Assalamualaikum..

"هذا هو معنى الحياة هو نحن هو الإسلام." تحيات.. كيف حالك.. نأمل حصلت على مباركة لك من الله

 
<

followers
komunikasi
Create your own banner at mybannermaker.com!
Create your own banner at mybannermaker.com!
facilities

khidmat

Innalhamdulillah,khidmat kpd pelajar samada yg berada dlm kemahiran kejuruteraan(mekanikal,elektrikal,electronic,mekatronik dsb.) @pelajar agama yg berminat.sy sedia membantu menyemak proposal, report dn mmberi cadangan kpd projek tahun akhir(FYP) atau masalah pembelajaran anda secara percuma. semoga usaha anda dimudahkan utk menamatkan pengajian dn anda dpt berkhidmat serta berjuang di jalan Allah S.W.T.hubungi sy di YM;ghostrider_mujahid.JazakaAllahu Khair.
Visitor
Bahagian kedua :menutup ke`aiban orang lain dan melihat kebaikannya.(Nasihat yang berharga untuk para pekerja agama Allah S.W.T.)
Sunday, January 23, 2011



Bahagian kedua : menutup ke`aiban orang lain dan melihat kebaikannya.

Kisah Hazrat Umar R.Anhu dan orang tua.


Pada suatu malam, Umar R.Anhu keluar dari rumahnya untuk pergi ke rumah seorang muslim yang tua di dalam Bandar Madinah Munawwarah, yang mana orang tua itu sedang minum arak. Umar R.Anhu telah menegurnya dengan berkata,” aku tidak penah melihat sesuatu yang lebih teruk dari perkara ini. Engkau sudah berumur dan tua, di dalam ambang kematian dan engkau masih lagi meminum arak?. Maka orang tua itu pun menjawab pada Umar R.Anhu,” Wahai Umar, aku sedar aku telah melakukan satu kesalahan tapi engkau telah melakukan 3 kesalahan:

1. memasuki rumah orang islam tanpa izin dan kebenaran.

2. memanjat tembok rumah.

3. mencari kesalahan orang islam yang lain.

Allah S.W.T telah melarang perbuatan 3 perkara ini di dalam Al-Quran. Apabila Hazrat Umar R.Anhu mendengar teguran ini,maka beliau mula menangis dan meratap, dan perasaan takut yang amat sangat pada Allah S.W.T. Dalam masa yang sama, Hazrat Abdullah Ibn Mas`ud R.Anhu berada di luar perkarangan rumah itu. Untuk tidak menunjukkan kesan dari peristiwa ini pada Abdullah Ibn Mas`ud R.Anhu, Umar R.Anhu mengambil selendangnya untuk menyembunyikan bunyi tangisan dan ratapan, dan menutup mulutnya dengan tangan.

( Umar R.Anhu menangis kerana bukanlah disebabkan kesalahan orang tua tersebut,tetapi sebenarnya kerana kesalahan dirinya sendiri yang mana beliau sedar apabila dia ditegur orang tua itu.)

Satu perkara yang penting juga bahawa Hazrat Abdullah Ibn Mas`ud R.Anhu ialah penasihat yang isitmewa dan rapat kepada Hazrat Umar R.Anhu. Beliau selalu mengikut dan bersama dengan Umar R.Anhu pada hampir keseluruhan masa. Tetapi, apabila Umar R.Anhu keluar dari rumah orang tua itu, tetapi Abdullah Ibn Mas`ud R.Anhu tidak bertanya malah mendengar apa yang dialami oleh Umar R.Anhu di dalam rumah orang tua itu.

Semoga Allah S.W.T mengampuni kita..keadaan ini hampir sedemikian rupanya apabila kita melihat kesalahan di dalam islam, dan ia menjadi tugas kita untuk memberitahu dan berjumpa atas perkara yang penting ini. Apabila kita membongkar atau menceritakan kekurangan dan kesalahan seseorang, maka kita sebenarnya telah menjatuhkan maruah dan status serta kepercayaan orang lain terhadap individu itu.

Hazrat Maulana Muhammad Yusuf Khandahlawi Rahmatullahi Ala`ih pernah berkata bahawa apabila kita terlihat suatu kesalahan yang dibuat oleh seseorang, maka janganlah kita terkesan dengan kesalahan individu itu. Sebaliknya kita kenalah melihat pengorbanan dan susah payah yang individu itu telah buat untuk agama. Ketika itulah kita akan menyedari bahawa pengorbanan yang telah dibuat oleh seseorang itu besar dan kesalahan itu akan menjadi lemah dan kecil berbanding dengan pengorbanan yang telah dibuat. Dengan cara inilah kita akan sangat-sangat menghargai dan menghormati seseorang, dan penambahbaikan dan muhasabah (islaah) akan dibuat di dalam diri setiap individu dalam ummah.

Namun, kerana malu, orang tua itu tidak hadir di dalam majlis yang dihadiri dan dibuat oleh Hazrat Umar R.Anhu sepanjang satu bulan.. Akhirnya, pada suatu hari, ia memberanikan diri dan datang di dalam majlis dibuat oleh Hazrat Umar R.Anhu tetapi beliau duduk di bahagian belakang dan menyembunyikan dirinya. Umar R.Anhu telah sedar orang tua itu berada di dalam majlis dan Umar R.Anhu memanggil orang tua itu untuk duduk bersebelahan dengannya. Orang tua itu menyangka bahawa dia perlu mengaku kesalahannya dan membukanya pada semua orang dan dia akan rasa terhina.

Tetapi Umar R.Anhu memanggil orang tua itu untuk duduk bersebelahan dengannya dan Hazrat Umar R.Anhu telah mendekatkan mulutnya pada telinga orang tua itu dan berbisik dengan perlahan bahawa “ dengan nama Allah S.W.T aku bersumpah,tidak ada seorang pun aku beritahu dan ceritakan apa yang aku lihat pada malam itu.”Setelah itu orang tua itu pula berbisik dengan perlahan bahawa” dengan nama Allah S.W.T aku bersumpah, aku telah bertaubat dan sejak malam itu aku tidak minum arak lagi walaupun setitik.”

Kepada pembaca yang dihormati, dengan cara seperti inilah yang mana penambahbaikan dan muhasabah (islaah) akan datang pada diri setiap individu di dalam ummah, dan inilah yang diperlukan dari kita. Kita hendaklah menyembunyikan kesalahan orang lain, dan kita melihat kebaikan yang ada pada dirinya. Inilah salah satu dari sifat dan amalan para Sahabat R.Anhum dan Khulafa Ar-Rasyidin yang telah diajar dan dibentuk oleh Nabi S.A.W.


rujukan:

1. Hayatus Sahabah (lives of companions of Nabi S.A.W)
By Hazrat Maulana Muhammad Yusuf Khandahlawi Rahmatullahi Ala`ih.

2.“priceless advices for all workers of deen”/"deen ki tamaam karkoon kellie kimti maswur"
By Hazrat Maulana Zeyad Danka(D.B).,under the guidance of Hazrat Maulana Ahmed Suleman Khatani Saheb (D.B).
Darul Mazed,Camperdown,
South Africa.
posted by Abdullah_m.e. @ 10:28 AM   0 comments
Bahagian pertama : toleransi dan kesabaran (Nasihat yang berharga untuk para pekerja agama Allah S.W.T.)
Sunday, January 16, 2011



Alhamdulillah,siri pertama terjemahan telah dimulakan dan posting tentang kata-kata penghantar dari para ulama e-kiraam sebelum ini akan di`update dari semasa ke semasa,insyaAllah.


Bahagian pertama : toleransi dan kesabaran

Kenapa setiap Nabi ialah penggembala

Salah satu faktor lain yang penting di dalam menjalankan usaha da`wah ialah sifat toleransi dan kesabaran kita di dalam membuat usaha. Ciri-ciri ini ialah salah satu syarat kelayakan wajib yang telah ada para Ambiyaa` Alaihi Mussolatu Wassalam. Sebelum Nabi S.A.W dilantik menjadi pesuruh Allah S.W.T,Allah S.W.T telah memelihara kualiti ini dengan menjadikan setiap Nabi sebagai seorang penggembala kambing.

Menjaga haiwan jenis ini khususnya memang suatu tugas yang sukar dan mencabar.Kambing ialah haiwan yang lemah.kita tidak boleh menunggang dan memukulnya. Malah kita tidak boleh mengangkut barang yang berat dan meletakkan bebanan itu untuk diangkut oleh kambing.

Kebijaksanaan untuk memilih haiwan yang lemah speperti kambing ialah,jika Nabi sebagai pesuruh Allah S.W.T. mampu mengawal kerenah dan pergerakan haiwan pada masa itu,maka pada masa akan datang apabila berurusan dengan haiwan atau yang mahluk yang lain yang lebih besar dan kuat,khususnya manusia,maka Allah S.W.T akan membuat mereka ada sifat toleransi dan kesabaran pada mereka. Ini kerana ada juga mereka juga akan berhadapan dengan mush,para penentang dan permusuhan,dan inilah kegunaan sifat toleransi dan kesabaran ini.

Pada zaman Nabi Musa Alaihi` Salam,sebelumnya baginda telah melaksanakan syarat untuk perkahwinannya dengan menjadi seoarang penggembala kambing. Baginda telah menggembala bukan untuk tempoh yang singkat,tetapi 10 tahun.di dalam Al-Quran,dinyatakan bahawa :



bapa perempuan itu berkata (kepada Musa): "Aku hendak mengahwinkanmu Dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini, Dengan syarat Bahawa Engkau bekerja denganku selama delapan tahun; Dalam pada itu, jika Engkau genapkan menjadi sepuluh tahun, maka Yang demikian itu adalah dari kerelaanmu sendiri. dan (ingatlah) Aku tidak bertujuan hendak menyusahkanmu; Engkau akan dapati Aku insya Allah, dari orang-orang Yang baik layanannya".

(Surah Al Qashash:ayat 27)

Perlu kita fahami di sini bahawa,Nabi Musa Alaihi` Salaam telah diminta untuk menggembala kambing. Ini adalah kerana seorang Nabi akan berhubungan dan berkomunikasi samada untuk perhubungan,mahupun keperluan lain apatah lagi untuk agama.Mereka perlu bertoleransi dan besabar di dalam kesalahan manusia dan penentang-penentang mereka di dalam membawa manusia kepada agama Allah S.W.T dan dalam masa yang sama juga menghadapai cabaran di dalam tugas untuk menyeru dan menyampaikan da`wah.

Jadi,kepada pembaca yang dimuliakan, penglibatan para Ambiyaa` Alaihi Mussolatu Wassalam di dalam semua perkara banyak,tetapi kualiti toleransi dan kesabaran ialah salah satu kualiti yang agung di dalam kerja Nubuwwah.


rujukan:

“priceless advices for all workers of deen”/"deen ki tamaam karkoon kellie kimti maswur"
By Hazrat Maulana Zeyad Danka(D.B).,under the guidance of Hazrat Maulana Ahmed Suleman Khatani Saheb (D.B).
Darul Mazed,Camperdown,
South Africa.
posted by Abdullah_m.e. @ 7:47 AM   0 comments
panggilan/gelaran-gelaran asas yang perlu kita ketahui di dalam islam.
Monday, January 10, 2011


nah maduhu wanusolli wanusallimu a`la rasulihil kariim,wa a`la alihi wasohbihi wa atba`ihi namalitiddinil qawwim..

kami memuji dan berselawat ke atas Rasul yang mulia dan ke atas Ahli keluarganya,para Sahabatnya dan para Tabi`in yang mendukung agama dan mendirikannya..

Alhamdulillah,terdapat beberapa gelaran@panggilan asas yang di dalam islam yang perlu kita ketahui,jadi saya sertakan di bawah,harap dapat bawa munafaat,insyaAllah.

1.Sallahu Alaihi Wasallam (S.A.W)


: semoga Allah memberi berkat dan kedamaian ke atasnya.

Gelaran untuk Nabi Muhammad S.A.W:


2.Alaihi Salaam (A.S)


: kedamaian ke atasnya.

Gelaran untuk Nabi selain dari Nabi Muhammad S.A.W dan untuk malaikat yang berada di kedudukan yang teratas seperti Jibril A.S.

3.RadiAllahu Anhum (R.A)

: semoga Allah redha/senang dengan mereka.

merujuk pada para Sahabat Nabi S.A.W

4. Rahmatullahi Alaih (Rah.)

:semoga Allah merahmati beliau.

gelaran untuk para ulama` dan orang yang dihormati di dalam islam yang telah meninggal dunia yakni selain daripada Para Nabi Alaihi Salaam dan Sahabat R.Anhum.

5. Damaat Barakaatuh (D.B)

: semoga Allah berterusan memberkati beliau

gelaran untuk para ulama` dan orang yang dihormati di dalam islam yang masih hidup yakni selain daripada Para Nabi Alaihi Salaam dan Sahabat R.Anhum.

6 .Hafizahullah/Sallamahu Ta`ala,

: semogaAllah memeliharanya dalam keadaan baik/semoga Allah melindungi beliau.

ditulis dan digelar selepas nama orang islam yang hidup sebagai do`a untuknya.

rujukan:

“priceless advices for all workers of deen”/"deen ki tamaam karkoon kellie kimti maswur"
By Hazrat Maulana Zeyad Danka(D.B).,under the guidance of Hazrat Maulana Ahmed Suleman Khatani Saheb (D.B).
Darul Mazed,Camperdown,
South Africa.
posted by Abdullah_m.e. @ 11:13 AM   0 comments
Majlis Khas Muslimat,bersama Ahlia/Isteri Habib Umar Ben Hafidz
Saturday, January 8, 2011


MAJLIS KHAS MUSLIMAT
BERSAMA ISTERI HABIB UMAR BEN HAFIDZ
(UMMU SALIM , HUBABAH NUR BINTI MUHAMMAD AL-HADDAR)

DI DEWAN KULIAH
MASJID AL-FALAH USJ 9

SELASA , 11 JAN 2011
JAM 9.00 PG - 11.00 PG


SEDIKIT BIODATA :

-KELAHIRAN BAIDHO', YAMAN.

-ANAK KEPADA ULAMA BESAR DI BAIDHO' , HABIB MUHAMMAD AL-HADDAR.

-HABIB MUHAMMAD AL-HADDAR ADALAH SALAH SEORANG GURU KEPADA HABIB UMAR BEN HAFIDZ.

-SEBAGAI PENGASAS DAN PENGETUA PUSAT PENGAJIAN UNTUK PELAJAR MUSLIMAT DI TARIM , HADRAMAUT : DARUZ ZAHRA' SEHINGGA SEKARANG.

-GIAT DAN BANYAK MENJALANKAN AKTIVITI DAKWAH UTK MUSLIMAT DI TARIM DAN LUARNYA.

sumber rujukan :

http://alfalahusj9.blogspot.com/2011/01/majlis-khas-muslimat-bersama-isteri.html
posted by Abdullah_m.e. @ 11:50 AM   0 comments
Pengenalan: Nasihat yang berharga untuk para pekerja agama Allah S.W.T./priceless advices for all workers of deen
Friday, January 7, 2011




Nasihat yang berharga untuk para pekerja agama Allah S.W.T.
"deen ki tamaam karkoon kellie kimti masywur"


nah maduhu wanusolli wanusallimu a`la rasulihil kariim,wa a`la alihi wasohbihi wa atba`ihi namalitiddinil qawwim..

kami memuji dan berselawat ke atas Rasul yang mulia dan ke atas Ahli keluarganya,para Sahabatnya dan para Tabi`in yang mendukung agama dan mendirikannya..

Alhamdulillah,untuk tidak menghilangkan fokus kita di dalam mencintai agama ini,maka di sini saya sertakan terjemahan dari buku “priceless advices for all workers of deen” atau di dalam bahasa urdu "deen ki tamaam karkoon kellie kimti maswur"yang ditulis oleh Hazarat Maulana Zeyad Danka Damat Barakatuh dibawah tunjuk ajar dari Hazrat Maulana Ahmed Khatani Damat Barakatuh.siri terjemahan ini akan saya selang-selikan dengan terjemahan `masail penggunaaan `handphone` beserta terjemahan dari kitab lain yang bakal di`post` ke blog ini. Semoga kita semua tidak jemu-jemu membaca tulisan yang mendekatkan kita pada Allah S.W.T dan Nabi S.A.W.Wallahu`alam.

untuk permulaan terjemahan kitab “priceless advices for all workers of deen” yang diambil dari bayan,mesyuarat dan safar para orang lama di dalam usaha da`wah dan tabligh. atau di dalam bahasa Malaysia nasihat yang bernilai untuk semua pekerja Agama islam di sini saya sertakan kata penghantar dari Hazrat Maulana Yunus Patel Saheb(D.B),Hazrat Mufti Ebrahim Desai Saheb (D.B) dan Hazrat Maulana Ahmed Suleman Khatani Saheb (D.B). terjemahan kitab ini akan disambung`posting`nya dari semasa ke semasa,insyaAllah.

kata penghantar

1. Hazrat Maulana Yunus Patel Saheb(D.B),

Khalifah/wakil senior Hazrat Maulana Shah Hakim Muhammad Akhtar Saab (D.B),Karachi,Pakistan.

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah yang telah merahmati kita dengan pelbagai saluran yang mana kita boleh memperoleh ilmu pengetahuan tenang Quran dan Sunnah dan kita menyebarkannya.

Tidak terhitung selawat dan salam ke atas Nabi kita yang tercinta,Saiyyidina Muhammad SA.W. kita dapat terima cara Baginda yang paling lengkap,sempurna dan indah di dalam kehidupan kita.

Usaha da`wah,yang telah dihidupkan kembali oleh Hazrat Maulana Ilyas Khandahlawi Rah.,telah tersebar ke seluruh dunia asbab pengorbanan dan usaha mulia yang dilakukan oleh Hazrat Maulana Ilyas Khandahlawi Rah.Alhamdullillah, Milion orang telah mendapat munafaat melalui usaha da`wah dan tabligh ini dengan jemaah yang bergerak ke seluruh dunia keluar ke jalan Allah untuk menyebarkan agama islam. Ini ialah kerja yang kita harus hargainya kerana ia menawarkan cara yang mudah untuk mempelajari asas-asas agama islam dan membentuk di dalam hati kita perasaan kasih yang tidak berbelah bahagi pada Allah S.W.T dan Muhammad S.A.W.Selajutnya, ini ialah medan perjuangan agama yang terbuka luas untuk semua lapisan yang ada dalam masyarakat,setiap orang,samada kaya,miskin,muda atau tua,peniaga,golongan professional,pekebun,buruh dan lain-lain akan mendapat kesuburan dalam agama,dan akan termotivasi untuk membantu menyebarkan agama islam,dengan mengorbankan diri,masa,keselesaan dan harta kita.

Hazrat Maulana Muhammad Saad Khandahlawi (D.B). ialah salah seorang ulama yang terpelajar dan berpengalaman,dan salah seorang syura yang sangat dihormati di dalam usaha da`wah dan tabligh di markas banglawalee masjeed,nizammudin,india.Beliau bernasab/berketurunan dari Sahabat R.Anhum yang mulia,iaitu Hazarat Abu Bakar R.Anhu.

Alhamdulillah, isi kandungan dalam kitab ini ialah kebanyakan dari bayan/muzakarah dari Hazrat Maulana Muhammad Saad Khandahlawi (D.B) yang mana ia menyegarkan kita dan mengingatkan kita tentang pentingnnya untuk membawa agama ke dalam kehidupan diri kita dan juga orang lain.

Di dalam ucapan dari Hazrat Maulana Muhammad Saad Khandahlawi (D.B),adanya nasihat-nasihat yang baik dan unggul,yang mana ia bukan sahaja untuk orang-orang yang terlibat di dalam medan usaha da`wah dan tabligh sahaja,malah ia juga merangkumi bahagian-bahagian yang lain di dalam agama. Kata-kata hikmat yang keluar dari buah fikiran para ulama-e-kiraam yang telah berkhidmat pada usaha da`wah dan tabligh ini menawarkan petunjuk,galakan ,perubahan dan membuka satu kefahaman yang sangat indah untuk bekerja bersama walaupun kita di dalam bahagian pengkhususan yang berbeza di dalam agama. Yang mana Hazrat Maulana Muhammad Saad Khandahlawi (D.B) telah mengingatkan kita,”kita tidak boleh menyesuaikan diri kita pada golongan tertentu,yang mana ia akan membawa perpecahan pada ummah. Kita ialah ummah dan kita harus memberi da`wah sebagai ummah.”

Saya (Hazrat Maulana Yunus Patel Saheb(D.B) selalu menyatakan bahawa setiap golongan yang Haq (benar),samada terlibat dengan Madrasah,Darul Uloom, Tariqat,Jihad,Da`wah dan Tabligh dan yang lain-lain,harus mempertimbangkan bahawa yang lain ialah sebagai tambahan kepada pelengkap,dan membantu antara satu sama lain,di dalam agama. Setiap golongan tidak harus menganggap yang lain sebagai pesaing/penentang.sebagai perumpamaan, tidak boleh menerbangkan pesawat hanya dengan satu bahagian sahaja yang berfungsi. Pertahanan suatu Negara memerlukan tentera,angkatan udara,askar darat,angkatan laut,pegawai pemerintah, dan yang lain-lain untuk mempertahankan Negara jika diceroboh.

Untuk mempertahankan dan menjalankan agenda agama ini,setiap orang dari golongan di dalam agama diperlukan. Dan kita tidak boleh berkeras bahawa hanya satu golongan sahaja yang membuat usaha atas agama. Apa yang diperlukan ialah semua pekerja-pekerja agama,di setiap bidang pengkhususan di dalam agama,bekerja dan berusaha dengan ikhlas dan menurut perintah Allah S.W.T, Nabi junjungan kita,Muhammad S.A.W, dan contoh-contoh para Sahabat R.Anhum,yang mana mereka ini ialah golongan yang telah berjumpa,hidup dan berinteraksi kepada Nabi S.A.W.

Penterjemah dan penyusun kitab ini diucapkan terima kasih dan selamat untuk mereka kerana membolehkan kitab ini sesuai dibaca untuk ummah keseluruhannya dan teristimewa sekali untuk semua orang-orang yang berkhidmat dan mengusahakan agama ini di dalam pelbagai bidang dalam agama. Semoga Allah S.W.T memberkati dan menerima sedikit usaha yang kita telah buat untuk agama ini.

Semoga Allah S.W.T menerima juga kerja keras yang telah dibuat untuk menerbitkan kitab ini dan semoga ia bermanfaat untuk ummah keseluruhannya. Moga Allah S.W.T mengabadikan keberkatan dan menerima susah payah Hazrat Maulana Muhammad Saad Khandahlawi (D.B) yang berkhidmat dan mengajar untuk agama supaya generasi akan datang dapat mengusahakannya dan mengambil munafaat darinya, dan Allah S.W.T memberi umur yang panjang dengan kekuatan dan kesihatan yang baik, untuk Hazrat Maulana Muhammad Saad Khandahlawi (D.B) dapat meneruskan khidmat yang tidak berbelah bahagi pada agama islam ini. Amiin.

Hazrat Maulana Yunus Patel Saheb(D.B),
Imaam Masjeed E-Noor,
Asherville,Durban,
Sotuh Africa.

2. Hazrat Mufti Ebrahim Desai Sahib (D.B)

Mufti juga Shehikhul Hadith-Madrasah Ina`miyyah,camperdown,south Africa.

Pada masa dan era ini di mana tujuan mengkritik juga dilihat sebagai keraguan dan dihentikan sebagai prasangka,iaitu kritikan pada anak dari seorang ayah yang ada inspirasi bahawa kehendaknya untuk melihat anaknya menjadi terbaik supaya anaknya tidak tercela.

Hazrat Maulana Muhammad Saad Khandahlawi (D.B) dianggap sebagai salah seorang orang lama yang mirip ayahnyadatuknya dan moyangnnya di dalam usaha da`wah dan tabligh.kitab yang berada di dalam genggaman tangan kita ini ialah sebenarnya satu analisis yang kritikal tentang perilaku dan kawalan orang yang terlibat dalam pelbagai cabang pengkhususan dalam agama. Ia ialah seperti seseorang menjalankan analisis yang kritikal (muhasaabah) dalam bidang yang diceburinya dan dia boleh memperbaiki dan meneliti (islaah) dan melakukan tindakan. Untuk menjadi emosional di dalam membela suatu kekurangan yang ada konflik dan kontra,maka satu pegangan perlu dicontohi supaya perasaan sangka buruk itu tidak ada dan tidak berkesan pada seseorang.

Misi Rasulullah S.A.W ialah Ta`leem (untuk mengajar),Tazkiyah(penyucian),dan Tabligh (menyampaikan). Walaubagaimanapun, untuk menjalankannya secara berkesan,sedikit golongan untuk fokus lebih samada pada Ta`leem,Tazkiyah atau Tabligh. Janganlah kita salah menafsir bahawa mereka bertentangan antara satu sama lain.saya (Hazrat Mufti Ebrahim Desai Sahib D.B) sendiri, menganggap penglibatan diri saya di dalam da`wah dan tabligh merupakan satu kemuliaan kurniaan dari Allah S.W.T dengan berasbabkan perantaraan Allayarham ayah saya,Chota Mota Desai Rah., serta melalui keberkatan dari Haji Bhai Padia Saheb Rah,tetapi saya lebih banyak terlibat di dalam Ta`leem dan Ifta(madrasah).

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah,laman web,”askimam.org”, telah diisi dan hujah-hujah dan Nas-nas dari Quran dan Hadith di dalam mempertahankan usaha da`wah dan tabligh terutamanya respon akademik tentang tuduhan dan dugaan di dalam berhujah tentang kitab `fadhaail Amaal` tulisan Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya Rah.

Juga,ada juga para ulama e-kiraam berada di dalam bidang Tazkiyah(penyucian),menyokong usaha da`wah dan tabligh dari tempat tinggal mereka. Ada juga para orang lama (Akkabir) di dalam usaha da`wah dan tabligh menyokong Ta`leem (untuk mengajar) serta Tazkiyah(penyucian),dari tempat berkumpul (markas) usaha da`wah dan tabligh walauun mereka terlibat tidak secara aktif di dalam Ta`leem (untuk mengajar) serta Tazkiyah(penyucian),. Sikap seperti inilah yang mendatangkan kedamaian,keharmonian,dan sepakat di dalam setiap cabang pengkhususan di dalam bidang agama. Ini juga menyebabkan khidmat yang lebih baik dan kejayaan pada agama untuk berada di tahap yang lebih sempurna di atas muka bumi ini.

Saya (Hazrat Mufti Ebrahim Desai Sahib D.B) berharap kita dapat membaca kitab ini dengan pemikiran dan hati yang terbuka dan anggaplah kitab ini sebagai tamsilan nasihat seorang ayah pada anaknya. Dengan cara inilah nasihat ini akan memberi munafaat pada diri kita.

Semoga Allah S.W.T mengurniakan ganjaran pada Hazarat Maulana Zeyad Danka (D.B) di atas susah payah,pengorbanan dan usaha beliau di dalam menterjemahkan perkara-perkara penting yang diambil dari bayan,mesyuarat dan safar para orang lama di dalam usaha da`wah dan tabligh ini serta meyusun dan menerbitkannya. Usaha dan pengorbanan ini adalah diinspirasikan daripada ikhlaas dan perhatian untuk menaikkan taraf usaha atas agama yang mulia ini.

Hazrat Mufti Ebrahim Desai Sahib (D.B)
Camperdown,South Africa.
12 April 2010,

Rujukan:

“priceless advices for all workers of deen”/"deen ki tamaam karkoon kellie kimti maswur"
By Hazrat Maulana Zeyad Danka(D.B).,under the guidance of Hazrat Maulana Ahmed Suleman Khatani Saheb (D.B).
Darul Mazed,Camperdown,
South Africa.

Bersambung ke `posting` seterusnya..
posted by Abdullah_m.e. @ 4:09 PM   0 comments
<
About Me

Name: Abdullah_m.e.
Home: kuala lumpur, wilayah persekutuan, Malaysia
About Me: Dan orang-orang yang terdahulu; yang mula-mula dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” (berhijrah dan memberi bantuan), dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada Nya, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah, Ayat 100) masih di dalam proses pembelajaran baik untuk keperluan mahupun agama..masih di dalam fasa membaiki diri..kerana diri ini tidak sempurna..
See my complete profile
Previous Post
Archives
Disclaimer

For all reader information,i`m not a ustaz,hafizul quran more so ulama`.i`m just the follower (ittiba`) of the Prophet S.A.W,the companions R.Anhum and whom who followed them from time to time until Qiyaamah.for that reason,almost all the published article,translation or journal and quote have reference.only certain do not have a reference due to that publish is personal opinion/advice of the writer.still in process of learning and purifcation.moderate opinion and neutral method.not in favor/represent of any organizational,fiqrah,political party or jamaah.what is good and there`s akhlak,we follow them.what is not very good,we make a moral story of it. This blog is published in Bahasa Malaysia so that the malay language user can understand some translation of kitab or quote from ulama` and to uphold usage of bahasa malaysia among whom understand malays.some of the kitab or reference is not published and sale in malaysia,almost majority of it is from Hindustani sub-continent and some of it from the middle-east.only certain publish in english language. Manhaj Ahlul Sunnah Wal Jamaah,follow Shafii` Mazhab. Jazakumullahu Khairan Kasthira`,

Powered by

BLOGGER

Lau ka na Bainana Al-Habib-Abdul Rahman Mohamed,Saudi Arabia..

lau kana bainana(1)

Powered by mp3skull.com

Powered by

BLOGGER

Darul Uloom Deoband,Saharanpur,India

Darul Uloom Nadwatul Ulama`,Lucknow,India.

Jamia` Darul Uloom Karachi,Pakistan.

Mazahirul Uloom,Saharanpur,India.

Darul Mustafa`,Tarim, Yaman

Darul Uloom Azaadville,South Africa.

Miftahul Uloom,Bandar Baru Sri Petaling,Kuala Lumpur,Malaysia

Ba`alawi,Kuala Lumpur,Malaysia.

Yayasan Al-Jenderami,Jenderam Hilir,Selangor,Malaysia

Yayasan Sofa`,N.Sembilan,Malaysia.

Blog Visitor Location


widgeo.net

© 2005 Assalamualaikum.. Blogger Templates by Isnaini and Cool Cars Pictures