Assalamualaikum..

"هذا هو معنى الحياة هو نحن هو الإسلام." تحيات.. كيف حالك.. نأمل حصلت على مباركة لك من الله

 
<

followers
komunikasi
Create your own banner at mybannermaker.com!
Create your own banner at mybannermaker.com!
facilities

khidmat

Innalhamdulillah,khidmat kpd pelajar samada yg berada dlm kemahiran kejuruteraan(mekanikal,elektrikal,electronic,mekatronik dsb.) @pelajar agama yg berminat.sy sedia membantu menyemak proposal, report dn mmberi cadangan kpd projek tahun akhir(FYP) atau masalah pembelajaran anda secara percuma. semoga usaha anda dimudahkan utk menamatkan pengajian dn anda dpt berkhidmat serta berjuang di jalan Allah S.W.T.hubungi sy di YM;ghostrider_mujahid.JazakaAllahu Khair.
Visitor
wanita dan aurat..
Tuesday, March 10, 2009

Masyarakat kita di akhir-akhir ini persoalan menutup aurat telah tidak dititik beratkan dan rata-rata kita melihat bahawa mereka-mereka yang menutup aurat pun menutupnya dengan tidak sempurna. Ada yang mengenakan mini telekong yang terlalu “mini” sehingga jelas kelihatan rambutnya yang melepasi tudongnya yang singkat itu. Ada pula yang mengenakan tudung yang terlalu jarang sehingga jelas kelihatan rambut walau pun telah ditutup. Terkadang-kadang menutup namun masih kelihatan anak-anak rambut di panggal dahinya. Mungkin ini disebabkan ‘trend’ tudong kepala yang di pakai oleh selebriti dan artis tempatan menjadi ikutan wanita hari ini. Semua ini tidak sempurna dan wanita berkenaan masih berdosa kerana dikira tidak menutupi auratnya.
Aisyah ra meriwayatkan ,” Semoga Allah merahmati para wanita muhajir yang awal ( dari Mekah ke Madinah) ketika Allah merunkan wahyu “… Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung mereka ke dada-dada mereka …” lalu mereka menggunting kain-kain tebal mereka ,lalu mereka berpurdah dengannya.” ( Abu Daud )
Pada peringkat awal ada hukum agar wanita-wanita menyembunyikan perhiasan mereka kecuali apa-apa yang memang terlihat. Kemudian datang hukum:
“… Wal yadribna bi khumurihinna ‘ala juyubihinna…” ( An-Nur Ayat 30 )
“…Dan hendaklah mereka munutup kain kerudung mereka ke dada-dada mereka…”
Mengenai hal ini Aisyah ra berkata, “ ketika ayat ini diturunkan, maka para wanita Muhajirin lansung memotong kain-kain tebal mereka menjadi dua bahagian.” Kedua helai kain ini secara syariat tidak hanya menutupi kepala sahaja tetapi juga menutupinya sampai ke leher dan dada-dada mereka. Perintah ini adalah perintah yang lazim dan kuat.
Sesetengah ahli tafsir menulis bahawa pada zaman jahiliyah, telah menjadi kebiasaan bagi wanita mereka akan menutup kepala mereka dengan dua helai kain dan dua helai kain lagi di badan mereka. Sebaliknya bagi kaum Muslimin diperintahkan untk menutup kepala mereka serta di labuhkan menutupi dada-dada mereka. Atas sebab ini bila turun ayat di atas mereka memotong kain-kain tebal mereka dan menutupi aurat mereka bersesuaian dengan ayat tersebut.
Persoalannya mengapa dengan kain tebal?
Kerana kain-kain yang nipis tidak dapat menutupi kepala dan dada dengan sempurna. Ini di sabitkan juga oleh sabdaan Nabi dalam menasihiti sahabatnya Dihyah bin Khalifah ra.
Dihyah bin Khalifah ra meriwayatkan, “ Telah datang hadiah kepada Rasulullah saw berupa kain-kain nipis dari Mesir. Kain itu diberikan kepada saya. Beliau bersabda, “ potong lah kain ini menjadi dua bahagian, satu bahagian untuk jubahmu dan satu bahagian lagi kamu berikan untuk isterimu, agar ia melipatnya menjadi dua untuk kain krudungnya.”Aku membawa kain tersebut, ketika aku beredar, beliau saw bersabda, “ Perintah kepada isterimu agar ia menambah kain di bawahnya agar anggota tuboh tidaknya tidak terlihat.” ( Abu Daud )
Pada ketika yang lain datang Hafsah binti Abd.rahman bin Abu Bakar ra ke hadapan Aisyah ra pada ketika itu Hafsah memakai kain krudung yang nipis. Aisyah kemudianya menanggalkannya dan mengantikan dengan kain yang lebih tebal. ( Muwatho’ Imam Maliki )
Dari penjelasan di atas, ‘trend’ bertudung yang ada sekarang memang jelas bertentangan dengan apa yang telah di fardhu kan bagi wanita memakainya. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan dosa ke atas mereka serta menyebabkan fitnah kepada mereka sendiri juag akan mengundang asbab kepada maksiat yang lebih besar.
Nasihatkan kepada isteri, anak-anak serta saudara perempuan kita agar menghindari perbuatan sedemikian dan kembali kepada budaya bertudung yang lebih sempurna.


hamba fakir kepada Allah yang maha kaya
muhammad_efendie
posted by Abdullah_m.e. @ 1:06 PM  
1 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
<
About Me

Name: Abdullah_m.e.
Home: kuala lumpur, wilayah persekutuan, Malaysia
About Me: Dan orang-orang yang terdahulu; yang mula-mula dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” (berhijrah dan memberi bantuan), dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada Nya, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah, Ayat 100) masih di dalam proses pembelajaran baik untuk keperluan mahupun agama..masih di dalam fasa membaiki diri..kerana diri ini tidak sempurna..
See my complete profile
Previous Post
Archives
Disclaimer

For all reader information,i`m not a ustaz,hafizul quran more so ulama`.i`m just the follower (ittiba`) of the Prophet S.A.W,the companions R.Anhum and whom who followed them from time to time until Qiyaamah.for that reason,almost all the published article,translation or journal and quote have reference.only certain do not have a reference due to that publish is personal opinion/advice of the writer.still in process of learning and purifcation.moderate opinion and neutral method.not in favor/represent of any organizational,fiqrah,political party or jamaah.what is good and there`s akhlak,we follow them.what is not very good,we make a moral story of it. This blog is published in Bahasa Malaysia so that the malay language user can understand some translation of kitab or quote from ulama` and to uphold usage of bahasa malaysia among whom understand malays.some of the kitab or reference is not published and sale in malaysia,almost majority of it is from Hindustani sub-continent and some of it from the middle-east.only certain publish in english language. Manhaj Ahlul Sunnah Wal Jamaah,follow Shafii` Mazhab. Jazakumullahu Khairan Kasthira`,

Powered by

BLOGGER

Lau ka na Bainana Al-Habib-Abdul Rahman Mohamed,Saudi Arabia..

lau kana bainana(1)

Powered by mp3skull.com

Powered by

BLOGGER

Darul Uloom Deoband,Saharanpur,India

Darul Uloom Nadwatul Ulama`,Lucknow,India.

Jamia` Darul Uloom Karachi,Pakistan.

Mazahirul Uloom,Saharanpur,India.

Darul Mustafa`,Tarim, Yaman

Darul Uloom Azaadville,South Africa.

Miftahul Uloom,Bandar Baru Sri Petaling,Kuala Lumpur,Malaysia

Ba`alawi,Kuala Lumpur,Malaysia.

Yayasan Al-Jenderami,Jenderam Hilir,Selangor,Malaysia

Yayasan Sofa`,N.Sembilan,Malaysia.

Blog Visitor Location


widgeo.net

© 2005 Assalamualaikum.. Blogger Templates by Isnaini and Cool Cars Pictures