"هذا هو معنى الحياة هو نحن هو الإسلام."
تحيات.. كيف حالك.. نأمل حصلت على مباركة لك من الله
followers
<
komunikasi
facilities
khidmat
Innalhamdulillah,khidmat kpd pelajar samada yg berada dlm kemahiran kejuruteraan(mekanikal,elektrikal,electronic,mekatronik dsb.)
@pelajar agama yg berminat.sy sedia membantu menyemak proposal,
report dn mmberi cadangan kpd projek tahun akhir(FYP) atau masalah pembelajaran anda secara percuma.
semoga usaha anda dimudahkan utk menamatkan pengajian dn anda dpt berkhidmat serta berjuang di jalan Allah S.W.T.hubungi sy di YM;ghostrider_mujahid.JazakaAllahu Khair.
Visitor
Realiti kehidupan para Da`ie muslimin dan muslimat.
Sunday, May 27, 2012
Realiti kehidupan para Da`ie muslimin dan muslimat.
Assalamualaikum W.B.T..Innalhamdulillah..Allah S.W.T telah memberi kita peluang,masa dan keperluan untuk kita menjalani dan meneliti kehidupan kita seharian..
maaf kepada semua pembaca,posting blog ini terhenti selama beberapa minggu kerana penulis mengalami sedikit masalah kesihatan dan dalam proses menyempurnakan segala kerja,tugas-tugas dan peperiksaan serta pembentangan untuk semester akhir saya dalam pengajian kejuruteraan.
Realiti kehidupan muslim hari ini sangat mencabar dan kita diumpamakan seperti orang asing dalam menghurung arus masyarakat dan dunia pada hari ini.
dan Alhamdulillah, Allah S.W.T masih memelihara para Ulama dan para Dai`e yang terdiri dari pelbagai fikrah dan cabang yang berbeza untuk menyebar,menyampaikan dan belajar dan mengajar tentang agama.
cuma akhir-akhir ini,saya mendapati kecerendungan kita untuk mempertikai,tidak boleh menerima pendapat,menghentam dan lain-lain...perkara ini telah menghancurkan perpaduan ummat dan menjadikan diri kita hari ini sebagai "orang agama" telah dimasuki sifat-sifat yang tidak elok...takabbur,merasa dirinya benar dan orang lain salah,bangga dengan pencapaian dalam usaha untuk agama..dan kefahaman terhadap agama oleh saudara-saudara kita yang beragama islam yang berusaha untuk mendalami dan mengalamalkan islam boleh tercalar dan boleh terjadinya silap faham,apatah lagi terhadap bukan islam..pada bahagian perbezaan mazhab apatah lagi,saya mengambil satu perkara iaitu tentang hukum bergambar.kita sama sekali tidak boleh memaksa saudara kita dari mazhab lain untuk mengikuti mazhab kita,kecuali dalam solat.
pada hukum bergambar,para Ulama dari 4 Mazhab telah membincangkan dan mereka ada pendapat dan Nas serta Dalil masing-masing,maka Hormatilah..apatah lagi kita datang dari tempat lain dan apabila kita datang ke tempat mereka,kita memaksa pula mereka untuk mengikuti kita..ini tidak menghormati,berhikmah dan berakhlak dalam dakwah dan ilmu..
dan hari ini kita mahu menyampaikan seruan agama,dakwah dengan perantaraan membahagikan masa,mengikuti kuliah agama,belajar agama tetapi pendekatan akhlak Nubuwwah iaitu akhlak Baginda S.A.W tidak diambil berat dan tidak digunakan.
kenapa hari ini kita sibuk mewar-warkan kitalah berada di jalan yang benar,inilah sahaja jalan yang ditunjukkan oleh Baginda S.A.W..sedangkan perkataan-perkataan seperti ini boleh menafikan usaha-usaha fikrah dalam agama yang lain?mereka juga ada Nas dan Dalil dalam perjuangan ataupun manhaj mereka..mereka juga ada Para Ulama yang membimbing mereka..jadi berhati-hatilah dan jagalah percakapan kita supaya perpecahan ummat tidak berlaku..
dan kita tidak sama sekali boleh memaksa apatah lagi mempertikaikan saudara-saudara kita yang tidak berada dalam fikrah kita untuk "mewajibkan" mereka mengikuti fikrah yang kita ikuti sedangkan mereka telah berada dan meneliti fikrah ataupun manhaj yang telah dapat membimbing dan mengekalkan mereka dalama agama dan amalannya?
Iman ada kaitan dengan amal.dan Iman juga ada satu lagi kaitan yang jarang kita perbincangkan iaitu "Akhlak".
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)"
(Al-Ahzab:21)
di sini saya memetik mutiara nukilan dari kitab Empat puluh Hadtih Akhlak Mulia yang dikarang oleh Hazrat Sheikh Ahmad Fahmi Zam-Zam Hafizahullah, salah seorang ulama nusantara yang aktif mengajar dan menybearkan ilmu agama di negara kita.
petikan dari mutiara nukilan oleh Hazrat Sheikh Ahmad Fahmi Zam-Zam Hafizahullah:
"Akhak mulia daalah buah daripada iman yang terjunam di dalam hati. orang yang sempurna iman ialah orang yang sempurna akhlaknya.Akhlak mulia adalah ciri utama bagi setiap muslim,kerana hakikat iman aapabila wujud di dalam hati,ia akan dapat memelihara segala tindakan dan perbuatan seseorang."
persoalan yang berlaku pada hari ini, ke mana akhlak kita pada hari ini,yang hari ini kita orang beriman? akhlak ini penting dan ia ada kaitan dengan iman. Iman bukan sahaja berkait dengan amal,ia berkait juga dengan akhlak.
dalam satu riwayat,Baginda S.A.W bersabda:
"tidak ada iman (tidak sempurna iman) bagi orang yang tidak ada sifat amanah padanya."
(Hadith Riwayat Ahmad)
pada pendapat peribadi saya, biarlah pada Dai`e tidak ramai bilangannya,yang penting mereka ada kualiti iman dan akhlak mulia yang seperti dicontohkan oleh Baginda S.A.W. kita mahukan kualiti,bukanlah kuantiti..
perlu juga kita buat dan bina hubungan dengan para Ulama. BUKAN sahaja dengan para Ulama yang berada dalam fikrah kita sahaja,malah Ulama-Ulama lain dari fikrah dan manhaj lain..
dan khas terutamanya kepada diri saya sendiri yang menulis ini dan kepada para-para Dai`e muslimin dan muslimat sekalian:
1. hormati dan janganlah mempertikaikan usaha dakwah fikrah lain.
hormati dan janganlah mempertikaikan usaha dakwah fikrah lain.dan jangan sama sekali menolak apatah lagi tidak menghormati program-program mereka apabila program mereka ada di tempat kita.selagi sesuatu fikrah itu masih mengikuti Al-Quran dan Hadith,serta dibimbing oleh para Ulama dan diiktiraf dari kebanyakan fatwa para Mufti,JANGAN SAMA SEKALI melabel mereka sesat,jahil dan keluar dari Ahli Sunnah Wal Jamaah.
2. jangan sama sekali memaksa saudara kita dari fikrah lain seolah-olah "memaksa" mereka untuk ikut fikrah kita.
jangan sama sekali memaksa saudara kita dari fikrah lain seolah-olah "memaksa" mereka untuk ikut fikrah kita. apatah lagi mempertikaikan saudara-saudara kita yang tidak berada dalam fikrah kita untuk "mewajibkan" mereka mengikuti fikrah yang kita ikuti sedangkan mereka telah berada dan meneliti fikrah ataupun manhaj yang telah dapat membimbing dan mengekalkan mereka dalama agama dan amalannya.
3. Cintailah Ilmu agama.
Cintailah Ilmu agama.kerana Ilmu agama ini ialah penting untuk para Dai`e. Dai`e juga kena memasukkan pengajian ilmu (Tolibul Ilm) dalam diari dan perancangan mereka.sibuk dalam usaha dakwah dan hanya fokus pada program fikrah kita sahaja bukanlah praktis untuk Dai`e yang baik. Realiti dunia pada hari ini juga perlu diketahui. masalah fiqh,mua`amalat,munakahat,kehidupan seharian yang ada permasalahan agama juga perlu diketahui.
4. Cintailah Sunnah Baginda S.A.W.
dan kita tidak sama sekali menganggap apatah lagi memandang rendah saudara-saudara kita dari fikrah lain yang juga mengamalkan Sunnah S.A.W. misalnya,pada permsalahan Sunnah tentang Janggut. mungkin kita memelihara Janggut sampai segenggam tangan panjangnya atau lebih,tetapi saudara kita dari fikrah lain hanya memelihara janggut sejemput/sedikit sahaja. Hormatilah pnedirian mereka. mereka juga ada Nas dan Dalil yang diterangkan oleh para Ulama yang mereka rujuk.
5. Memelihara Akhlak.
Iman dan Amal adalah satu ikatan. Akhlak juga adalah adanya ikatan dengan iman.seperti nukilan dari Hazrat Sheikh Ahmada Fahmi Zam-Zam Hafizahullah di atas tadi,Usaha atas iman dan amal adalah baik dan terpuji.tetapi pengisian akhlak perlulah diperabaiki.saya tidak terhadkan perkara ini kepda sekian-kian fikrah,tetapi ianya adalah umum. dan paling penting sekali Akhlak kepada para Ulama dan Ibu-Bapa sangat-sangat harus diambil berat kerana adanya keberkatan dari mereka. kepada saudara seagama, hormati dan berkata-kata yang baik,berhikmah dan menghormati mereka terutamanya yang berbeza fikrah dengan kita.
6. bergaul dengan para Ulama dan Orang Soleh.
bergaul dengan para Ulama dan Orang Soleh bukanlah sahaja dengan menghadiri majlis mereka,malah kita datang dan silaturrahim dengan mereka diluar waktu kuliah.janganlah kita "memilih bulu" dengan bergaul dengan para Ulama dan Orang Soleh di dalam fikrah kita sahaja. bergaullah dengan para Ulama dan Orang Soleh tanpa mengira mereka dari fikrah mana sekalipun.
7. bergaul dengan semua orang.
pada Dai`e seharusnya tidak "memilih bulu" dalam bergaul. perkara ini telah menjadi duri dalam daging dalam dakwah..duduk,berbual dan komunikasi sesama mereka sahaja,kalau ada pun bergaul dengan orang tidak sefikrah, hanyalah semasa membahagikan masa semasa di jalan Allah S.W.T,di kawasan tempat tinggal kita..dengan rakan-rakan kita dari fikrah lain..perkara ini harus diambil kira dan diperbaiki.
8. Muzakarah, bukan Berdebat.
akhir-akhir ini,saya dapati tidak kiralah samada mereka dari dakwah dan Tabligh, Tariqat-Tariqat,fikrah ikhwan dan akhhawan, serta fikrah politik islam dan sebagainya..adanya kecenderungan berhujah dan berdebat untuk menunjukkam masing-masing berada di jalan yang benar..selagi sesuatu fikrah itu mengikuti Quran dan Hadith,ia tidak sesat dan keluar dari islam. sibuk menghentam dengan komen di blog,berhujah di blog.apakah hasilnya..ia hanya memecah-belahkan ummat...nasihat saya kepada "Bloggers" di luar sana,hentilah berdebat dan berhujah,muzakarahlah dengan para ulama di dunia realiti..mereka ahli dalam agama..apa gunanya kita berhujah dan berdebat di dunia blog ini,tetapi apa yang terhasil hanyalah tulisan-tulisan yang dipandu oleh nafsu amarah dan perasaan kebencian..renungkanlah kita semua..dan jangan kondem apatah lagi menulis tentang kekurangan sesuatu fikrah..jikalau anda Cintakan Baginda S.A.W..kerana Baginda S.A.W mahukan ummatnya bersatu...
semoga kita semua mengutamakan methodologi akhlak dalam berdakwah,kerana iman,amal dan akhlak,semuanya berkait rapat.dan semoga kita semua dirahmati dan dikasihi Allah S.W.T. Wallahu`alam.
Salah Faham ummat islam terhadap Janggut dan Pemeliharaannya oleh Sheikh Habib Ali al-Jifri Hafizahullah.
Wednesday, May 2, 2012
Salah Faham ummat islam terhadap Janggut dan Pemeliharaannya oleh Sheikh Habib Ali al-Jifri Hafizahullah.
Innalhamdulillah, pemeliharaan Janggut adalah salah satu Sunnah Baginda S.A.W yang indah dan sangat mulia..terdapat banyak perbezaan pendapat di kalangan para Ulama-E-Kiraam tentang Janggut..baik dari segi Nas dan Dalil,mahupun yang disusun oleh Imam Mazhab yang 4..
di bawah ini saya nukilkan terjemahan dari satu rancangan CBC mesir yang menampilkan pengacara rancangan bertanyakan pendapat Sheikh Habib Ali Al-Jifri Hafizahullah tentang janggut dan pemeliharaanya dalam islam..
semoga kita semua dapat menambah ilmu pengetahuan kita tentang Sunnah Baginda S.A.W dan mengeluarkan minda kita dari kejahilan dan salah faham tentang janggut dan pemeliharaanya,insyaAllah..
Memelihara janggut dapat diteliti melalui dua sudut pandangan, iaitu dari sudut pandangan hukum syariah dan sudut pandangan umum. Berdasarkan sudut pandangan hukum syariah, kita mengetahui bahawa terdapat perbezaan pendapat (khilaf) mengenai hukum Memelihara janggut bagi lelaki oleh keempat-empat imam mazhab samada Imam Syafie, Hambali, Maliki atau Hanafi. Antara pendapat yang kuat dipegang oleh beberapa mazhab tertentu ialah mengharamkan lelaki dari mencukur janggut sepenuhnya sehingga licin wajah. Walau bagaimanapun, menurut mazhab Syafie, perbuatan mencukur janggut sehingga licin wajah tidaklah diharamkan namun ia adalah sangat tidak digalakkan.
Dari sudut pandangan umum pula, terdapat dua bentuk pandangan mengenai amalan Memelihara janggut oleh kaum lelaki. Pandangan yang pertama mengatakan bahawa Memelihara janggut adalah tidak perlu kerana mereka berpegang kepada hujah yang mangatakan bahawa Allah S.W.T tidak memandang kepada penampilan atau luaran seseorang, sebaliknya lebih kepada iman dan keikhlasan didalam hati. Secara tidak langsung, golongan ini telah menolak salah satu dari sunnah Rasulullah S.A.W iaitu amalan Memelihara janggut. Walaupun begitu, saya tidaklah mengatakan bahawa golongan ini berdosa atas pendapat mereka itu kerana Imam Syafie berpendapat bahawa tidak Memelihara janggut bukanlah suatu dosa, hanya ia adalah tidak digalakkan.
Sungguhpun begitu, memandang hina dan memperolok-olokkan amalan Memelihara janggut yang merupakan salah satu daripada amalan sunnah baginda Rasul S.A.W.merupakan sesuatu yang amat buruk dan tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana individu Muslim yang berpendapat seperti di atas.
Pandangan umum mengenai amalan Memelihara janggut yang kedua pula ialah menjadikan janggut sebagai suatu tanda ukur akan keimanan seseorang. Dengan kata lain, golongan ini berpendapat bahawa semakin panjang janggut seseorang itu, maka semakin tinggilah ketaqwaannya dan sekiranya seseorang tidak mempunyai janggut, maka dia bukan dari kalangan orang yang bertaqwa.
Pendapat ini biasa ditimbulkan oleh orang-orang yang mempunyai sedikit pengetahuan namun tidak begitu arif dengan agama dan ia merupakan suatu fahaman yang salah sama sekali. Saya telah melihat situasi seperti ini wujud di Mesir. Sesiapa sahaja yang berjanggut, maka masyarakat akan memanggilnya ‘sheikh’.
Terdapat juga situasi di mana wujud suatu kelompok masyarakat yang meminta fatwa dan hukum-hukum mengenai agama daripada seseorang yang Memelihara janggut, dan seterusnya menerima apa saja fatwa dan hukum yang dikeluarkan oleh individu tersebut hanya semata-mata kerana dia berjanggut. Adakah hanya dengan janggut sahaja benar-benar melayakkan seseorang itu untuk dipanggil dengan gelaran ‘sheikh’ dan dianggap sebagai seorang yang arif dalam bidang agama?
Sekiranya seseorang individu perlu Memelihara janggut atau membuangnya (mencukurnya) kerana taatkan perintah dari ketua atau pemerintahnya, ia bukanlah suatu dosa. Namun jika seseorang individu Memelihara janggut kerana ingin mengikuti sunnah Rasulullah S.A.W sepertimana para sahabatnya, maka itu adalah yang terbaik. Oleh yang demikian, dia perlulah membersihkannya dan mengemaskan janggutnya dengan baik dan teratur. Baginda Rasulullah S.A.W sendiri sering menyikat dan membersihkan janggut baginda hingga ia kelihatan amat kemas dan bersih.
Sheikh Habib Ali Al-Jifri Hafizahullah,Mudir Yayasan Taibah,Abu Dhabi.
Sesetengah individu beranggapan bahawa untuk mengikuti suruhan agama adalah sehingga terpaksa menjadi kotor dan hodoh. Ini adalah tidak benar. Kadang kala kita bertemu individu-individu yang Memelihara janggut yang besar, namun dia tidak membersihkannya, tidak menjaganya atau menyikatnya sehingga tanpa disedari dia kelihatan kotor dan selekeh. Akan tetapi, apabila ada orang yang memperolok-olokkan keadaan janggutnya, dia menjadi marah.
Kemampuan seseorang untuk mengamalkan sunnah secara menyeluruh adalah berbeza mengikut keadaan, situasi dan tempat. Namun bagi mereka yang mampu untuk terus istiqamah dalam mengamalkan sunnah, maka ini adalah sesuatu yang amat bagus. Sungguhpun begitu, menganggapnya sebagai seseorang lebih alim atau warak adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Jadi kita tidak boleh mengatakan bahawa orang yang berjanggut lebih warak daripada orang yang tidak Memelihara janggut.
Benar, seseorang yang Memelihara janggut telah dapat mengamalkan sesuatu yang tidak ada pada individu yang tidak Memelihara janggut. Walau bagaimanapun, kita perlu sedara bahawa mungkin individu yang tidak Memelihara janggut boleh jadi lebih alim dan lebih taat terhadap Allah S.W.T kerana terdapat banyak lagi perkara lain yang boleh menjadi ukuran ketaatan seseorang kepada ALLAH.
Ini mengingatkan saya kepada suatu kisah sewaktu saya lebih muda, dan ia berlaku di salah satu bandar Arab. Kebiasaannya, orang akan pergi ke pasar dan bertemu antara satu sama lain. Berlaku sebuah perbalahan didalam sebuah kedai serbaguna antara dua orang lelaki mengenai suatu barang jualan kedai tersebut. Tiba-tiba muncul seorang lelaki berjanggut yang masuk kedalam kedai dan berjaya menyelesaikan perbalahan yang berlaku antara dua lelaki tersebut. Lalu orang-orang lain yang turut berada didalam kedai itu berkata,
“Masya Allah, wahai sheikh, wahai maulana, semoga Allah S.W.T merahmati kamu. Tolonglah doakan kesejahteraan kepada Rasulullah S.A.W untuk kami,”
Lelaki berjanggut itu hanya berdiam diri mendengar kata-kata mereka.
Lalu mereka berkata lagi,
“Wajah tuan bercahaya-cahaya dan tuan kelihatan seperti seorang alim besar. Tuan juga telah berjaya menyelesaikan masalah yang berlaku di antara kami. Mengapa tuan tidak mahu mendoakan kesejahteraan kepada Rasulullah S.A.W bagi pihak kami?”
Lelaki berjanggut itu membalas, “Wahai saudaraku, saya adalah seorang Kristian.” Sudah tentulah perbuatan lelaki Kristian ini dalam menyelesaikan perbalahan yang berlaku adalah suatu perkara yang amat baik dan saya mohon kepada Allah S.W.T untuk merahmatinya atas kebaikan yang telah ia lakukan. Walau bagaimanapun, cuba lihat bagaimana masyarakat sekeliling yang meminta pandangannya mengenai Islam hanya semata-mata kerana dia Memelihara janggut.
Oleh yang demikian, tanggapan begini (sebagai seorang ulama atau seseorang yang warak) tidak boleh diukur dan ditetapkan hanya dengan Memelihara janggut.
di bawah ini saya "embedd" video temuramah CBC Mesir dengan Sheikh Habib Ali Al-Jifri Hafizahullah
Rujukan:
diterjemah dari rancancan terbitan CBC Mesir:pertanyaan kepada Sheikh Habib Ali Al-Jifri Hafizahullah: Janggut dan Pemeliharaannya
Name: Abdullah_m.e. Home: kuala lumpur, wilayah persekutuan, Malaysia About Me: Dan orang-orang yang terdahulu; yang mula-mula dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” (berhijrah dan memberi bantuan), dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada Nya, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah, Ayat 100)
masih di dalam proses pembelajaran baik untuk keperluan mahupun agama..masih di dalam fasa membaiki diri..kerana diri ini tidak sempurna.. See my complete profile
For all reader information,i`m not a ustaz,hafizul quran more so ulama`.i`m just the follower (ittiba`) of the Prophet S.A.W,the companions R.Anhum and whom who followed
them from time to time until Qiyaamah.for that reason,almost all the published article,translation or journal and quote have reference.only certain do not have a reference due to that publish is personal opinion/advice of the writer.still in process of learning and purifcation.moderate opinion and neutral method.not in favor/represent of any organizational,fiqrah,political party or jamaah.what is good and there`s akhlak,we follow them.what is not very good,we make a moral story of it.
This blog is published in Bahasa Malaysia so that the malay language user can understand some translation of kitab or quote from ulama` and to uphold usage of bahasa malaysia among whom understand malays.some of the kitab or reference is not published and sale in malaysia,almost majority of it is from Hindustani sub-continent and some of it from the middle-east.only certain publish in english language.
Manhaj Ahlul Sunnah Wal Jamaah,follow Shafii` Mazhab.
Jazakumullahu Khairan Kasthira`,
Powered by
Lau ka na Bainana Al-Habib-Abdul Rahman Mohamed,Saudi Arabia..
lau kana bainana(1)
Powered by
Darul Uloom Deoband,Saharanpur,India
<
Darul Uloom Nadwatul Ulama`,Lucknow,India.
Jamia` Darul Uloom Karachi,Pakistan.
Mazahirul Uloom,Saharanpur,India.
Darul Mustafa`,Tarim, Yaman
Darul Uloom Azaadville,South Africa.
Miftahul Uloom,Bandar Baru Sri Petaling,Kuala Lumpur,Malaysia