-Ghaliyah fi Tahqiq wa Takhrij al-Ahadith al-’Aliyah,edisi pertama,jilid pertama,mukasurat 128-129)
Oleh Hazrat Shehikhul Hadith Maulana Muhammad Yunus Janpuri Hafizahullah
(murid kepada Hazrat Shehikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Khandahlawi Rahimahullah),

3. `Manaazil Al-Sa`iri`n` oleh Abu Ismail Al-Ansari Al-Harawi Rahimahullah, Maktabah Jafar al-Hadithah(Arabi), cetakan tahun 1977.

4. Madarij al-salikin oleh Al-Hafiz Ibn Al-Qayyim Rahimahullah (Dar al-Kitab al-Arabi) cetakan tahun 1980.
posted by Abdullah_m.e. @ 11:57 PM   0 comments
Musafahah (bersalaman) sesama islam, orang alim dan para ulama:konsep dan dalil.
Thursday, September 15, 2011


Sheikh Dr Usamah Sayid Mahmud Al-Azhari Hafizahullah hendak bermusafahah bersama Habib Ali Al-Jufri Hafizahullah

Musafahah(bersalaman) orang islam,orang alim dan para ulama:konsep dan dalil.


Istilah Musafahah adalah bermaksud menyatukan dan bersalaman antara tangan dengan tangan yang lain. Ianya boleh dilakukan samada dengan kedua-dua belah tangan atau salah satu sahaja.

Mereka yang berkata ianya adalah Sunnah untuk melakukan Musafahah dengan satu tangan harus membawa dan mengeluarkan hadith yang mana musafahah dengan satu tangan diterangkan.Malah ini sebenarnya tidak mencukupi.Mereka harus membuktikan secara tambahan bahawa adakah wujud larangan musafahah dengan kedua belah tangan.dengan ketiadaan kedua perkara ini,tuduhan mereka tidak boleh dibuktikan.

Apabila kita mencari Hadith berkenaan melaksanakan musafahah dengan kedua-dua tangan,perlu kita ketahui bahawa ada satu hadith yang diriwayatkan dari Hazrat Abdullah Ibnu Mas`ud R.Anhu di dalam Sahih Bukhari pada jilid pertama ,muka surat 926 bahawa Beliau Meriwayatkan dan mengaitkan bahawa:

”Utusan Allah S.W.T telah mengajar aku Tashahud sebagaimana Baginda mengajar aku ayat-ayat Quran sementara tanganku berada di antara tangannya.”

Adalah diterangkan secara nyata bahawa tangan Hazrat Ibnu Mas`ud R.Anhu adalah di antara kedua tangan Nabi Muhammad S.A.W.dan dari Hadith ini kita dapati bahawa Baginda S.A.W sedang bermusafahah dengan kedua belah tangan dan Ibnu Mas`ud R.Anhu dengan kedua belah tangan beliau.



Sheikh Tamim bin Hamad al-Thani sedang bersalaman(musafahah) bersama Sheikh Dr.Yusuf Al-Qardawi Hafizahullah.


Oleh itu,jelaslah bahawa,kedua-dua belah tangan Ibnu Mas`ud .R.Anhu juga mengenggam tangan Baginda S.A.W semasa bersalaman. Walaupun boleh diterima bahawa boleh terjadi hanya salah satu sahaja tangan Ibnu Mas`ud R.Anhu yang bersalaman dengan Nabi S.A.W,maka ianya juga adalah jelas bahawa tindakan ini juga mendapat keberkatan dari Nabi S.A.W.

Jika perkara ini mempengaruhi (Rajiih) dan tidak mempengaruhi (marjuh),maka menjadi keharusan untuk melakukan untuk kedua-dua cara bermusafahah ini.Satu, dari hadith Fili`(tindakan dan perbuatan) Baginda S.A.W dan yang laindari Hadith Taqriri (kebenaran secara tersirat) dari Nabi S.A.W.

Walaubagaimanapun,ianya jelas bahawa kedua-dua perbuatan dan tindakan ini adalah dibolehkan,yang mana tindakan dan perbuatan yang dibuat oleh Nabi Muhammad S.A.W haruslah diutamakan dan dilaksanakan dan Allah S.W.T mengetahui mana yang terbaik.

Untuk menganggap bahawa perbuatan bersalaman dengan kedua-dua belah tangan bukan perbuatan musafahah ialah satu kejahilan yang besar. Al-Imam Bukhari Rahimahullah telah membuktikan perbuatan dan tindakan musafahah dengan hadith di atas dan ada juga meriwayatkan Hammad R.Anhu melaksanakan musafahah dengan Ibnu Al-Mubarak Rahimahullah dengan kedua-dua belah tangan, yang mana adalah diketahui bahawa cara ini juga adalah cara para Salaf terdahulu yang soleh.dan Allah S.W.T mengetahui yang terbaik.


Rujukan:

1. Al-Yawaqit al-Ghaliyah fi Tahqiq wa Takhrij al-Ahadith al-’Aliyah by Hazrat Shehikhul Hadith Maulana Muhammad Yunus Janpuri Hafizahullah
(murid kepada Hazrat Shehikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Khandahlawi Rahimahullah),
(United Kingdom, Majlis Da’wat al-Haq publications, edisi pertama,jilid pertama,muka surat 280-281)

2.Sahih Bukhari Shareef jilid pertama,muka surat 926,edisi bahasa urdu oleh Imam Abu Alabsas Alzbeedi Rahimahullah ,Yaman dengan terjemahan oleh Hazrat Maulana Abu Muhammad Hafiz Hammad Hafizahullah,
( Darussalam Publications,Riyadh,Arab Saudi, cetakan 2001)
posted by Abdullah_m.e. @ 9:23 PM   1 comments
Sunnah dan Status Nabi Muhammad S.A.W,Sejauh mana kefahaman kita tentang Sunnah.
Wednesday, September 14, 2011


Sunnah dan Status Nabi Muhammad S.A.W,Sejauh mana kefahaman kita tentang Sunnah.


Definisi Sunnah mengikut para Muhaddith:

“percakapan,atau tindakan dan pengesahan yang telah dibuat dan dilakukan oleh Baginda S.A.W.”

Pengesahan di dalam definisi ini hampir sama maksudnya dengan “Taqreer”.apa yang dimaksudkan dengan istilah ini ialah seseorang berkata tentang sesuatu, bertindak dengan cara yang tertentu, dan apa sahaja percakapan dan tindakan yang datang dari pengetahuan Nabi S.A.W dan Baginda samada diekspresikan dengan percakapan atau kekal diam tanpa memberi sebarang tanda tidak setuju atau menidakkan sesuatu perbuatan.
Senyap itu,juga kelulusan dan tanda persetujuan serta membolehkan sesuatu perkara itu dibuat dan ini adalah salah satu tanda persetujuan Nabi S.A.W dan ianya juga termasuk didalam perbuatan yang Sunnah.

Sebagai satu Sunnah,dengan tiga perbuatan ini,( percakapan,atau tindakan dan pengesahan) berkait dengan Nabi Muhammad S.A.W ,Status Baginda S.A.W di dalam Syariat islam adalah penting dan undang-undang serta apa sahaja pengamalan agama islam adalah bersumberkan kepada Sunnah Nabi S.A.W.

Status Nabi Muhammad S.A.W

Soalah pertama yang keluar dari fikiran kita berkaitan perkara ini ialah:apakah status kedudukan Seorang utusan Allah S.W.T yakni Rasul apabila Baginda dihantar kepada manusia?adalah status utusan-utusan ini adalah seperti pembawa mesej atau utusan yang mana,setelah menghantar berita@utusan,dia tidak lagi bertanggunjawab atas kerjanya?

Jawapan kepada persoalan ini semestinya berbunyi Negatif.Baginda S.A.W bukanlah dihantar semata-mata untuk membawa perkataan-perkataan Allah S.W.T sahaja. Baginda juga,mengajar,menafsir serta menerangkan isi ayat-ayat Quran.Baginda juga memberi tunjuk ajar cara untuk mengaplikasikannya dan menunjukkan contoh untuk sesuatu perintah@wahyu.

Tugas Nabi S.A.W bukan hanya terhad kepada membacakan ayat-ayat Quran sahaja malah mereka mengajar dan melatih para Sahabat R.Anhum cara untuk hidup berlandaskan Quran dan Sunnah. Di dalam Al-Quran,tiada keraguan walau sedikitpun tentang perkara ini:



Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang Yang beriman, setelah ia mengutuskan Dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, Yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran Yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad Yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan Yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat). dan Sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah Dalam kesesatan Yang nyata.

(Ali Imran:164)




Dia lah Yang telah mengutuskan Dalam kalangan orang-orang (Arab) Yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, Yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad Yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan Yang mendalam mengenai hukum-hukum Syarak). dan Sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah Dalam kesesatan Yang nyata.

(Al Jumu'ah:2)

Dalam perkara yang sama,fungsi ini telah diberi kepada Nabi S.A.W ,di dalam Doa Nabi Ibrahim Alaihi`salam.dimana dirakankan didalam Quran,Baginda Ibrahim A.S berdoa:




. "Wahai Tuhan kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, Yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

(Al Baqarah:129)

Inilah istilah dan rujukan yang telah diberi kepada Nabi Muhammad S.A.W yang mana termasuk di dalam 4 perkara dan fungsi berbeza dimana Nabi S.A.W telah dihantar dan diamanahkan untuk menjalankan:

1- Pembacaan ayat-ayat Allah S.W.T

2- Mengajar Al-Quran

3- Mengajar dengan hikmah dan bijaksana

4-Membersihkan dalaman manusia dan ,memperbaiki serta menyucikannya.

Oleh itu,Al-Quran Kareem yang mana tidak ada keraguan lagi yang mana Nabi S.A.W. dihantar bukan sahaja untuk membaca ayat-ayat Quran dan menyerahkan kepada manusia untuk menafsir dan memahaminya serta mengaplikasi dengan cara yang mereka suka.Tugas Nabi S.A.W. sempruna dan melengkapi antara satu sama lain.Malah,Baginda dihantar untuk mengajar Quran,oleh kerana mengajar Quran tidak mencukupi,Baginda juga diperlukan untuk mengajar hikmah dan bijaksana yang mana ianya ialah tambahan kepada Al-Quran.

Selain itu ,Baginda juga menjalankan pembersihan dalaman manusia dan ,memperbaiki serta menyucikannya, yang mana pengajaran secara teori tentang Al-Quran dan Hikmah mestilah disertakan sekali dengan latihan secara praktikal untuk membolehkan manusia untuk mengaplikasikan perintah di dalam ayat Al-Quran dan juga hikmah serta bijaksana dimana Allah S.W.T menghendaki manusia untuk mengaplikasikannya.

Ayat-ayat Quran beserta terjemahan yang dilampirkan di atas menerangkan tugas-tugas Nabi Muhammad S.A.W:

- Baginda mempunyai autoriti dan kuasa bagaimanaAl-Quran hendak dibaca.

- Perkataan dan ucapan Baginda menafsir serta menerangkan kandungan Al-Quran.

- Baginda ialah satu-satunya sumber di dalam hikmah dan bijaksana yang dijadikan rujukan dan boleh dipelajari.

- Baginda menunjukkan latihan secara praktikal kepada manusia bagaimana untuk membawa apa yang dipelajari dari Baginda untuk diamalkan.

Tugas-tugas Nabi S.A.W tidak akan dapat dibawa dan dijalankan melainkan ajaran Baginda S.AW,percakapan dan perbuatan,dibawa dan diamalakan oleh para Sahabat R.Anhum dan Muslim yang berada dibawah latihna ini terikat dengan syariat islam untuk mengikuti arahan dan mengikuti Baginda.

Tugas mengajar Al-Quran dan hikmah yang memerlukan apa yang diperkatakan oleh Baginda S.A.W diikuti oleh para pengikut.untuk tugas menunjukkan laithan secara praktikal,memerlukan segala tindakan dan perbuatan Baginda dijadikan contoh oleh Ummat islam dan Ummat islam harus mengikutinya.

Ia bukanlah satu logic akal tentang ayat-ayat Quran yang dilampirkan di atas,tetapi untuk memberitahu bahwa dari segi istilah di dalam Al-Quran,banyak ayat yang mana memberi kewajipan kepada Muslim untuk mengikuti ajaran,perbuatan serta mengikuti Baginda S.A.W secara mandatory(tidak mempersoalkan).

Di dalam AL-Quran, 2 istilah yang berbeza maksudnya,iaitu “Itaa’ah” (mentaati) dan “Ittibaa’” (mengikuti).Istilah pertama merujuk kepada arahan dan perkataan Baginda S.A.W yang mana isitlah kedua merujuk kepada perbuatan dan tindakan Baginda.

Dengan mewajibkan Muslim untuk Itaa’ah” (mentaati) dan “Ittibaa’” (mengikuti) Nabi Muhammad S.A.W,yang mana Al-Quran telah memberi bidang kuasa kepada apa sahaja perkataan dan perbuatan Baginda S.A.W.

Rujukan:

1. Authority of Sunnah, By Hazrat Maulana Mufti Taqi Usmani Hafizahullah,Idaratul Quran Publications, 1998 Editon,(Maktabah Darul Uloom ,Karachi,Pakistan.)

2.Tafsir Ma`arifatul Quran oleh Hazrat Maulana Mufti Muhammad Shafi` Rahmatullahi A`laih.(Maktabah Darul Uloom Karachi,Pakistan)
posted by Abdullah_m.e. @ 11:39 PM   0 comments
<
About Me

Name: Abdullah_m.e.
Home: kuala lumpur, wilayah persekutuan, Malaysia
About Me: Dan orang-orang yang terdahulu; yang mula-mula dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” (berhijrah dan memberi bantuan), dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada Nya, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah, Ayat 100) masih di dalam proses pembelajaran baik untuk keperluan mahupun agama..masih di dalam fasa membaiki diri..kerana diri ini tidak sempurna..
See my complete profile
Previous Post
Archives
Disclaimer

For all reader information,i`m not a ustaz,hafizul quran more so ulama`.i`m just the follower (ittiba`) of the Prophet S.A.W,the companions R.Anhum and whom who followed them from time to time until Qiyaamah.for that reason,almost all the published article,translation or journal and quote have reference.only certain do not have a reference due to that publish is personal opinion/advice of the writer.still in process of learning and purifcation.moderate opinion and neutral method.not in favor/represent of any organizational,fiqrah,political party or jamaah.what is good and there`s akhlak,we follow them.what is not very good,we make a moral story of it. This blog is published in Bahasa Malaysia so that the malay language user can understand some translation of kitab or quote from ulama` and to uphold usage of bahasa malaysia among whom understand malays.some of the kitab or reference is not published and sale in malaysia,almost majority of it is from Hindustani sub-continent and some of it from the middle-east.only certain publish in english language. Manhaj Ahlul Sunnah Wal Jamaah,follow Shafii` Mazhab. Jazakumullahu Khairan Kasthira`,

Powered by

BLOGGER

Lau ka na Bainana Al-Habib-Abdul Rahman Mohamed,Saudi Arabia..

lau kana bainana(1)

Powered by mp3skull.com

Powered by

BLOGGER

Darul Uloom Deoband,Saharanpur,India

Darul Uloom Nadwatul Ulama`,Lucknow,India.

Jamia` Darul Uloom Karachi,Pakistan.

Mazahirul Uloom,Saharanpur,India.

Darul Mustafa`,Tarim, Yaman

Darul Uloom Azaadville,South Africa.

Miftahul Uloom,Bandar Baru Sri Petaling,Kuala Lumpur,Malaysia

Ba`alawi,Kuala Lumpur,Malaysia.

Yayasan Al-Jenderami,Jenderam Hilir,Selangor,Malaysia

Yayasan Sofa`,N.Sembilan,Malaysia.

Blog Visitor Location


widgeo.net

© 2005 Assalamualaikum.. Blogger Templates by Isnaini and Cool Cars Pictures