"هذا هو معنى الحياة هو نحن هو الإسلام."
تحيات.. كيف حالك.. نأمل حصلت على مباركة لك من الله
followers
<
komunikasi
facilities
khidmat
Innalhamdulillah,khidmat kpd pelajar samada yg berada dlm kemahiran kejuruteraan(mekanikal,elektrikal,electronic,mekatronik dsb.)
@pelajar agama yg berminat.sy sedia membantu menyemak proposal,
report dn mmberi cadangan kpd projek tahun akhir(FYP) atau masalah pembelajaran anda secara percuma.
semoga usaha anda dimudahkan utk menamatkan pengajian dn anda dpt berkhidmat serta berjuang di jalan Allah S.W.T.hubungi sy di YM;ghostrider_mujahid.JazakaAllahu Khair.
Visitor
Dr.Muhammad Morsi Hafizahullah, Pemimpin yang perlu dicontohi dan dijadikan contoh tauladan
Sunday, September 23, 2012
Dr.Muhammad Morsi Hafizahullah, Pemimpin yang perlu dicontohi dan dijadikan contoh tauladan
Innalhamdulillah,pembaca semua mesti mengenali Dr.Muhammad Morsi Hafizahullah, Presiden Mesir yang baru memenangi pilihanraya. Beliau ialah dari Ikhwanul Muslimin yang diasaskan oleh As-Syahid Sheikh Hassan Al-Banna Rahimahullah. saya telah melihat video dari Masjid Al-Ittisam,TTDI,Shah Alam,tentang laporan dari wakil luar negara Ikhwanul Muslimin, Sheikh Ismail Hamed tentang kebangkitan rakyat mesir dan tentang Dr Muhammad Morsi.
Laporan ini diterjemahkan oleh Al-Fadhil Ustaz Nazmi Abdul Karim. Rumusan dari laporan ini dapat didapati bahawa:
1. Dr.Muhammad Morsi,walaupun beliau ialah seorang Presiden,beliau hanya berada di Istana Presiden untuk kerja-kerja pengurusan negara dari 8.00 pagi hingga 10.00 malam. selepas itu,Beliau akan balik ke rumah sewa beliau untuk berehat. dan rumah sewa itu dibayar sewanya sendiri oleh beliau. Tedapat 10 orang wakil dari Ikhwanul Muslimin yang membantu beliau setiap hari dalam pengurusan negara dan mereka ini tidak meminta walau satu sen pun gaji.
2. Beliau menghafal Al-Quran secara keseluruhannya.
3. Beliau ialah seorang jurutera (metallurgy engineering) salah satu bidang dari bidang pembuatan (manufactruing engineering).
4. Beliau,Isteri beliau, 5 anak mereka, dan 3 cucu mereka, semuanya adalah Hafiz/Hafizah Quran.
5. Salah seorang anak beliau,berkhidmat sebagai doktor di Arab Saudi. Kerajaan Saudi telah memanggil beliau dan meminta beliau untuk berhenti sebagai doktor kerana beliau ialah anak seorang presiden mesir dan negara yang besar. Jawapan anak beliau ialah: "Bapaku ialah Presiden Mesir,dan itu tanggungjawab dan amanahnya.aku hanya anak kepada seorang bapa dan aku akan berkhidmat sebagaimana orang awam yang lain dalam mencari rezeki."
6. Waktu solat jumaat, Dr.Muhammad Morsi datang awal satu jam dari solat jumaat dan beliau berada di saf paling depan sekali dan membaca Surah Al-Kahfi.dan tidak ada sebarang pengawal atau protokol untuk membezakan beliau dengan rakyat.
7.Apabila beliau melakukan kerja-kerja lawatan,perjumpaan dan urusan negara,Beliau menggunakan kereta beliau sendiri untuk ke sana.
8. Beliau ke-mana-mana tidak mempunyai sebarang protokal ataupun pengawal peribadi untuk melindungi beliau.
9.Kebangkitan rakyat Mesir adalah datangnya dari kesedaran rakyat dan kesedaran pemimpin-pemimpin yang ikhlas dan bersih dalam berjuang untuk menguruskan negara. Kita memerlukan pemimpin dalam dunia Islam seperti beliau.dan Alhamdulillah ,Allah S.W.T telah membangkitkan pemimpin-pemimpin adil dan amanah dalam menguruskan negara dan menjaga kebajikan rakyat.
Semoga Allah S.W.T memelihara dan merahmati serta memudahkan urusan Dr.Muhammad Morsi dalam urusan pemerintahan negara Mesir dan menjaga kebajikan rakyat dan umum islam secara kesulurhannya.dan kita berdoa juga semoga Allah S.W.T membangkitkan pemimpin-pemimpinseperti ini di negara-negara islam yang lain juga,insyaAllah.
Ucapan beliau sebaik sahaja dilantik menjadi Presiden Mesi ialah:
Di bawah ini saya "Embedd" video tentang laporan dari wakil luar negara Ikhwanul Muslimin, Sheikh Ismail Hamed ttg kebangkitan rakyat Mesir dn juga kisah ttg Dr.Muhammad Morsi.
Rujukan:
1. http://www.lamankongsi.com/2012/06/latar-belakang-dr-mohamed-morsi.html
2. video youtube: http://www.youtube.com/watch?v=Z3XrE9PITvA&feature=g-user-u
pembetulan tempoh keluaran posting ghostridermujahid.blogspot.com
Tuesday, September 18, 2012
Assalamualaikum W.B.T.
kepada semua pembaca dan pelawat blog,di sini saya ingin memaklumkan bahawa posting keluaran Blog ini akan diterbitkan sebulan sekali. Pada sebelum ini,kebiasaannya saya akan menulis seminggu atau 2 minggu sekali.
saya memohon maaf kepada semua kerana saya kekurangan masa untuk menulis kerana sedang menjalankan tugas dan amanah yag telah dipertanggunjawabkan.
insyaAllah,minggu hadapan,posting untuk bulan September ini akan diterbitkan. Teruskanlah membaca,belajar dan menyebarkan bait-bait para Ulama supaya kita dirahmati dan diberkati oleh Allah S.W.T.
buat masa sekarang,saya menguruskan blog ini seorang,insyaAllah di masa hadapan, saya akan mencari pembantu untuk menguruskan blog ini. pembaca dan pelawat blog boleh membaca posting-posting lama pada archive monthly pada sebelah kanan.
kepentingan mempelajari ilmu-ilmu agama di bawah bimbingan dan panduan para ulama/alim
Monday, August 6, 2012
Alhamdulillah,segala puji untuk Allah S.W.T dan selawat dan salam ke atas RasulNya,Muhammad S.A.W..dalam kesibukan kita mempergandakan dan memperbanyakkan amalan kita di dalam bulan Ramadhan,syukur Allah S.W.T. masih memberi saya sedikit kelapangan untuk menulis..pada posting kali ini,saya ingin menekankan betapa pentingnya mempelajari ilmu di bawah bimbingan dan panduan dari para ulama/alim.
saya merasakan tajuk ini penting kerana sejak kebelakangan ini,saya memerhatikan adanya sebahagian kecil dari kita yang suka berdebat,berhujah dan melampirkan hujah-hujah dari kitab-kitab tertentu sedangkan mereka tidak pernah belajar kitab tersebut dari para ulama,hanya sekadar pembacaan sendiri...maka jadilah ianya satu situasi di mana jika hujah tersebut bersesuaian dengan perbuatan mereka,mereka akan menggunakannya..inilah yang telah disebut oleh Hafiz Khatib al Baghdadi Rahimahullah,Muhaddith yang terkenal dalam kitabnya "Taqlid Al-Ilm" bahawa:
" Ramai para ilmuan agama dan para ulama pada zaman sebelum kita,bila hampir tiba masa kematian mereka,samada mereka sendiri atau menyuruh orang lain untuk memusnahkan kitab-kitab karangan dan penulisan mereka. Ini adalah kerana mereka takut penulisan mereka akan jatuh pada tangan orang-orang yang tidak amanah yang tidak memahami tujuan penulisan dan mereka hanya akan mengambil hujah,dalil,nas dan keterangan yang hanya untuk menunjukkan kebenaran perbuatan mereka atau yang sesuai untuk perbuatan mereka".
bukanlah tujuan saya menghalang atau mempertikai mereka yang suka membaca kitab-kitab,tetapi tujuan saya supaya kita membaca kitab,tetapi dalam masa yang sama,meminta dan belajar dari para ulama..supaya kefahaman kita betul dan tepat pada sebarang hujah,nas,hadith yang dilampirkan dalam sesebuah kitab..itu sahaja..
dan perkara ini telah terjadi pada kita pada hari ini.saya berharap agar semua dai` dan pencari ilmu benar-benar belajar kitab dengan adanya bimbingan dan panduan dari para ulama,dan tidak sahaja menggunakan internet sebagai medium pengajaran tanpa panduan dan tunjuk ajar dari para ulama.pada kesempatan ini juga saya mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan membanyakkan amalan terutamanya pada 10 terakhir Ramadhan.dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.di sini saya memohon maaf jika ada kesilapan dan penulisan saya sepanjang dalam menguruskan blog ghostridermujahid ini.semoga pembaca semua sudi menyelitkan nama saya ini supaya istiqamah dalam pengamalan dan perjuangan agama dan betmabah taqwa pada Allah S.W.T dalam doa-doa tuam/puan.
kepentingan mempelajari ilmu-ilmu agama di bawah bimbingan dan panduan para ulama/alim.
sesetengah orang berkata bahawa sistem ijazah dan sanad dari para ulama adalah penting manakala ada sesetengah dari kita juga berkara bahawa tidak diperlukan sanad atau ijazah untuk menjadi ulama/alim dan pengetahuan itu boleh didapati hanya dengan pembacaan sendiri.yang manakah satu pendapat yang betul dan adakah ada dalil dan nas untuk mengesahkan perkara ini?
untuk memperoleh ilmu pengetahuan di bawah kemahiran dan panduan dari mereka yang ahli dan layak di dalam bidang mereka,terutamanya dari para ulama kita yang mengikuti Sunnah Baginda S.A.W sebagai panduan adalah penting. kegagalan untuk berusaha untuk perkara ini akan menghasilkan kesalahan dan kesilapan dalam proses belajar.malah, amalan mempeljari ilmu dari mereka yang ahlinya telah menjadi amalan para Sahabat R.Anhum,sepertimana juga generasi selepas Sahabat R.anhum sehinggalah ke hari ini.
1. Al-Quran telah diturunkan oleh Allah S.W.T sebagai panduan dan maksud untuk memberi pengetahuan kepada manusia. tetapi tanpa penerangan dari utusan-utusan Allah S.W.T,iaitu Ambiyaa` Alaihi Mussolatu Wassalam, maksud dan kehendak sebenar sesuatu ayat di dalam Al-Quran boleh menjadi silap faham. Allah S.W.T telah berfirman:
"dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan Dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri; dan Kami datangkanmu (Wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita Yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam."
(An-Nahl:89)
Ayat ini adalah hujah terkuat dan menjadi bukti atas perkara ini.
2. Allah S.W.T berfirman di dalam Quran:
"dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (Wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, Yang Kami wahyukan kepada mereka. oleh itu Bertanyalah kamu (Wahai golongan musyrik) kepada orang-orang Yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui."
(An-Nahl:43)
3. Nabi Daud Alaihi`salam dikatakan telah mendapat manfaat dan pengajaran dari Lukman Al-Hakim Rahimahullah sebelum Nabi Daud A.S mendapat risalah kenabian.
(Tafsir Al-Qurtubi)
4. Nabi Musa Alaihi` salam telah mengikuti sementara Nabi Khidir Alaihi`salam dan kisah ini diketahui ramai dan ianya termaktub di dalam Al-Quran.
5. tambahan pula, dalam era zaman Tabi`un, sesiapa yang mengisytihar atau mengakui mengetahui sesuatu ilmu, dia akan disoal tentang dari mana ilmu itu didapati/dari mana ia belajar.
6. Hafiz Khatib al Baghdadi Rahimahullah,Muhaddith yang terkenal dalam abad ke-5,mengarang sesuatu dalam kitab karangannya "Taqlid Al-Ilm", pada muka surat 61;
" Ramai para ilmuan agama dan para ulama pada zaman sebelum kita,bila hampir tiba masa kematian mereka,samada mereka sendiri atau menyuruh orang lain untuk memusnahkan kitab-kitab karangan dan penulisan mereka. Ini adalah kerana mereka takut penulisan mereka akan jatuh pada tangan orang-orang yang tidak amanah yang tidak memahami tujuan penulisan dan mereka hanya akan mengambil hujah,dalil,nas dan keterangan yang hanya untuk menunjukkan kebenaran perbuatan mereka atau yang sesuai untuk perbuatan mereka".
selepas itu beliau menukilkan beberapa insiden/peristiwa yang menimpa para ulama yang terdahulu.di antara mereka adalah Imam Abidah Al-Samani Rahimahullah,Imam Shu`bah Ibn Hajjaj Rahimahullah,Imam Abu Qilabah Rahimahullah dan Imam Isa Ibn Yunus Rahimahullah. (nota kaki pada kitab untuk muka surat 61 & 62)
7. Imam Muhammad Ibn Sirrin Rahimahullah, Hakan Ibn Atiyya Rahimahullah dan Waki Ibn Al-Jarrah Rahimahullah diamana semua mereka sepakat berkata bahawa punca utama kesesatan dan kejahilan Bani Isra`il adalah kerana mewarisi kitab-kitab yang telah dibuah suai isi-isinya oleh nenek moyang mereka yang mnejadi pengikut Nabi Musa A.S (Taqyid Al-Ilm,muka surat 61 dan nota kakinya)
8. Imam Awza`i Rahimahullah berkata:
"ilmu agama adalah sesuatu yang bersanad,luhurnya dan keberkatan akan dapat didapati daripada mulut para pengajarnya. dan apabila tiba satu masa nanti,ramai akan belajar darinya hanya dari kitab,tanpa ada orang yang mengajarkannya,maka nur serta keberkatan ilmu agama akan hilang"
nota:
tujuan saya meletakkan tiga kata-kata dari para ulama adalah untuk membuktikan bahawa belajar ilmu agama menggunakan kitab (belajar sendiri) tanpa bimbingan dan penerangan dari para ulama adalah cara yang tidak betul dan hilangnya nur serta keberkatan pada ilmu agama.
seharusnya para dai` dan pencari ilmu agama belajar dan dibimbing oleh para ulama`.
8. Imam Malik Rahimahullah pernah ditanya jika ilmu dapat diperolehi dari seorang yang tidak duduk di dalam majlis pengajaran para ulama,sebaliknya hanya merasakan cukup hanya dengan pembacaan sendiri kitab.Beliau menjawab:
"ilmu tidak akan didapati dan diperolehi kecuali oleh mereka yang telah mengingat atau menghafal,dengan dibantudan dibimbing oleh para ulama,dan dia akan dapat mengamalkan apa yang dipelajarinya dan ia akan dapat sifat taqwa."
(Adab al-Ikhtilaf,muka surat 145)
10 .Sheikh Muhammad Awwamah Hafizahullah-seorang muhaddith dari syria, mengarang sesuatu yang sangat indah dalam kitab karangannya,yakni Adab al-Ikhtilaf"
"para ulama` tidak pernah memberi perhatian ataupun belajar dari seseorang yang tidak mempunyai pengajar atau guru, samada mereka akan tidak mempertimbangkan dan tidak mendengar orang seperti ini bercakap atau mengeluarkan sesuatu jhukum/fatwa, kerana ditakuti mereka akan melakukan kesilapan."
Beliau menulis lagi bahawa:
Qadi Iyad Rahimahullah dan para ulama yang lain ada meriwayatkan semasa Imam Ahmad Ibn Hanbal Rahimahullah telah diminta oleh pemerintah/khalifah pada masa itu, (Al-Mu`tasim) untuk berbincang beberapa perkara dengan Ibn Abi Dua`d (ketua penyiasat mahkamah),beliau memalingkan mukanya dan berkata:"bagaimana aku boleh berbincang suatu hal yang penting dalam agama bila orang yang ingin aku berbincang itu tidak pernah berada di pintu-pintu rumah para ulama`?" (muka surat 144)
kita berharap semoga 10 perkara di atas mencukupi untuk membuktikan bahawa adalah tidak betul memperlajari ilmu agama dengan meneelah kitab tanpa bimbingan dan pengajaran dari para ulama. dan juga kepentingan mempelajarinya dari mereka yang ahlinya dan layak dalam ilmu-ilmu agama.
saya mengakhiri penulisan ini dengan melampirkan terjemahan syair yang terkenal yang ditujukan oleh Imam Shafi` Rahimahullah:
wahai saudaraku, kamu sekali-kali tidak akan memperoleh ilmu, tanpa 6 perkara yang sangat penting, kecerdasan minda,kehendak,kemiskinan, dan tinggal sementara dan dididik oleh para ulama, dan membantu serta belajar darinya untuk suatu tempoh masa yang konsisten.
(muka surat 142-143)
Rujukan:
1. Taqyid al-Ilm oleh Imam Al-Khateeb Al-Baghdadi Rahimahullah,penerbitan al-Maktabah al-‘Aṣrīyah,Lubnan, cetakan tahun 2001.
2. Athar al-Hadith al-Sharif&Adab al-Ikhtilaf oleh Sheikh Muhammad Awwamah Hafizahullah,penerbitan Dar al-Yusr & Dar al-Minhaj Sa'udi
di bawah ini saya "embedd" sebuah qasidah bertajuk "Muhammadun Ashraful" yang saya kira agak menarik dan perlu diketengahkan dalam menggantikan medium hiburan sedia ada yang mendatangkan kelalaian pada Allah S.W.T.. Qasidah ini didendangkan semasa kuliah Dhuha Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Makki di Pondok Moden Saadah Addaraain, Teluk Panglima Garang,Melaka pada 29 julai 2012.selamat mendengar dan menghayati lirik-lirik Qasidah ini,insyaAllah.
siri bulan Ramadhan:kenali ulama` generasi muda: Hazrat Ash-Shaikh Saad Nomani Madani Hafizahullah
Wednesday, July 25, 2012
siri bulan Ramadhan.kenali ulama` generasi muda: Hazrat Ash-Shaikh Saad Nomani Madani Hafizahullah.
Alhamdulillah,bertemu kita di bulan Ramadhan yang mulia.setelah agak lama tidak menulis di blog ini..sebagai permulaan semula,mari kita kenali generasi muda yang mendalami bidang agama pada hari ini.
Hazrat Ash-Shaikh Saad Nomani Hafizahullah ialah salah seorang ulama yang aktif dalam bidang pembacaan Al-Quran (Qiraat) dan juga beliau ialah Hafiz (penghafal Quran). beliau dilahirkan 25 julai 1980 ( kini berumur 32 tahun). Beliau berasal dari Pakistan dan dilahirkan di sana. kemudian berhijrah ke Jeddah dan kemudian ke Madinah,Arab Saudi.
susur galur beliau ialah dari Imam Abu Hanifah Rahimahullahu Ta`ala.(pendiri mazhab hanafi).beliau ialah generasi ke-26 dari keturunan Imam Abu Hanifah.
susur galur keturunan
Saad Bin Shahid Bin Khalil-ur-Rahman Bin Fazl-ur-Rahman Bin Badr-ud-Din Bin Imam-ud-Din Bin Elahi Bakhsh Bin Imam Ali Bin Mahar Ali Bin Fazal Ali Bin Musharraf Ali Bin Ashraf Ali Bin Muzaffar Bin Khan Muhammad Bin Fathullah Bin Sadr-ud-Din Bin Hameed-ud-Din Bin Najeeb-ud-Din Bin Muhammad Bin Sultan Muzaffar Bin Ibrahim Bin Abo Bakr Bin Abd-ur-Rasheed Bin Abdullah Bin Abd-us-Samad Bin Abo Hayyan Abdullah Bin Hammad Bin Imam Abu Hanifa Numan Bin Thabit,(rahimahu’Allah).
Shaikh Saad Nomani dikenali dengan kebolehannya membaca 83 cara bacaan (Qiraat) Imam-Imam masjid terutamanya dari Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. kebolehan ini dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada beliau kerana rajinnya menghafal,membaca dan meniru bacaan Al-Quraan Imam-Imam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sejak dari kecil lagi.kemana beliau pergi,ke sekolah,berehat,berjalan dan sebahagian besar masanya dihabiskan dengan Al-Quran.
pendidikan.
- Hafizul Quran,Madrasah Mus'ab Bin Umair (R.A) (Jeddah,Arab Saudi) (1995)
- Qiraat dan Tajwid,Madrasah Darul Qur'aan (Madinah, Arab Saudi) (1998)
- Matrikulasi, Pakistan International School,(Jeddah,Arab Saudi) (1999)
- Ijazah Sarjana Muda pengajian islam,Jamia Darul Uloom (Karachi,Pakistan)(2004)
1. Shaikh-ul-Qurra' Muhammad Abdul Majid Zakir (Riyadh)
2. Shaikh Shfeeq bin Muhammad Sulaiman Al Qazi (Madina)
3.Shaikh Ehtisham-ul-haq bin Noor-ul-hasan (Riyadh)
4. Shaikh Qari Muhammad Rafeeq (Jeddah)
5.Shaikh Qari Abdul Malik (Islamabad)
Ijazah sanad Hadith
1.Shaikh Allamah Mufti Aashiq Elahi Al Barni
2.Shaikh-ul-Hadees Allamah Anzar Shah Kashmiri
3.Shaikh-ul-Hadees Allamah Sarfaraz Khan Safdar
4.Shaikh-ul-Hadees Allamah Saleemullah Khan
5.Shaikh Mufti Muhammad Rafee Usmani (Grand Mufti of Pakistan)
6.Shaikh-ul-Islam Allama Muhammad Taqi Usmani
7.Shaikh Khowaja Khan Muhammad
perakuan dan pengiktirafan Qiraat dan Hadith dari para Ulama`
1.Shaikh Muhammad Abdul Majid Zakir (Qari senior dari Riyadh dan pengajar kepada hampir kebanyakan Qari`, termasuk ustaz kepada Sheikh Sudais and Sheikh Ali Jaber)
2. Shaikh Khaleel Abdur Rahman Al Qari'
(Qari senior dari Madinah pengajar kepada hampir kebanyakan Qari`, termasuk ustaz kepada Sheikh Subaiyyel and Sheikh M. Ayoob)
3. Shaikh Abdul Bari At Thubetie (Imam Masjid Nabawi)
4. Shaikh Muhammad Ayyoub (Imam Masjid Nabawi)
5. Shaikh Ali Abdur Rahan Al Huzefi (Imam Masjid Nabawi)
6. Shaikh Salih bin Abdullah bin Humed ( Imam Masjidil Haram )
7. Shaikh Hussain bin Abdul Aziz Al Shaikh (Imam Masjid Nabawi)
8. Shaikh Abdul Muhsin Al Qasim (Imam Masjid Nabawi)
9. Shaikh Abo Bakar Jabir Al Jazaiery (Imam Masjid Nabawi)
beliau sering dijemput menjadi imam solat tarawikh di kebanyakan tempat.dan pernah sekali beliau menjadi imam solat tarawikh di negara kita. di masjid sultan salahuddin abdul aziz shah,shah alam,selangor pada tahun 2011.
dan beliau ada melawat Miftahul Uloom Baru Baru Sri Petaling,Kuala Lumpur pada tahun 2011 untuk majlis khas bersama para pelajar madrasah dengan diterjemah oleh Hazrat Maulana Abdul Hamid Chin Hafizahullah,yakni imam Masjid Jamek Sri Petaling yang juga kini Syura` dakwah dan tabligh untuk Malaysia.
83 bacaan (qiraat) yang dibaca oleh Hazrat Ash-Shekih Saad Nomani Madani Hafizahullah
Makkah Mukarama:
01-Shaikh (late) Abdullah Al-Khulaifi
02-Shaikh (late) Abdullah Al Khayyat
03-Shaikh Abdullah As-Subayyil
04-Shaikh Salih Bin Humaid
05-Shaikh (late) Ali Jabir
06-Shaikh Saud Ash-Shuraim
07-Shaikh Abdur Rahman As-Sudais
08-Shaikh (late) Umer As-Subayyil
09-Shaikh Usama Khayyat
11-Shaikh Mahir Al-Muaiqly
12-Shaikh Abdullah Al-Juhani
13-Shaikh Khalid Al-Ghamdi
14-Shaikh Faisal Ghazzawi
15-Shaikh Adil Al-Kalbani.
Al-Madina Al-Munawara
16-Shaikh (late) Abdul Aziz bin Salih
17- Shaikh (late) Abdul Majeed Jabarti
18-Shaikh Ali Abdur Rahman Al-Hudhaifi
19-Ibrahim Al-Akhdhar (Retd.)
20-Shaikh Muhammad Ayub, (Ex.Taraweeh Imam)
21-Shaikh Abdul Wadood Maqbool Hanif, (Ex.Taraweeh Imam)
22-Shaikh Ali As-Sudais, (Ex.Taraweeh Imam)
23-Shaikh Abdul Bari Athubaiti
24-Shaikh Hussain Al-Ashaikh
25-Shaikh Abdul Mohsin Al-Qasim
26-Shaikh Salah Al-Budair.
Masjid Quba – Madina al-Munawara:
27-Shaikh Muhammad Abid
28-Shaikh Muhammad Khalil
29-Shaikh Ahmed Al-Hudhaifi
Masjid Qiblatain – Medina al-Munawara:
30-Shaikh Mahmood Khalil
Qari Masjid lain:
31-Shaikh Sa’ad Al-Ghamdi
32-Shaikh Abdullah Basfar
33-Shaikh Mishary Rashid Al-Afasy
34-Shaikh Hani Al-Rifai
35-Shaikh Nabil Al-Rifai
36-Shaikh Abdullah Al Matroud
37-Shaikh Ahmed Al-Ajmi
38-Shaikh Ahmed Khalil
39-Shaikh Abu Bakr As-Shatri
40-Shaikh Muhammad Al-Barrak
41-Shaikh Sulaiman Al-Muhaisni
42-Shaikh Khalid Al-Qahtani
43-Shaikh Nasir Al-Qutami
44-Shaikh Yasir Ad-Dosri
45-Shaikh Abdul Mosin Al-Ubaikan
46-Shaikh Majid Az-Zamil
47-Shaikh Abdul Wali Al-Arkani
48-Shaikh Idrees Abkar
49-Shaikh Abdul Aziz Al-Zahrani
50-Shiakh Salah Bukhatir
lain-lain:
51-Shaikh Muhammad Abdul Majid Zakir
52-Shaikh Khalil Abdur Rahman Al Qari
53-Shaikh Shafiqur Rahman Al Qazi
54-Shaikh Ehtisham ul Haqq
55-Shaikh Muhammad Rafeeq
56-Shaikh Abdur Rasheed
57-Shaikh Ghulam Muhammad
58-Shaikh Mufti Rafi Usmani
59-Shaikh Mufti Taqi Usmani
60-Shaikh Abdul Rauf Sakkharwi
61-Qari Mahmood
62-Qari Sakir Qasmi
63-Qari Waheed Zafar Qasmi
Qari dan Imam Mesir:
64-Shaikh (late) Mahmood Khalil Al Husari, (Hader)
65-Shaikh (late) Muhammad Siddiq Al-Manshawi, (Tarteel)
66-Shaikh (late) Muhammad Siddiq Al-Minshawi, (Hader)
67-Shaikh (late) Abdul Basit Abdul Samad, (Tarteel)
68-Shaikh (late) Abdul Basit Abdul Samad, (Hader)
69-Shaikh (late) Anter Muslim,
70-Shaikh (late) Muhammad Saeed Noor,
71-Muhammad Jibreel,
72-Shaikh Hajjaj Al-Hindawi.
teknik bacaan lain-lain:
73-Al-Hijazi
74-An-Najdi
75-As-Shami
76-Al-Basari
77-Al-Koofi
78-Al-Baghdadi
79-Hadar Maut
80-Makki Hazeeni
81-Al Hussaini
82-Pani Patti
83-Saad Nomani (bacaannya sendiri)
dengan suasana kehidupan kita pada hari ini,masih ada lagi golongan muda yang dipelihara Allah S.W.T untuk mensyiarkan Al-Quran dan Hadith dalam zaman penuh fitnah ini. golongan kanak-kanak,remaja dan muda pada hari ini seharusnya mencontohi Shaikh Saad Nomani dalam kegigihan beliau dalam mempelajari Quran dan Hadith dan hampir keselurahan masa kecilnya,remajanya,dewasanya dihabiskan untuk Al-Quran.semoga kita semua menjalani bulan Ramadhan Al-Mubarak ini dengan penuh kesabaran dan ketaqwaan,insyaAllah.
Rujukan:
laman web Sheikh Saad Nomani- http://saadnomani.com/
Salah faham tentang konsep dan Nas serta Dalil dalam perbuatan merapatkan bahu serta pergelangan kaki dalam barisan saf solat secara berjemaah.
Tuesday, June 5, 2012
Salah faham tentang konsep dan Nas serta Dalil dalam perbuatan merapatkan bahu serta pergelangan kaki dalam barisan saf solat secara berjemaah.
Assalamualaikum W.B.T..Innalhamdulillah, kali ini kita akan meneliti tentang persoalan merapatkan bahu serta pergelangan kaki. dan saya berharap kita membaca terjemahan ini dengan hati dan minda yang terbuka.di dalam penulisan di bawah, para Ulama membahaskan tentang Salah faham tentang konsep dan Nas serta Dalil dalam perbuatan merapatkan bahu serta kaki dalam barisan solat secara berjemaah. Mereka ada hujah-hujah serta dalil dan nas mereka mengikut dalam kita mengikuti manhaj Baginda S.A.W serta Sahabat R.Anhum.jadi saya berharap agar kita semua termasuk saya memahami tujuan dan kehendak dari Dalil Quran dan Hadith dari para Ulama,dan bukan dengan pemahaman kita sendiri,semoga kita semua diberi kefahaman dari Allah S.W.T untuk mengambil tindakan ke atas amalan kita dengan berpandukan panduan dan tunjuk ajar dari para pewaris Nabi,iaitu Para Ulama Hafizahullah,Damaat Barakatuhum ( yang masih hidup) dan Rahimahullah (yang telah wafat)..wallahu`alam..
Akhir-akhir ini,telah ada kecenderungan tentang persoalan oleh ummat islam di dalam memahami hadith-hadith Baginda S.A.W. yang mana ramai yang cuba memahaminya mengikut kefahaman kita sendiri sedangkan kita tidak mempunyai pengetahuan yang cukup tentang bahagian dan hadith dan komentarinya terutamanya kaitannya dengan fiqh serta prinsipnya.
kitab-kitab karangan para Ulama yang terdahulu sebelum kita tidak dijadikan panduan dan rujukan dalam memahami sesuatu sabdaan Baginda S.A.W. dan perkara ini telah menular dan merebak di kalangan ummat islam. Isu tentang cara mendirikan solat berjemaah juga tidak terkecuali dari perkara ini. mereka telah melihat dalam sebuah bab di dalam Sahih Al-Bukhari bertajuk "Ilsaqi" (Mankibi bi,Mankibi Wa,Qadami Bi,Qadami Fi,Saff). Bab ini ialah berkaitan tentang pertemuan bahu ke bahu, dan kaki ke kaki di dalam barisan saf solat berjemaah) dan juga persoalan tentang perbuatan yang dalam riwayat dibuat oleh Hazrat Nu`man Ibn Bashir R.Anhu dan Hazrat Anas R.Anhu.dan mereka tanpa merujuk kepada karya dan tafsiran serta komentari para ulama yang terdahulu dan mereka ini juga telah meneroka dengan fikiran mereka sendiri tanpa asas ilmu yang mencukupi.
dan mereka-mereka ini telah meminta ummat islam untuk merapatkan bahu dan kaki di antara satu sama lain semasa berdiri di dalam saf solat berjemaah. para Ulama keempat-empat mazhab sentiasa mengekalkan bahawa ini bukanlah cara hujah dan nas-nas difahami tanpa merujuk kepada mereka yang ahli di dalam bidang ini.
Hazrat Maulana Anwar Shah Kashmiri Rahimahullah telah membincangkan perkara ini dengan terperinci di dalam syarah Sahih Bukhari karangan beliau,"Fath ul-Bari fi Sharh Sahih al-Bukhari",(jilid ke 2:muka surat 301-302). Beliau menerangkan bagaimana perkara ini telah menjadi sukar dan tidak mustahil kerana silap faham tentang pemahaman Nas dan Dalil.dan jika tidak mustahil,untuk seseorang secara fizikal merapatkan bahu dan kaki mereka semasa berada di dalam saf solat berjemaah.
mereka yang mencari hujah dan tentang fizikal merapatkan bahu serta kaki selalu mempertahankan perbuatan mereka dengan mengatakan dan merujuk kepada huruf "Ba" digunakan dalam perbuatan di atas. di dalam peraturan tatabahasa bahasa arab,perkataan "al-ba li ‘l-ilsaq" ynag mana huruf "ba" digunakan untuk menunjukkan ianya adalah sentuhan fizikal. perkara ini telah difahami dengan cara yang salah iaitu dengan pemahaman bahawa perkataan ini merujuk kepada sentuhan sepenuhnya fizikal atau "ilsaq".
Apabila kita meneliti mana-mana Ayat Al-Quran,Hadith atau perbuatan dan ianya merujuk kepada tafsiran yang terbuka, kita mestilah melihat kepada apa yang diamalkan Baginda S.A.W..diikuti amalan para Sahabat R.Anhum dan para Salaf (mereka yang mengikuti para Sahabat R.Anhum). perkara ini akan dapat didapati tidak ada samada dari Para Sahabat R.Anhum serta para Salaf,didapati dalam amalan mereka merapatkan bahu serta kaki secara fizikal seperti apa yang ummat islam buat pada hari ini.
Hazrat Maulana Anwar Shah Kashmiri Rahimahullah berkata bahawa kefahaman tentang perkara ini tidak diterima pakai oleh keempat-empat Imam mazhab serta para Ulama di dalam mazhab kecuali mereka yang tergolong dalam golongan di atas di dalam memahami sesuatu Nas dan Dalil mengikut kefahaman mereka sendiri.
adanya niat atas perbuatan dan amalan ini,dengan kata-kata yang kabur bahawa yang mana bahu serta kaki harus tegak dan selari,yang mana tidak seharusnya ada ruang walau sedikitpun untuk syaitan di antara 2 orang di dalam suatu-suatu barisan saf solat,dan barisan saf ini harus tegak. dan sebenarnya ini tidak bermaksud hanya bahu serta kaki sahaja yang berada di dalam sentuhan fizikal. tafsiran ini juga telah diberi dan diterangkan oleh Hazrat Imam Badr al-Din Al-Ayni Rahimahullah dalam komentari beliau dalam kitab "umdat Al-Qari" (komentari Sahih Bukari,jilid ke 5,muka surat 377) dan Hazrat Imam Ibn Hajar Al-Asqalani Rahimahulah di dalam kitab "Fathul Bari" (jilid ke 2:muka surat 611).
satu lagi penerangan telah diberi oleh Hazrat Maulana Anwar Shah Kashmiri Rahimahullah ialah di dalam perkataan yang spesifik,ada yang tidak datang dari Para Sahabat R.Anhum,tetapi datang dari periwayat-periwayat perkataan mereka. Amalan ini diketahui umum dalam keilmuan dalam bidang Hadith.
dalam kitab "Lami al Darai `ala Jami` al-Bukhari",jilid pertama,muka surat 279, karya Hazrat Shehikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Khandahlawi Rahimahullah, Beliau telah menerangkan bahawa boleh terjadi tedapat sedikit hujah-hujah yang logik dari segi akal yang menyokong perbuatan di atas tentang merapatkan bahu serta kaki secara fizikal dalam saf solat. Beliau menulis bahawa secara fizikal, bahu serta kaki akan dapat dicapai apabila bahu di antara mereka yang berdiri di dalam saf berada dalam ketinggian yang sama dan kaki mereka dalam panjang yang sama.lebih-lebih lagi,untuk melaksanakan perkara ini, semua orang yang telah berada di dalam saf akan mengambil masa dalam menyusun diri mereka dalam kedudukan yang sesuai.jelas,ini akan menganggu khusyuk di dalam solat,apatah lagi ketenangan serta roh amalan solat.
selain beberapa penerangan seperti apa yang disebut di atas,di sini, Hazrat Maulana Zafar Ahmad Uthmani Rahimahullah dalam kitab karangannya "Imdad Al-Ahkam" di dalam jilid pertama,muka surat 290,tertulis bahawa walaupun terdapat beberapa hujah,adalah diterima bahawa sentuhan fizikal pada pergelangan kaki adalah dikehendaki di dalam syariah,dan persoalan berbangkit iaitu adakah perkara ini dikehendaki di dalam setiap bahagian dalam solat,seseorang mesti bertanya bagaimana membuat perkara ini ketika berada di dalam duduk antara 2 sujud?
dan,dalam maksud yang lain,ada disebut bahawa sentuhan fizikal hanya dikehendaki dalam bahagian-bahagian tertentu dalam solat sahaja.dan persoalan akan berbangkit,iaitu atas bukit dan dalil apakah telah dispesifikkan hanya bahagian-bahagian tertentu dalam solat,dan bahagian-bahagian yang lain tidak dikehendaki?dan sentuhan fizikal pada pergelangan kaki adalah sukar semasa berada didalam kedudukan duduk di antara 2 sujud atau tashayud. oleh itu,ianya dikecualikan dalam kedudukan dalam solat.seseorang boleh mencuba perkara ini dan lihat sendiri hasilnya..
dan kemudian kita akan berkata tentang perkara yang sama pada kedudukan berdiri,yakni mereka yang berdiri di dalam barisan saf akan mendapati perkara ini sukar dicapai.
"perkataan dari seorang Sahabat R.Anhum,iaitu Hazrat Anas R.Anhu telah dilaporkan di dalam kitab Fathul Bari dari Ma`mar; `sekiranya aku telah membuatkan perkara ini dengan di antara mereka pada hari ini,mereka akan berlari seperti keldai liar`. (Fathul Bari jilid ke-2:muka surat 612). Ini secara jelas menunjukkan bahawa setelah Baginda S.A.W telah wafat,Hazrat Anas R.Anhu tidak merapatkan bahu serta pergelangan kaki dengan orang yang berada di sebelah beliau dalam solat. Ini menunjukkan bukti bahawa merapatkan bahu serta pergelangan kaki dalam solat berjemaah ialah bukanlah kehendak sebenar dalam Sunnah Baginda S.A.W.
untuk itu,kita tidak melihat mana-mana dari kalangan para Sahabat R.Anhum Aj`main akan meninggalkannya kerana takut atau orang tidak menyukai mereka. orang juga akan tidak menyukai sesuatu amalan jika ia tidak dibuat dengan betul dan secara normal yang dibuat di dalam solat. jika sesuatu amalan itu ialah kebiasaan di dalam solat,maka tidak ada sebarang sebab atau alasan untuk orang untuk tidak menyukainya. Oleh itu, jika merapatkan bahu serta pergelangan kaki ialah amalan yang dikehendaki di dalam Sunnah Baginda S.A.W,maka ia telah akan menjadi amalan secara umum oleh semua para Sahabat R.Anhum, dan para pengikut mereka (Tabi`un) akan mengambil dan mengamalkan perkara ini sebagai amalan kebiasaan di dalam amalan Sunnah di dalam solat berjemaah.
seterusnya,tidak ada sebarang sebab untuk semua orang untuk tidak menyukai merapatkan bahu serta pergelangan kaki dalam solat berjemaah. seperti apa yang difahami dari keterangan dari Hazrat Anas R.anhu yang beliau akan menggelakkan merapatkan bahu serta pergelangan kaki dengan mereka yang berada berdiri bersebelahan beliau kerana beliau khuatir mereka akan tidak menyukainya.jadi,bolehlah disimpulkan bahawa amalan ini bukanlah amalan kebiasaan para Sahabat R.anhum mahupun pengikut mereka. Inilah bukti bahawa ia bukanlah amalan yang dikehendaki di dalam Sunnah Baginda S.A.W. dan atas sebab inilah,sepanjang pengetahuan saya,tidak ada dalil tentang perintah merapatkan bahu serta pergelangan kaki dalam barisan saf solat berjemaah dalam hadith dari Baginda S.A.W.
Rujukan.
1. Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-Bukhari oleh Imam Ahmad ibn ‘Ali ibn Muhammad ibn Hajar al-’Asqalani Rahimahullah, (penerbitan Dar Tayyibah,17 jilid,Riyadh,Arab Saudi,cetakan tahun 2005)
2. Umdat al-Qari Sharh Sahih al-Bukhari oleh Imam Badr al-Din Abu Muhammad Mahmud ibn Ahmad al-’Ayni Rahimahullah. (penerbitan al-Kutub al-’Ilmiyyah,25 jilid,Beirut,Lubnan,cetakan tahun 2001)
3. Lami’ al-Darari ‘ala Jami’ al-Bukhari oleh Hazrat Shehikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Kandhlawi Rahimahullah. (penerbitan H M Sa’id,3 Jilid,Karachi,Pakistan)
4.Fayd al-Bari ‘ala Sahih al-Bukhari oleh Hazrat Maulana Anwar Shah Kashmiri Rahimahullah. (Penerbitan Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah,6 jilid,Beirut,Lubnan, cetakan tahun 2005).
5.Imdad al-Ahkam oleh Hazrat Maulana Zafar Ahmad ‘Uthmani Rahimahullah. (penerbitan Maktabah Dar al-’Ulum Karachi,4 jilid,Karachi,Pakistan,cetakan tahun 2000)
Realiti kehidupan para Da`ie muslimin dan muslimat.
Sunday, May 27, 2012
Realiti kehidupan para Da`ie muslimin dan muslimat.
Assalamualaikum W.B.T..Innalhamdulillah..Allah S.W.T telah memberi kita peluang,masa dan keperluan untuk kita menjalani dan meneliti kehidupan kita seharian..
maaf kepada semua pembaca,posting blog ini terhenti selama beberapa minggu kerana penulis mengalami sedikit masalah kesihatan dan dalam proses menyempurnakan segala kerja,tugas-tugas dan peperiksaan serta pembentangan untuk semester akhir saya dalam pengajian kejuruteraan.
Realiti kehidupan muslim hari ini sangat mencabar dan kita diumpamakan seperti orang asing dalam menghurung arus masyarakat dan dunia pada hari ini.
dan Alhamdulillah, Allah S.W.T masih memelihara para Ulama dan para Dai`e yang terdiri dari pelbagai fikrah dan cabang yang berbeza untuk menyebar,menyampaikan dan belajar dan mengajar tentang agama.
cuma akhir-akhir ini,saya mendapati kecerendungan kita untuk mempertikai,tidak boleh menerima pendapat,menghentam dan lain-lain...perkara ini telah menghancurkan perpaduan ummat dan menjadikan diri kita hari ini sebagai "orang agama" telah dimasuki sifat-sifat yang tidak elok...takabbur,merasa dirinya benar dan orang lain salah,bangga dengan pencapaian dalam usaha untuk agama..dan kefahaman terhadap agama oleh saudara-saudara kita yang beragama islam yang berusaha untuk mendalami dan mengalamalkan islam boleh tercalar dan boleh terjadinya silap faham,apatah lagi terhadap bukan islam..pada bahagian perbezaan mazhab apatah lagi,saya mengambil satu perkara iaitu tentang hukum bergambar.kita sama sekali tidak boleh memaksa saudara kita dari mazhab lain untuk mengikuti mazhab kita,kecuali dalam solat.
pada hukum bergambar,para Ulama dari 4 Mazhab telah membincangkan dan mereka ada pendapat dan Nas serta Dalil masing-masing,maka Hormatilah..apatah lagi kita datang dari tempat lain dan apabila kita datang ke tempat mereka,kita memaksa pula mereka untuk mengikuti kita..ini tidak menghormati,berhikmah dan berakhlak dalam dakwah dan ilmu..
dan hari ini kita mahu menyampaikan seruan agama,dakwah dengan perantaraan membahagikan masa,mengikuti kuliah agama,belajar agama tetapi pendekatan akhlak Nubuwwah iaitu akhlak Baginda S.A.W tidak diambil berat dan tidak digunakan.
kenapa hari ini kita sibuk mewar-warkan kitalah berada di jalan yang benar,inilah sahaja jalan yang ditunjukkan oleh Baginda S.A.W..sedangkan perkataan-perkataan seperti ini boleh menafikan usaha-usaha fikrah dalam agama yang lain?mereka juga ada Nas dan Dalil dalam perjuangan ataupun manhaj mereka..mereka juga ada Para Ulama yang membimbing mereka..jadi berhati-hatilah dan jagalah percakapan kita supaya perpecahan ummat tidak berlaku..
dan kita tidak sama sekali boleh memaksa apatah lagi mempertikaikan saudara-saudara kita yang tidak berada dalam fikrah kita untuk "mewajibkan" mereka mengikuti fikrah yang kita ikuti sedangkan mereka telah berada dan meneliti fikrah ataupun manhaj yang telah dapat membimbing dan mengekalkan mereka dalama agama dan amalannya?
Iman ada kaitan dengan amal.dan Iman juga ada satu lagi kaitan yang jarang kita perbincangkan iaitu "Akhlak".
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)"
(Al-Ahzab:21)
di sini saya memetik mutiara nukilan dari kitab Empat puluh Hadtih Akhlak Mulia yang dikarang oleh Hazrat Sheikh Ahmad Fahmi Zam-Zam Hafizahullah, salah seorang ulama nusantara yang aktif mengajar dan menybearkan ilmu agama di negara kita.
petikan dari mutiara nukilan oleh Hazrat Sheikh Ahmad Fahmi Zam-Zam Hafizahullah:
"Akhak mulia daalah buah daripada iman yang terjunam di dalam hati. orang yang sempurna iman ialah orang yang sempurna akhlaknya.Akhlak mulia adalah ciri utama bagi setiap muslim,kerana hakikat iman aapabila wujud di dalam hati,ia akan dapat memelihara segala tindakan dan perbuatan seseorang."
persoalan yang berlaku pada hari ini, ke mana akhlak kita pada hari ini,yang hari ini kita orang beriman? akhlak ini penting dan ia ada kaitan dengan iman. Iman bukan sahaja berkait dengan amal,ia berkait juga dengan akhlak.
dalam satu riwayat,Baginda S.A.W bersabda:
"tidak ada iman (tidak sempurna iman) bagi orang yang tidak ada sifat amanah padanya."
(Hadith Riwayat Ahmad)
pada pendapat peribadi saya, biarlah pada Dai`e tidak ramai bilangannya,yang penting mereka ada kualiti iman dan akhlak mulia yang seperti dicontohkan oleh Baginda S.A.W. kita mahukan kualiti,bukanlah kuantiti..
perlu juga kita buat dan bina hubungan dengan para Ulama. BUKAN sahaja dengan para Ulama yang berada dalam fikrah kita sahaja,malah Ulama-Ulama lain dari fikrah dan manhaj lain..
dan khas terutamanya kepada diri saya sendiri yang menulis ini dan kepada para-para Dai`e muslimin dan muslimat sekalian:
1. hormati dan janganlah mempertikaikan usaha dakwah fikrah lain.
hormati dan janganlah mempertikaikan usaha dakwah fikrah lain.dan jangan sama sekali menolak apatah lagi tidak menghormati program-program mereka apabila program mereka ada di tempat kita.selagi sesuatu fikrah itu masih mengikuti Al-Quran dan Hadith,serta dibimbing oleh para Ulama dan diiktiraf dari kebanyakan fatwa para Mufti,JANGAN SAMA SEKALI melabel mereka sesat,jahil dan keluar dari Ahli Sunnah Wal Jamaah.
2. jangan sama sekali memaksa saudara kita dari fikrah lain seolah-olah "memaksa" mereka untuk ikut fikrah kita.
jangan sama sekali memaksa saudara kita dari fikrah lain seolah-olah "memaksa" mereka untuk ikut fikrah kita. apatah lagi mempertikaikan saudara-saudara kita yang tidak berada dalam fikrah kita untuk "mewajibkan" mereka mengikuti fikrah yang kita ikuti sedangkan mereka telah berada dan meneliti fikrah ataupun manhaj yang telah dapat membimbing dan mengekalkan mereka dalama agama dan amalannya.
3. Cintailah Ilmu agama.
Cintailah Ilmu agama.kerana Ilmu agama ini ialah penting untuk para Dai`e. Dai`e juga kena memasukkan pengajian ilmu (Tolibul Ilm) dalam diari dan perancangan mereka.sibuk dalam usaha dakwah dan hanya fokus pada program fikrah kita sahaja bukanlah praktis untuk Dai`e yang baik. Realiti dunia pada hari ini juga perlu diketahui. masalah fiqh,mua`amalat,munakahat,kehidupan seharian yang ada permasalahan agama juga perlu diketahui.
4. Cintailah Sunnah Baginda S.A.W.
dan kita tidak sama sekali menganggap apatah lagi memandang rendah saudara-saudara kita dari fikrah lain yang juga mengamalkan Sunnah S.A.W. misalnya,pada permsalahan Sunnah tentang Janggut. mungkin kita memelihara Janggut sampai segenggam tangan panjangnya atau lebih,tetapi saudara kita dari fikrah lain hanya memelihara janggut sejemput/sedikit sahaja. Hormatilah pnedirian mereka. mereka juga ada Nas dan Dalil yang diterangkan oleh para Ulama yang mereka rujuk.
5. Memelihara Akhlak.
Iman dan Amal adalah satu ikatan. Akhlak juga adalah adanya ikatan dengan iman.seperti nukilan dari Hazrat Sheikh Ahmada Fahmi Zam-Zam Hafizahullah di atas tadi,Usaha atas iman dan amal adalah baik dan terpuji.tetapi pengisian akhlak perlulah diperabaiki.saya tidak terhadkan perkara ini kepda sekian-kian fikrah,tetapi ianya adalah umum. dan paling penting sekali Akhlak kepada para Ulama dan Ibu-Bapa sangat-sangat harus diambil berat kerana adanya keberkatan dari mereka. kepada saudara seagama, hormati dan berkata-kata yang baik,berhikmah dan menghormati mereka terutamanya yang berbeza fikrah dengan kita.
6. bergaul dengan para Ulama dan Orang Soleh.
bergaul dengan para Ulama dan Orang Soleh bukanlah sahaja dengan menghadiri majlis mereka,malah kita datang dan silaturrahim dengan mereka diluar waktu kuliah.janganlah kita "memilih bulu" dengan bergaul dengan para Ulama dan Orang Soleh di dalam fikrah kita sahaja. bergaullah dengan para Ulama dan Orang Soleh tanpa mengira mereka dari fikrah mana sekalipun.
7. bergaul dengan semua orang.
pada Dai`e seharusnya tidak "memilih bulu" dalam bergaul. perkara ini telah menjadi duri dalam daging dalam dakwah..duduk,berbual dan komunikasi sesama mereka sahaja,kalau ada pun bergaul dengan orang tidak sefikrah, hanyalah semasa membahagikan masa semasa di jalan Allah S.W.T,di kawasan tempat tinggal kita..dengan rakan-rakan kita dari fikrah lain..perkara ini harus diambil kira dan diperbaiki.
8. Muzakarah, bukan Berdebat.
akhir-akhir ini,saya dapati tidak kiralah samada mereka dari dakwah dan Tabligh, Tariqat-Tariqat,fikrah ikhwan dan akhhawan, serta fikrah politik islam dan sebagainya..adanya kecenderungan berhujah dan berdebat untuk menunjukkam masing-masing berada di jalan yang benar..selagi sesuatu fikrah itu mengikuti Quran dan Hadith,ia tidak sesat dan keluar dari islam. sibuk menghentam dengan komen di blog,berhujah di blog.apakah hasilnya..ia hanya memecah-belahkan ummat...nasihat saya kepada "Bloggers" di luar sana,hentilah berdebat dan berhujah,muzakarahlah dengan para ulama di dunia realiti..mereka ahli dalam agama..apa gunanya kita berhujah dan berdebat di dunia blog ini,tetapi apa yang terhasil hanyalah tulisan-tulisan yang dipandu oleh nafsu amarah dan perasaan kebencian..renungkanlah kita semua..dan jangan kondem apatah lagi menulis tentang kekurangan sesuatu fikrah..jikalau anda Cintakan Baginda S.A.W..kerana Baginda S.A.W mahukan ummatnya bersatu...
semoga kita semua mengutamakan methodologi akhlak dalam berdakwah,kerana iman,amal dan akhlak,semuanya berkait rapat.dan semoga kita semua dirahmati dan dikasihi Allah S.W.T. Wallahu`alam.
Salah Faham ummat islam terhadap Janggut dan Pemeliharaannya oleh Sheikh Habib Ali al-Jifri Hafizahullah.
Wednesday, May 2, 2012
Salah Faham ummat islam terhadap Janggut dan Pemeliharaannya oleh Sheikh Habib Ali al-Jifri Hafizahullah.
Innalhamdulillah, pemeliharaan Janggut adalah salah satu Sunnah Baginda S.A.W yang indah dan sangat mulia..terdapat banyak perbezaan pendapat di kalangan para Ulama-E-Kiraam tentang Janggut..baik dari segi Nas dan Dalil,mahupun yang disusun oleh Imam Mazhab yang 4..
di bawah ini saya nukilkan terjemahan dari satu rancangan CBC mesir yang menampilkan pengacara rancangan bertanyakan pendapat Sheikh Habib Ali Al-Jifri Hafizahullah tentang janggut dan pemeliharaanya dalam islam..
semoga kita semua dapat menambah ilmu pengetahuan kita tentang Sunnah Baginda S.A.W dan mengeluarkan minda kita dari kejahilan dan salah faham tentang janggut dan pemeliharaanya,insyaAllah..
Memelihara janggut dapat diteliti melalui dua sudut pandangan, iaitu dari sudut pandangan hukum syariah dan sudut pandangan umum. Berdasarkan sudut pandangan hukum syariah, kita mengetahui bahawa terdapat perbezaan pendapat (khilaf) mengenai hukum Memelihara janggut bagi lelaki oleh keempat-empat imam mazhab samada Imam Syafie, Hambali, Maliki atau Hanafi. Antara pendapat yang kuat dipegang oleh beberapa mazhab tertentu ialah mengharamkan lelaki dari mencukur janggut sepenuhnya sehingga licin wajah. Walau bagaimanapun, menurut mazhab Syafie, perbuatan mencukur janggut sehingga licin wajah tidaklah diharamkan namun ia adalah sangat tidak digalakkan.
Dari sudut pandangan umum pula, terdapat dua bentuk pandangan mengenai amalan Memelihara janggut oleh kaum lelaki. Pandangan yang pertama mengatakan bahawa Memelihara janggut adalah tidak perlu kerana mereka berpegang kepada hujah yang mangatakan bahawa Allah S.W.T tidak memandang kepada penampilan atau luaran seseorang, sebaliknya lebih kepada iman dan keikhlasan didalam hati. Secara tidak langsung, golongan ini telah menolak salah satu dari sunnah Rasulullah S.A.W iaitu amalan Memelihara janggut. Walaupun begitu, saya tidaklah mengatakan bahawa golongan ini berdosa atas pendapat mereka itu kerana Imam Syafie berpendapat bahawa tidak Memelihara janggut bukanlah suatu dosa, hanya ia adalah tidak digalakkan.
Sungguhpun begitu, memandang hina dan memperolok-olokkan amalan Memelihara janggut yang merupakan salah satu daripada amalan sunnah baginda Rasul S.A.W.merupakan sesuatu yang amat buruk dan tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana individu Muslim yang berpendapat seperti di atas.
Pandangan umum mengenai amalan Memelihara janggut yang kedua pula ialah menjadikan janggut sebagai suatu tanda ukur akan keimanan seseorang. Dengan kata lain, golongan ini berpendapat bahawa semakin panjang janggut seseorang itu, maka semakin tinggilah ketaqwaannya dan sekiranya seseorang tidak mempunyai janggut, maka dia bukan dari kalangan orang yang bertaqwa.
Pendapat ini biasa ditimbulkan oleh orang-orang yang mempunyai sedikit pengetahuan namun tidak begitu arif dengan agama dan ia merupakan suatu fahaman yang salah sama sekali. Saya telah melihat situasi seperti ini wujud di Mesir. Sesiapa sahaja yang berjanggut, maka masyarakat akan memanggilnya ‘sheikh’.
Terdapat juga situasi di mana wujud suatu kelompok masyarakat yang meminta fatwa dan hukum-hukum mengenai agama daripada seseorang yang Memelihara janggut, dan seterusnya menerima apa saja fatwa dan hukum yang dikeluarkan oleh individu tersebut hanya semata-mata kerana dia berjanggut. Adakah hanya dengan janggut sahaja benar-benar melayakkan seseorang itu untuk dipanggil dengan gelaran ‘sheikh’ dan dianggap sebagai seorang yang arif dalam bidang agama?
Sekiranya seseorang individu perlu Memelihara janggut atau membuangnya (mencukurnya) kerana taatkan perintah dari ketua atau pemerintahnya, ia bukanlah suatu dosa. Namun jika seseorang individu Memelihara janggut kerana ingin mengikuti sunnah Rasulullah S.A.W sepertimana para sahabatnya, maka itu adalah yang terbaik. Oleh yang demikian, dia perlulah membersihkannya dan mengemaskan janggutnya dengan baik dan teratur. Baginda Rasulullah S.A.W sendiri sering menyikat dan membersihkan janggut baginda hingga ia kelihatan amat kemas dan bersih.
Sheikh Habib Ali Al-Jifri Hafizahullah,Mudir Yayasan Taibah,Abu Dhabi.
Sesetengah individu beranggapan bahawa untuk mengikuti suruhan agama adalah sehingga terpaksa menjadi kotor dan hodoh. Ini adalah tidak benar. Kadang kala kita bertemu individu-individu yang Memelihara janggut yang besar, namun dia tidak membersihkannya, tidak menjaganya atau menyikatnya sehingga tanpa disedari dia kelihatan kotor dan selekeh. Akan tetapi, apabila ada orang yang memperolok-olokkan keadaan janggutnya, dia menjadi marah.
Kemampuan seseorang untuk mengamalkan sunnah secara menyeluruh adalah berbeza mengikut keadaan, situasi dan tempat. Namun bagi mereka yang mampu untuk terus istiqamah dalam mengamalkan sunnah, maka ini adalah sesuatu yang amat bagus. Sungguhpun begitu, menganggapnya sebagai seseorang lebih alim atau warak adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Jadi kita tidak boleh mengatakan bahawa orang yang berjanggut lebih warak daripada orang yang tidak Memelihara janggut.
Benar, seseorang yang Memelihara janggut telah dapat mengamalkan sesuatu yang tidak ada pada individu yang tidak Memelihara janggut. Walau bagaimanapun, kita perlu sedara bahawa mungkin individu yang tidak Memelihara janggut boleh jadi lebih alim dan lebih taat terhadap Allah S.W.T kerana terdapat banyak lagi perkara lain yang boleh menjadi ukuran ketaatan seseorang kepada ALLAH.
Ini mengingatkan saya kepada suatu kisah sewaktu saya lebih muda, dan ia berlaku di salah satu bandar Arab. Kebiasaannya, orang akan pergi ke pasar dan bertemu antara satu sama lain. Berlaku sebuah perbalahan didalam sebuah kedai serbaguna antara dua orang lelaki mengenai suatu barang jualan kedai tersebut. Tiba-tiba muncul seorang lelaki berjanggut yang masuk kedalam kedai dan berjaya menyelesaikan perbalahan yang berlaku antara dua lelaki tersebut. Lalu orang-orang lain yang turut berada didalam kedai itu berkata,
“Masya Allah, wahai sheikh, wahai maulana, semoga Allah S.W.T merahmati kamu. Tolonglah doakan kesejahteraan kepada Rasulullah S.A.W untuk kami,”
Lelaki berjanggut itu hanya berdiam diri mendengar kata-kata mereka.
Lalu mereka berkata lagi,
“Wajah tuan bercahaya-cahaya dan tuan kelihatan seperti seorang alim besar. Tuan juga telah berjaya menyelesaikan masalah yang berlaku di antara kami. Mengapa tuan tidak mahu mendoakan kesejahteraan kepada Rasulullah S.A.W bagi pihak kami?”
Lelaki berjanggut itu membalas, “Wahai saudaraku, saya adalah seorang Kristian.” Sudah tentulah perbuatan lelaki Kristian ini dalam menyelesaikan perbalahan yang berlaku adalah suatu perkara yang amat baik dan saya mohon kepada Allah S.W.T untuk merahmatinya atas kebaikan yang telah ia lakukan. Walau bagaimanapun, cuba lihat bagaimana masyarakat sekeliling yang meminta pandangannya mengenai Islam hanya semata-mata kerana dia Memelihara janggut.
Oleh yang demikian, tanggapan begini (sebagai seorang ulama atau seseorang yang warak) tidak boleh diukur dan ditetapkan hanya dengan Memelihara janggut.
di bawah ini saya "embedd" video temuramah CBC Mesir dengan Sheikh Habib Ali Al-Jifri Hafizahullah
Rujukan:
diterjemah dari rancancan terbitan CBC Mesir:pertanyaan kepada Sheikh Habib Ali Al-Jifri Hafizahullah: Janggut dan Pemeliharaannya
Name: Abdullah_m.e. Home: kuala lumpur, wilayah persekutuan, Malaysia About Me: Dan orang-orang yang terdahulu; yang mula-mula dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” (berhijrah dan memberi bantuan), dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada Nya, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah, Ayat 100)
masih di dalam proses pembelajaran baik untuk keperluan mahupun agama..masih di dalam fasa membaiki diri..kerana diri ini tidak sempurna.. See my complete profile
For all reader information,i`m not a ustaz,hafizul quran more so ulama`.i`m just the follower (ittiba`) of the Prophet S.A.W,the companions R.Anhum and whom who followed
them from time to time until Qiyaamah.for that reason,almost all the published article,translation or journal and quote have reference.only certain do not have a reference due to that publish is personal opinion/advice of the writer.still in process of learning and purifcation.moderate opinion and neutral method.not in favor/represent of any organizational,fiqrah,political party or jamaah.what is good and there`s akhlak,we follow them.what is not very good,we make a moral story of it.
This blog is published in Bahasa Malaysia so that the malay language user can understand some translation of kitab or quote from ulama` and to uphold usage of bahasa malaysia among whom understand malays.some of the kitab or reference is not published and sale in malaysia,almost majority of it is from Hindustani sub-continent and some of it from the middle-east.only certain publish in english language.
Manhaj Ahlul Sunnah Wal Jamaah,follow Shafii` Mazhab.
Jazakumullahu Khairan Kasthira`,
Powered by
Lau ka na Bainana Al-Habib-Abdul Rahman Mohamed,Saudi Arabia..
lau kana bainana(1)
Powered by
Darul Uloom Deoband,Saharanpur,India
<
Darul Uloom Nadwatul Ulama`,Lucknow,India.
Jamia` Darul Uloom Karachi,Pakistan.
Mazahirul Uloom,Saharanpur,India.
Darul Mustafa`,Tarim, Yaman
Darul Uloom Azaadville,South Africa.
Miftahul Uloom,Bandar Baru Sri Petaling,Kuala Lumpur,Malaysia