Assalamualaikum..

"هذا هو معنى الحياة هو نحن هو الإسلام." تحيات.. كيف حالك.. نأمل حصلت على مباركة لك من الله

 
<

followers
komunikasi
Create your own banner at mybannermaker.com!
Create your own banner at mybannermaker.com!
facilities

khidmat

Innalhamdulillah,khidmat kpd pelajar samada yg berada dlm kemahiran kejuruteraan(mekanikal,elektrikal,electronic,mekatronik dsb.) @pelajar agama yg berminat.sy sedia membantu menyemak proposal, report dn mmberi cadangan kpd projek tahun akhir(FYP) atau masalah pembelajaran anda secara percuma. semoga usaha anda dimudahkan utk menamatkan pengajian dn anda dpt berkhidmat serta berjuang di jalan Allah S.W.T.hubungi sy di YM;ghostrider_mujahid.JazakaAllahu Khair.
Visitor
1432 tahun dahulu: Perang Badar.
Sunday, May 29, 2011


lokasi Badar,Arab Saudi.

1432 tahun dahulu: Perang Badar

Perang Badar adalah salah satu peperangan yang terpenting di dalam sejarah islam kerana ia menentukan hala tuju dan nasib orang islam dan agama islam itu sendiri samada mara atau terhenti di sekerat jalan.dan ianya kejayaan yang besar untuk orang islam pada masa itu.Perang Badar berlaku pada Sabtu, 13 Mac, 624 AD(After Decade)atau (17 Ramadhan, 2 AH(After Hijrah)


Yang mana dimenangi oleh orang islam dengan nusrah(bantuan) Allah S.W.T di dalam bulan yang diberkati,Ramadhan.2AH(After Hijrah).

Kehidupan di kota Mekah telah tidak dapat ditahan penderitannya oleh orang islam.orang musyrikin menghalang mereka dari beribadah dan menyeksa mereka. Nabi S.A.W, mengambil keputusan untuk berhijrah dengan para Sahabat R.Anhum ke Madinah untuk mengelakkan kaum muslimin dari diseksa lebih teruk oleh musyrikin Mekah. Orang-orang islam meninggalkan kota Mekah dengan senyap-senyap dan meninggalkan harta benda mereka.

Orang-orang kafir Mekah tidak berpuas hati dengan kejayaan penghijrahan ini.musyrikin mekah telah merampas semua harta benda orang islam yang ditinggalkan dan menggunakannya untuk berniaga dan menghantar rombongan perniagaan ke syam.(Syria)

Di Madinah,orang islam mencari idea bagaimana untuk mendapatkan kembali harta benda mereka. Seorang Sahabat R.Anhum berkata ”kita tidak boleh menerima ketidakadilan, kita mesti mendapatkan kembali harta benda kita dengan apa cara sekalipun.”Salah seorang Sahabat R.Anhum yang lain pula berkata,”mari kita mengangggu dan merampas salah satu dari rombongan perniagaan mereka dan mendapatkan harta benda kita.”

Walaubagaimanapun,semasa itu orang islam berada di dalam keadaan lemah,dan tidak mempunyai peralatan yang cukup untuk berperang dengan musyrikin Mekah. Lagi pula,Nabi S.A.W,tidak akan mengambil sebarang tindakan kecuali dengan perintah Allah S.W.T. dan kemudian pada satu hari,Baginda menerima wahyu dari Allah S.W.T,iaitu :



“diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) Yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana Sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan Sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).”

(Al-Hajj:39)

Apabila Nabi S.A.W mendengar khabar bahawa rombongan perniagaaan musyrikin Mekah pergi ke Syam dengan penuh muantan harta benda,dan barang yang diniagakan.Baginda menunjukkan arah Mekah dan berkata kepada para Sahabat.R.Anhum”ini adalah rombongan perniagaan dari musyrikin Mekah.pergi dan menahan mereka kerana Allah S.W.T,semoga Allah S.W.T menganti kembali harta-benda kamu.”

Pada 8 Ramadhan,orang islam membentuk tentera yang terdiri dari 313 orang,dengan 70 ekor unta dan 2 ekor kuda. Nabi S.A.W dan para Sahabat R.Anhum kemudian menuju ke tempat bernama Badar yang mana kebanyakan rombongan perniagaan akan berhenti sebentar di Badar yang terletak di tengah-tengah antara Mekah dan Madinah.terdapat juga sebuah perigi dan mereka juga merehatkan haiwan-haiwan yang membawa barang dagangan.

Abu Sufyan,ketua rombongan perniagaan ini,telah diberitahu bahawa Nabi Muhammad S.A.W dan Sahabat R.Anhum telah membentuk tentera untuk menganggu dan merampas barang perniagaan rombongan ini.kemudian Abu Sufyan telah menghantar utusan ke Mekah untuk memberitahu perkara ini.Sebelum masuk ke Mekah,utusan ini telah mengoyakkan bajunya, mencederakan untanya dan kemudian masuk ke Mekah dan berteriak,”rombongan perniagaan,rombongan perniagaan! Harta benda kamu bersama Abu Sufyan telah dirampas oleh Muhammad dan Sahabatnya.mungkin sudah terlewat untuk menyelamatkannya,tolong,tolong!”.

Berita ini telah heboh di seluruh Mekah dan ia mengejutkan mereka.dengan segera,mereka telah membentuk tentera yang terdiri dari 1300 orang,dengan 100 ekor kuda dan unta yang secukupnya yang dibekalkan dari setiap suku yang tinggal di Mekah. Mereka menju ke Badar dengan kemarahan yang membara.

Sementara itu,Abu Sufyan,telah sampai di sekitar Badar.Kemudian dia terjumpa seorang badwi dan bertanya samada ternampak tentera yang bergerak.Badwi itu menjawab,”saya tidak menjumpai sesiapapun kecuali 2 penunggang kedua di bukit yang berhampiran.”Abu sufyan dengan segera pergi ke tempat itu dan terjumpa saki baki makanan haiwan ternakan dan dia memerhati dengan teliti.kemudian beliau berkata,”demi Allah!ini ialah makanan yang diberi oleh orang Madinah kepada haiwan ternakan dan tunggangan mereka.” Dia tahu bahawa orang islam berada tidak jauh dari sini.dengan segera dia kembali kepada rombongan perniagaan mereka dan menyambung perjalanan tetapi mengubah arah ke barat,di tepi pantai untuk melarikan diri dari tentera islam.

Apabila dia telah pasti bahawa rombongan ini telah selamat dari gangguan dan serangan dari orang islam,dia telah menghantar utusan kepada tentera musyrikin mekah yang dia tidak memerlukan pertolongan lagi dan rombongan perniagaan ini telah selamat.
Walaubagaimanapun,Abu Jahal,musuh sejati Nabi S.A.W,tidak mahu berpatah balik ke Mekah dan mencadangkan tentera ini meneruskan ke badar dan berperang dengan orang islam. Dia berkata dengan nada angkuh,”kita tidak akan patah balik sehingga kita tiba di Badar.kita akan berkhemah disana selama 3 hari,sembelih binatang kita,mengadakan pesta,minum arak dan mengadakan wanita muda menari untuk kita.seluruh tanah arab akan tahu dan dengar bahawa gerakan kita,kekuatan kita dan selepas ini akan menghormati kita.mari kita terukan perjalanan.”

Tentera musyrikin Mekah yang bergerak ini adalah yang terbesar dibentuk di tanah Arab. Abu jahal Nampak inilah peluang keemasan untuk menghinakan orang islam. Dan apabila mereka berperang,dapat membunuh dan memusnahkan Muhammad dan Sahabatnya serta menghancurkan agama islam sekaligus.

Pada 16 Ramadhan,Nabi S.AW dan Sahabat R.Anhum telah tiba di perigi badar dan mendirikan khemah di sana.salah seorang dari Sahabat,pakar di dalam peperangan, Hazrat Al-Hubab Ibn Al-munthir R.Anhu telah mencadangkan kepada Nabi S.A.W,”kita teruskan bergerak dan kita menawan punca bekalan air musuh yang terletak berdekatan khemah musuh.kita bertahan di sana dan kita memusnahkan perigi-perigi lain dan kita korek tempat simpanan air berdekatan perigi yang tinggal untuk bekalan air tentera kita.”Nabi S.A.W telah menerima cadangan Hazrat Al-Hubab dan mendirikan khemah di tempat yang telah dicadangkan. Kemudian Hazrat Saad Ibn Muath R.Anhu membina sebuah benteng yang tinggi unutk tempat Nabi S.A.W dapat membimbing orang-orang islam semasa peperangan.



Telaga air Badar

Nabi S.A.W sendiri memastikan setiap orang di dalam tentera yang dibentuk ini benar-benar bersedia untuk berperang. Baginda memberi arahan bahawa mereka tidak harus memulakan perang dahulu. Kedua-dua pihak tentera mara ke arah hadapan dan bertentangan antara satu sama lain.situasi itu sangat serius dan bayangan kematian membayangi setiap orang.Nabi S.A.W tahu bahawa peperangan ini menentukan hala tuju orang islam dan agama islam.Baginda kemudian berlutut dan berdoa kepada Allah S.W.T.”ya Allah,jika kumpulan orang islam ini binasa,maka tidak akan ada lagi yang tinggal untuk agamaMu.”

Antara orang pertama yang mara ke medan pertempuran ialah Hazrat Hamza ibn Abdil Muttalib R.Anhu.Pak cik kepada Nabi S.A.W. beliau membunuh musuh yang cuba memusnahkan dan sampai kepada tangki simpanan air. Itulah permulaan kepada perang Badar.3 orang antara pahlawan Quraisy yang terbaik telah mara ke depan dari tentera musyrikin dan mencabar 3 tentera muslim untuk bertarung. Hazrat Hamza ibn Abdil Muttalib R.Anhu, Hazrat Ali ibn Abi Taleb R.Anhu and Hazrat Ubaidah ibn al-Harith R.Anhu mara ke depan di antara tentera islam.



lokasi pertempuran Badar.

Hazrat Saidinia Hazmah R.Anhu dan Hazrat Saidina Ali R.Anhu dapat membunuh mush mereka,manakala Hazrat Ubaidah ibn al-Harith R.Anhu syahid terkorban bersama musuhnya akibat kecedaraan yang teruk. Malu dengan kekalahan ini,tentera musyrikin telah melepaskan anak panah kepada tentera islam. Dan merempuh tentera islam dengan pedang mereka.

Mereka menyerang dalam hilang banyak orang-orangmereka,tetapi mereka masih tidak dapat menembusi benteng tentera islam. Dalam keadaan bertahan,tentera islam menunggu sampai kekuatan musuh mereka berkurangan.Dan tentera islam membalas serangan dengan pantas secara bergilir-gilir sebelum musuh sempat membalas serangan.Nabi S.A.W mengetuai tentera islam, bertarung dengan berani di barisan hadapan dan sambil membaca ayat-ayat Quran.

Menghadapi kekurangan tentera yang banyak,tentera musyrikin bertempiaran melarikan diri sebelum dan orang islam mengejar mereka dan mendapat tahanan perang.tetapi Abu jahal tidak boleh menerima kekalahan itu. Ia cuba membetulkan kedudukan tentera musyrikin,tetapi mereka semuanya bertempiaran lari menyelamatkan diri masing-masing meninggalkan pasukan pemanah untuk melindungi mereka. Tetapi ini tidak sedikitpun menakutkan Hazrat Muath ibn Amr R.Anhu dari mendapatkan dan mengejar Abu jahal dan beliau memukul Abu jahal dengan pedangnya,kemudian salah seorang dari Sahabat R.Anhum yang lain melempar tombak dan ia menembusi badan dan ia membunuh Abu jahal.

Ianya kekalahan yang sangat memalukan dan teruk kepada musyrikin.mereka hilang 70 orang pahlawan terbaik mereka,temasuk 20 darinya ketua pasukan tentera.70 yang lain telah menjadi tahanan perang.40 orang islam terkorban di dalam peperangan ini.berita tentang kemenangan tentera islam telah sampai ke pengetahuan penduduk madinah dan mereka sangat gembira mendengar khabar ini.dan Mereka hampir terkejut dan tidak percaya bahawa pada 23 Ramadhan,mereka melihat Nabi Muhammad S.A.W dan para Sahabat R.Anhum memasuki kota Madinah beserta kemenangan dan 70 tawanan perang.



40 nama Sahabat R.Anhum yang syahid di Badar (Ahlul Badar) dicatitkan di Badar.

Inilah yang terjadi pada perang Badar,yang terjadi di dalam Bulan Ramadhan. Petempuran ini menentukan masa depan orang islam dan agama islam itu sendiri. Sebelum peperangan ini,orang islam lemah dan dihina secara berterusan oleh kuffar/musyrikin Mekah. Selepas peperangan Badar, orang islam bangkit sebagai satu agama dan negeri yang kuat serta dikenali,semuanya dengan izin Allah S.W.T. yang membolehkan apa sahaja perkara terjadi.

Rujukan:

-Sahih Bukhari jilid 4,hadith no. 274, 359,

-Sahih Bukhari jilid 5,hadith no. 286,287,367,358.

-Sahih Muslim ,hadith no 4394.

-Sunan Abu Daud hadith ke 2658 & 2659.

- Majalah Al-Jum`uah jilid 10 isu 8 dan 9.(United States edition)

- The Holy Qur'an: Text, Translation & Commentary by Sheikh Abdullah Yusuf Ali (1987).
posted by Abdullah_m.e. @ 9:24 PM   0 comments
kenapa tiada tulisan dan bacaan Bismillah di permulaan Surah At-Taubah.
Monday, May 23, 2011



Penerangan dibawah telah diberi oleh Faqihul Ummah Hazrat Maulana Mufti Muhammad Gangohi Rahmatullahi A`laih.

Semasa Hazrat Saidina Usman R.Anhu ditanya tentang kenapa tiada bacaan Bismillah di permulaan Surah At-Taubah,yang mana ia tidak seperti surah yang lain yang dibacakan Bismillah di permulaan surah,Beliau menjawab perkara ini terdapat khilaf (berbeza pendapat) yang mana ia menjadi surah yang berasingan. Ini adalah kerana Nabi S.A.W telah wafat tanpa sempat menerangkan apa pun tentang berkenaan perkara ini. Inilah kenapa tidak ditulis dan dibaca Bismillah pada permulaan Surah At-Taubah.

Walaubagaimanapun,perkara ini adalah berkaitan dan sama dengan surah Al-Anfal dimana ia adalah surah sebelum At-Taubah yang mana Bismillah telah diletakkan selepas surah ini dan terdapat ruang telah disimpan@ditutup. Dan perkara ini boleh jadi ini adalah surah yang berasingan.

(Shamaail Al-Tirmidhi ,jilid ke -2,muka surat 139)

Di dalam sahih Bukhari (jilid ke-2,mukasurat 271),ianya telah dinyatakan bahawa surah ini diturunkan untuk membatalkan perjanjian damai antara orang islam dan musyrikin. Di dalam surah ini adanya perintah untuk membunuh musyrikin dan kemurkaan Allah S.W.T pada mereka. Oleh kerana itu, Bismillah tidak ditulis dan dibaca di permulaan Surah At-Taubah yang mana maksud Bismillah itu sendiri bermaksud kepada keamnan dan belas kasihan.

Terdapat di dalam kitab Shaatbi bahawa bismillah tidak ada pada awal surah At-Taubah kerana ianya diturunkan berkaitan dengan peperangan.ini bukanah perkara utama walaupun perkara ini boleh dipertimbangkan. Sebab utama turunnya surah ini adalah sama seperti yang telah diriwayatkan oleh Hazrat Saidinia Usman R.Anhu.

(Bayaa`nul Quran,jilid ke-4,muka surat 95)

Rujukan:

1.Shamaail Al-Tirmidhi terjemahan bahasa inggeris oleh Hazrat Asy-Sheikh Muhammad ibn Abdul Rahman Ebrahim Damaat barakaatuh.

2. Sahih al-Bukhari terjemahan bahasa inggeris oleh Sheikh Muhammad Muhsin Khan Damaat barakaatuh.

3. Bayaa`nul Quran oleh Maulana Muhammad Ali Damaat barakaatuh.
posted by Abdullah_m.e. @ 8:57 PM   0 comments
galeri dan kenangan kepada Shehikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya Khandahlawi Rahmatullahi A`laih.
Friday, May 6, 2011
galeri dan kenangan kepada kepada Shehikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya Khandahlawi Rahmatullahi A`laih.

Assalamualaikum W.B.T kepada semua,syukur pada Allah S.W.T,kita masih diberi peluang lagi untuk memperbaiki diri kita lagi pada hari ini.Alhamdulillah,untuk posting kali ini saya ingin mengingatkan dan kalau yang belum kenal,ingin memperkenalkan seorang ulama dari India yang kealiman diakui dan diiktiraf oleh para ulama dari seluruh dunia. beliau ialah Shehikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya Khandahlawi Rahmatullahi A`laih,Februari 3 1898 – Mei 24 1982)orang alim di dalam bahagian hadith.nasab hazrat bersambung kepada Hazrat Saidina Abu Bakar R.Anhu,Sahabat Nabi S.A.W dan beliau anak saudara kepada Hazrat Maulana Muhammad Ilyas Khandahlawi Rahmatulahi A`laih,ulama yang meneruskan usaha da`wah dan tabligh yang diwarisi dari Nabi S.A.W.di sini saya sertakan gambar-gambar yang diambil di mazahirul uloom,tempat hazrat maulana pernah mengajar,rumah beliau dan yang ada kaitan dengan beliau.semoga kisah hidup hazrat diambil contoh tauladan bagi kita yang mana hazrat ialah pencinta agama dan sunnah Nabi S.A.W yang sejati.

kepada yang ingin khuruj fisabilillah 4 bulan ke india,pakistan dan bangladesh atau ingin menyambung pengajian samada di dalam bidang agama@kemahiran,,kalau ada kelapangan,singgahlah ke mazahirul uloom,yang terletak di bandar saharanpur,negeri uttar pradesh,India.Alhamdulillah saya sempat singgah di sini dan saya kongsikan pengalaman saya di sana dalam berbentuk gambar.semoga kita ambil manfaat,insyaAllah.

kitab Awjaz ul Masaalik (18 jilid) - dikarang oleh Shehikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya Khandahlawi Rahmatullahi A`laih.





contoh salinan kitab tulisan tangan Shehikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya Khandahlawi Rahmatullahi A`laih.





Dare jadeed - pintu masuk utama Mazahirul Uloom,Saharanpur,Uttar Pradesh District,India.pandangan pada waktu malam





Dare jadeed - pintu masuk utama Mazahirul Uloom,Saharanpur,Uttar Pradesh District,India.pandangan pada waktu siang.





Dare jadeed - bilik pengajar (atas lantai hijau ) dan asrama pelajar.





Dare jadeed - pintu masuk utama Mazahirul Uloom,Saharanpur,Uttar Pradesh District,India.





Dars gah - bilik kelas pengajian sahih bukhari di dalam Mazahirul Uloom.pandangan 1.





Dars gah - bilik kelas pengajian sahih bukhari di dalam Mazahirul Uloom.pandangan 2.





pintu masuk rumah Shehikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya Khandahlawi Rahmatullahi A`laih.





perpustakan peribadi Shehikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya Khandahlawi Rahmatullahi A`laih.





ruang belajar dan menelaah Shehikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya Khandahlawi Rahmatullahi A`laih.






Katcha ghar - rumah Shehikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya Khandahlawi Rahmatullahi A`laih, dibeli Maulana hanya dengan harga 2200 rupee.





masjid utama di Mazahirul Uloom - pandangan mimbar





masjid utama di Mazahirul Uloom - pandangan hadapan





masjid utama di Mazahirul Uloom,pandangan sisi 1





masjid utama di Mazahirul Uloom,pandangan sisi 2





pintu masuk perpustakan baru untuk Dare Jadeed Mazahirul Uloom.





kedai buku yang terletak di saharanpur,menjual kitab-kitab karya Shehikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya Khandahlawi Rahmatullahi A`laih,dan kedai ini milik hazrat Maulana





pemandangan bandar Saharanpur dari tingkat atas Mazahirul Uloom.


posted by Abdullah_m.e. @ 8:38 PM   3 comments
Janji Allah S.W.T di dalam rezeki setiap muslim
Sunday, May 1, 2011


Janji Allah S.W.T di dalam rezeki kita

Alhamdulillah,syukur pada Allah S.W.T,kta diberi peluang dan usaha untuk meneruskan kehidupan dan mencari rezeki atas muka bumi milik Allah S.W.T ini.di dalam usaha kita untuk mencari rezeki,Allah S.W.T tidak meletakkan sebarang jaminan dan janji didalam usaha kita,tetapi Allah S.W.T janjikan keberkatan dan rezeki kita di dalam amal-amal agama Allah S.W.T sepertimana yang selalu kita dengar di dalam tafsir ayat 1000 dinar.”yang mana ayat ini bukanlah untu digantung di kedai semata-mata,tetapi Allah S.W.T meletakkan perkataan “beriman dan bertaqwa” untuk rezeki yang tidak disangka-sangka,semoga Allah S.W.T bukakan dan ilhamkan kepada kita semua untuk usaha mencari rezeki dengan cara yang betul,insyaAllah.

Pertama sekali, saya dan kita semua harus bersetuju dengan maksud rezeki yang mana Hazrat Sheikh Zulfiqar Damaat Barakaatuh, ulama di dalam bidang tasawuf dan juga seorangda`ie mendefinasikan maksud rezeki bermaskud,

“semua aspek yang berkaitan dengan jatuh bangun seseorang manusia,termasuk di dalam maksud rezeki.ianya termasuk tetapi tidak terhad hanya kepada harta benda, status, perniagaan dan anak-anak.”

Hari ini kita melihat dan Nampak di depan mata kita sendiri, bahawa setiap orang bertungkus-lumus berusaha untuk mencari rezeki sama di dalam pekerjaan,perniagaan dan sebagainya.sesetengah orang berfikir bahawa untuk meluaskan dan memperbanyakkan rezeki ialah dengan melakukan perkara yang haram, seperti membuka kedai minuman dan menjual arak, tapi ia tidak sebenarnya.Islam memberitahu kita bahawa rezeki telah ditetapkan dan diaturkan oleh Allah S.W.T pada masa sebelum kelahiran kita lagi dan pada masa itu juga Allah S.W.T telah membuat 5 janji kepada manusia di dalam rezeki kita. Dengan lebih terperinci lagi saya akan menerangkan 5 perkara tersebut di bawah bersama dalilnya,insyaAllah.

5 janji Allah S.W.T di dalam rezeki.

1.Taqwa.



2. Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) Dengan cara Yang baik, atau lepaskan mereka Dengan cara Yang baik; dan adakanlah dua orang saksi Yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum Yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara Yang menyusahkannya),

3. serta memberinya rezeki dari jalan Yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(At-Talaq: 2 dan 3 )

Merujuk kepada ayat Quran di atas Hazrat Mufti Muhammad Shafi`e Sahab Damaat Baraakatuh menuis di dalam tafsir Ma`rifatul Quran berkenaan tentang maksud sebenarnya taqwa:

“perkataan taqwa yang utama dan secara harifiah bermaksud “menjaga” dan “menahan diri”. Di dalam terminologi islam, ia bermaksud “ menahan diri dari berbuat dosa”. Apabila perkataan taqwa ini diterjemah ke lebih tepat,ia adalah bermaskud “takut kepada Allah” dan ia secara langsung berkait dengan untuk menggelakkan perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T dan menahan diri dari melakukan dosa."

Ada satu perisitwa dimana SaidinaUmar R.Anhu bertanya kepada Saidina Ka`ab Ahbaar R.Anhu iaitu :”apakah maksud dan kenyataan tentang taqwa?”
Saidina Ka`ab Ahbaar R.Anhu menjawab,”pernahkah kamu melepasi pokok yang berduri?”
SaidinaUmar R.Anhu menjawab “ya”.
Saidina Ka`ab Ahbaar R.Anhu bertanya lagi,”bagaimana kamu melepasinya?”
SaidinaUmar R.Anhu menjawab,”saya melepasinya dengan berhati-hati dan saya memastikan duri pokok tersebut tidak mengenai dan melukakan tubuh badan saya.”
Saidina Ka`ab Ahbaar R.Anhu menerangkan,”di dalam perkara yang sama,ia juga sama dengan taqwa.taqwa bermaksud untuk seseorang menyelamatkan dan menahan diri dari berbuat dosa dan kelalaian.”

Jadi,inilah sebenarnya perkara pertama yang dijanjikan Allah S.W.T pada orang yang beriman dan bertaqwa,yang mana Allah S.W.T akan memudahkan urusan dan kesusahan yang dihadapai seseorang hamba dan Allah S.W.T juga akana menyediakan rezeki dan kemudahan dari sumber yang mereka tidak jangka dan ketahui.

2. Solah 5 waktu

Sesiapa yang biasa dan pernah laungkan masa bersama jemaah untuk khuruj fisabilillah akan biasa dengar dan faham serta biasa dengan hadith tentang janji Allah S.W.T jika menjaga solah 5 waktu.salah satunya ialah Allah S.W.T memudahkan rezeki mereka.jika ada diantara kita yang jarang dan tidak biasa dengan hadith ini,mungkin seseorang itu harus belajar meluangkan masa keluar di jalan Allah S.W.T..insyaAllah.
Di dalam salah satu hadith ada dinyatakan bahawa,” solah ialah salah satu perkara yang disukai oleh Allah S.W.T.ia juga perbuatan yang dicintai oleh para malaikat,dan ianya adalah sunnah Ambiyaa` Alaihi Mussolatu Wassalam,nur (cahaya) kepada maar`ifah dicapai dan doanya diterima, dan keberkatan rezeki didapati.”

Sekali Sahabat R.Anhum berkata,”apabila isi rumah dan bekalan makanan di rumah Nabi S.A.W berkurangan dan tidak ada,Baginda menyuruh isi rumahya menunaikan solah dan membaca ayat ini:



dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah Engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadaMu, (bahkan) Kamilah Yang memberi rezeki kepadamu. dan (ingatlah) kesudahan Yang baik adalah bagi orang-orang Yang bertaqwa.
(Taha :132)

3. Istighfar

Nabi S.A.W ada bersabda di dalam satu hadith bahawa,”seseorang yang memohon keampunan pada Allah S.W.T untuk lelaki atau wanita islam sebanyak 26 atau 25 kali setiap hari,maka Allah S.W.T akan mengira seseorang itu termasuk didalam doanya yang diterima Allah S.W.T,dan dari itu juga ia akan dikurniakan keberkatan pada rezekinya dari sesiapa yang mencari rezeki di atas muka bumi ini.”

Nabi S.A.W bukan sahaja membuat dirinya sendiri untuk mengucap dan membuat istighfar dan taubat pada Allah S.W.T,malah baginda juga menggalakkan dan menyuruh orang islam supaya meminta keampuanan dari Allah S.W.T dengan kekerapan yang tinggi. Salah satu kelebihan di dalam . Istighfar yang mania ianya boleh ditemui dalam hadith,”Allah S.W.T akan melayan dan menendengar permintaan dan rintihan seseorang yang banyak mengucapkan istighfar dan dalam masa yang sama seperti dengan hamba yang bertaqwa.”

Saidina Abbas R.Anhu meriwayatkan bahawa Nabi .S.A.W bersabda,” seseorang yang kerap mengucapkan istighfar,yang mana ianya meminta keampunan dari Allah S.W.T atas dosa yang dia telah buat,maka Allah S.W.T akan membuka jalan-jalan penyelesaian dari kemiskinan dan kesusahan. Segala penderitaan dan kesusahan akan dialihkan dan pada tempatnya kemakmuran dan kesejahteraan akan didapati yang mana seseseorang itu akan menerima rezeki dari sumber yang tidak diketahui dan tidak dijangka sumbernya.”

4. Tawakkal (berserah) pada Allah S.W.T.

Tawakkal pada Allah S.W.T boleh diterjemah dan ditakrifkan sebagai berharap sepenuhnya pada Allah S.W.T. di dalam penerangan yang lebih terperinci ianya bermaksud 100% berserah dan berharap pada Allah S.W.T akan memberi rezeki.Allah S.W.T telah menetapkan rezeki untuk saya.jika semua mahluk ciptaanAllah S.W.T berkumpul dan datang untuk mengubah sesuatu,maka pasti mereka tidak mampu mengubahnya kecuali dengan izin Allah S.W.T.

Nabi S.A.W ada bersabda bahawa ,:jika kamu bersedia dan iklhas berserah diri pada Allah S.W.T, Dia akan mengurniakan kamu rezeki,sepertimana burung-burung diberi rezeki,yang mana burung-burung ini keluar dari sarangnya di waktu apgi dengan perut yang kosong dan kembali ke sarang ada waktu petang dengan perut yang penuh.Allah S.WT berfirman:



"serta memberinya rezeki dari jalan Yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."

(Al-Talaq: 3)


Itulah bagaiamana ayat di atas menerangkan di atas bersambung.SubhanaAllah,betapa indah dan mudahnya contoh tamsilan yang diberi oleh Nabi S.A.W,semoga Allah S.W.T memberi kerahmatan pada baginda dan Keluarganya.

Sadinia Hussin R.Anhu meriwayatkan dari Nabi S.A.W bahawa,”seseorang yang ikhlas berserah pada Allah S.W.T,maka Allah S.W.T akan mencukupkan semua keperluan dan tanggungjawab seseorang itu.rezeki akan diperoleh dari sumber yang tidak dijangka,yang mana ianya tidak masuk akal dan tidak boleh dibayangkan. Sesseorang yang bergantung pada usahanya sendiri dan dunia,maka Allah S.W.T akan menyerahkan rezeki dan nasib orang itu pada benda yang ia bergantung.”

Hazrat Shehikhul Hadtih Maulana Muhammad Zakariyya Khandahlawi Rahmatulllahi A`laih menulis di dalam bukunya fadhilat Sedekah bahawa mendengar dan taat pada kata-kata Nabi S.A.W,yang mana ianya tersimpan kudarat dan perintah Allah S.W.T:

“sesiapa yang ingin menjadi yang terkuat,mereka seharusnya bertawakkal (berserah) pada Allah S.W.T. seseorang yang ingin menjadi orang yang sangat dihormati,maka beliau harus ada sifat taqwa.seseorang yang ingin menjadi yang paling sihat dan cergas,maka beliau harus lebih berharap pada kudrat Allah S.W.T. lebih dari apa yang diusahakannya.”


5. Infaaq Fisabilillah

Ianya bukan satu lagi rahsia apabila seseorang menggunakan hartanya untuk agama Allah S.W.T dan di jalan Allah S.W.T,maka Allah S.W.T yang tiada had pengasihnya akan memberi yang lebih lagi.banyak hadith menerangkan kepentingan dan kelebihan perkara ini,tetapi untuk menjimatkan masa pembaca semua,saya hanya meletakkan satu kisah yang ringkas tentang Sadina Ali R.Anhu dengan pencuri yang mana ia akan memudahkan kita semua untuk memahami konsep ini dengan mudah.

Hazrat Ubaydullah Bin Muhammad Bin Aisha R.Anhu meriwayatkan bahawa apabila seorang pencuri datang berjumpa dengan Hazrat Saidinina Ali R.Anhu semasa beliau menjadi khalifah, dia telah berkata pada anaknya Hazrat Saidina Hassan R.Anhu,”pergi kepada ibu kamu dan beritahunya untuk memberi 6 dirham yang saya tinggalkan padanya kepada pencuri ini.”Hazrat Hassan R.Anhu kemudian berjumpa ibunya dan datang kembali dengan pesanan dari ibunya disampaikan kepada ayahnya,Saidina Ali R.Anhu,”kamu telah meninggalkan 6 dirham itu untuk membeli tepung.”kemudian Saidinia Ali R.Anhu berkata,”iman seseorang tidak akan betul dan sahih sehinggalah dia mempercayai apa yang ada ditangan dan ketentuan Allah S.W.T dari apa yang ada pada tangannya.”kemudian Saidina Hassan kembali kepada ibunya dan menyampaikan pesanan dari Saidina Ali R.Anhu.mendengar pesanan ini,ibunya terus memberi 6 dirham itu kepada pencuri tadi.”

Hazrat Saidina Ali R.Anhu masih tidak lagi mengubah posisi duduknya kemudian datang seorang untuk menjual unta padanya.”berapa harga unta ini?” Tanya Hazrat Ali R.Anhu pada penjual itu. Penjual itu membalas “140 dirham”. Hazrat Ali R.Anhu berpesan pada penjual itu supaya mengikat dan meninggalkan unta itu bersamanya dengan bermaksud Hazrat Ali R.Anhu akan kembali dan membayar harga unta itu setelah beberapa ketika. Penjual itu telah mengikat unta pada dahan pokok kurma dan meninggalkannya dengan Hazrat Ali R.Anhu .kemudian seorang datang dan bertanya pada Hazrat Ali R.Anhu milik siapakah unta ini. Apabila Hazrat Ali R.Anhu memberitahunya bahawa unta ini milik beliau,maka orang ini bertanya samada beliau mahu menjualkannya.Hazrat Ali R.Anhu menjawab,”boleh dan pasti.”orang itu bertanya berapa harganya dan kemudian menawarkan harga pada Hazrat Ali R.Anhu dengan harga 240 dirham.Hazrat Ali R.Anhu bersetuju dan orang itu membayar unta itu dengan harga yang dipersetujui tadi dan mengambil unta tadi dan beredar.

Belum sempat Hazrat Ali R.Anhu menukar lagi posisi kedudukannya,orang yang menjual unta pada Hazrat Ali R.Anhu dan beliau membayar 140 dirham pada penjual itu.setelah selesai urusan,beliau pulang ke rumah dan meneyrahkan 60 dirham pada isterinya,Hazrat Fatima` R.Anha. Melihat wang itu,isterinya bertanya,”apakah ini dan dari mana datangnya?”

Hazrat Ali R.Anhu menjawab”inilah janji dan firmanAlah S.W.T yang disabdakan dari Nabi S.A.W iaitu:”.



"sesiapa Yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) Yang sama dengannya; dan sesiapa Yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) Yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun)."

(An-Anm: 160)

SubhanaAllah,perlukah saya bercakap sesuatu melainkan ini bukanlah cerita dongeng dan rekaan tapi ianyaadalah peristiwa yang benar dan pernah berlaku. Para Ulama e-kiraam telah menerangkan banyak sekali cara yang halal untuk menambahkan keberkaatan pada rezeki kita.tetapi sebagai rumusan inilah perkara yang dipelajari saya dari para ulama e-kiraam yang mengkaji dan memahami quran dan Hadith.

5 punca rezeki didalam janji Allah S.W.T:

1.Taqwa

2.Solah 5 waktu

3.Isgtifhar

4.Tawakkal

5.Infaq Fisabilillah.

Dan sebelum saya terlupa ialah Asbab (sebab) .tiada janji Allah S.W.T dikaitkan dan diletak pada asbab,tetapi yakin kita pada hari telah lebih kepada asbab,bukan janji Allah S.W.Tsemoga Allah S.W.T mengampuni saya terutamanya yang masih banyak kesalahan dan kita semua dan membawa semua perkara penting di dalam janji Allah S.WT. di dalam kehidupan kita,Amiin,insyaAllah.

Rujukan

1.Fadilaah Sadaaqah by Shehikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya Khandahlawi Rahmatullahi A`laih.

2. Lecture by Hazrat Maulana Sheikh Zulfiqar wal Nasqhabandi Damaat Barakaatuh at Chaqwaal khanqah Madrasah,Pakistan.

3. Khutbah Jumaat by Hazrat Maulana Muhammad Yunus Patel Saheb Damaat Barakaatuh in topic “Promise of Rizq from unknown sources upon Taqwa” at south Africa.

4. Tafsir Maàrifatul Quran by Hazrat Mufti Muhammad Shafi`e Sahab Damaat Baraakatuh.

5. Mishkat al-Masabih by Muhammad ibn Abd Allah Khatib Al-Tabrizi Rahmatullahi A`laih

6. Kanz al-Ummal by Ali ibn Abd-al-Malik al-Hindi Rahmatullahi A`laih.

7. Maariful Hadith by Hazrat Maulana Shaykh Mohammad Manzoor Nomani Rahmatullahi A`laih.


Selitkan nama saya di dalam doa-doa pembaca semua.saya ini masih insan yang lemah dan masih di dalam proses pembelajaran.

,دراسة ولا تزال ضعيفة

اليمدا دوله وال المهاجر محمد أفندي آل الديوبندية
posted by Abdullah_m.e. @ 8:02 PM   0 comments
<
About Me

Name: Abdullah_m.e.
Home: kuala lumpur, wilayah persekutuan, Malaysia
About Me: Dan orang-orang yang terdahulu; yang mula-mula dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” (berhijrah dan memberi bantuan), dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada Nya, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah, Ayat 100) masih di dalam proses pembelajaran baik untuk keperluan mahupun agama..masih di dalam fasa membaiki diri..kerana diri ini tidak sempurna..
See my complete profile
Previous Post
Archives
Disclaimer

For all reader information,i`m not a ustaz,hafizul quran more so ulama`.i`m just the follower (ittiba`) of the Prophet S.A.W,the companions R.Anhum and whom who followed them from time to time until Qiyaamah.for that reason,almost all the published article,translation or journal and quote have reference.only certain do not have a reference due to that publish is personal opinion/advice of the writer.still in process of learning and purifcation.moderate opinion and neutral method.not in favor/represent of any organizational,fiqrah,political party or jamaah.what is good and there`s akhlak,we follow them.what is not very good,we make a moral story of it. This blog is published in Bahasa Malaysia so that the malay language user can understand some translation of kitab or quote from ulama` and to uphold usage of bahasa malaysia among whom understand malays.some of the kitab or reference is not published and sale in malaysia,almost majority of it is from Hindustani sub-continent and some of it from the middle-east.only certain publish in english language. Manhaj Ahlul Sunnah Wal Jamaah,follow Shafii` Mazhab. Jazakumullahu Khairan Kasthira`,

Powered by

BLOGGER

Lau ka na Bainana Al-Habib-Abdul Rahman Mohamed,Saudi Arabia..

lau kana bainana(1)

Powered by mp3skull.com

Powered by

BLOGGER

Darul Uloom Deoband,Saharanpur,India

Darul Uloom Nadwatul Ulama`,Lucknow,India.

Jamia` Darul Uloom Karachi,Pakistan.

Mazahirul Uloom,Saharanpur,India.

Darul Mustafa`,Tarim, Yaman

Darul Uloom Azaadville,South Africa.

Miftahul Uloom,Bandar Baru Sri Petaling,Kuala Lumpur,Malaysia

Ba`alawi,Kuala Lumpur,Malaysia.

Yayasan Al-Jenderami,Jenderam Hilir,Selangor,Malaysia

Yayasan Sofa`,N.Sembilan,Malaysia.

Blog Visitor Location


widgeo.net

© 2005 Assalamualaikum.. Blogger Templates by Isnaini and Cool Cars Pictures