Assalamualaikum..

"هذا هو معنى الحياة هو نحن هو الإسلام." تحيات.. كيف حالك.. نأمل حصلت على مباركة لك من الله

 
<

followers
komunikasi
Create your own banner at mybannermaker.com!
Create your own banner at mybannermaker.com!
facilities

khidmat

Innalhamdulillah,khidmat kpd pelajar samada yg berada dlm kemahiran kejuruteraan(mekanikal,elektrikal,electronic,mekatronik dsb.) @pelajar agama yg berminat.sy sedia membantu menyemak proposal, report dn mmberi cadangan kpd projek tahun akhir(FYP) atau masalah pembelajaran anda secara percuma. semoga usaha anda dimudahkan utk menamatkan pengajian dn anda dpt berkhidmat serta berjuang di jalan Allah S.W.T.hubungi sy di YM;ghostrider_mujahid.JazakaAllahu Khair.
Visitor
gambar sakti sheila on 7 ku jumpa di flickr.com..
Saturday, January 30, 2010


gambar menunjukkan sakti,bekas ahli sheila on 7 berpakaian jubah dan berkopiah..

SubhanaAllah..maha suci Allah..bekas ahli kumpulan sheila on 7, sakti telah membuat usaha agama..Alhamdulillah..mula membuat usaha dalam 2005-2006 dahulu..mungkin sudah lama...tetapi ku lebih suka rupanya begini..nmpak beragama...syukur Allah menjadikan da`ie agama pada dirimu, sakti..Amiin....

mana2 yg xde buat apa hari sabtu,apa kata korang pegi bermalam di masjid jamek seri petaling,kat bukit jalil 2..ada majlis fikir iman dan amal..untung2,ada ulama dari luar negara turun kt sna..aku pegi mlm ni...



kubah masjid jamek bandar baru sri petaling masa maghrib,indah x?majlis kat dlm masjid lagi indah..
posted by Abdullah_m.e. @ 4:15 PM   1 comments
mengembara
Friday, January 29, 2010


mengembara..itulah kebiasaan hidupku di kala cuti semeseter..baik untuk agama mahupupn atas urusan keperluan..

dan pengembaraan ini tidak akan tamat selagi roh yang ada dalam jasad pinjaman ini belum dikeluarkan oleh Allah Azza` wajjal..

aku pun tidak tahu berapa lama lagi aku dalam perjalanan ini..

kesihatanku pun sudah merosot sejak akhir-akhir ini..

dan berbagai-bagai peristiwa terjadi pada diriku...

mungkin ini satu ujian...

ataupun satu tanda masanya hampir tiba untuk diriku...

wallahu`alam...


Aap insaan konsa me intizaar karnaa wastah he..

jaandaar ` ekethee..

Khatiir kuaah jaan yeh aap ko haqdaar..
posted by Abdullah_m.e. @ 8:43 AM   1 comments
Doufám, že tak se bude odpovědnost za mnou ..
Thursday, January 28, 2010

mé srdce je na mizině osobou .. to je slib, že mě miluje .. postarat se o mě .. a žít se mnou ..

Doufám, že tak se bude odpovědnost za mnou ..


saya menggunakan bahasa czech dalam posting ini,kerana sesuatu sebab...

hati sy...
posted by Abdullah_m.e. @ 5:56 PM   0 comments
biodata lengkap dan kehidupan Maulana Muhammad Zakariyya Rahimahumullah..
Sunday, January 24, 2010


gambar ini ialah sebahagian dari pemandangan di dalam madrasah mazahirul uloom,saharanpur di mana Sheikh Maulana muhammad zakariyya pernah belajar dan mengajar di sini.

BIOGRAFI SYEIKH AL-HADĪS MAULĀNĀ MUHAMMAD ZAKARIYYĀ
AL-KĀNDAHLAWĪ

KELUARGA DAN TEMPAT KELAHIRANNYA


Di bahagian barat wilayah utara Uttar Pradesh di sebuah bandar yang diberi nama Muzaffar Naqar di negara India terdapat dua buah desa yang masyhur dengan panggilan Jihinjanah dan Kandalah. Di dalam dua buah desa ini telah menjalani kehidupan sebuah keluarga ilmuan yang memiliki kemulian nama dengan kefaqihan dan keilmuan dalam sumber hukum dan perundangan Islam serta ketekunan dan ketabahan servival (perjuangan) dalam mengimplimentasi agama yang sempurna dalam kehidupan mereka secara keseluruhannya. Moyang keluarga ini ialah seorang ulama yang tersohor pada ketika itu yang bernama al-Syeikh Muhammad Ashrāf di mana beliau berkesempatan hidup di zaman Shah Jahan raja India pada masa itu. Para ulamak di zamannya telah bersepakat bahawa beliau adalah pengamal agama yang istiqamah, warak dan pengikut sunnah yang setia (3).

Keluarga yang mulia ini telah melahirkan ramai alim ulama yang ulung lagi tersohor, di kalangan mereka adalah al-Syeikh al-Mufti Ilāhi Baksh al-Kandahlawī yang masyhur di benua kecil India dengan kelebihan dan kebijaksanaanya. Beliau merupakan salah seorang di antara murid-murid al-Syeikh cAbd al-cAziz anak lelaki kepada al-Syeikh Waliullāh al-Dahlawī yang intelektual dan juga anak murid kepada khalifah al-Imām al-Shahīd al-Saiyyīd Ahmad al-Brilwī. Beliau telah mengarang lebih dari 60 buah buku ilmiah di dalam Bahasa Arab dan Urdu. Allah s.w.t telah mentaqdirkan pada tahun 1245H beliau meninggal dunia. Di kalangan mereka juga adalah al-Syeikh Abu Hasan dan al-Syeikh Nur al-Hasan, al-Syeikh Muzaffar Hussin, al-Syeikh Muhammad Ismācil, al-Syeikh Maulānā Muhammad Ilyās dan al-Syeikh Maulānā Muhammad Yahyā bin al-Syeikh Muhammad Ismācil rah.a. Kesemua mereka adalah pendakwah-pendakwah agama Allah s.w.t yang mukhlis dan dari golongan alim ulama yang ulung di zaman masing-masing. (4)

KELAHIRAN

Al-Syeikh Maulānā Muhammad Zakariyyā bin al-Syeikh Maulānā Muhammad Yahyā bin al-Syeikh Maulānā Muhammad Ismācil adalah dari keluarga yang memiliki asal usul yang mulia ini di mana salasilah beliau bertemu dengan Saidina Abu Bakr al-Siddq r.a seorang sahabat yang paling Nabi Muhammad s.a.w. kasihi. Beliau telah dilahirkan pada jam 11.00 malam pada malam bulan Ramadhan yang ke sebelas tahun 1315 Hijriah bersamaan 12 Februari 1898 Masihi di dalam suasana yang terbaik pada ketika itu di mana amalan soleh mengatasi kemungkaran dan masayarakat di tempatnya berpegang teguh dengan ajaran agama. Pada masa kelahiranya al-Syeikh Maulānā Muhammad Yahyā menjawat jawatan sebagai tenaga pengajar di Madrasah Mazāhir al-cUlum, Saharanpur.(5)

al-Syeikh Abu Hassan Nadwī memberi komentar bahawa al-Kandalawi ditaqdirkan lahir di dalam keluarga yang alim dan warak serta istiqamah dalam menjalankan seluruh perintah Allah s.w.t ini terbukti apabila mereka mempunyai jiwa yang teguh serta kental, sabar dalam menghadapi kesusahan dan bersyukur ketika menerima kurniaan yang mengembirakan. Nenek Maulānā merupakan seorang hafizah al-Quran di mana beliau telah menamatkan hafalan keseluruhan al-Quran ketika mengasuh ayahanda Maulānā Muhammad Zakariyya.

PEMBESARANYA

al-Kandahlawi dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang zuhud dan sederhana. Ibu bapa serta nindanya sangat menyayanginya dan mempunyai aspirasi yang tinggi bagi menjadikan beliau seorang insan yang benar-benar beriman kepada Allah s.w.t dengan memiliki ilmu-ilmu agama dan tidak mencintai dunia sehingga bakhil dalam membelanjakan harta di jalan Allah s.w.t dan menjual ilmu agama bagi mendapatkan keuntungan dan kesenangan duniawi yang sementara. Ayahandanya mempunyai kaedah dan caranya yang tersendiri dalam memastikan beliau memiliki ciri-ciri kepimpinan yang intelektual, keterampilan yang progresif dengan paduan antara akhlak dan kewibawaan Rasulullah s.a.w. Tamparan, tengkingan dan pukulan yang menyakitkan lagi memedihkan daripada ayahnya merupakan perkara biasa bagi dirinya sehingga beliau menyatakan dalam kitabnya Aap Beeti berkat dan hasil daripada pukulan ayahandaya serta kesabaran dan ketabahan beliau menghadapinya adalah faktor tercetusnya kebijaksanaan dan kepakaran beliau dalam ilmu agama khususnya dalam bidang hadis.(7)

Beliau beruntung disebabkan sempat hidup sezaman dengan al-Imam al-Rabbani al-Syeikh al-Gangohi(8) dan berpeluang bergaul serta bermuamalah dengan al-Gangohi juga ulama yang lain. Oleh itu beliau telah memperolehi keberkatan menerusi doa dan keberkatan daripada para ulama yang berpegang teguh dengan agama Allah s.w.t yang maha suci yang terdiri daripada golongan fuqaha, muhaddithin dan mereka yang hatinya hampir dengan Allah s.w.t. Oleh yang demikian keadaanya, al-Kandahlawi berpotensi besar menjadi seorang pemuda yang soleh, bertaqwa, berkarisma menarik serta memiliki hati sanubari yang suci dan murni dengan terpelihara daripada anasir-anasir yang boleh merosakkannya dengan berperisai dengan kubu yang kukuh.(9)

Semasa beliau berumur 19 tahun Allah s.w.t telah menetapkan ayahandanya pulang ke rahmatullah pada 10 Zul al-Qacedah 1334 H yang mana beliau mewariskan kepadanya sebuah kedai buku. Dengan perniagaan buku tersebut ayahandanya menyara kehidupan mereka sekeluarga mekipun ayahandanya berkerja sebagai guru di Madrasah Mazahir al-cUlum, Saharanpur beliau tidak mengambil sebarang upah atau gaji bulanan walaupun telah didesak beberapa kali untuk menerimanya kerana niatnya yang suci dan murni semata-mata untuk mendapatkan keredhaan dan keampunan Allah s.w.t. Dengan kematian ayahnya juga sebagai guru dan mentornya beliau terpaksa berdikari dan mencari sumber pendapatan sendiri bagi menyara diri dan keluarganya.(10)

KEHIDUPAN MAWLANA ZAKARIYA


Kehidupan beliau sibuk dengan perkara-perkara yang bermanfaat yang berlegar di sekitarnya. Beliau menjaga masanya setiap detik dan ketika. Selepas beliau solat fajar beliau duduk sekejap. Beliau sibuk berzikir dan berdoa dengan himpunan doa masnun. Kemudian beliau balik ke rumahnya dan duduk bersama orang ramai sambil minum teh tanpa sarapan dan makan. Kemudian beliau masuk ke biliknya dan sibuk mengulangkaji dan mengarang. Pada masa ini tidak ada sesiapapun yang menziarahinya kecuali orang yang ingin belajar atau mereka yang datang sebagai tetamu. Biliknya lengang dari segala macam perhiasan dan seseorang itu akan terasa berat hati untuk menyusahkan beliau dengan menziarahinya dan berurusan dengan kesibukannya. Selepas solat Zohor beliau sibuk dengan menulis risalah dan jarang sekali beliau tidak melakukan demikian. Kemudian beliau keluar untuk mengajar. Beliau sibuk mengajar selama 2 jam sebelum solat asar. Selepas solat asar beliau duduk bersama orang ramai dan memberi mereka minum teh dan mereka terdiri daripada bilangan orang yang besar. Orang yang menziarahinya menyangka beliau mengadakan kenduri kecil tetapi ia adalah perkara biasa. Selepas solat Maghrib beliau sibuk dengan amalan-amalan sunat dan wirid. Biasanya beliau tidak makan malam kecuali untuk meraikan tetamu yang besar. (11)

Beliau seorang yang pintar membahagiakan waktu antara masa mengulangkaji, mengarang buku ilmiah, menyambut tetamu dan lain-lain lagi. Semua itu tidak menyibukkannya dari kesibukan dengan tuhannya, berseorangan untuk beribadat, bermunajat, mendidik para pelajar dan tidak menyibukkan daripada mengahdiri perhimpunan besar jemaah tabligh serta tidak menyibukkan daripada mengarang kitab dan surat-surat di dalam pengislahan dan mengajak manusia kepada ajaran Allah yang sempurna. (12)

PENDIDIKAN

Pendidikan al-Kandahlawī bermula pada tahun 1325 H-1907 M hingga tahun 1336 H-1917 M. Di antara masyaikh yang telah menjadi guru dan pembimbing beliau ialah ayahandanya sendiri al-Syeikh Maulānā Muhammad Yahyā bin al-Syeikh Maulānā Muhammad Ismācil, bapa saudaranya al-Syeikh Maulānā Muhammad Ilyās, Syeikh Saharanpuri, Maulana cAbd al-Wahid Sanbuli, Maulana cAbd al-Latif dan ramai lagi. Beliau belajar membaca dengan Hakim cAbd al-Rahman Muzaffarnagar dan menghafal al-Quran melalui bimbingan ayahandanya serta belajar buku parsi dan asas bahasa Arab dengan bapa saudaranya al-Syeikh Maulānā Muhammad Ilyās. Bapanya menitikberatkan pendidikan dan mengambil kira mengenainya sehingga al-Kandahlawi disuruh membaca setiap apa yang telah dihafalnya daripada al-Quran al-Karim sebanyak 100 kali dan melarang beliau dari bercampur-gaul dengan orang ramai. Beliau tinggal bersama ayahnya di rumah al-Syeikh Gangohi sehingga 8 tahun. Kemudian beliau bersama dengan bapanya pergi ke Mazāhir al-cUlum, Saharanpur.(13) menetap di sana di mana bapanya merupakasan salah seorang tenaga pengajar di situ. (14)

Sebelum memulakan pengajian hadis, bapanya al-Syeikh Maulānā Muhammad Yahyā akan mandi dan solat dua rakacat. Semasa berada di sini, minat al-Kandahlawi terhadap ilmu hadis semakin menebal ini menyebabkan beliau menjadikan hadis sebagai fokus dan matlamat utama kehidupan yang perlu dikuasainya seperti mana leluhurnya telah perolihi. Di bawah bimbingan dan tunjuk ajar bapanya beliau mahir dalam pengaplikasian Bahasa Arab, nahu, ilmu morfologi, kesusasteraan dan ilmu mantik. Bapanya al-Syeikh Maulānā Muhammad Yahyā mengajarnya kutub sittah(15)dari pada awal hingga akhir, manakala al-Syeikh Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri mengajarnya sahih al-Bukhari dan sunan al-Tirmidhi buat kali kedua.(16).

Semasa di alam persekolahan lagi al-Kandahlawi telah mula berjinak dalam arena penulisan di mana beliau menjadi penulis dan penyunting kitab Baz al-Majhud syarah Sunan Abu Daud hasil karya al-Syeikh Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri. Al-Kandahlawi berguru dengannya sehingga beliau meninggal dunia di Madinah al-Munawwarah pada 1346 H. Jenazah beliau dikebumikan di tanah perkuburan Baqic. Sebelum wafat al-Saharanpuri telah menyatakan hasratnya kepada al-Kandahlawi supaya membantunya menghasilkan sebuah kitab Syarah Sunan Abi Daud yang diberi nama Baz al-Majhud ini kerana beliau tidak terdaya menghasilknya sendiri disebabkan faktor usianya yang telah lanjut dan uzur serta ganguan angota badannya yang kerap kali bergetar dan mengigil, halangan sebegini menyukarkannya menyiapkan kitab ini secara perseorangan.

Tawaran berharga yang diberikan oleh grunya itu tidak dipersia-siakan begitu sahaja ini kerana selain dapat membantu syeikhnya menghasilkan kitab yang berstatus tinggi ini beliau dapat mengasah dan mempertingkatkan kemahiran penulisannya dengan lebih ivovatif, kreatif dan efektif.(17)

Peranan yang dimainkan beliau dalam membantu gurunya menghasilkan penulisan Baz al-Majhud ialah dengan mencari kitab-kitab dan artikel-artikel ilmiah yang ditetapkan oleh al-Saharanpuri samada yang berada di maktabah atau di kutab yang terdapat di Mazahir al-cUlum dan di luar madrasah kemudian menukil fakta-fakta yang sesuai lalu dibentangkan kepada al-Saharanpuri untuk disemak dan dikaji serta dibuat penyusunan fakta. Apabila fakta dan komentar tersebut telah siap disusun al-Saharanpuri akan mengimlakannya kepada al-Kandahlawi dan beliau akan menulisnya mengikut apa yang dibaca oleh gurunya. Dengan semangat juang dan kometmen serta ketekunan yang gigih dalam penulisan ini maka kitab ini dapat disempurnakan dan diterbitkan. Semenjak daripada itu al-Kandahlawi memperolehi keberkatan dan kebaikan dari syeikhnya di mana beliau menjadi khalifah dan naib kepada al-Saharanpuri serta namanya diabadikan di dalam prakata kitab tersebut seperti mana berikut :

"Saya telah meminta tolong beberapa orang sahabat saya yang ternama di antaranya adalah saudara dan penyejuk mata serta hati saya Haji Hafiz Mulwi Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi dalam menghasilkan kitab Baz al-Majhud dan beliau menyetujuinya. Saya tidak terdaya menulis dengan tangan disebabkan sentiasa mengeletar serta minda dan semangat yang lemah. Oleh itu saya akan mengimlakan kepadanya dan dia akan menulisnya. Dialah yang mencari maklumat dan fakta yang rumit ditemui di dalam sumber rujukan. Saya bermohon kepada Allah s.w.t. dengan usaha dan komitmen yang diberikan agar mengurniakan kepadanya ganjaran dan keberkatan yang terbaik atas usaha yang telah beliau sumbangkan dalam menjayakan penerbitan kitab ini."(18)

PERJALANAN KE TANAH SUCI


Pencinta dan penjaga sunnah Rasulullah s.a.w. ini berkesempatan dan berpeluang pergi ke tanah suci iaitu Makah dan Madinah. Beliau telah telah mengerjakan rukun Islam yang kelima ini beberapa kali. Kekerapan beliau datang ke tempat ini meninggalkan kesan yang mendalam dan luar biasa ke atas jiwa raga serta keintelektualannya. Pada tahun 1338 H beliau pergi ke tanah suci mengiringi guru beliau al-Saharanpuri. Ketika berada di sana al-Saharanpuri terjumpa sebuah manuskrip Musnad Abdul Razak, ini menimbulkan keinginan yang mendalam untuk memilikinya tetapi terpaksa dibatalkan hasrat dan keinginannya yang mendalam untuk memilikinya disebabkan penjual mengenakan harga yang melebihi wang yang dimilikinya. Untuk tidak menghampakan gurunya al-Kandahlawi membuat satu inisiatif yang di luar jangkaan al-Saharanpuri di mana beliau meminjam manuskrip tersebut dan menyalinnya semula dengan mengunakan tulisan tangan. al-Kandahlawi berjaya menyalin semula manuskrip tersebut dengan kerjasama yang diberikan oleh kawan-kawanya. Usaha ini mengambil masa selama sepuluh hari bagi menyiapkannya.(19)

KEPERIBADIAN DAN CIRI-CIRI KHUSUS

Kondisi yang positif serta semulajadi pada ketika itu telah mencorakkan kehidupan beliau dari remaja hingga dewasa di bawah rahmat ilahi dan tarbiah serta pengawalan yang komprehensif lagi realistik menerusi para pendidik dan pembimbing yang memiliki spiritual yang konkrit lagi intensif dalam mengaplikasi arahan Allah S.W.T. dalam kehidupan mereka. Ini telah menjadikan beliau seorang yang tenang dan mempunyai rohani yang suci lagi bersih, cita rasa yang menepati kehendak Allah S.W.T. dan cenderung kepada semua kebajikan seperti ibadah, taqwa, pengajian, mengarang dan kesempurnaan sifat-sifat mulia yang dapat dibaca menerusi wajah beliau, sentiasa bersedia menemui Allah S.W.T. memiliki hati yang mulia, sangat memuliakan para tetamu dan mempunyai tabiat semulajadi yang mulia.(20)

Beliau memiliki bentuk tubuh badan yang sasa, warna kulit yang putih dan mempunyai bibir mulut yang merah. Beliau sangat rajin tanpa mengenal erti kemalasan. Jiwanya yang halus, bermanis muka, peramah penyayang, banyak bersenda gurau dengan mereka-mereka yang berlembut atau mereka yang menyukai untuk berlembut, mudah menitiskan air mata dan mudah tersentu perasaan ketika mana disebut mengenai sesuatu dari kisah Rasul s.a.w., sahabat, awliya’ atau mengeluarkan bait syair yang merdu. Beliau akan mengalirkan air mata dan tidak dapat mengawal tangisan. Jika beliau diselubungi perasaan hiba maka beliau akan menitiskan air mata.(21)


Di antara sebesar-besar kebanggaan yang dimiliki oleh beliau yang boleh dibanggakan di dalam kehidupannya ialah beliau telah mengahabiskan seluruh masanya untuk perkara yang berguna serta tidak mencuaikan masanya yang penuh berharga dengan sia-sia. Kehidupanya penuh dengan perkara-perkara yang boleh diambil contoh dan intisari ibadat, zikir, mengajar, mengarang, memperbaiki rohani, memberi tunjuk ajar dan nasihat.

Maulana telah telah dijemput oleh Allah pada tahun 1983.
sumber rujukan.

3. al-Kandahlawi, Muhammad Yusof, Hayah al-Sahābah, Pentahqiq Bassyar cUwwađ Macruf, Jilid 1, Muassasah al-Risālah. hlmn 6.

4. al-Kandahlawi, Muhammad Yusof, Hayah al-Sahābah, Pentahqiq Bassyar cUwwađ Macruf, Jilid 1, Muassasah al-Risālah.

5. al-Kandahlawi, Muhammad Zakariyya, Awjaz Masālik ilā Muwaţţa Mālik, al-Juz al-Awwal, 1400H-1980M, Beirur, Lubnān.

6. Abd al-cAziz Abd al-Hamid, AAP BEETI, Pustaka Habib, Kuala Lumpur, 2002

7. Abd al-cAziz Abd al-Hamid, AAP BEETI, Pustaka Habib, Kuala Lumpur, 2002

8. Al-Syeikh ini merupakan seorang yang faqih, muhaddith, bijak pandai, cerdik dan mempunyai tokoh kepimpinan yang terkenal pada masa itu. Al-Kandahlawi telah mempelajari banyak ilmu-ilmu agama daripada al-Syeikh ini di mana beliau telah membantu dan mendidiknya disebabkan mempunyai hubungan yang erat dengan dengan bapanya. Al-Gangohi wafat pada tahun 1323H ketika umur al-Kandahlawi mencecah 8 tahun.

9. Abd al-cAziz Abd al-Hamid, AAP BEETI, Pustaka Habib, Kuala Lumpur, 2002

11. Aroma bin Abdul Wahid. 1999. Penggunaan Hadith Dacif Di Dalam Masalah al-Taghrib dan al-Tarhib. Kajian 40 Hadith Mengenai Fadilat al-Quran Oleh al-cAllamah al-Muhaddith al-Syeikh Muhammad Zakariyya al-Kandahlawī. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.



13. Salah sebuah daripada beberapa buah institusi pengajian tinggi agama yang terbesar selepas Dār al-cUlum al-Duyūbandiyyah.

14. Al-Kandahlawi, Muhammad Zakariyya, Awjaz Masālik ilā Muwaţţa Mālik, al-Juz al-Awwal, 1400H-1980M, Beirur, Lubnān.

15. Kutub sittah adalah kitab Sahih al-Bukhari, Muslim, Sunan Abi Daud, Jamic al-Tirmizi, Sunan al-Nasaei dan Sunan Ibn Majah.

16. Abd al-cAziz Abd al-Hamid, AAP BEETI, Pustaka Habib, Kuala Lumpur, 2002

17. Al-Kandahlawi, Muhammad Zakariyya, Menerangkan Berbagai Persoalan Terhadap Fadāil al-Acamal, Abdul Majid Ahmad, Kuala Lumpur, 1422/2001, hlm 7


18. Abd al-cAziz Abd al-Hamid, AAP BEETI, Pustaka Habib, Kuala Lumpur, 2002


20. Aroma bin Abdul Wahid. 1999. Penggunaan Hadith Dacif Di Dalam Masalah al-Taghrib dan al-Tarhib. Kajian 40 Hadith Mengenai Fadilat al-Quran Oleh al-cAllamah al-Muhaddith al-Syeikh Muhammad Zakariyya al-Kandahlawī. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

10, 12, 19, 21 Ibid.


muhammad_efendie
posted by Abdullah_m.e. @ 2:11 PM   1 comments
Sunnah of Nabi S.A.W Upon Awakening
1. Immediately upon awakening rub the face and the eyes with both the palms in order to remove
the effects of sleep. ( Shamaaile Tirmidhi )
2. When the eyes open in the morning recite this dua:



When awakening from sleep cleanse the mouth with a Miswaak. (Musnad Ahmad, Abu Dawoodpg.
8 )
4. The use of the Miswaak should be repeated when making Wudhu. Using the Miswaak upon
awakening is a separate Sunnat . (Bazlul Majhood,“Commentary of Abu Dawood” Vol.1 pg.35 )
5. When wearing one’s trousers, first put on the right leg, then the left one. When putting on a
kurta or shirt, first put on the right sleeve and then the left one. The same procedure should be
followed when wearing a vest. When wearing a shoe, first put on the right shoe. When removing
any garment or shoe, first remove the left, then the right.This is the sunnat method when
removing any garment from the body (Bukhari, Tirmidhi “ the chapter on clothing” and
Shamaaile Tirmidhi )
6. Before immersing the hands into any utensils, wash them thrice thoroughly. ( Tirmidhi ‐ Vol. 1,
pg. 13)

reference :

“Sunnats of our beloved Nabi”

by Arif Billah Hazrat‐e‐Aqdas Maulana Shah Hakeem Muhammad Akhtar Sahab

muhammad_efendie
posted by Abdullah_m.e. @ 9:30 AM   0 comments
denggi....
Saturday, January 23, 2010

dari 14 sehingga 22 jan 2010..ditahan di hospital kajang kerana dijangkiti denggi berdarah..jadi blog agak perlahan@off semntara..

mohd.efendie...
posted by Abdullah_m.e. @ 8:06 PM   0 comments
JADUAL TERKINI KUNJUNGAN HABIB UMAR KE MALAYSIA JANUARY 2010
Friday, January 8, 2010
posted by Abdullah_m.e. @ 11:07 AM   0 comments
KUNJUNGAN HABIB UMAR KE MALAYSIA JANUARY 2010
Saturday, January 2, 2010

HIMPUNAN RIBUAN UMAT DI DALAM :
MAJLIS BERSAMA ULAMAK BESAR
DARI HADRAMAUT KE MALAYSIA

AL-ALLAMAH AL-HABIB UMAR BEN HAFIZ AL-HADRAMI


MASJID AL-FALAH USJ9



AHAD , 10 JAN 2010
(23 MUHARRAM 1431)
6PTG - 10 MLM ,
.
DI :
MASJID AL-FALAH , USJ 9 ,
SUBANG JAYA , SELANGOR

.
sebarang info :
013-330 9474 (imam azian)
emel : MasjidalFalahUSJ9@gmail.com

www.alfalahusj9.blogspot.com


.
ANDA ADALAH DIJEMPUT HADIR
& TOLONG SEBAR-SEBARKAN
.
kami mengajak anda sama-sama sebarkan maklumat ini demi kesejahteraan usaha Dakwah Islam melalui saluran2 anda : website, blog, email group, masjid2 , surau2 atau sms anda ..
semoga Allah mengurniakan ganjaran Dakwah Fi Sabilillah dan memberkatinya ...

jazakumullahu khairan kathiran
posted by Abdullah_m.e. @ 12:53 AM   0 comments
<
About Me

Name: Abdullah_m.e.
Home: kuala lumpur, wilayah persekutuan, Malaysia
About Me: Dan orang-orang yang terdahulu; yang mula-mula dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” (berhijrah dan memberi bantuan), dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada Nya, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah, Ayat 100) masih di dalam proses pembelajaran baik untuk keperluan mahupun agama..masih di dalam fasa membaiki diri..kerana diri ini tidak sempurna..
See my complete profile
Previous Post
Archives
Disclaimer

For all reader information,i`m not a ustaz,hafizul quran more so ulama`.i`m just the follower (ittiba`) of the Prophet S.A.W,the companions R.Anhum and whom who followed them from time to time until Qiyaamah.for that reason,almost all the published article,translation or journal and quote have reference.only certain do not have a reference due to that publish is personal opinion/advice of the writer.still in process of learning and purifcation.moderate opinion and neutral method.not in favor/represent of any organizational,fiqrah,political party or jamaah.what is good and there`s akhlak,we follow them.what is not very good,we make a moral story of it. This blog is published in Bahasa Malaysia so that the malay language user can understand some translation of kitab or quote from ulama` and to uphold usage of bahasa malaysia among whom understand malays.some of the kitab or reference is not published and sale in malaysia,almost majority of it is from Hindustani sub-continent and some of it from the middle-east.only certain publish in english language. Manhaj Ahlul Sunnah Wal Jamaah,follow Shafii` Mazhab. Jazakumullahu Khairan Kasthira`,

Powered by

BLOGGER

Lau ka na Bainana Al-Habib-Abdul Rahman Mohamed,Saudi Arabia..

lau kana bainana(1)

Powered by mp3skull.com

Powered by

BLOGGER

Darul Uloom Deoband,Saharanpur,India

Darul Uloom Nadwatul Ulama`,Lucknow,India.

Jamia` Darul Uloom Karachi,Pakistan.

Mazahirul Uloom,Saharanpur,India.

Darul Mustafa`,Tarim, Yaman

Darul Uloom Azaadville,South Africa.

Miftahul Uloom,Bandar Baru Sri Petaling,Kuala Lumpur,Malaysia

Ba`alawi,Kuala Lumpur,Malaysia.

Yayasan Al-Jenderami,Jenderam Hilir,Selangor,Malaysia

Yayasan Sofa`,N.Sembilan,Malaysia.

Blog Visitor Location


widgeo.net

© 2005 Assalamualaikum.. Blogger Templates by Isnaini and Cool Cars Pictures