"هذا هو معنى الحياة هو نحن هو الإسلام."
تحيات.. كيف حالك.. نأمل حصلت على مباركة لك من الله
followers
<
komunikasi
facilities
khidmat
Innalhamdulillah,khidmat kpd pelajar samada yg berada dlm kemahiran kejuruteraan(mekanikal,elektrikal,electronic,mekatronik dsb.)
@pelajar agama yg berminat.sy sedia membantu menyemak proposal,
report dn mmberi cadangan kpd projek tahun akhir(FYP) atau masalah pembelajaran anda secara percuma.
semoga usaha anda dimudahkan utk menamatkan pengajian dn anda dpt berkhidmat serta berjuang di jalan Allah S.W.T.hubungi sy di YM;ghostrider_mujahid.JazakaAllahu Khair.
Visitor
Ijitma Malaysia 2009,satu rahmat Allah bagi malaysia
Monday, July 13, 2009
Dengan nama Alah yang maha pengasih lagi maha penyayang, Nah maduhu wanusolli mu ala rasulihil kariim.. Alhamdulillah,selesai sudah satu perhimpunan yang berhimpun untuk mengingati akhirat iaitu ijtima dunia Malaysia 2009 yang berlangsung di masjid kuarters klia,(Bandar enstek) yang bertarikh pada 9,10,11,12 julai 2009 yang dihari tetmau berjumlah lebih kurang 250,000 orang dari Malaysia dan seluruh dunia. Satu perkara yang kita perlu fahami bahawa perhimpunan ini bukanlah semata-mata untuk mengumpulkan manusia.tetapi adalah satu perhimpunan yang untuk memberi nasihat dan bimbingan tentang maksud hidup orang islam oleh para ulama yang pakar.dan ia juga salah satu cara untuk menarik rahmat Allah kerana berkumpul beramai-ramai semata keranaNya. Alhamdulillah para ulama yang datang dari pelbagai Negara sanggup datang semata-mata kerana ihsankan orang Malaysia.Antaranya Maulana Muhammad Saad khandalawi,Maulana Muhammad Zubair Ul-Hassan,Maulana Ahmed Lat An-Nadwi,Maulana Ismail Godra,Maulana Mustaqim (rakan belajar tok guru nik aziz semasa di deoband,india),Haji Abdul Wahab,Maulana Shauqat,Maulana yunus palanpuri dan ramai lagi yang hadir.Tak diupakan juga para ustaz-ustaz Malaysia,Ustaz Hamid,Ustaz Umar,Ustaz Amir Hamzah dan ramai lagi serta para ahli syura dan orang lama dalam usaha da`wah. Syukur juga kerana para pemimpin kita juga meluangkan sedikit masa untuk hadir perhimpunan antaranya Yang dipertuan agong,Sultan Mizan,Sultan Selangor,Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan,Tengku Mahkota Kelantan dan tetamu kerabat dari luar Negara,Putera Mahkota Qatar.Tak dilupakan juga Perdana menteri,Dato` SeRi Najib,Timbalannya,Tan Sri Muhyiddin Yassin,Menteri Besar Negeri Sembilan dan ramai lagi tetamu kenamaan. Saudara semua yang dimuliakan, Ijtima adalah satu perkara yang dilaksanakan untuk megeluarkan jemaah d`awah untuk dihantar ke seluruh dunia.Antara ijtima yang diadakan setiap tahun ialah di Tongi,Dhaka,Bangladesh yang mana jumlah tetamu yang datang seramai 5 juta orang, yang diadakan di antara bulan januari dan febuari,ijtima di Raiwind,Lahore,Pakistan berjumlah 2 juta orang yang diadakan pada setiap hujung tahun,Ijtima di Sana`a,Yaman,Ijtima di Dewsburry,London,Ijitma di Lenz,South Africa,Ijtima Bhopal di India dan Ijtima di Chicago,Amerika Syairkat. Jadi,kita sebenarnya beruntung kerana Malaysia juga Allah beri peluang untuk menjadi tuan rmuah pada kali ini. Ramai orang menghadiri ijtima adalah kerana majlis ini hanyalah memperkatakan tentang agama,tidak menyentuh isu-isu politik,semasa mahupun sensitivity mana-mana pihak,hanyalah berkisar kepada Iman dan Amal,Allah dan Rasulnya dan pentingya kita menunaikan tanggunjawab kita kepada agama untuk menyebarkan agama islam dengan cara berhikmah yang dipraktikkan oleh Nabi S.A.W dan Para Sahabat R.Anhum. Alhamdulillah dengan bersebabkan pengorbanan Nabi dan Sahabat,Allah telah beri kita peluang untuk menyambung kerja nubuwwah,iaitu mensyiarkan agama Allah di atas muka bumi ini.dan sekarang,jemaah-jemaah da`wah ini telah bertebaran di seluruh alam dari ke hujung-hujung benua,di pulau-pulau terpencil seperti di kepulaun Fiji,maurititus,Madagascar,chile,malahan di Israel pun dihantar jemaah da`wah untuk mengislamkan roang-orang yahudi. Satu perkara yang mungkin terlupa di dalam usaha menegakkan agama Allah,iaitu bersangka baik.Bersangka baik ini adalah perlu dan ia adalah sifat Nabi kita yang mulia hatta kepada musuh kita sekalipun.dan banyak lagi sebab kenapa kita runtuh di akhir zaman ini.satu perkara yang mungkin kita terlupa ialah tertib dan adab mengur para pemimpin,sejarah telah membuktikan bahawa dari zaman Nabi S.A.W,khulafa ar-rasyidi,dan kekhalifahan,ada cara yang tertentu untuk menegur para pemimpimn,bukanlah dengan megaibkannya di khayalak ramai,dengan demonstrasi,bantahan dan lain-lain perkara lagi apatah lagi menceritakan keburukan orang. Dan satu perara,iaitu khilaf.tiada masalah sebanarnya khilaf,ia memang sudah ada sejak dari dulu lagi,tapi tidaah terjadi sampai zaman kita ini,sehingga sanggup menghukum orang dengan kafir,musyri,syirik dan lain-lain.kita berpegang kepada mana yang kita yakin,dan tidak mengatakan dan menghukum bahawa yang lain tiu tidak betul.kita buka alim-ulama untuk mentaklid seseorang. Jadi,perkara-perkara ini perlulah dielakkan demi untuk meyatukan umat islam.dan ijtima ini adalah salah satu usaha untu meyatukan umat islam dengan menanamkan dalam minda bahawa kejayaan kita sebenarnya adalah tersimpan dalam agama Allah,ada dalam amal-amal agama,ada bila kita keluar di jalan Allah untuk menyebarkan agama disamping memperbaiki diri sendiri.dan belajar untuk yakin sepenuhnya pada Allah,tidak yakin kepada kerajaan,pangkat,perniagaan,pelaburan dan lain-lain.Bukanlah bermaksud kita tinggalkan perkara ita usahakan di dunia ini,tetapi usaha itu disertakan dengan membawa syariat agama Allah ini.itulah kehendak sebbenar Allah dan RasulNya. Semoga Allah memilih Negara kita lagi pada tahun depan utnuk diadakan ijtima dunia lagi padatahun hadapan.Amiin... Hamba fakir kepada Allah yang Maha Kaya, Muhammad_efendie
gambar yang ke3 tu gambar ustaz nazli..ana 1 halkah ngan dia..mungkin anta perasan ana..cuma xbertegur je..ana berjumpa dengan adib pemilik blog rahba81
mungkin juga,sebab terlalu ramai sangat orang,jadi kadang2,kawan yg pergi sekali ijtima pun boleh terpisah.hehehe...tapi Alhmadulillah ijtima berjalan lancar..
kalau pergi ijtima tongi lagi pening,5 juta orang..subhanaAllah..
Name: Abdullah_m.e. Home: kuala lumpur, wilayah persekutuan, Malaysia About Me: Dan orang-orang yang terdahulu; yang mula-mula dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” (berhijrah dan memberi bantuan), dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada Nya, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah, Ayat 100)
masih di dalam proses pembelajaran baik untuk keperluan mahupun agama..masih di dalam fasa membaiki diri..kerana diri ini tidak sempurna.. See my complete profile
For all reader information,i`m not a ustaz,hafizul quran more so ulama`.i`m just the follower (ittiba`) of the Prophet S.A.W,the companions R.Anhum and whom who followed
them from time to time until Qiyaamah.for that reason,almost all the published article,translation or journal and quote have reference.only certain do not have a reference due to that publish is personal opinion/advice of the writer.still in process of learning and purifcation.moderate opinion and neutral method.not in favor/represent of any organizational,fiqrah,political party or jamaah.what is good and there`s akhlak,we follow them.what is not very good,we make a moral story of it.
This blog is published in Bahasa Malaysia so that the malay language user can understand some translation of kitab or quote from ulama` and to uphold usage of bahasa malaysia among whom understand malays.some of the kitab or reference is not published and sale in malaysia,almost majority of it is from Hindustani sub-continent and some of it from the middle-east.only certain publish in english language.
Manhaj Ahlul Sunnah Wal Jamaah,follow Shafii` Mazhab.
Jazakumullahu Khairan Kasthira`,
Powered by
Lau ka na Bainana Al-Habib-Abdul Rahman Mohamed,Saudi Arabia..
lau kana bainana(1)
Powered by
Darul Uloom Deoband,Saharanpur,India
<
Darul Uloom Nadwatul Ulama`,Lucknow,India.
Jamia` Darul Uloom Karachi,Pakistan.
Mazahirul Uloom,Saharanpur,India.
Darul Mustafa`,Tarim, Yaman
Darul Uloom Azaadville,South Africa.
Miftahul Uloom,Bandar Baru Sri Petaling,Kuala Lumpur,Malaysia
gambar yang ke3 tu gambar ustaz nazli..ana 1 halkah ngan dia..mungkin anta perasan ana..cuma xbertegur je..ana berjumpa dengan adib pemilik blog rahba81