Assalamualaikum..

"هذا هو معنى الحياة هو نحن هو الإسلام." تحيات.. كيف حالك.. نأمل حصلت على مباركة لك من الله

 
<

followers
komunikasi
Create your own banner at mybannermaker.com!
Create your own banner at mybannermaker.com!
facilities

khidmat

Innalhamdulillah,khidmat kpd pelajar samada yg berada dlm kemahiran kejuruteraan(mekanikal,elektrikal,electronic,mekatronik dsb.) @pelajar agama yg berminat.sy sedia membantu menyemak proposal, report dn mmberi cadangan kpd projek tahun akhir(FYP) atau masalah pembelajaran anda secara percuma. semoga usaha anda dimudahkan utk menamatkan pengajian dn anda dpt berkhidmat serta berjuang di jalan Allah S.W.T.hubungi sy di YM;ghostrider_mujahid.JazakaAllahu Khair.
Visitor
Salasilah usaha dakwah dan tabligh...
Wednesday, February 10, 2010

Salasilah usaha dakwah dan tabligh

usaha dakwah dan tabligh ialah satu usaha yang sangat mulia.Ia bukanlah satu gerakan,persatuan mahupun `jemaah tabligh` kerana usaha ini telah dibuat oleh para `Anbiyaa` Alaihi sollatu wassalam yang telah dihantar oleh Allah S.W.T sebanyak 124,000 iaitu mengajak manusia supaya kenal Allah,beriman dengan Allah,yakin dengan kudrat Allah,yakin penyelesaian masalah ada di dalam amal-amal agama bukan di dalam `mal`(kebendaan),Ummat Muhammad S.A.W tleah diberi peluang untuk buat usaha yang sangat mulia ini kerana sebelum kita diwujudkan,usaha ini hanyalah untuk para Anbiya A.S,yang mana mereka maksum,suci..

Selama ini banyak keraguaan dalam hati kecil ini dan pasti semua orang mengenai salasiah kerja Nabi. Na'uzubillah. Apatah lagi apabila manusia mencemuh mereka yg melakukan kerja yang mulia ini.

Wahai manusia yang masih meragui usaha ini, dengar lah bahawa ini adalah usaha yang haq. Usaha yang benar yang juga merupakan hadiah terbesar untuk Ummat Rasulullah s.a.w.

usaha ini mempunyai salasilah yang mana salasiahnya sampai terus kepada Baginda S.A.W..

ada beberapa Tariqat yang terus kepada Rasulullah. Tapi itu bukan maksud utama untuk ummat ini diutuskan sehingga Allah letakkan Ummat ni pada satu kedudukan yang tertinggi berbanding kaum2 yang terdahulu.

petikan kata2 Maulana Ilyas rah bahawa "Usaha yang aku buat ini bukan usaha yang dibuat sekarang. Andai aku lakukan usaha yang ada sekarang maka aku bukan kedepan, malah aku ketinggalan sejauh 1400 tahun. Inilah ketinggian fikir seorang penyambung Usaha yang mulia.

Diturunkan Dari Nabi S.A.W kepada para sahabat,tabi`,tabi`een dan terus pada para Ulama..

Rasulullah s.a.w bersabda pada hari perhimpunan Haji Wida', 9 Zulhijjah tahun 9 Hijrah, hari jumaat, lepas asar "Sampaikan dari ku walau satu ayat.."

Rasulullah Sollallah Hu Alai Hi Wasssalam(S.A.W)
||
Abdullah bin 'Umar bin al-As Radiallahu Anhu
||
Abu Qasiyyah Rahmatullah Alaih
||
Hassan bin Autiyyah Rahmatullah Alaih
||
Auza'i Rahmatullah Alaih
||
Zahhak bin Makhlash Rahmatullah Alaih
||
Amirul Mukminin Fi Hadith wa Imamul Muhadithin,
Mohammad bin Isamail bin Al-Barzabah Al-Bukhari
||
Mohammad bin Yusof Al-Qarbawi Rahmatullah Alaih
||
Mohammad bin Ahmad At-Tarukhi Rahmatullah Alaih
||
Mohammad Abdullah Mohammad bin Muzaffar Al-Ra'udi Rahmatullah Alaih
||
Abdul Awwal Abdul Rahman bin Isa al-Harawi Rahmatullah Alaih
||
Abu Hussain bin Mubarak Al-jabiili Rahmatullah Alaih
||
Mohammad bin Ibrahim At-Tanukhi Rahmatullah Alaih
||
Ahmad bin Ali bin Ahmad bin Hajar Al-Ashtolani Al-Khinani Rahmatullah Alaih
||
Zainul Abidin Mohammad bin Zakariyya Al-Ansari Rahmatullah Alaih
||
Syamsuddin Mohammad bin Ahmad Ar-Romawi Rahmatullah Alaih
||
Mohammad bin Ahmad bin Quddus Rahmatullah Alaih
||
Ahmad Al-Qusyayi Rahmatullah Alaih
||
Ibrahim Al-Qurdi Rahmatullah Alaih
||
Abu Tahir bin Ibrahim Al-Qurdi Rahmatullah Alaih
||
Maulana Mohammad bin Abdul Rahim Rahmatullah Alaih
||
Syah Waliyullah Muhadithin Al-Dehlawi Rahmatullah Alaih
||
Maulana Abdul Aziz Al-Dehlawi Rahmatullah Alaih
||
Maulana Muhammad Bin Ishaq Al-Dehlawi Rahmatullah Alaih
||
Maulana Mohammad bin Ali Al-Dehlawi Rahmatullah Alaih
||
Maulana Abdul Ghani Al-Dehlawi Rahmatullah Alaih
||
Maulana Rasyid Ahmad Gangohi Rahmatullah Alaih
||
Maulana Mohammad Ilyas bin Ismail Al-Kandahlawi Rahmatullah Alaih
||
Maulana Mohammad Yusof bin Ilyas Al-Kandahlawi Rahmatullah Alaih
||
Maulana 'Inamul Hassan Al-Kandahlawi Rahmatullah Alaih
||
Maulana Muhammad Saad Al-Kandahlawi dan Maulana Zubairul Hassan Al-Kandahlawi (ulama yang menjadi syura usaha dakwah dan tabligh sekarang)

Seorang islam yang sebenar tidak sepatutnya tunggu sebarang bukti untuk beriman dan beramal. Apa yang dbawa oleh Rasulullah sepatutnya diikuti tanpa apa2 bukti lagi. Katakan lah "aku beriman dan Allah dan RasulNya tanpa bukti dan dalil"....

Wallahu'alam....
posted by Abdullah_m.e. @ 7:41 AM  
5 Comments:
  • At March 30, 2010 at 2:56 PM, Anonymous Anonymous said…

    assalamualaikum..bolehkah tuan menjelaskan sumber ambilan sanad tersebut?

     
  • At February 24, 2011 at 6:12 PM, Anonymous Anonymous said…

    Kerja Rasul2 AS adalah menyampaikan syariat Allah SWT kepada umat mereka dengan cara yg diperintahkan oleh Allah SWT. Mereka adalah manusia yg terpilih dan terpelihara. Kita adalah manusia biasa yg jahil dan penuh dosa. Tak layak proclaim kita buat kerja Rasul2 AS. Apa yg kita perlu buat adalah belajar dan berusaha utk mentaati syariat Allah SWT sebaik mungkin semampu mungkin; dan menyebarkannya kepada orang lain mengikut kadar kemampuan kita juga. Usaha dakwah dan tabligh, adalah usaha untuk membawa umat kepada kesedaran ini supaya mereka mulai belajar dan berusaha, beramal dan menyebarkan syariat Allah SWT seluas mungkin ke seluruh dunia. Umat tidak berhenti hanya dengan ikut dakwah dan tabligh sahaja, tetapi umat mesti sepenuh hati dan sehidup semati belajar, berusaha, beramal dan menyebarkan syariat Allah SWT seperti yg dipesan oleh Rasulullah SAW. Kalau nak belajar kena ikut tertib belajar, begitu juga dgn usaha, beramal dan berdakwah..kena ikut tertib..tak perlu mencari2 sanad yg tak pernah di sebut oleh elders dalam hidup mereka..

     
  • At June 27, 2011 at 7:01 PM, Anonymous Anonymous said…

    Salam tuan yang mulia..
    Boleh x saya nak tw sumber mana salasilah maulana2 nizamuddin?

    Just sebagai rujukan je.. Saya yakin, apa yang tuan tulis itu benar.. Cuma sebagai rujukan diri sendiri saja. :)

     
  • At August 23, 2011 at 4:42 PM, Anonymous budy said…

    Your blog is very complete info and relevant .. happy to visit in your blog
    I wait for a visit back to my blog

    Thanks info. success always

     
  • At May 19, 2012 at 10:44 AM, Blogger Abdullah_m.e. said…

    innalhamdulillah..terima kasih atas teguran..dari pemerhatian saya terhadap website pihak tuan iaitu di ketua urusan ulama..didapati bahawa tuan mengamalkan fikrah PAS..saya menghormati dan menyokong usaha tuan..tetapi sebagai "pekerja agama", adakah mempertikai usaha dakwah@ kerja agama fikrah lain adalah akhlak dakwah nubuwwah? tuan harus istighfar dan semak kembali niat tuan mmbuat kerja agama..tidak ada fikrah yang sempurna akhir zaman ini..kecuali yang ada pada zaman Nabi S.A.W..PAS juga ada kelemahan dan amalan yang boleh dipetikaikan terutamanya dalam akhlak dalam politik..begitu juga dengan usaha dakwah dan tabligh..ada juga kelemahannya...PAS ada nas dan dalil dalam politik mereka..begitu juga dakwah dan tabligh ada dalil dan nas mereka..jadi kalau pihak tuan boleh menghormati dan tidak mempertikai usaha agama fikrah lain,,begitu juga fikrah lain akan juga menghormati dan tidak mempertikai usaha PAS..

    pihak tuan saya sangat hormati dan kasihi..saya jgua menghormati para ulama e-kiraam dari PAS.

    say sendiri ada kelemahan,pihak tuan pun ada kelemahan..jadi kita sama menutup keaiban dan sama menyokong dan bergiat dalam mentarbiah ummat dengan fikrah masing-masing..tanpa mempertikai,merendah-rendahkan dan menghormati satu sama lain..

    mnungkin pihak tuan boleh bermuzakarah sendiri dengan para ulama PAS tnetang dakwah dan tabligh.. seperti Al-Fadhil Tuan Guru Nik Aziz Hafizahullah..yang saya sedia maklum beliau juga ada pengalaman belajar di bumi india di darul uloom deoband.. yang mana mengajar beliau di deoband juga adalah anak-anak murid kepada Hazrat Maulana Rasheed Ahmed Gangohi Rahimahullah.. :-)..bagaimana itu?kalau dikatakan Hazrat Maulana sesat? malahan kalau tuan berkesempatan,tuan boleh bertanya kepada Tuan Guru tentang Hazrat Maulana Mustaqem Hafizahullah..rakan sempebalajaran beliau di Deoband yang kini adalah salah seorang ulama e-kiraam yang membimbing usaha dakwah dan tabligh di Nizammuddin,India..yang juga adalah salah seorang guru saya semasa belajar di india..

    dan untuk pengetahuan pihak tuan,Hazrat Maulana Mustaqem juga akan menziarahi Tuan Guru jika beliau safar ke M`sia..

    tidak perlu saya tulis panjang2 di sini..dan tuan sendiri boleh bertanya pada Al-Fadhil Tuan Guru Nik Aziz Hafizahullah..


    semoga kita tekun membuat usaha dakwah dan mengutamakan kesatuan ummat dari sibuk merendahkan,mempertikai dan menghalang dakwah fikrah yang berbeza dari kita..

    JazakaAllahu Khair..

     
Post a Comment
<< Home
 
<
About Me

Name: Abdullah_m.e.
Home: kuala lumpur, wilayah persekutuan, Malaysia
About Me: Dan orang-orang yang terdahulu; yang mula-mula dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” (berhijrah dan memberi bantuan), dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada Nya, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah, Ayat 100) masih di dalam proses pembelajaran baik untuk keperluan mahupun agama..masih di dalam fasa membaiki diri..kerana diri ini tidak sempurna..
See my complete profile
Previous Post
Archives
Disclaimer

For all reader information,i`m not a ustaz,hafizul quran more so ulama`.i`m just the follower (ittiba`) of the Prophet S.A.W,the companions R.Anhum and whom who followed them from time to time until Qiyaamah.for that reason,almost all the published article,translation or journal and quote have reference.only certain do not have a reference due to that publish is personal opinion/advice of the writer.still in process of learning and purifcation.moderate opinion and neutral method.not in favor/represent of any organizational,fiqrah,political party or jamaah.what is good and there`s akhlak,we follow them.what is not very good,we make a moral story of it. This blog is published in Bahasa Malaysia so that the malay language user can understand some translation of kitab or quote from ulama` and to uphold usage of bahasa malaysia among whom understand malays.some of the kitab or reference is not published and sale in malaysia,almost majority of it is from Hindustani sub-continent and some of it from the middle-east.only certain publish in english language. Manhaj Ahlul Sunnah Wal Jamaah,follow Shafii` Mazhab. Jazakumullahu Khairan Kasthira`,

Powered by

BLOGGER

Lau ka na Bainana Al-Habib-Abdul Rahman Mohamed,Saudi Arabia..

lau kana bainana(1)

Powered by mp3skull.com

Powered by

BLOGGER

Darul Uloom Deoband,Saharanpur,India

Darul Uloom Nadwatul Ulama`,Lucknow,India.

Jamia` Darul Uloom Karachi,Pakistan.

Mazahirul Uloom,Saharanpur,India.

Darul Mustafa`,Tarim, Yaman

Darul Uloom Azaadville,South Africa.

Miftahul Uloom,Bandar Baru Sri Petaling,Kuala Lumpur,Malaysia

Ba`alawi,Kuala Lumpur,Malaysia.

Yayasan Al-Jenderami,Jenderam Hilir,Selangor,Malaysia

Yayasan Sofa`,N.Sembilan,Malaysia.

Blog Visitor Location


widgeo.net

© 2005 Assalamualaikum.. Blogger Templates by Isnaini and Cool Cars Pictures