"هذا هو معنى الحياة هو نحن هو الإسلام."
تحيات.. كيف حالك.. نأمل حصلت على مباركة لك من الله
followers
<
komunikasi
facilities
khidmat
Innalhamdulillah,khidmat kpd pelajar samada yg berada dlm kemahiran kejuruteraan(mekanikal,elektrikal,electronic,mekatronik dsb.)
@pelajar agama yg berminat.sy sedia membantu menyemak proposal,
report dn mmberi cadangan kpd projek tahun akhir(FYP) atau masalah pembelajaran anda secara percuma.
semoga usaha anda dimudahkan utk menamatkan pengajian dn anda dpt berkhidmat serta berjuang di jalan Allah S.W.T.hubungi sy di YM;ghostrider_mujahid.JazakaAllahu Khair.
Visitor
MUSUH kita yang sebenar.....
Monday, May 24, 2010
20 May 2010, 11:25PM Alhamdulillah,setelah lebih kurang seminggu sudah cuti semester telah bermula,dan aku dinasihatkan untuk berehat kerana keadaan kesihatanku tidak mengizinkan untuk aku membuat aktiviti yang lasak dan bermusafir.dan aku sedikit kecewa kerana keadaan kesihatanku itdak mengizinkan untuk aku bermujadah cuti sem ni..selain kekangan keluarga yang merisaukan keadaanku begini...
Aku redha dengan ketentuan dan kehendakMu ya Allah..di sini aku ingin termasuk diri aku untuk berfikir tentang MUSUH kita yang sebenarnya iaitu MUSUH ORANG ISLAM. Kadang-kadang aku terfikir dalam arena politik,saling tuduh-menuduh antara satu sama lain,mencaci antara satu sama lain,dan berkempen sana-sini,dengan `timbang biru` (parti politik yang memerintah) memerintah dan cuba memberi yang terbaik untuk rakyat. Dan dengan ` Jepun hijau` (ada bulan putih `background` hijau) cuba menegakkan islam dengan cara politik dan nak membawa system pemerintahan islam dalam Negara.Ditambah lagi dengan isu mazhab,salaf,`kaum muda`,`kaum tua`,wahabi ,tariqat dan sebagainya. Hukum kafir kepada orang lain,menghukum sesat, bidaah pada orang lain dan sebagainya yang teruk.Betul, masalah KHILAF ini ada semenjak zaman Nabi S.A.W,para Sahabat, tabie,tabieen, dan ulama.Tetapi mereka tidaklah sampai menghukum dan menjatuhkan kafir kepada orang islam yang lain sebagaimana hari ini berlaku.
Kesal juga melihat saudara seagama betelagah sesama sendiri terutamanya di Malaysia ini sedangkan MUSUH KITA seronok dan tertawa melihat telatah dan gelagat kita dari jauh. Satu fakta yang tidak boleh dinafikan bahawa satu nama yang kita ada dengar tetapi tidak berapa `alert` dan kadang-kadang terlupa, `DAJJAL`. Ia juga salah satu mahluk ciptaan Allah, tetapi hidupnya untuk merosakkan akidah,iman,kehidupan orang islam apabila kiamat hampir tiba. Benar, Imam Mahdi dan Isa Alaihis`salam akan turun untuk menentang dajjal,tetapi adakah kita bersedia untuk detik itu?adakah kita masih lagi islam masa itu?dikatakan bahawa dajjal menyeksa orang yang tidak mengaku ia tuhan pada masa itu.membuat secara benar hakikat neraka dan syurga untuk menyesatkan kita.
Benda-benda ni aku terfikir semasa melihat `THE ARRIVAL SERIES` yang boleh `download` dan lihat di `youtube`,ada 50 episod semuanya lebih kurang. Kalau melihat minda akan terbuka sikit untuk kita berfikir. Siapa MUSUH ORANG ISLAM sebenarnya.betapa liciknya perancangan dajjal laknatullah dan orang2 bawahannya untuk merosakkan akidah dan melekakan manusia.
Jujur aku katakan,sebenarnya usaha yang sedang bergerak dari rumah ke rumah,pintu ke pintu,Negara ke Negara yang dikenali dengan jemaah tabligh yang mana aku pun x setuju orang bagi usaha ni nama,sebenarnya cuba untuk membaiki iman dan keyakinan orang yang bermujahdah (orang yang bergerak itu sendiri) dan orang yang diziarahi mendapat munafaat daripadanya juga dalaah salah satu persediaan untuk iman dan keyakinan kita untuk menempuh ZAMAN MUSUH KITA TIBA nanti. Dah tiada masa untuk kita berdiskusi,berdebat,cari kesalahan orang lain,kerana ZAMAN itu ssemakin hampir.kita kenalah bergerak walaupun ktia sekadar mampu bergerak dalam daerah tempat kita tinggal sekalipun untuk memperbetulkan keyakinan dan iman kita selain untuk baiki hubungan dengan Allah dan persediaan untuk bertempur dengan musuh Allah,iaitu musuh orang islam yang sebenar.
Lihatlah betapa liciknya perancangan yang telaa dibuat oleh musuh kita selama beratus-ratus tahun sebelum ini sehingga kita tewas pada hari ini,dalam sedar atau tidak. Allah S.W.T telah membuka hati dan minda rang yang membuat `THE ARRIVAL SERIES` dan fakta serta bukti-bukti yang dilampirkan ada relevannya dan logic serta berpandukan Nas Quran dan Hadith....Jadi,bila kita mahu bergerak?
Alhamdulillah juga orang-orang Arab juga tleah bangkit kembali membuat usaha dakwah yang dimonopoli oleh nenek moyang mereka satu masa dahulu,dengan para keturunan Nabi S.A.W danSahabat R.Anhum juga telah bangkit membuat usaha ini, termasuk saudara kita yangdilanda perang,dari PALESTIN sana,sedar x sedar dah ada 2 jemaah dari palestin telah masuk Negara kita dalam tempoh dari jan-may 2010 ni..kalau kita `alert` kita akan perasan..bergerak dari rumah ke rumah untuk menyambung risalah Nubuwwah yang diamanahkan oleh Allah S.W.T melalui Nabi S.A.W pada kita,baiki yakin imaniat,dan ini persediaan yang paling penting dan asas dalam menghadapi MUSUH kita selain persediaan fizikal.
Kalau belum lihat,lihatlah dulu `THE ARRIVAL SERIES`,sama kita cuba memahaminya....doakan kesihatanku bertambah pulih,dan doa untuk umat islam bangkit dan bersatu balik buat Amanah yang diberi pada kita..
musuh kita yg sebenar bersarang dalam dada..tidak pernah berhenti dari berbuat kezaliman terhadap diri sendiri..sejak Adam as di dalam syurga, manusia telah merasai penderitaan kesan kezaliman ini dab tidak pernah berhenti berperang siang dan malam sejak itu..mereka adalah mujahid sebenar..manusia yg tewas ialah yg menyerah dan redha menjadi hamba HAWA NAFSU sendiri..terbuang dari pandangan Allah SWT..di manakah mujahid2 akhir zaman yg tetap teguh dan setia; bersedia utk syahid..?
Name: Abdullah_m.e. Home: kuala lumpur, wilayah persekutuan, Malaysia About Me: Dan orang-orang yang terdahulu; yang mula-mula dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” (berhijrah dan memberi bantuan), dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada Nya, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah, Ayat 100)
masih di dalam proses pembelajaran baik untuk keperluan mahupun agama..masih di dalam fasa membaiki diri..kerana diri ini tidak sempurna.. See my complete profile
For all reader information,i`m not a ustaz,hafizul quran more so ulama`.i`m just the follower (ittiba`) of the Prophet S.A.W,the companions R.Anhum and whom who followed
them from time to time until Qiyaamah.for that reason,almost all the published article,translation or journal and quote have reference.only certain do not have a reference due to that publish is personal opinion/advice of the writer.still in process of learning and purifcation.moderate opinion and neutral method.not in favor/represent of any organizational,fiqrah,political party or jamaah.what is good and there`s akhlak,we follow them.what is not very good,we make a moral story of it.
This blog is published in Bahasa Malaysia so that the malay language user can understand some translation of kitab or quote from ulama` and to uphold usage of bahasa malaysia among whom understand malays.some of the kitab or reference is not published and sale in malaysia,almost majority of it is from Hindustani sub-continent and some of it from the middle-east.only certain publish in english language.
Manhaj Ahlul Sunnah Wal Jamaah,follow Shafii` Mazhab.
Jazakumullahu Khairan Kasthira`,
Powered by
Lau ka na Bainana Al-Habib-Abdul Rahman Mohamed,Saudi Arabia..
lau kana bainana(1)
Powered by
Darul Uloom Deoband,Saharanpur,India
<
Darul Uloom Nadwatul Ulama`,Lucknow,India.
Jamia` Darul Uloom Karachi,Pakistan.
Mazahirul Uloom,Saharanpur,India.
Darul Mustafa`,Tarim, Yaman
Darul Uloom Azaadville,South Africa.
Miftahul Uloom,Bandar Baru Sri Petaling,Kuala Lumpur,Malaysia
gambar atas sekali tu ammbik drpd blog mana? macam pernah nampak je. hehe