"هذا هو معنى الحياة هو نحن هو الإسلام."
تحيات.. كيف حالك.. نأمل حصلت على مباركة لك من الله
followers
<
komunikasi
facilities
Visitor
para` ulama` produk dari deoband university(darul uloom)
Wednesday, July 21, 2010
di bawah ialah antara ulama keluaran deoband yang dikenali dengan kemahiran mereka yang tinggi di dalam suatu bidang di dalam agama..tidak dinafikan deoband darul uloom atau deoband university adalah salah satu institusi pengajian yang menggunakan cara madrasah sehingga kini,dan terkenal dengan kepakaran dalam mazhab hanafi,tahfiz Quran dan dalam bidang hadith.dipaparkan dalam video ini antara maulana,allamah,sheikhul hadith dan syeikh yang pernah belajar di deoband yang ada bertebaran di seluruh dunia..
deoband darul uloom university terletak di bandar deobandi,berdekatan saharanpur,di dalam daerah uttar pradesh,india..
ya Allah,gunakan diriku untuk agamaMu ya Allah.. diriku yang pendosa ini mengharap rahmatMu.. sebarkanlah hidayah ke seluruh alam.. ummat dahagakan hidayah ya Allah.. guna semua ummat untuk agamaMu ya Allah.. jangan kau uji kami dengan ujian2 yang berat ya Allah, rasa kerdilnya diriku ketika saat aku sujud padaMu,ya Allah, tiada terdaya menggambar derita, jika kau tidak memberi hidayah padaku ya Allah sebaknya di dadaku ya Allah,bila teringat dosaku di waktu lalu, Ampunkan dosa-dosaku ya Allah, terima pengorbananku yang sedikit ini ya Allah, yang mana jika dibanding dengan pengorbanan para Ambiyaa Alaihi musollatu wassalam,Nabi .S.AW,Para Sahabat R.Anhum hanyalah umpama setitik air di dalam lautan pengorbananku pada agamaMu ya Allah..
ya Allah,aku hambaMu yang hina-dina ini mengharap rahmat dan redhaMu ya Allah.. tambahkan pengorbanan dan pilih diriku lagi ya Allah,selagi aku bernyawa, untuk susah payah untuk agamaMu..
sila lihat video di youtube,oleh shaikh hassan ali,ulama muda dari england,yang banyak pengalaman,ada 17 siri semuanya...boleh download di youtube..pemikiran beliau sederhana dan inginkan orang islam bersatu di atas satu payung,ahli sunnah wal jamaah...kuliahnya di dalam bahasa inggeris..
terdapat beberapa institusi agama dari beberapa negara telah menfatwakan facebook itu haram..dan mereka yang menfatwakan ini bukanlah orang2 biasa..mereka ialah para ulama yang telah mengkaji dan melihat banyak keburukan dari kebaikan selain ia menrupakan salah satu agenda bangsa yahudi..
negara-negara yang telah fatwakan bahawa facebook itu haram :
majlis ulama indonesia-indonesia majlis ulama dan kerajaan pemerintah pakistan-pakistan universti Al-Azhar-mesir,Sheikh Abd Al-Hamid Al-Atrash, former head of the Fatwa Council at Al-Azhar.
Alhamdulillah,saya tak pernah membuat akaun di facebook,dan nasihat untuk diri saya dan pembaca sekalian,kalau yang ada akaun facebook,tidak kiralah orang awam,karkun2,ustaz,ikhwan,jim,abim dan mana2 organisasi sekalipun,elakkanlah mengguna facebook,banyak lagi medium dan alternatif lain boleh diguna..
selain mendatangkan banyak mudarat dari munafaat, dan walaupun kita gunakan untuk kebaikan, tetapi jangan dilupa beberapa negara telah mengeluarkan fatwa, mesti ada sebab berdasarkan quran dan sunnah kenapa mereka mengharamkan facebook, banyak lagi peranti lain boleh diguna,
pakistan telah mewujudkan -millat facebook,kepunyaan orang islam pakistan, orang2 islam di eropah telah mewujudkan umma-united milik orang islam perancis.
selain ini merupakan satu perancangan sulit bangsa yahudi.. kalau mana yang kita mampu elakkan,elakkanlah,kita mampu melakukannya..
uri dunia me jayengge,,,(kami akan sampai ke seluruh dunia....)
Tuesday, July 6, 2010
"es kalima aur namaz ko leker,ilm ilahi aur zikir ilahi ki sat, apne haq ko maf kartr huway,dusro ki haq ko adhza kartay huway, garley dar garley, mohalla dar mohalla, gaun dar gaun,Allah ki taufiq, uri dunia me jayengge,,,
maulana muhammad yusuf khandahlawi rahmtaullahi alaih
"dengan berbekalkan kalimah dan solat,ilmu ilahi dan zikir ilahi, dalam memaafkan hak tanpa menuntut hak semata-mata, kerana Allah kami berkelana, dari lorong ke lorong, dari marhalah ke marhalah, bandar ke bandar dan jika ditaufiqi Allah, kami akan sampai ke seluruh dunia....
Name: Abdullah_m.efendi Home: kuala lumpur, wilayah persekutuan, Malaysia About Me: Dan orang-orang yang terdahulu; yang mula-mula dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” (berhijrah dan memberi bantuan), dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada Nya, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah, Ayat 100)
masih di dalam proses pembelajaran baik untuk keperluan mahupun agama..masih di dalam fasa membaiki diri..kerana diri ini tidak sempurna.. See my complete profile