"هذا هو معنى الحياة هو نحن هو الإسلام."
تحيات.. كيف حالك.. نأمل حصلت على مباركة لك من الله
followers
<
komunikasi
facilities
khidmat
Innalhamdulillah,khidmat kpd pelajar samada yg berada dlm kemahiran kejuruteraan(mekanikal,elektrikal,electronic,mekatronik dsb.)
@pelajar agama yg berminat.sy sedia membantu menyemak proposal,
report dn mmberi cadangan kpd projek tahun akhir(FYP) atau masalah pembelajaran anda secara percuma.
semoga usaha anda dimudahkan utk menamatkan pengajian dn anda dpt berkhidmat serta berjuang di jalan Allah S.W.T.hubungi sy di YM;ghostrider_mujahid.JazakaAllahu Khair.
Visitor
petikan ucapan dari kata-kata Bhai Haji Abdul Wahab,orang lama di dalam usaha Da`wah
Thursday, July 30, 2009
Mere bhaiyyo doshtrou goruzgo,
Dalam setiap keadaan bagaimana kafiat Nabi S.A.W iaitu pemikiran,kerisauan dan kebimbangan yang ada pada Nabi S.A.W ada pada kita.Kita perlu berdoa kepada Allah S.W.T supaya bagaimana kafiat Nabi S.A.W zahir dan batin ada pada diri kita.Begitu juga kafiat yang ada pada diri Nabi yang tidak menyukai sesuatu amalan juga perlu ada pada diri kita.
Seterusnya kita meminta ampun kepada Allah S.W.T atas kelalaian kita kerana kerisauan,kebimbangan yang ada pada diri Nabi tidak ada pada diri kita.Kita perlu memohon ampun bagi seluruh umat ini kerana kerisauan dan kebimbangan Nabi tidak ada pada mereka.
Mere bhaiyyo doshtrou goruzgo,
Seterusnya kita perlu berdoa,”ya Allah,Sepatutnya kami sentiasa tawajjuh(berharap) kepada-Mu yang perkara itu belum ada pada diri kami Engkau ampunkan kami ya Allah,perkara ini tidak akan kami dapat hasilkan tanapa anugerah daripada-Mu,ya Allah, amal-amal yang Engkau cintai dimana dengan amal itu kami semakin dekat denganMu. Amal-amal itu sedikit pun kami tidak dapat melaksanakan.”
Sebanyak mana kita mengamalkan perintah Allah S.W.T dengan cara Nabi S.A.W, maka semakin dekatlah kita kepada Allah S.W.T.Apabila kita melaksanakan perintah di dalam keseluruhan agama dengan cara Muhammad S.A.W,maka kita akan kekal dalam hidayat dan Allah S.W.T akan menyebarkan hidayat itu am kepada seluruh alam.
Mere bhaiyyo doshtrou goruzgo,
Maulana Muhammad Ilyas Rah. Pernah memberitahu kepada saya(Haji Abdul Wahab), sebelum kamu solat,hendaklah kamu berselawat kepada Nabi S.A.W,seterusnya kita berdoa,”ya Allah,Atas maksud apa Nabi S.A.W dihantar ke dunia,maka maksud itu juga berilah kepada kami,ya Allah,berilah makam kenabian Nabi kepada diri saya.Ya Allah,perasaan apa yang ada pada diri Nabi berilah kepada kami.Ya Allah,jadikan kami perantaraan Engkau hidupkan agama sebagaimana Engkau hidupkan agama pada zaman Nabi dan Sahabat.”
Kita perlu mengajak seluruh umat ini atas satu kerja yang mulia iaitu,kerja suci murni Nabi S.A.W.Kita perlu berusaha lagi dan lagi di mana sahaja kita berada kita perlu membuat usaha kenabian Nabi.
Mere bhaiyyo doshtrou goruzgo,
Wanita-wanita pada zaman Nabi S.A.W begitu tinggi semangatnya seperti sahabat R.Anhum.Kita juga perlu mengetahui pada setiap saat apa kehendak Allah S.W.T dalam menjalani kehidupan ini bukam mengikut kehendak nafsu kita tetapi bagaimana setiap masa dan keadaan kita sentiasa mentaati perintah Allah S.W.T.Untuk itu kita pelru berkorban seperti sahabt R.Anhum atau kita sentiasa bersedia unutk mengorbankan diri,masa dan harta emngajak umat membuat pengorbanan diri dan harta keluar di jalan Allah S.W.T.Sahabat R.Anhum telah membuat pengorbanan yang begitu tinggi sehingga pengorbanan mereka disukai Allah S.W.T dan Allah S.W.T jadikan sebagai asbab hidayat kepada seluruh alam sehingga agama sampai dalam diri kita pada hari ini.
Kita perlu memohon selalu kepada Allah S.W.T dan jangan sekali-sekala berdoa sahaja tetapi perlu berterusan berdoa kepadaNya.Hari ini saya (Haji Abdul Wahab) mendapati kita hanya berdoa sekali-sekala sahaaja sedangkan perkara yang kita doakan adalah perkara yang sangat besar iaitu hidayah.Kita perlu berdoa lagi dan lagi serta membuat usaha lagi dan lagi sehingga Allah S.W.T mengasihani kita,menerima kita dan Membuka jalan kepada kita.Dengan ini,Allah S.W.T akan memberi nur kepada kita dimana nur itu tidak akan padam lagi.
Akal dan nafsu kita perlu tundukkan mengikut cara Nabi S.A.W.Seterusnya kita perlu sentiasa tawajjuh kepada Allah S.W.T dengan membayangkan Allah S.W.T melihat, Mendengar kata-kata,dan sentiasa memerhatikan kita.Seorang murid apabila duduk di hadapan ustaznya akan duduk dengan tertib dan tawadhuk.Oleh itu,setiap masa kita perlu bayangkan kita berada dihadapan Allah S.W.T.
-petikan ucapan dari kata-kata Bhai Haji Abdul Wahab,orang lama di dalam usaha Da`wah,yang mula memberi masa untuk agama sejak dari tahun 1940-an hingga kini.berumur hampir 96 tahun.tinggal di raiwind,Lahore,Pakistan.
Name: Abdullah_m.e. Home: kuala lumpur, wilayah persekutuan, Malaysia About Me: Dan orang-orang yang terdahulu; yang mula-mula dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” (berhijrah dan memberi bantuan), dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada Nya, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah, Ayat 100)
masih di dalam proses pembelajaran baik untuk keperluan mahupun agama..masih di dalam fasa membaiki diri..kerana diri ini tidak sempurna.. See my complete profile
For all reader information,i`m not a ustaz,hafizul quran more so ulama`.i`m just the follower (ittiba`) of the Prophet S.A.W,the companions R.Anhum and whom who followed
them from time to time until Qiyaamah.for that reason,almost all the published article,translation or journal and quote have reference.only certain do not have a reference due to that publish is personal opinion/advice of the writer.still in process of learning and purifcation.moderate opinion and neutral method.not in favor/represent of any organizational,fiqrah,political party or jamaah.what is good and there`s akhlak,we follow them.what is not very good,we make a moral story of it.
This blog is published in Bahasa Malaysia so that the malay language user can understand some translation of kitab or quote from ulama` and to uphold usage of bahasa malaysia among whom understand malays.some of the kitab or reference is not published and sale in malaysia,almost majority of it is from Hindustani sub-continent and some of it from the middle-east.only certain publish in english language.
Manhaj Ahlul Sunnah Wal Jamaah,follow Shafii` Mazhab.
Jazakumullahu Khairan Kasthira`,
Powered by
Lau ka na Bainana Al-Habib-Abdul Rahman Mohamed,Saudi Arabia..
lau kana bainana(1)
Powered by
Darul Uloom Deoband,Saharanpur,India
<
Darul Uloom Nadwatul Ulama`,Lucknow,India.
Jamia` Darul Uloom Karachi,Pakistan.
Mazahirul Uloom,Saharanpur,India.
Darul Mustafa`,Tarim, Yaman
Darul Uloom Azaadville,South Africa.
Miftahul Uloom,Bandar Baru Sri Petaling,Kuala Lumpur,Malaysia