Assalamualaikum..

"هذا هو معنى الحياة هو نحن هو الإسلام." تحيات.. كيف حالك.. نأمل حصلت على مباركة لك من الله

 
<

followers
komunikasi
Create your own banner at mybannermaker.com!
Create your own banner at mybannermaker.com!
facilities

khidmat

Innalhamdulillah,khidmat kpd pelajar samada yg berada dlm kemahiran kejuruteraan(mekanikal,elektrikal,electronic,mekatronik dsb.) @pelajar agama yg berminat.sy sedia membantu menyemak proposal, report dn mmberi cadangan kpd projek tahun akhir(FYP) atau masalah pembelajaran anda secara percuma. semoga usaha anda dimudahkan utk menamatkan pengajian dn anda dpt berkhidmat serta berjuang di jalan Allah S.W.T.hubungi sy di YM;ghostrider_mujahid.JazakaAllahu Khair.
Visitor
terjemahan:pengalaman seorang wartawan bukan islam di Banglawalee Masjeed,Nizammuddin,India.
Tuesday, February 15, 2011


terjemahan:pengalaman seorang wartawan bukan islam di Banglawalee Masjeed,Nizammuddin,India.


Minum teh bersama Jemaah Tabligh
Oleh Jenny Taylor


Saya tiba-tiba sedar bahawa saya sebenarnya dari mula lagi sudah jatuh cinta dengan India. Bermula dari debuan kuning Delhi yang menyesakkan dada, orang-orang miskin berbaju compang-camping yang berkumpul disekeliling unggun api disetiap kawasan terbiar, anjing-anjing kurap liar dan bagaimana semuanya kelihatan tiada berpenghujung, atau yang terakhir; trafik yang begitu teruk hinggakan secara logiknya tidak akan ada orang yang boleh memandu terus atau memberi ruang kepada kenderaan lain. Walaupun begitu, India telah berubah dalam masa 20 tahun ini. Apabila anda sudah boleh memahaminya, anda akan nampak dengan jelas yang India sedang melakukan apa yang saya fikir suatu ketika dahulu adalah mustahil; pembaharuan.Kawasan setinggan tidaklah sebesar seperti sebelum ini. Kebanyakan orang beratur utk mendapatkan sesuatu dan bukannya merempuh anda untuk mencapai objektif mereka. Kemudian terdapat Metro yang bersih, cekap dan selamat (semua beg akan diperiksa dengan teliti dan bersopan, juga ada kaunter untuk wanita). Kemiskinan mungkin berada di sekeliling anda, namun kadar penyakit mental yang berlaku disebabkan olehnya adalah tidak lebih dari 1/10 dari populasi di UK yang mana mempunyai sumber pendapatan 70 kali lebih tinggi. Bahkan wallah penarik beca sendiri mengayuh becanya dengan penuh bertenaga, sesekali menyeka peluh dengan kain lap yang tersedia dibahunya dan tersenyum lebar seperti seolah-olah dia telah memenangi marathon.

Saya akan meninggalkan India setelah 6 minggu mengembara di Negara itu, bermula dari gunung Dalai Lama diarah barat daya hingga ke hutan Orissa di selatan. Dan saya akan merindui hubungan manusia dan kebaikan mereka, rasa seangkatan yang intim dalam perkongsian kesusahan, satu kepercayaan yang dimiliki olrh semua orang terhadap satu-satu projek kebangsaan.Rasa rendah diri di Delhiwallah sendiri adalah menakjubkan dan menenangkan. Saya akan merindui cara bagaimana malapetaka kerapkali dapat dielak pada saat-saat akhir oleh orang-orang yang selalu menjaga antara satu sama lain, sewaktu keadaan kelihatan seperti seolah-olah tiada harapan lagi. Saya sukakan keadaan ketika walaupun malapetaka tetap berlaku, setiap orang akan meneruskan kehidupan: seperti 126 orang yang tercampak dari bumbung keretapi di Andra Pradesh akan terus berjalan dan mencari bumbung keretapi lain walaupun terdapat 3 kematian, kerana itulah yang akan anda lakukan tanpa wang dan mempunyai keperluan untuk bermusafir. Dan tiada siapa pun yang tergamak untuk menafikan adanya harapan bagi golongan miskin ini.

Saya sukakn bunyi ‘chowkidar’ iaitu penjaga malam yang berterusan memukul kayu dan meniup wisel sebagai petanda ‘keadaan semuanya baik-baik saja’ yang kerapkali menidurkan saya. Saya akan merindui orang monyet yang memukul gendangnya di jalan untuk sekeping syiling. Saya akan merindui anak-anak anjing di longgokan sampah yang dahagakan belaian dan akan segera mengikut anda sekiranya anda mengusap mereka. Begitu juga dengan lembu yang berkeliaran melintasi balkoni rumah saya; mengunyah rumput renek dan lembu bunting yang melahirkan anak di tengah-tengah trafik. Saya juga akan merindui longgokan najis lembu di bahu jalan – kerana apa yang ia lambangkan. India bencikan sempadan, pengakhiran dan perkara seumpamanya. Agama dan keduniaan berjalan seiring dan setiap orang adalah sangat warak. Lelaki Sikh akan mewiridkan mantra dari dalam kitab guru dalam satu bulatan di taman sambil melakukan senaman. Restoran terbaik di bandar terletak di lorong yang kotor yang sama dengan dewan solat terbesar Muslim. Sesiapa pun boleh memasuki Masjid Jama yang terkenal dan mengambil gambar para penganut agama yang patuh menunaikan sembahyang di waktu senja. Setiap perkara bercampur aduk dengan perkara lain dan hampir kesemua perkara adalah mungkin.



Sejarah tidak pernah menjadi ‘sejarah’ di Delhi; masa lampau masih berada bersama masa sekarang seperti yang diperhatikan oleh William Dalrymple di Kota Jinn. Walaubagaimanapun, perubahan sedang datang. MacDonalds menjual tikka burger dan kentang goreng, dan dengan populasi yang semakin meningkat, tempat ini mungkin menjadi Wood Green. Stesen mubaligh di Diptipur, barat Orissa mempunyai bendera merah-putih Vodafone terpacak diatas bumbungnya. Seorang usahawan yang asalnya seorang anak kampung sedang membina kawasan perumahan futuristic di Bhubaneshwar dengan pinjaman bank – dan secara tidak langsung memberi pendidikan kepada 7,000 kanak-kanak melalui tindakan itu. Sementara ada orang lain yang sedang mengkaji dan menghasilkan vaksin untuk salmonella.

Markaz Usaha Da`wah dan Tabligh di Nizamuddin

Kisah cinta saya dan India menjadi rasmi pada petang saya minum teh bersama-sama Jemaah Tabligh. Mereka ialah mubaligh Islam yang markasnya terletak di Nizamuddin. Maksud Jemaah Tabligh itu sendiri ialah ‘kumpulan yang menyampaikan’. Golongan ini dikehendaki untuk mengabdikan 80 peratus dari hidup mereka mengembara dari satu masjid ke masjid yang lain, mendakwahkan disiplin-disiplin yang patut dimiliki oleh seorang reformis Islam dan memperbaharui amalan dan persediaan untuk kehidupan selepas mati.

Tanpa pemberitahuan dan hanya berbekalkan keberanian, saya telah masuk kedalam masjid dan meminta untuk menemuramah Maulana Muhammad Saad Khandahlawi Damaat Barakaatuh, cicit kepada pengasas Jemaah Tabligh iaitu Maulana Muhammad Ilyas Khandahlawi Rahmatullahi A`laih. Reputasi golongan ini yang mengejutkan di Britain menghantui saya, dan saya perlukan setiap auns keberanian professional dan keyakinan diri untuk memasuki gerbang masjid itu. Tetapi oleh kerana saya tiada nombor telefon dan akan meninggalkan Delhi dlm masa 2 hari, pilihan yang ada ialah melakukannya atau mati.Jemaah Tabligh dikatakan mempunyai 80 juta pengikut di seluruh pelusuk dunia dan ingin membina kononnya sebuah megamasjid di Newham, timur London. Terdapat kombinasi beberapa faktor yang menyebabkan masyarakat Britain mula berjaga-jaga tentang Jemaah Tabligh.



Kemiskinan purba mengelilingi pusat Usaha Da`wah dan Tabligh di Delhi

Apa yang saya ingin ketahui ialah mengapa mereka ingin membina ‘pusat global’ – kononnya - di London. Ini bermakna mereka akan meninggalkan lokasi bersejarah di Nizamuddin yang dikelilingi makam penyair dan raja-raja pahlawan yang merupakan bangsa India Muslim berdarah Mughal, yang mana telah menjadi kekaguman British selama beberapa kurun. Kita sudah tentu perlu memahami budaya yang membentuk imigran di Negara kita sekiranya kita ingin menjalinkan hubungan yang bermakna dengan mereka. Apakah yang akan dilakukan oleh Islam versi Dewsbury atau Newham terhadap kita, dengan suara-suara yang melaungkan hak kesamaan dan reputasinya yang tidak pasti adil atau tidak terhadap keganasan? Adakah rasa kesepunyaan bangsa India Muslim yang berdarah penyair Mughal abad ke-19, Ghalib dan mempunyai sejarah pencapaian seni binaan melalui Humayun akan membantu kita? Adakah kefahaman tentang penindasan kaum Hindu terhadap puak Meo, iaitu puak pertama yang memeluk Islam dan menjalankan Tabligh akan meletakkan semua perkara dalam perspektif baru yang lebih membantu?

Atas sebab persoalan-persoalan inilah saya yang tidak tahu sepatah pun perkataan dalam bahasa Urdu dan hanya ada dua nama tertulis di sekeping kertas hasil pencarian dalam Wikipedia duduk didalam masjid dengan berbekalkan sebuah telefon bimbit yang akan digunakan sekiranya saya ditahan atau sesuatu yang lebih teruk. Seorang lelaki muda berserban putih mengisyaratkan saya untuk masuk – dan saya akhirnya berdiri bersebelahan seekor burung nuri hijau didalam dewan rumah keluarga Maulana Saad sambil diperhatikan oleh beberapa wanita yang berbeza saiz dan bentuk berpakaian purdah yang barangkali menyangka saya adalah sejenis bayangan.

Tanpa saya sangka, seorang wanita berpurdah dan berkacamata yang cantik meminta saya untuk menanggalkan kasut dan masuk ke dalam – ke sebuah zenana, iaitu ruang khas yang amat luas untuk wanita yang terletak di salah sebuah sisi kompleks bangunan konkrit tersebut. Wanita berkacamata tersebut ialah Puan Saad – isteri kepada Maulana Saad – dan beliaulah yang menyambut saya di situ. Bangunan ini merupakan tumpuan kaum Muslim yang ingin mendekatkan diri kepada Tuhan dalam doa dan sembahyang mereka, dan disini mereka diajar oleh ulama’-ulama’ Islam yang merupakan keturunan dan sanak saudara reformis Islam yang mengasaskan Jemaah ini. Jemaah Tabligh merupakan antara gerakan reformasi yang paling berpengaruh kesan daripada Hindu shuddhi atau gerakan pembersihan oleh etnik Hindu dari 1875 hingga hari ini. Arya Samaj telah menyedarkan orang-orang Islam dengan kejayaan mereka ‘memulihkan’ puak-puak Muslim kecil kembali kepada ‘agama nenek moyang’ di India, sewaktu nombor atau bilangan merupakan satu isu politik selepas British memperkenalkan banci agama pada tahun 1871. Walaubagaimanapun, Jemaah Tabligh tidak bersifat political. Fahaman mereka menginginkan syurga dan kejayaan menegakkan agama Allah, namun semua itu akan berlaku di akhirat, bukan sekarang di India atau Pakistan – atau Newham.




'Keakhiratan?'

Ketika saya sedang duduk bersila diatas kusyen lantai, beberapa orang wanita muda berpakaian gelap duduk bersama saya dan kami mula berbual antara satu sama lain dalam Bahasa Inggeris yang tersekat-sekat. Saya tunjukkan kepada mereka gambar-gambar anak saudara saya yang berdarah separuh India dan meyakinkan mereka bahawa ayah kepada anak-anak itu adalah seorang Muslim, walaupun saya tidak. Wanita-wanita itu menghidangkan jus buah, badam, kacang gajus, kurma dari Madinah dan kismis. Kemudian mereka memberi saya teh manis dan susu panas didalam teko besi yang terhidang didalam dulang. Selepas mengenali saya dan apa yang saya mahukan, Puan Saad sekali lagi mengisyaratkan supaya mara kehadapan, kali ini untuk duduk setentang dengan sebuah pintu yang hanya terbuka sedikit, cukup untuk menampakkan diri saya kepada 2 orang lelaki berjanggut yang entah bagaimana saya tahu tidak patut dipandang. Seperti mana kata Mufti BulandshahriDamaat Barakaatuh: “Wanita tidak sepatutnya menampakkan diri kepada orang yang tidak dikenali. Mereka hanya dibolehkan memberi jawapan kepada soalan-soalan dari orang asing tersebut dari balik tabir.”

Dengan cara ini, saya dilindungi dari bahaya tertentu dan kami memulakan sebuah perbualan yang begitu unik. Penterjemah saya memberitahu bahawa lelaki dihadapan saya ialah Professor Sana’a Suhan, seorang ahli statistik dari Universiti Aligarh yang membuat PhD di Sorbonne, Perancis. Jawapan beliau terhadap soalan-soalan saya adalah ringkas, menjana idea dan menarik. Tetapi beliau amat tegas terhadap satu perkara. Dalam temuramah selama 15 minit itu, beliau berulangkali menegaskan dengan pelbagai cara seolah-olah ada perdebatan mengenainya yang sedang berlangsung didalam Jemaah Tabligh sendiri. Tidak akan ada markas di London. Ia hanyalah sebuah masjid, atau mungkin juga akan menjadi sebuah sekolah untuk memenuhi keperluan orang-orang Islam yang ingin mendapat latihan tetapi tidak mampu ke Delhi. ‘Secara peribadi, saya berpendapat mereka sepatutnya membina sebuah masjid bergantung kepada keperluan kawasan tersebut dan sesiapa pun yang mengatakan bahawa itu adalah markas tidak patut berkata seperti itu sama sekali. Maulana Sa’ad tidak bersetuju dengan idea itu jadi barangsiapa yang mengatakan kepada anda bahawa ia adalah markas, anda boleh katakana pada mereka: “Saya telah ke Nizamuddin dan mereka mengatakan bahawa ini bukan markas.”

Kemudian katanya lagi: ‘Ini hanyalah idea sebilangan orang yang inginkan ia menjadi markas.’

Tambahnya lagi: ‘Orang yang mengatakan bahawa ia adalah markas bukanlah orang yang jujur. Ia sepatutnya dinamakan sebuah masjid dan itu saja.

Saya telah mengemukakan kepada beliau tentang kesepaduan dan integrasi yang akan disebabkan oleh bangunan berkapasiti 12,000 orang jemaah tersebut dan jawab beliau: ‘Ini adalah bergantung kepada kerajaan England. Mereka perlu menetapkan samada perlukah membina sebuah masjid yang begitu besar.’

Beliau mengatakan bahawa Nizamuddin merupakan masjid perintis dan ‘markas seluruh pelusuk dunia’ – tetapi bukan tempat dimana strategi global dirancang. Ia adalah tempat ibadat dan agama, dan ia merupakan tempat untuk belajar dan mengetahui lebih lagi tentang agama.

Sebagai respon terhadap rasa ingin tahu saya yang tidak terungkap tentang menggunakan gerakan keakhiratan untuk agenda yang lebih secular, beliau mengatakan: ‘Solat ialah ibadat terpenting didalam Islam dan merupakan batu asas agama Islam itu sendiri. Sekiranya seorang Muslim tidak menunaikan solat dengan cara yang membina karekter seorang Muslim, dia boleh mengatakan bahawa dia seorang Muslim – seperti dakwaan 50 peratus dari orang-orang Islam – tetapi sekiranya mereka tidak menunaikan solat, maka mereka bukan orang Islam walaupun mereka mendakwa mereka adalah Muslim.’

Kemudian beliau pun pergi untuk menyambung ibadatnya. Dan beliau mengambil kad saya supaya saya boleh menghubungi seorang mubaligh jemaah Tabligh di Britain yang boleh memberi saya beberapa buah buku.

Selepas itu, beberapa orang wanita telah datang dan memakaikan saya selendang untuk solat petang dan bacaan Qur’an yang dibaca dengan menadahkan tangan ke langit dan membisikkan amin berulangkali sebagai respon dari perkataan-perkataan yang dibaca oleh Maulana Sa’ad Khandahlawi sendiri yang kedengaran melalui corong pembesar suara di dinding zenana. Asma memberitahu saya bahawa dia tidak bolah bersolat atau membaca Qur’an kerana dia datang bulan.

Sebelum saya dapat menyentuh kepada isu sensitif bagi wanita itu, telah tiba masa untuk saya pergi. Tetapi sebelum saya mengucapkan selamat tinggal, Puan Saad telah membekalkan saya dengan hadiah-hadiah: sekotak besar kurma Madinah, beberapa jilid kitab mengenai tabligh, dan yang paling unik sekali; sebotol besar Cartier Déclaration eau de toilette.

Kami pun mengucapkan selamat tinggal kepada satu sama lain.

Dan ketika itulah saya yakin bahawa kisah cinta saya dan India adalah realiti.

diterjemah dari bahasa inggeris ke bahasa malaysia oleh muhammad_efendie dengan bantuan pelajar jurusan pelajaran Islam dan Quran dari IPG kampus Tuanku Bainun.P.Pinang.


oleh Jenny Taylor

Seorang professional media, ahli akademik dan penulis, beliau mendapat latihan dengan Yorkshire Post Newspapers dan menjadi wartawan perkauman pertama Westminster Press Group, pernah menemuramah Cat Stevens sejurus selepas beliau menjadi Yusuf Islam. Beliau telah mengembara ke serata tempat unutk melihat hasil kerja pertubuhan masayarakat di seluruh Asia dan Afrika. Merupakan pakar dalam hubungan antara agama dan budaya, yang mana pernah dibentangkan olehnya dalam perhimpunan parlimen dan Komanwel. Mendapat ijazah kedoktoran dari SOAS di London dalam bidang Islam dan pensekularan.

rujukan:

http://blog.lapidomedia.com/taking-tea-with-the-tablighi-jamaat
posted by Abdullah_m.e. @ 7:01 AM  
1 Comments:
  • At May 29, 2011 at 9:42 PM, Blogger Abdullah_m.e. said…

    klau beginilah akhlak orang yang buat usaha agama,maka istigfharlah kepada anonyumus dengan fikiran jumud enta..kerana usaha ini berdasarkan akhlak.dan jenny taylor penulis yang bepengalaman dari amerika,walaupun dia bukan islam,tetapi dia sangant dihormati d sebelah barat sana atas hasil tulisannya yang banyak menulis kebaikan orang islam.bacalah dahulu sepenuhnya kerana penulis tersebut berada di rumah hazrat,bukan masuk ke dalam markas.

    usaha dawah dan tabligh di india berjalan dnegan kerjasama para ulama tempatan,khawas dan penduduk serta karkun tempatan.kita di m`sia ini jujur masih kekurangan pengalaman dan kerjasama.lihatlah sendiri usaha di malaysia ini yang masih di takuk lama dan masih bnyak tempat tidak dapat dmasuki dan banyak masalah jemaah dengan orang-orang alim tempatan.anonymus kenalah istigfhar sendiri. perkara ini memang benar belaku dan ianya diakui sendiri oleh Professor Sanaa Suhaan,setelah sy bertanya pd beliau secara peribadi di sana.

     
Post a Comment
<< Home
 
<
About Me

Name: Abdullah_m.e.
Home: kuala lumpur, wilayah persekutuan, Malaysia
About Me: Dan orang-orang yang terdahulu; yang mula-mula dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” (berhijrah dan memberi bantuan), dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada Nya, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah, Ayat 100) masih di dalam proses pembelajaran baik untuk keperluan mahupun agama..masih di dalam fasa membaiki diri..kerana diri ini tidak sempurna..
See my complete profile
Previous Post
Archives
Disclaimer

For all reader information,i`m not a ustaz,hafizul quran more so ulama`.i`m just the follower (ittiba`) of the Prophet S.A.W,the companions R.Anhum and whom who followed them from time to time until Qiyaamah.for that reason,almost all the published article,translation or journal and quote have reference.only certain do not have a reference due to that publish is personal opinion/advice of the writer.still in process of learning and purifcation.moderate opinion and neutral method.not in favor/represent of any organizational,fiqrah,political party or jamaah.what is good and there`s akhlak,we follow them.what is not very good,we make a moral story of it. This blog is published in Bahasa Malaysia so that the malay language user can understand some translation of kitab or quote from ulama` and to uphold usage of bahasa malaysia among whom understand malays.some of the kitab or reference is not published and sale in malaysia,almost majority of it is from Hindustani sub-continent and some of it from the middle-east.only certain publish in english language. Manhaj Ahlul Sunnah Wal Jamaah,follow Shafii` Mazhab. Jazakumullahu Khairan Kasthira`,

Powered by

BLOGGER

Lau ka na Bainana Al-Habib-Abdul Rahman Mohamed,Saudi Arabia..

lau kana bainana(1)

Powered by mp3skull.com

Powered by

BLOGGER

Darul Uloom Deoband,Saharanpur,India

Darul Uloom Nadwatul Ulama`,Lucknow,India.

Jamia` Darul Uloom Karachi,Pakistan.

Mazahirul Uloom,Saharanpur,India.

Darul Mustafa`,Tarim, Yaman

Darul Uloom Azaadville,South Africa.

Miftahul Uloom,Bandar Baru Sri Petaling,Kuala Lumpur,Malaysia

Ba`alawi,Kuala Lumpur,Malaysia.

Yayasan Al-Jenderami,Jenderam Hilir,Selangor,Malaysia

Yayasan Sofa`,N.Sembilan,Malaysia.

Blog Visitor Location


widgeo.net

© 2005 Assalamualaikum.. Blogger Templates by Isnaini and Cool Cars Pictures