"هذا هو معنى الحياة هو نحن هو الإسلام."
تحيات.. كيف حالك.. نأمل حصلت على مباركة لك من الله
followers
<
komunikasi
facilities
khidmat
Innalhamdulillah,khidmat kpd pelajar samada yg berada dlm kemahiran kejuruteraan(mekanikal,elektrikal,electronic,mekatronik dsb.)
@pelajar agama yg berminat.sy sedia membantu menyemak proposal,
report dn mmberi cadangan kpd projek tahun akhir(FYP) atau masalah pembelajaran anda secara percuma.
semoga usaha anda dimudahkan utk menamatkan pengajian dn anda dpt berkhidmat serta berjuang di jalan Allah S.W.T.hubungi sy di YM;ghostrider_mujahid.JazakaAllahu Khair.
Visitor
bersangka baik dengan Allah S.W.T dan sesama muslim,amalan yang semakin luput di akhir zaman..
Sunday, November 28, 2010
nah maduhu wanusolli wanusallimu a`la rasulihil kariim,wa a`la alihi wasohbihi wa atba`ihi namalitiddinil qawwim..
kami memuji dan berselawat ke atas Rasul yang mulia dan ke atas Ahli keluarganya,para Sahabatnya dan para Tabi`in yng mendukung agama dan mendirikannya..
bersangka baik dengan Allah S.W.T
Selain daripada itu, kita sebagai seorang muslim seharusnya bersangka baikn terhadap Allah SWT. Memang benar, kadang kala, apa yang kita hajat atau idam-idamkan, tak selalu dimiliki. Sebagai refleksi, sebelum kita menempuh peperiksaan, pelbagai cara dan usaha telah kita lakukan. Study hard, work hard, burn the midnight oil, Stay up dan sebagainya. Kita bertungkus lumus berusaha agar kita berjaya dengan cemerlang. Namun, apabila keputusan peperiksaan keluar, kita kecundang dan kecewa.
Ingatlah, kita mesti sentiasa husnuzon. Mungkin Allah mahu memberi ujian kepada kita dalam bentuk yang begini kerana Dia sayang akan hambaNya. Mungkin juga, kerana Dia tidak mahu kita menjadi seorang yang riak dan takbur dengan keputusan yang cemerlang yang diperolehi atau mungkin juga, Dia mahu hamba hambaNya sentiasa merintih berdoa kepadaNya menjadikan mereka lebih dekat denganNya.
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
Surah Al-Ankabut, ayat 2-3
Dan sesungguhnya Allah akan menguji seseorang mengikut kemampuannya seperti yang telah tertulis di dalam
;“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
Surah Al-Baqarah ayat 286
Oleh yang demikian, ber-husnuzonlah dengan Allah, bahkan dalam apa jua situasi pun. Sentiasa bersangka baik dalam setiap perkara, tidak kira dalam kehidupan dan ketika bergaul dengan manusia. Memang benar kata pepatah, banyak manusia, banyak ragam. Jadi, janganlah kita berprasangka buruk terhadap orang lain. Ingatlah firman Allah dalam
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
Surah Al-Hujuraat ayat 12.
“Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah”
bersangka baik sesama muslim
…Satu perkataan yang seakan memberi mesej kepada kita untuk sentiasa berfikiran positif. Husnuzon ertinya bersangka baik dan lawannya Su’uzon yang ertinya bersangka buruk. Sifat bersangka baik sepatutnya ada dalam diri setiap muslim dan harus dipraktikkan dalam harian kita. Terutamanya dalam kehidupan kita, apabila kita memperolehi sesuatu informasi, tidak kiralah sama ada berita yang buruk mahupun berita yang baik, seharusnya kita selidik dahulu tentang informasi tersebut. Janganlah mempercayai berita tersebut seratus peratus tanpa usul periksa, kerana boleh jadi, berita tersebut tidak benar malah ditokok tambah pula oleh orang yang menyampainya. Merujuk kepada firman Allah dalam
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”
surah Al-Hujuraat ,ayat 6
Contohnya, rakan sebilik kita yang suka berhadapan dengan komputer ribanya 24 jam, dalam hati kita terbisik, “Eh, dia ni selalu buang masa duduk mengadap komputer, tengah chatting dengan boyfriend la tu. ” Atau pun, apabila kita melihat kawan A kita yang selalu jalan berseorangan, mesti hati kita terdetik,
” Kasihan dia ni selalu berseorangan, tu la, sombong sangat! nak jadi alim la tu tak nak bergaul dengan orang lain.” Secara automatiknya, kita telah bersangka buruk terhadap orang lain. Dan dengan Suuzon ini jugalah kita dicatatkan sebagai dosa kecil kerana telah mengutuk orang, walaupun melalui hati. Barangkali kawan yang kita sangkakan membuang masa berhadapan dengan komputer sedang membincangkan tentang pelajaran melalui laman “messenger” atau sedang menyiapkan kerja kerja assignment? siapa tahu? Boleh jadi juga orang yang kita lihat selalu berseorangan, sebenarnya sedang dalam diam berzikir kepada Allah, atau menjaga batasnya dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan, dan mungkin juga dia mempunyai masalah dan mahu bersendirian. Siapa tahu? Oleh itu, jauhilah daripada bersangka buruk terhadap orang lain. Seperti di dalam hadis:
“Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta”
-HR. Muttafaqun alaihi.
semoga Allah beri kita peluang dan hidayah untuk kita ambil iktibar amalkan dan sampaikan..
dipetik dari:
Nurul Nadiah Mohamad Anuar
AJK@CliQues Lajnah Kebajikan dan Akademik (KNA) UNITEN.
Name: Abdullah_m.e. Home: kuala lumpur, wilayah persekutuan, Malaysia About Me: Dan orang-orang yang terdahulu; yang mula-mula dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” (berhijrah dan memberi bantuan), dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada Nya, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah, Ayat 100)
masih di dalam proses pembelajaran baik untuk keperluan mahupun agama..masih di dalam fasa membaiki diri..kerana diri ini tidak sempurna.. See my complete profile
For all reader information,i`m not a ustaz,hafizul quran more so ulama`.i`m just the follower (ittiba`) of the Prophet S.A.W,the companions R.Anhum and whom who followed
them from time to time until Qiyaamah.for that reason,almost all the published article,translation or journal and quote have reference.only certain do not have a reference due to that publish is personal opinion/advice of the writer.still in process of learning and purifcation.moderate opinion and neutral method.not in favor/represent of any organizational,fiqrah,political party or jamaah.what is good and there`s akhlak,we follow them.what is not very good,we make a moral story of it.
This blog is published in Bahasa Malaysia so that the malay language user can understand some translation of kitab or quote from ulama` and to uphold usage of bahasa malaysia among whom understand malays.some of the kitab or reference is not published and sale in malaysia,almost majority of it is from Hindustani sub-continent and some of it from the middle-east.only certain publish in english language.
Manhaj Ahlul Sunnah Wal Jamaah,follow Shafii` Mazhab.
Jazakumullahu Khairan Kasthira`,
Powered by
Lau ka na Bainana Al-Habib-Abdul Rahman Mohamed,Saudi Arabia..
lau kana bainana(1)
Powered by
Darul Uloom Deoband,Saharanpur,India
<
Darul Uloom Nadwatul Ulama`,Lucknow,India.
Jamia` Darul Uloom Karachi,Pakistan.
Mazahirul Uloom,Saharanpur,India.
Darul Mustafa`,Tarim, Yaman
Darul Uloom Azaadville,South Africa.
Miftahul Uloom,Bandar Baru Sri Petaling,Kuala Lumpur,Malaysia