Assalamualaikum..

"هذا هو معنى الحياة هو نحن هو الإسلام." تحيات.. كيف حالك.. نأمل حصلت على مباركة لك من الله

 
<

followers
komunikasi
Create your own banner at mybannermaker.com!
Create your own banner at mybannermaker.com!
facilities

khidmat

Innalhamdulillah,khidmat kpd pelajar samada yg berada dlm kemahiran kejuruteraan(mekanikal,elektrikal,electronic,mekatronik dsb.) @pelajar agama yg berminat.sy sedia membantu menyemak proposal, report dn mmberi cadangan kpd projek tahun akhir(FYP) atau masalah pembelajaran anda secara percuma. semoga usaha anda dimudahkan utk menamatkan pengajian dn anda dpt berkhidmat serta berjuang di jalan Allah S.W.T.hubungi sy di YM;ghostrider_mujahid.JazakaAllahu Khair.
Visitor
perutusan hari raya Aidil Adha (qurbaan) dari penulis..
Tuesday, November 16, 2010

nah maduhu wanusolli wanusallimu a`la rasulihil kariim,wa a`la alihi wasohbihi wa atba`ihi namalitiddinil qawwim..

kami memuji dan berselawat ke atas Rasul yang mulia dan ke atas Ahli keluarganya,para Sahabatnya dan para Tabi`in yng mendukung agama dan mendirikannya..

Hari raya Aidil-Adha sudahpun hampir..yakni pada esok,17 november ini..mengingatkan kita pada kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S..berjuta-juta saudara seislam kita mahupun saudara malah ibu-bapa kita ada yang sedang menunaikan fardhu haji di tanah haram.Mekkah Mukarramah..kita yang mengaku sebagai Umat Muhammad S.A.W ini berjaya bangkit dan lahir sebagai seorang islam pada hari ini,berasbabkan pengorbanan `orang-orang` sebelum kita iaitu Nabi,Sahabat,Tabieen dan pejuang-pejuang agama Allah S.W.T..Jadi,kita umat ini wujud setelah banyak pengorbanan dilakukan..Untuk membuat kita menjadi Ummah,Nabi S.A.W dan para pengikut dan pembantu di zamannya,Sahabat R.Anhu telah melalui banyak cabaran dan perjuangan untuk kita.sementara musuh-musuh mereka, dan juga kita,yahudi dan nasara` ,tidak pernah berputus asa dan mencuba supaya orang-orang islam tidak bersatu hati dan tidak bergabung menjadi satu ummah.Supaya ianya hanya menjadi satu impian dan fakta sahaja ummat ini bagi mereka.

Pada hari ini,kita telah kehilangan Ummah ini..Selagi kita masih bersatu sebagai satu ummah..walaupun hanya beberapa ratus ribu bilangannya sekalipun dari bilangan manusia yang berrbilion-bilion,dunia ini terkesan pada mereka.Kita imbas kembali pada zaman Nabi S.A.W,tiada satu rumah pun yang bersimen.tiada juga lampu di masjid Nabi S.A.W iaitu masjij Nabawi.Lampu pertama yang dipasang pada masjid Nabawi telah dipasang pada tahun 9 hijrah dan orang yang memasang lampu itu ialah,Tamim Dhari R.Anhu,yang menjadi penyebar agama islam.Perbezaan Bangsa,bahasa dan Suku telah menjadi satu,iaitu Ummah.Bila kesatuan Ummah dicapai,barulah lampu yang pertama dipasang pada masjid Nabawi,Madinah –Al-Munawwarah.Cahaya hidayah yang telah dibawa oleh Muhammad S.A.W telah tersebar seluruh tanah arab dan diluar dari tanah arab dan ummah telah menjadi wujud dan bergerak pada masa itu.


Dan ummah ini kemudian menjadi bunga yang harum dan mekar tersebar di muka bumi ini,walaupun pada arah manapun ia tersebar,negara demi negara jatuh dengan hina pada kaki mereka.Ummah ini tidaklah dibentuk sebagai seorang sahaja yang berada di dalam keluarganya,dalam masyrakat ,pada suku,bangsa,negara mahupun bahasa perantaraan.
Tiada seorangpun pada masa itu membuat yakni menjaga kesihatan,harta,keluarga kecuali menurut cara yang mereka ketahui dan faham dengan kaitannya dengan perintah Allah S.W.T dan RasulNya,Muhammad S.A.W.

Apabila muslim di dalam satu ummah,ummah akan bergegar walaupun hanya seorang islam dibunuh dimana-mana.Pada hari ini,perkara ini tidak berlaku.Hari ini kita dipukul,dibuli,dihina,dicaci dan prinsip hidup kita sendiri terbawa-bawa ideologi dari mush-musuh kita walaupun pada hakikatnya kita mengaku bahawa kita mengamalkan islam dalam kehidupan.

”Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah dari (hasutan) Syaitan, untuk menjadikan orang-orang Yang beriman berdukacita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan Dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang Yang beriman berserah diri.”

(Al-Mujadilah:10)


”Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah Dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan Dalam keadaan Islam.”

(Ali-Imran:102)

Dan Allah S.W.T juga mengingatkan kita agar:

”dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.”

(Ali-Imran:104)


Apabila Pengorbanan dibuat untuk agama,maka Ummah yang diimpikan ini akan dizahirkan.Apabila ummah sudah wujud,sifat kesetiaan dan keikhlasan berjuang akan ada dan kemuliaan ummat dizahirkan .Kemuliaan yang saya maksudkan bukanlah seperti kemuliaan seperti yang ada pada `kuasa mahluk` iaitu amerika dan russia,mereka juga masih dibawah kekuasaan Allah S.W.T dan Dialah yang menentukan prinsip dan cara `mereka`.Mana-mana individu,bangsa,keluarga atau kelas sekalipun,yang mana mengikuti dan menjalankan kebaikan mengikut tertib dan cara islam untuk sinar hidayah,maka ia akan zahir.Sesiapa yang menuju dan menjalankan ke arah `kehancuran` yang disangkakan jalan yang benar (kebatilan)akan hancur luluh.Yahudi,yang masih lagi mengikut dan menjalankan cara `kebatilan`,Allah akan menghancurkan mereka.

Kita merujuk Sahabat R.Anhu,yang mana sebelumnnya mereka ialah para penentang agama dan pelaku kebatilan,mengambil agama dan menuju ke arahnya,maka Allah S.W.T telah zahirkan dan membuat mereka bersinar di muka bumi ini.Allah S.W.T tidak memihak sesiapa yang tidak mengikuti perintahNya.
Kepada semua Rakan-rakan seagamaku,baik semasa kecil,remaja dan dewasa ini,seta muslimin,muslimat sekalian dan orang yang mengucap kalimah syahadah,bangkitlah dengan hati ikhlas dan terbuka..dan buatlah usaha pada agama kesayangan ini yang sedang menuju kehancuran ini,yakni pengorbanan,diri,harta,masa untuk agama Allah S.W.T dan supaya ummah Nabi S.A.W dapat direalisasikan dan diwujudkan.Berjalan pada jalan yang benar dan iman akan mengikutinya.Ia mungkin menjadi ummah dan mengamalkan zikir,tasbihat,taklim,berjuang di jalan Allah,membuat membantu(khidmat) pada rakan seagama,bertimbang-rasa,menghormati dan memuliakan yang lain.Dan apabila pengorbanan dibuat,maka sifat-sifat kebatilan,keburukan dan penyakit hati akan dibuang sedikit demi sedikit dengan usaha ini.Apabila usaha ini diambil,walaupun dijalankan di satu kawasan sahaja di atas muka bumi ini,ia akan tersebar ke seluruh alam.

Kita bangkitlah dan bergerak untuk menyatukan orang dari pelbagai bangsa,kasta,negara dan bangsa untuk mereka bergerak pada jalan Allah,belajar mengorbankan sedikit-demi sedikit diri,masa dan harta untuk agama Allah..dan belajar untuk mengamalkan agama dalam kehidupan..insyaAllah,proses pembentukan ummah ini akan terlaksana,dan musuh batin kita,syaitan dan nafsu tidak akan mampu mengugat kita.
Amiin..Salam Aidil Adha..Qurbaan he..

p/s:saya x dpt balik ke johor raya haji kali ini,kerana final exam masih berjalan,dan exam akan disambung semula pada 18 sehingga 20 nov 2010,insyaAllah.

Hamba Fakir kepada Allah yang maha kaya,

Muhammad_Efendie,
posted by Abdullah_m.e. @ 10:45 AM  
1 Comments:
  • At November 24, 2010 at 10:57 AM, Anonymous Anonymous said…

    apakah sunnah balik raya ke kampung..ataupn sunnah ke meninggalkan kampung utk mendapatkan selain ILMU (Quran dan Hadith)??

     
Post a Comment
<< Home
 
<
About Me

Name: Abdullah_m.e.
Home: kuala lumpur, wilayah persekutuan, Malaysia
About Me: Dan orang-orang yang terdahulu; yang mula-mula dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” (berhijrah dan memberi bantuan), dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada Nya, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah, Ayat 100) masih di dalam proses pembelajaran baik untuk keperluan mahupun agama..masih di dalam fasa membaiki diri..kerana diri ini tidak sempurna..
See my complete profile
Previous Post
Archives
Disclaimer

For all reader information,i`m not a ustaz,hafizul quran more so ulama`.i`m just the follower (ittiba`) of the Prophet S.A.W,the companions R.Anhum and whom who followed them from time to time until Qiyaamah.for that reason,almost all the published article,translation or journal and quote have reference.only certain do not have a reference due to that publish is personal opinion/advice of the writer.still in process of learning and purifcation.moderate opinion and neutral method.not in favor/represent of any organizational,fiqrah,political party or jamaah.what is good and there`s akhlak,we follow them.what is not very good,we make a moral story of it. This blog is published in Bahasa Malaysia so that the malay language user can understand some translation of kitab or quote from ulama` and to uphold usage of bahasa malaysia among whom understand malays.some of the kitab or reference is not published and sale in malaysia,almost majority of it is from Hindustani sub-continent and some of it from the middle-east.only certain publish in english language. Manhaj Ahlul Sunnah Wal Jamaah,follow Shafii` Mazhab. Jazakumullahu Khairan Kasthira`,

Powered by

BLOGGER

Lau ka na Bainana Al-Habib-Abdul Rahman Mohamed,Saudi Arabia..

lau kana bainana(1)

Powered by mp3skull.com

Powered by

BLOGGER

Darul Uloom Deoband,Saharanpur,India

Darul Uloom Nadwatul Ulama`,Lucknow,India.

Jamia` Darul Uloom Karachi,Pakistan.

Mazahirul Uloom,Saharanpur,India.

Darul Mustafa`,Tarim, Yaman

Darul Uloom Azaadville,South Africa.

Miftahul Uloom,Bandar Baru Sri Petaling,Kuala Lumpur,Malaysia

Ba`alawi,Kuala Lumpur,Malaysia.

Yayasan Al-Jenderami,Jenderam Hilir,Selangor,Malaysia

Yayasan Sofa`,N.Sembilan,Malaysia.

Blog Visitor Location


widgeo.net

© 2005 Assalamualaikum.. Blogger Templates by Isnaini and Cool Cars Pictures