"هذا هو معنى الحياة هو نحن هو الإسلام."
تحيات.. كيف حالك.. نأمل حصلت على مباركة لك من الله
followers
<
komunikasi
facilities
khidmat
Innalhamdulillah,khidmat kpd pelajar samada yg berada dlm kemahiran kejuruteraan(mekanikal,elektrikal,electronic,mekatronik dsb.)
@pelajar agama yg berminat.sy sedia membantu menyemak proposal,
report dn mmberi cadangan kpd projek tahun akhir(FYP) atau masalah pembelajaran anda secara percuma.
semoga usaha anda dimudahkan utk menamatkan pengajian dn anda dpt berkhidmat serta berjuang di jalan Allah S.W.T.hubungi sy di YM;ghostrider_mujahid.JazakaAllahu Khair.
Visitor
Eid Ul Adha..Aidil Wal Qurbaan he..
Friday, December 5, 2008
selamat hari raya Aidil Adha..
Bismillahir Rahmani Ar-Rahim
Nah-Ma`duhu Wanusolli-Mu`ala-Rasuulin-Kareem…
Selepas agak tidak lama membuka akaun friendster,laman blog,dan `mahluk-`mahluk` yang ku gunakan di internet..
Alhamdulillah,hamba selesai menunaikan usaha agama di Jakarta,Indonesia,sepanjang hamba tiada di bumi malaysia dari 24hb november hinggalah 2 disember 2008.Semasa di Jakarta pula,hamba ditimpa kemalangan semasa menaiki teksi dari hotel ke Masjid Jami’ Kebon Jeruk,Hayam Wuruk,Jakarta,teksi yang hamba naiki dirempuh dari belakang oleh lori.Syukurlah cuma pada bahagian kaki,pahanya `lari` dari kedudukannya sedikit dan rahangku sebelah kiri retak..buat sementara tidak boleh bercakap dalam masa 3 minggu menurut doktor yang merawat menurutnya kalau bercakap,ia akan menambahkan kecedaraan pada rahang.Dan satu berita `mengejut` diterima.Atas nasihat para pensyarah di `satu` universiti` yang ku pohon,permohonan kemasukanku diluluskan,tetapi mesyuarat senat universiti yang membincangkan pengambilan pelajar.ada 6 senat semuanya,4 menyokong dan meluluskan kemasukanku,tetapi 2 lagi menentang kerana aku seorang `pengusaha agama` yakni `pendakwah`.dan kebetulan yang menentang kemasukanku itu adalah dekan fakulti yang ku pohon.boleh mendaftar,tetapi ,mungkin akan menghadapi masalah semasa pembelajaran berjalan.AllahuAkhbar.Dugaan lagi,jadi,ku terpaksa menolak,redha.....malam tadi hamba baru dikeluarkan dari hospital dan berehat serta qiyam di rumah..Setelah selesai menunaikan solat isyrak dan membaca manzil pada pagi yang mulia hari ini,lihatlah,hamba berasa tidak berapa sihat dan kerap sakit semenjak kebelakangan ini,tidak boleh tidur di dalam sepanjang malam..walaubagaimanapun,disebabkan perkara yang ingin hamba sampaikan ini penting,hamba menulis..sesiapa yang faham dan bertindak padanya,Allah S.W.T akan membuatkan dirinya bersinar,atau..dia seolah-olah memotong kakinya sendiri..
Hari raya Aidil-Adha sudahpun hampir..yakni pada 8 november ini..mengingatkan kita pada kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S..berjuta-juta saudara seislam kita mahupun saudara malah ibu-bapa kita ada yang sedang menunaikan fardhu haji di tanah haram.Mekkah Mukarramah..kita yang mengaku sebagai Umat Muhammad S.A.W ini berjaya bangkit dan lahir sebagai seorang islam pada hari ini,berasbabkan pengorbanan `orang-orang` sebelum kita iaitu Nabi,Sahabat,Tabieen dan pejuang-pejuang agama Allah S.W.T..Jadi,kita umat ini wujud setelah banyak pengorbanan dilakukan..Untuk membuat kita menjadi Ummah,Nabi S.A.W dan para pengikut dan pembantu di zamannya,Sahabat R.Anhu telah melalui banyak cabaran dan perjuangan untuk kita.sementara musuh-musuh mereka, dan juga kita,yahudi dan nasara` ,tidak pernah berputus asa dan mencuba supaya orang-orang islam tidak bersatu hati dan tidak bergabung menjadi satu ummah.Supaya ianya hanya menjadi satu impian dan fakta sahaja ummat ini bagi mereka.
Pada hari ini,kita telah kehilangan Ummah ini..Selagi kita masih bersatu sebagai satu ummah..walaupun hanya beberapa ratus ribu bilangannya sekalipun dari bilangan manusia yang berrbilion-bilion,dunia ini terkesan pada mereka.Kita imbas kembali pada zaman Nabi S.A.W,tiada satu rumah pun yang bersimen.tiada juga lampu di masjid Nabi S.A.W iaitu masjij Nabawi.Lampu pertama yang dipasang pada masjid Nabawi telah dipasang pada tahun 9 hijrah dan orang yang memasang lampu itu ialah,Tamim Dhari R.Anhu,yang menjadi penyebar agama islam.Perbezaan Bangsa,bahasa dan Suku telah menjadi satu,iaitu Ummah.Bila kesatuan Ummah dicapai,barulah lampu yang pertama dipasang pada masjid Nabawi,Madinah –Al-Munawwarah.Cahaya hidayah yang telah dibawa oleh Muhammad S.A.W telah tersebar seluruh tanah arab dan diluar dari tanah arab dan ummah telah menjadi wujud dan bergerak pada masa itu.
Dan ummah ini kemudian menjadi bunga yang harum dan mekar tersebar di muka bumi ini,walaupun pada arah manapun ia tersebar,negara demi negara jatuh dengan hina pada kaki mereka.Ummah ini tidaklah dibentuk sebagai seorang sahaja yang berada di dalam keluarganya,dalam masyrakat ,pada suku,bangsa,negara mahupun bahasa perantaraan. Tiada seorangpun pada masa itu membuat yakni menjaga kesihatan,harta,keluarga kecuali menurut cara yang mereka ketahui dan faham dengan kaitannya dengan perintah Allah S.W.T dan RasulNya,Muhammad S.A.W.
Apabila muslim di dalam satu ummah,ummah akan bergegar walaupun hanya seorang islam dibunuh dimana-mana.Pada hari ini,perkara ini tidak berlaku.Hari ini kita dipukul,dibuli,dihina,dicaci dan prinsip hidup kita sendiri terbawa-bawa ideologi dari mush-musuh kita walaupun pada hakikatnya kita mengaku bahawa kita mengamalkan islam dalam kehidupan.
”Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah dari (hasutan) Syaitan, untuk menjadikan orang-orang Yang beriman berdukacita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan Dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang Yang beriman berserah diri.”
(Al-Mujadilah:10)
”Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah Dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan Dalam keadaan Islam.”
(Ali-Imran:102)
Dan Allah S.W.T juga mengingatkan kita agar:
”dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.”
(Ali-Imran:104)
Apabila Pengorbanan dibuat untuk agama,maka Ummah yang diimpikan ini akan dizahirkan.Apabila ummah sudah wujud,sifat kesetiaan dan keikhlasan berjuang akan ada dan kemuliaan ummat dizahirkan .Kemuliaan yang saya maksudkan bukanlah seperti kemuliaan seperti yang ada pada `kuasa mahluk` iaitu amerika dan russia,mereka juga masih dibawah kekuasaan Allah S.W.T dan Dialah yang menentukan prinsip dan cara `mereka`.Mana-mana individu,bangsa,keluarga atau kelas sekalipun,yang mana mengikuti dan menjalankan kebaikan mengikut tertib dan cara islam untuk sinar hidayah,maka ia akan zahir.Sesiapa yang menuju dan menjalankan ke arah `kehancuran` yang disangkakan jalan yang benar (kebatilan)akan hancur luluh.Yahudi,yang masih lagi mengikut dan menjalankan cara `kebatilan`,Allah akan menghancurkan mereka.
Kita merujuk Sahabat R.Anhu,yang mana sebelumnnya mereka ialah para penentang agama dan pelaku kebatilan,mengambil agama dan menuju ke arahnya,maka Allah S.W.T telah zahirkan dan membuat mereka bersinar di muka bumi ini.Allah S.W.T tidak memihak sesiapa yang tidak mengikuti perintahNya. Kepada semua Rakan-rakan seagamaku,baik semasa kecil,remaja dan dewasa ini,seta muslimin,muslimat sekalian dan orang yang mengucap kalimah syahadah,bangkitlah dengan hati ikhlas dan terbuka..dan buatlah usaha pada agama kesayangan ini yang sedang menuju kehancuran ini,yakni pengorbanan,diri,harta,masa untuk agama Allah S.W.T dan supaya ummah Nabi S.A.W dapat direalisasikan dan diwujudkan.Berjalan pada jalan yang benar dan iman akan mengikutinya.Ia mungkin menjadi ummah dan mengamalkan zikir,tasbihat,taklim,berjuang di jalan Allah,membuat membantu(khidmat) pada rakan seagama,bertimbang-rasa,menghormati dan memuliakan yang lain.Dan apabila pengorbanan dibuat,maka sifat-sifat kebatilan,keburukan dan penyakit hati akan dibuang sedikit demi sedikit dengan usaha ini.Apabila usaha ini diambil,walaupun dijalankan di satu kawasan sahaja di atas muka bumi ini,ia akan tersebar ke seluruh alam.
Kita bangkitlah dan bergerak untuk menyatukan orang dari pelbagai bangsa,kasta,negara dan bangsa untuk mereka bergerak pada jalan Allah,belajar mengorbankan sedikit-demi sedikit diri,masa dan harta untuk agama Allah..dan belajar untuk mengamalkan agama dalam kehidupan..insyaAllah,proses pembentukan ummah ini akan terlaksana,dan musuh batin kita,syaitan dan nafsu tidak akan mampu mengugat kita. Amiin..Salam Aidil Adha..Qurbaan he..
No 765 Wangee Road, Lakemba, Sydney. 61-2-97593898 S. Hamid Latif, Lakemba Mosque, 63/65 Wangee Road, Lakemba 2195, Sydney. 61-2-759-3899, 61-3-470-2424
No 427 William Street, Perth. Abdul Wahab, Perth. 61-9-4596826
Austria: A. Khaleque Qureshi, Masjid Belal, Diefenbachgasse 12/12, 1150 Wien. 43-1-9387615, 43-1-7366125
Azerbaijan: S. Uzair M. Ali, Orzhenigidzebskoy, Noboy Gumarbel M3/2F (?)(no detail information)
Bahamas: Jamaat ul Islam, P.O. Box 10711, Nassau.
Bangladesh: Maulana A Aziz, Kakrail Masjid, P.O. Ramna, Dhaka. 88-02-239-457
Barbados: Maulana Yusuf Piprawala, Kensington New Road, Bridgetown. 1-809-426-8767
Netherlands: Moskee Arrahman,Van Ostade str. 393-395, 1074 Amsterdam. (Tram no. 4 from train station) (Al-Kabiri) 31-20-764073
Belgium: Masjid Noor, Rue Massaux 6, Gemeente Schaarbeek, 1030 Brussels. (Mostafa Nooni) 32-2-219-7847 Masjid Van Slambrouck, Fortuin St. 6, B8400 Oostende.
Belize: Md Riaz, 3132 Kraal Road, Belize City.
Bermuda: Md Mosque, Basset Bldg Court, St. Ram, Hamilton.
Biera: Omar Osman, P.O. Box 382 (?), Biera. 23260
Bolivia: Biab Khalil, P.O. Box 216, La Paz. BX 5418
Brazil: A Aziz Alinani, Imam, Centro Islamica, Ax W-5 Norte, Brazil. 55-11-278-6789
Britain: Mosque, South Street, Saville Town, Dewsbury. (Hafez M Patel) 44-924-460760, 44-924-46685? (faks)
East London Masjid, 9-11 Christian St, Off Commercial Road, London E1. (Zulfiqar) 44-71-4811294
Brunei: Hj Jamili Hj Abbas, 647 Kg Lumapas. 673-8-810480, 673-2-337488.
Masjid, Fredrinkatu 33B, 00120 Helsinki 12. 358-0-643-579, 358-0-149-6395
Masjid, Abrahaminkatu
Gambia: Abdul Wadood, Arabic Madrassa, Serekunda.
Ghana: T. Osang, P.O. Box 170A, Rock of Islam Mosque, Labadi, Accra. 233-21-663-443, 665-06
Guinea: Md Boye, P.O. Box 12294, Barry, Conakary.
Guinea Bissau: Abayu Bayo, Jamia Kabir, Bissau.
Guyana: Azim Khan, 35, Kraig Village, East Bank, Demerara. 592-(02)-62269 (Georgetown)
Hong Kong: Masjid Ammar, 40-01 Kwon Road, Wanch.. 5-892-0720 (Md Qadeem, Zafar 852-3-5-239-975)
Hungary: A. Hafez, Flat 9, 84 Linen Kurt, Budapest. 36-1-833-905, 36-1-276-0482 (Babikir) Dr Izzedin, Estergomiut 56/VII/26, 1138 Budapest . Ibrahim, Fortuna (cheap hotel), Szolgaltaro GMk, 1073 BP, Akacf..
India: Banglawali Masjid, 168 W. Nizamuddin, Basti Nizamuddin, New Delhi. 91-11-494-7137 (faks: Farooq),(worldwide Headquarters) 617-142 (..)
Indonesia: Masjid Jamek, 83 Jalan Hayam Waruk, Kebun Jeruk, Jakarta Barat. (Ahmad Zulfikar) 62-21-821-236, 639-5585, 682-378 Masjid Istiqlal, Jalan Yos Sudarso, Dumai, RIAU.
Iran: Al Amir A Roaf, Masjid e Tauhidi, Zahedan.
Iraq: Sk Kazim, Montaga Buhimania Al Karich, Share Mar’uf, Baghdad.
Italy: El Amrani, 3231 Via Vanzetti No. 3, Cita di Sudi (Cascino Rosa), Milano. 39-10-952-20?, 39-6-802-258
Masjid, Via Bertoloni 22/24, Roma
Masjid,Via Berthollet 24, Torino
Masjid, Via de Groce 3 (Tingkat 4), Trieste
Gibraltar: Masjid Cesemate Sq., Main Street, Gibraltar. 350-73058
Jamaica: Naeem A. Muta’ali, Muslim Community, 54 Wildman Street, Kingston. 1-809-9283516 (Akbar), 9286789 (Naeem)
Islamic Center of Jamaica, 134 1/2 King Street, Kingston.
Japan: Islaho Tarbiyat (Ichnowari), 1-1-6 Bingonishi, Kasukabe-Shi, Saitama-Ken, Tokyo 334.
Ibrahim Ken Okubo, Room 105, Bingo Higashi 1-22-20, Kasukabe Shi, Saitama Ken, Tokyo 344. 0487-36-2767 (tel) 04-8738-0699 (faks) Syed Sohel 04-8736-2767
Islamic Center, 1-16-11 Ohara Setagayu ku, Tokyo 156. 03-7870916, 4606169
Islamic Center, C Hoko Mansion 4-33-10 Kitazawa, Setagaya ku, Tokyo 156. Nerima K. K. Mati, 1-30-17 Kopsaki 205, Tokyo. 81-3-450-6820, 81-3-553-7665 (Ismail), faks 81-3-458-3967 A. Aziz Mecavale, 175 Kumitashi Cho, Tokyo. (d/a Akarim Seth)
Germany: Md. Nawaz, Masjid, Muenchener str. 21, Frankfurt. (06175)1673, (0221)550.. Md. Nawaz, Berliner str. 31, 6374 Steinbach. (06171) 75360
Morocco: Alhaj Ali, Masjid en Noor, Hayya Araha 61, Darul Baida, Casablanca. 212-366-483..
Malawi: Ebrahim Makda, Juma Masjid, Kamuza Proc. Road, Lilongwe. 265-720216
Malaysia: Masjid Jamek Sri Petaling, Bandar Baru Sri Petaling, Kuala Lumpur. 60-3-9580515. 60-3-7595063 (Madrasah Miftahul Ulum). 60-3-7586134 (faks: Hj Khalid)
Abdul Wahid, Kota Kinabalu. 088-232994 (r), 088-225081 (o).
Maldives: Ibrahim Hassan, G. Aabin, Male Island.
Mali: Ismail, Markaz Haidara, P.O. Box 1551, Bamako. 223-22-22..
Malta: Md El Sadi, Islamic Centre, Corradino Road, P.O. Box 11, Paola, Malta. 356-772-163..
Mauritania: Daud Ahmad, Masjid Shurfa, P.O. Box 14, Nouakchott.
Mauritius: Masjid Nur, Gora Issac St., Port Louis. 230-2424904 Mir AM Soorma, Shaukat Islam Mosque, P.O.Box 328, Port Louis. 230-26..
Mexico: Mir Y Ali, Norte 40A, No. 3612A, Col 7 de Noviembre, Mexico DF.. 537-1138
Egypt: Masjid Anas bin Malik, Madinatul Muhaddithin, Share Iraqu Giza, Cairo. 20-2-702-804, 20-2-348-6185
Mozambique: Md Rafiq Ahmad, Av Dazambia 305, I C Flat 4, Maputo. 258-2378..
Myanmar: B. A. Ground Mosque, near Rangoon train station,Rangoon. 95-1-74436, 3100 (Bhay)
New Zealand: Abdul Samad Bhikoo, Auckland Mosque, 17 Vermont Street, Ponsonby, Auckland. 64-9-3764437
Masjid AnNur, Christchurch. 64-3-3483930
Ishan Othman, Dunedin. 64-3-4767121
Niger: Yahya Sa’ati, Sooq al Kabir, near Mohatta Sayarat, Niamey.
Nigeria: Hamza Oshodi, Central Mosque, 37 Church Road, Saban Gari, Kano. 47-2-9883..
Norway: K. M. Riaz, Bilal Masjid, Tordenskjolds Gt. 86, 3044 Drammen. 47-2-9883-..
Islamic Centre, Nosdahlbruns Gt. 22, Oslo 1.
Oman: Masud Harthi, Jame Khalid ibni Walid, Assib, Muscat. 92-21-415..
Pakistan: AlHaj A. Wahab, Madrassa Arabia, Raiwind, Lahore. 92-21-415.., 92-21-216..(faks)
Makki Masjid, Garden Road, Karachi.
Panama: A F Bhikoo, Jama Masjid, 3rd Street & Mexico Avenue, Panama City. 517-256-44..
Hajat atau keperluan untuk setiap kehidupan yang bergelar insan pada asasnya adalah sama sesejak dahulu-kala. Antara keperluan utama adalah seperti pakaian, makanan-minuman, kenderaan (alat pengangkutan), pengindapan, pendapatan serta berkeluarga. Ini adalah keperluan asas yang mana darinya bermula kehidupan seharian.
Manakala maksud adalah apa yang tersemadi dalam diri, pengertian apa yang utama buat diri serta pemikiran mengenai apa yang paling penting buat diri lalu dari situ seterusnya menjadi hala-tuju atau kepastiaan keatas diri akan tujuan kehadirannya dimuka-bumi.
Sewajarnya keperluan hidup dipenuhi agar mudah atau kurangnya masaalah dalam melalui kehidupan seharian tetapi apakah itu tujuan utama kejadian insan. Sedangkan ditegaskan bahawa Allah menjadikan insan serta jinnat semata-mata hanya beribadat, jadi dimana pengertiaan serta kefahaman diatas ayat tersebut?
Perbezaan antara hajat dan maksud adalah misalnya, seseorang tersebut hendak membina rumah, jadi dikerahkan waktu, fikiran, belanja serta tenaga diatas maksudnya membina rumah tersebut. Disiapkan plan ruang-ruang untuk pengindapan yang besar dan selesa disamping tidak dilupai akan pembinaan tandas. Jadi disini maksudnya membina rumah bukan membina tandas, namun adalah kewajipannya juga untuk membina tandas kerana tandas adalah merupakan sebahagian dari keperluan asas seharian.
Sebaliknya apa akan yang terjadi apabila insan meninggalkan maksud pembinaan rumahnya dan menjadikan keperluan pembinaan tandasnya sebagai maksud pembinaannya? Dihabiskan masanya menghiasi tandas dengan sebegitu indah disamping ruang-ruang yang luas, manakala ruang-ruang pengindapan lain dibinanya sebegitu kecil dan tidak teratur. Sedangkan waktu yang digunakan nanti untuk menggunakan tandas hanyalah beberapa minit sahaja dalam kehidupan sehariannya.
Inilah misalnya seseorang tersebut yang hanya mengejar-gejar keperluannya, meninggalkan maksud kejadiannya untuk beribadat kepada Allah serta menjadikan keperluannya sebagai maksud hidup sedangkan hidup didunia ini hanyalah sementara, bagaikan hanya satu kerlipan mata dibandingkan kehidupan sebenar buat selama-lamanya diakhirat.
Insan yang hanya mengejar dunia dan menjadikan keperluannya sebagai maksud hidupnya, maka dia akan kerugian didunia dan akhirat.
Didunia hidupnya tiada barkah, gelisah, sentiasa merasai tidak mencukupi, kebosanan terhadap sesuatu sentiasa hadir, fikiran yang gafla, tiada ketenangan jiwa dan seterusnya, manakala untuk akhirat yang mana nanti merupakan kehidupan selama-lamanya, tiada bekalan disediakan. Segala yang dilakukannya, tiada tujuan yang pasti, hanya untuk menghabiskan waktu dan memenuhi nafsu (Sedang, segala yang dikecapi didunia hanyalah seperti mengunyah suatu makanan, selazat mana pun makanan tersebut, bila ditelan dan melintasi kerongkong, segala rasanya hilang, hanya sebentar dikecapi).Dan akhirnya, tenggelamlah dia dalam dunia kebendaan yang membinasakan diri mahupun ia menjadi punca kebinasaan kepada pihak lain.
Sebaliknya, bilamana seseorang itu menjadikan maksud kehidupannya untuk beribadat kepada Allah, dia akan mendapat keuntungan didunia dan akhirat.
Bilamana ibadat dijadikan maksud hidup, bilamana usaha Rasulullah s.a.w dijadikan maksud hidup, maka apa yang dilakukannya bermatlamat disamping saban waktu, dia dapat memperbaiki diri, mematangkan diri dan darjatnya ditinggikan. Dan bila diambil jalan yang ditunjukkan oleh Rasullulah s.a.w, dengan sendirinya seluruh kehidupannya 24 jam dikira ibadat dan merai pahala yang tidak putus-putus. Perniagaannya(muamalat) mengikut sunnah dikira beribadat, akhlak yang baik yang selari dengan kehendak sunnah dikira beribadat, pergaulannya mengikut sunnah adalah ibadat (dan malah menjadi punca kebaikan pada pihak lain), bernikahnya dikira ibadat, menyuap makanan mengikut sunnah dikira ibadat hatta bila seseorang itu tidur dengan mengikut sunnah Rasulullah, dia dikira beribadat hingga bangunnya dari tidur.
Diatas kebenaran inilah, pentingnya sentiasa berpesan-pesan tentang maksud sebenar kejadian insan dan dunia ini hanyalah keperluan bukan maksud hidup. Sebagaimana bila seseorang itu melangkah masuk ketandas, disunnahkan melangkah dengan kaki kiri, sebagaimana juga bila seseorang itu melangkah keluar dari masjid adalah disunnahkan dengan kaki kiri. Kerana tandas dan dunia adalah sama iaitu hanya keperluan sedangkan beribadat adalah maksud sebenar kejadian insan itu sendiri.
SENARAI TEMPAT PERHIMPUNAN MINGGUAN UMAT ISLAM ATAS MAKSUD MELAKSANAKAN USAHA DAKWAH ILALLAH (MALAYSIA)
SENARAI TEMPAT PERHIMPUNAN MINGGUAN UMAT ISLAM ATAS MAKSUD MELAKSANAKAN USAHA DAKWAH ILALLAH di malaysia..sahabat2 boleh pergi ke lokasi yang terdekat berdasarkan hari yang dibuat di lokasi itu..
1. MASJID JAMEK BANDAR BARU SERI PETALING, KUALA LUMPUR SABTU MALAM AHAD
2. MADRASAH MIFTAHUL-HIDAYAH, BESERI, PERLIS SABTU MALAM AHAD
3. MADARASAH HAFIZ BUKIT CHORAS, KOTA SARANG SEMUT, ALOR SETAR, KEDAH KHAMIS MALAM JUMAAT
4. MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN, SG. PETANI, KEDAH KHAMIS MALAM JUMAAT
5. MADRASAH MANABI’UL-ULUM, PENANTI, P.PINANG SABTU MALAM AHAD
6. MASJID BENGGALI, P.PINANG KHAMIS MALAM JUMAAT
7. MASJID HANAFI, TAIPING, PERAK SABTU MALAM AHAD
8. MASJID ABDUL KARIM, SELAMA, PERAK SABTU MALAM AHAD
9. MADRASAH TAMAN PINJI PERDANA, IPOH, PERAK SABTU MALAM AHAD
10. MASJID JAMEK RAHANG, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN SABTU MALAM AHAD
11. MADRASAH AL-HIDAYAH, TENGKERA, MELAKA SABTU MALAM AHAD
12. MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN, BATU PAHAT, JOHOR KHAMIS MALAM JUMAAT
13. MADRASAH AL-QURAN SINARAN BARU, SKUDAI, JOHOR BAHRU, JOHOR KHAMIS MALAM JUMAAT
14. MASJID AHMAD SHAH, JERANTUT, PAHANG SABTU MALAM AHAD
15. MASJID MAT KILAU, JALAN GAMBANG, KUANTAN, PAHANG. SABTU MALAM AHAD
16. MADRASAH AL-QURAN, KUBANG BUJUK, K. TERENGGANU, TERENGGANU KHAMIS MALAM JUMAAT
17. MASJID PAKISTAN, BESUT, TERENGGANU KHAMIS MALAM JUMAAT
18. MADRASAH DUSUN RAJA, KOTA BHARU, KELANTAN KHAMIS MALAM JUMAAT
19. MASJID BANDAR KUCHING, SARAWAK SABTU MALAM AHAD
20. MASJID DAERAH, BINTULU, SARAWAK SABTU MALAM AHAD
21. MASJID AN-NA’IM, LUTONG, MIRI, SARAWAK SABTU MALAM AHAD
22. MASJID AL-QADIM, SIBU, SARAWAK SABTU MALAM AHAD
23. MASJID BESAR, LIMBANG, SARAWAK. SABTU MALAM AHAD
24. MASJID KG. BINGKOL, BEUFORT, SABAH SABTU MALAM AHAD
25. MASJID PEKAN MENGGATAL, KOTA KINABALU, SABAH SABTU MALAM AHAD
26. MASJID SRI MERINDING, LABUAN SABTU MALAM AHAD
27. MASJID AL-MUNAWWARAH, TAWAU SABTU MALAM AHAD
28. MASJID BDC, SANDAKAN, SABAH SABTU MALAM AHAD
program:
mula:lepas solat asar:
1.(majlis)bayan asar
2.persiapan dan solat maghrib
3.(majlis)bayan maghrib.
4.tasykil(bagi nama bagi yang ingin keluar jalan Allah)
5.persiapan dan solat is`ya
6.pembacaan Hayatus Sahabah(kisah para sahabat)
7.aktiviti bebas,samada nak makan,beramal,da`wah dan iktikaf di sana.
8.qiyamulail(persendirian)
9.solat subuh
10.bayan subuh.
11.selepas habis waktu isy`rak (syuruk),selesai...
insyaAllah,jika kita sama2 bergerak untuk menuju ke agama Allah,Allah bukakan jalan dan bantu kita...
satu persoalan yang sering bermain di fikiran kenapa ke sana?lagi-lagi pada orang yang tidak biasa dengan usaha agama..
MENGAPA HARUS KE INDIA,BANGLADESH DAN PAKISTAN DAHULU BUKAN KE MEKKAH ATAU MADINAH ?
Banyak orang yang membuat usaha agama,mereka yang telah menghabiskan harta mereka agar dapat datang ke India,Bangladesh dan Pakistan untuk belajar cara kerja dakwah yang asal. Sampai-sampai orang jual rumah, kendaraan, ternak, atau kehilangan modal usaha gara-gara ingin pergi ke sana. Bahkan dalam majlis-majlis shabguzzari mereka di markaz pusat maupun daerah selalu diakhiri dengan ajakan untuk pergi ke sana. Ada apa di sana?
Tersebar di tengah masyarakat hari ini bahawa kiblat mereka yang buat usaha agama bukan ke ka’bah, mereka tak mau pergi haji, haji mereka ke India,Bangladesh dan Pakistan, dan sebagainya.
Orang-orang yang lama di antara mereka mengatakan kami datang ke India,Bangladesh dan Pakistan untuk belajar ke tempat yang sudah hidup amal dakwah, bukan untuk beribadat di sana. Ada juga yang mengatakan sebagaimana orang ingin belajar sepak bola harus ke Brazil dan England kerana sudah kita maklum bahawa di situ tempat kebangkitan dan datangnya pemain bola sepak yang terkenal dan mahir,. Begitu juga belajar Hadith,perlu ke Maidnah,belajar qiraat di Mesir , belajar madzhab Imam Syafi’I ke nusantara(Asia Tenggara), belajar madzhab Hanafy keKhurasan,Afrika. Maka apa salah kami belajar usaha dakwah ke India,Bangladesh dan Pakistan kerana di negeri itulah hidup amal dakwah dan maju usaha ini disana.
Masjid banyak yang hidup 24 jam tidak seperti di Negara lain masjid banyak di kunci termasuk di Tanah Arab dan jika tak musim Haji,ia sepi.Sedangkan Rasulullah S.A.W mulai amal,ibadah,kehidupan masyarakat dan dakwah dari Masjid Nabawi yang hidup dengan amal 24 jam. Di Reiwind,Lahore,Pakistan, amalan hidup 24 jam sebagaimana Masjid Nabawi dahulu di zaman Rasulullah saw.
Ada juga di antara mereka yang katakan : Kami ke sana kerana mahu melihat sejarah bagaimana hasil kerja dakwah yang dibuat oleh Syaikh Maulana Muhammad Ilyas Rah A terhadap penduduk Mewat,Satu Daerah kecil di selatan New Delhi,India. Suatu kampung pemakan bangkai, tidak mengenal Allah, tak pernah ibadah, sampai menjadi kampung yang penuh kesolehan .
Yang lain mengatakan banyak orang yang menuduh kami haji ke sana kenapa bukan ke Mekah dan mereka sendiri belum berhaji.Kalau kita biasa bergaul dengan orang berbuat usaha agama di tempat mereka berkumpul ,di sana para hujjaj tak pernah di panggil Pak Haji, bahkan mereka berkali-kali haji, ini kita bolerh bertanya para Ahli Syura(Orang tanggungjawab jemaah)mereka rata-rata lebih dari 3 kali ke haji.
Di antaranya juga ada mengatakan : Kami datang untuk Shuhbah (berteman rapat / bersahabat untuk mengambil manfaat dari ilmu mahupun pengetahuan ) dengan ulama-ulama yang telah banyak berkorban dalam kerja dakwah, dan melihat kisah nyata kehidupan mereka yang telah jadikan dakwah sebagai maksud hidup. Sebab jika kami tidak lihat mereka hanya baca tentang dakwah maka sukar diterapkan.
Sebagaimana penjahit yang hanya membaca buku bagaimana cara menjahit pakaian tetapi tak pernah lihat bagaimana pakaian dibuat oleh penjahit yang lebihberpengalaman maka tak mungkin boleh dijahit. Memang kalau kita jujur memerhatikan pemergian mereka ke India,Bangladesh dan Pakistan tak merubah cara ibadah, dan cara mu’asyaroh mereka, bererti tidak ada misi madzhab ataupun aliran yang dibawa. Mereka malahan lebih tenggelam dalam masyarakat dan memikirkan keadaan mereka yang jauh dari agama. Mereka solat berjamaah dengan beramai-ramai , cara solat pun tak berikhtilaf dengan umat Islam lainnya hanya saja mereka lebih menekankan sholat berjamaah, di awal waktu, dan di masjid.
Jadi kebanyakan tuduhan-tuduhan orang terhadap mereka kebanyakan hanya ikut-ikutan dan mencari-cari celah kesalahan tanpa melihat perubahan yang terjadi terhadap orang yang pulang dari sana.
Name: Abdullah_m.e. Home: kuala lumpur, wilayah persekutuan, Malaysia About Me: Dan orang-orang yang terdahulu; yang mula-mula dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” (berhijrah dan memberi bantuan), dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada Nya, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah, Ayat 100)
masih di dalam proses pembelajaran baik untuk keperluan mahupun agama..masih di dalam fasa membaiki diri..kerana diri ini tidak sempurna.. See my complete profile
For all reader information,i`m not a ustaz,hafizul quran more so ulama`.i`m just the follower (ittiba`) of the Prophet S.A.W,the companions R.Anhum and whom who followed
them from time to time until Qiyaamah.for that reason,almost all the published article,translation or journal and quote have reference.only certain do not have a reference due to that publish is personal opinion/advice of the writer.still in process of learning and purifcation.moderate opinion and neutral method.not in favor/represent of any organizational,fiqrah,political party or jamaah.what is good and there`s akhlak,we follow them.what is not very good,we make a moral story of it.
This blog is published in Bahasa Malaysia so that the malay language user can understand some translation of kitab or quote from ulama` and to uphold usage of bahasa malaysia among whom understand malays.some of the kitab or reference is not published and sale in malaysia,almost majority of it is from Hindustani sub-continent and some of it from the middle-east.only certain publish in english language.
Manhaj Ahlul Sunnah Wal Jamaah,follow Shafii` Mazhab.
Jazakumullahu Khairan Kasthira`,
Powered by
Lau ka na Bainana Al-Habib-Abdul Rahman Mohamed,Saudi Arabia..
lau kana bainana(1)
Powered by
Darul Uloom Deoband,Saharanpur,India
<
Darul Uloom Nadwatul Ulama`,Lucknow,India.
Jamia` Darul Uloom Karachi,Pakistan.
Mazahirul Uloom,Saharanpur,India.
Darul Mustafa`,Tarim, Yaman
Darul Uloom Azaadville,South Africa.
Miftahul Uloom,Bandar Baru Sri Petaling,Kuala Lumpur,Malaysia